Anda di halaman 1dari 3

DOA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN , Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di majlis

am ini, di majlis . sempena persaraan Yang Berbahagia ., merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosadosa yang telah kami lakukan. Justeru kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, menjadi azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk Jabatan Pengairan dan Saliran serta seluruh watan. Allahumma Antal Hasibul Jalil Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati. Limpahkanlah apa kiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau yang berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih berada di sini. Iringilah bersama detik-detik persaraan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hatihati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta

keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada .dalam perjuangan agama-Mu .Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong "...Ya Allah perkenankanlah doa kami ,