Anda di halaman 1dari 3

a) Latar tempat BIL TEMPAT PERISTIWA 1 - Tempat Hilmi bekerja. - Hayati bermain piano.

- tempat wujudnya konflik antara Hilmi dan Datin Salmah. - Tempat Datuk Johari meninggal dunia. 2 Halaman rumah Datuk Johari - Hilmi mengerjakan kebun sayur dan menjaga bunga-bunga. 3 Morning coffee - Tempat Datin Salmah bersembang-sembang dengan kawan-kawannya. 4 Dalam kapal terbang MAS - Hilmi pulang setelah mendapat berita kematian Encik Bakar. - Mencapai kotak kertas untuk mengisi muntah orang yang mabuk dalam penerbangan. - Menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama Seniman. 5 - Tempat Hilmi bekerja sementara selepas keluar dari rumah Datuk Johari. 6 Jalan Raja Mahdi (Kampung Baru) - Rumah Encik Bakar. - Tempat Hilmi belajar muzik. - Tempat Kugiran Dahlia berlatih. - Hilmi dan Azizah dipanggil ke rumah itu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. 7 - Tempat Hilmi bakal membuat persembahan iaitu dia bakal memimpin Orkestra Perdana. - Dipenuhi penonton yang ingin menyaksikan pertunjukkan Orkes Perdana. - Turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. - Akhirnya, Hayati menggantikan Hilmi memimpin orkestra tersebut. 8 - Tempat quartet Encik Bakar bermain muzik.

- Hilmi telah menyertai quartet Encik Bakar dan kali pertama dia bermain dengan perasaan gemuruh. - Gesekan biola Hilmi mendapat telah mendapat tepukan gemuruh penonton. 9 - Hilmi menziarahi Encik Bakar. - Encik Bakar meninggal dunia. - Tempat Hilmi menerima rawatan. - Datuk Johari bertemu dengan Karim, abang sepupunya yang mendedahkan rahsianya. - Ahli keluarga berkumpul dan menunggu perkembangan Hilmi. - Tempat Hilmi meninggal dunia. 10 - Tempat Hilmi berkenalan dengan Aziziah. - Tempat Hilmi belajar muzik daripada Encik Bakar. - Tempat tinggal Hilmi selepas meninggalkan rumah Datuk Johari. b) Latar masa - Sekitar tahun 1970-an. c) Latar masyarakat Masyarakat kota - Masyarakat kota diwakili oleh Datuk Johari dan Datin Salmah serta keluarganya. Mereka merupakan orang yang berpangkat. Jirannya golongan kaya dan berpangkat. Oleh sebab itu, Datin Salmah bimbang dengan kehadiran Hilmi kerana ini mungkin akan memberi malu kepadanya. - Keluarga di sebelah Datuk Johari tidak ada pangkat dan Datuk Johari digambarkan berjawatan menteri. Perkahwinan Hayati dengan Mohsin dihadiri oleh Perdana Menteri. Keadaan Ini menunjukkan pergaulan Datuk Johari dengan orang orang yang berpangkat. - Terdapat sebahagian daripada kehidupan masyarakat kota yang berkehidupan bebas dan melupakan agama. Keadaan ini dapat digambarkan dengan pergaulan bebas Hayati dengan Mohsin dan Datin Salmah yang risau dengan anaknya, Hayati yang sudah mula bersembahyang dan membaca buku buku agama.

- Encik Bakar, isterinya dan Azizah merupakan contoh masyarakat kota yang baik hati. Encik Bakar sanggup mengajar Hilmi tentang muzik secara percuma dan pernah mempelawa Hilmi menumpang di rumahnya. Azizah juga mengamalkan pergaulan bebas seperti Hayati. - Masyarakat kota juga mempunyai minat terhadap dunia muzik. Masyaraka desa - Masyarakat ini diwakili oleh Hilmi dan juga Karim iaitu bapa Hilmi. - Masyarakat desa dalam novel ini digambarkan hidup dengan penuh kesederhanaan, berbudi bahasa dan taat kepada ajaran agama. Masyarakat golongan bawahan - Masyarakat ini diwakili oleh Pak Amat, Mak Minah, Leha, Mamat dan Esah. Mereka bekerja makan gaji sebagai drebar dan orang gaji. - Walau bagaimanapun, hati mereka baik dan sering semangat dan pertolongan kepada Hilmi. Pak Amat dan Mak Minah sering menasihati Hilmi supaya bersabar dan mengatakan bahawa pak cik dan mak ciknya itu baik. - Begitu juga dengan Mamat yang juga seorang drebar banyak membantu Hilmi dan memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, kawannya. Masyarakat berbilang bangsa - Masyarakat berbilang bangsa diwakili oleh Dr. Nathan, Tauke, Ah Kong, Nona Alice Lee, Tony Lim, Arasu dan pemuda Cina. - Mereka digambarkan hidup dengan aman dan saling menolong antara satu sama lain. - Dr. Nathan sering memuji Hilmi dan mengambil berat tentang Hilmi sepanjang Datuk Johari ke luar negeri. - Begitu juga dengan pemuda Cina yang membantu menghantar Hilmi - Pagi, tengah hari, petang dan malam.

Anda mungkin juga menyukai