Anda di halaman 1dari 5

TARIAN ZAPIN JOHOR

Latar Belakang Ringkas Tarian Zapin Di Johor

1.Salah satu bentuk tarian pergaulan masyarakat Melayu


yang masih utuh dan popular dewasa ini ialah tari zapin.
Dari perspektif sejarah perkembangannya tarian zapin telah
menular luas di kalangan penggemar senitari di Malaysia ini
telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Namun
demikian banyak antara genre zapin tradisional ini tersebar
hanya ke daerah-daerah tertentu sahaja dan salah satu
daripada genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun
dikatakan masih terdapat di negeri Johor.

2.Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin
Melayu dan Zapin Arab memperlihatkan perbezaaan dari
segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya
genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab
yang di bawa Hadramaut.
3.Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada
kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh
keseniaan Arab bahkan juga pada sifat segretasi penari dan
penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu
terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan
keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di
Johor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang
berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburan sama ada
pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-
hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan
tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya
lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara
selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini
memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari
Tarian Zapin Arab.

4.Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah


keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan
pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan
di kalangan mereka sekali gus mematahkan rasa malu
penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara
simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan
usaha bersama dan bukannya usaha individu disamping
meminggirkan persaingan antara pemain-pemain dalam
kumpulan mahupun antara kumpulan, Ditinjau dari
perspektif inilah, keunikan dan keistimewaan tarian Zapin
Johor terserlah.
Seni Muzik Ghazal Johor

Ghazal adalah sejenis puisi arab yang berbentuk percintaan. Ghazal


dinyanyikan dengan iringan alat muzik seperti syeringgi ,sitar, harmonium dan
tabla.

Ghazal merupakan salah satu seni muzik popular negeri Johor. Kerajaan
Johor sentiasa berusaha menaikkan seni muzik ghazal di peringkat negeri dan
antarabangsa.

Pada ketika ini setiap daerah di Negeri Johor mempunyai kumpulan ghazal
masing-masing di kalangan orang-orang dewasa dan remaja. Setiap daerah
mempunyai sekurang-kurangnya dua kumpulan ghazal. Program
penggembangan ghazal ini akan diteruskan kerana di setiap daerah kini
terdapat jurulatih ghazal yang mampu melaksanakannya.

Kerajaan Johor telah mengenal pasti bahawa pengembangan ghazal


seharusnya ditumpukan di peringkat remaja kerana telah berlaku keadaan di
mana minat di kalangan masyarakat di bawah umur 50-an semakin
berkurangan. Senario ini semestinya perlu dibendung bagi mengelakkan dari
berlakunya kepupusan seni ghazal di dalam masyarakat kita
Kumpulan Seri Gemilang, Sekolah Kebangsaan Parit Jawa, Muar sedang
mempersembahkan permainan Ghazal dalam Pertandingan Ghazal Remaja
Peringkat Negeri Johor 1998

Contoh lirik lagu beriramakan muzik Ghazal

Merak di sangkar

Hajat kupuja hajat kupuja cantik igalan

Hajat kupuja hajat kupuja cantik igalan

Merak nan halus ahai merak disangkar

Merak nan halus racau di sangkar

Hasrat laksana hasrat laksana berlian

Hasrat laksana hasrat laksana tasik berlian

Tidak tidakan hangus ahai merak di sangkar

Tidak hangus walau dibakar


Tetapku duga tetapku duga lautan

Tetapku duga tetapku duga dalam lautan

Biar biar teputus ahai merak di sangkar

Biar terputus kail sejengkal