Anda di halaman 1dari 6

Majlis terburuk adalah di pasar dan majlis yang terbaik adalah di masjid ( Thabrani ) : (yang ada zikrullah) Dicucuri

curi rahmat Dinaungi malaikat Diberi sakinah Nama kita dan nama orang tua kita dipuji di hadapan majlis malaikat Manghancurkan majlis-majlis maksiat Menjadi asbab hidayat Melembutkan hati (Bukhari)

Dianjurkan melepaskan alas kaki dalam majlis ( Baihaqi dan Bazaar) Majlis sebaiknya diadakan dengan duduk di lantai ( Thabrani ) Susunan majlis sebaiknya berbentuk melingkar ( Bazzar ) Seseorang boleh duduk di mana sahaja dalam majlis Duduk dengan rapat berdekatan antara satu sama lain dan tidak berjauhan ( Abu Daud ) Sunat duduk rapat-rapat dalam majlis ( Abu Dawud )
* Jika lebih rapat maka seluruh rahmat akan mengenai tubuh peserta majlis dan akan menyatukan hati mereka serta menutup ruang-ruang dari diduduki syaitan

Sebaiknya majlis menghadap ke kiblat ( Thabarani , Ibnu Adi ) Boleh duduk bersila ( Muslim , Tirmizi dan Nasai ) Boleh duduk sambil mendakap lutut dan betis ( Bukhari ) Duduk pada tempat yang berhenti ( Abu Daud dan Tirmizi )
1

* Duduk di tempat paling akhir di dalam majlis misalnya jika dia memasuki dari bahagian kanan hendaklah terus ke tempat yang masih kosong di sebelah kanan tanpa melangkahi bahu orang lain yang awal

Hendaklah duduk majlis dengan sopan , ramah dan penuh adab

Dalam setiap majlis hendaklah memperbanyakkan zikirullah ( Nasai ) Dalam setiap majlis sentiasa mengingati Allah dan membaca selawat sekurang kurangnya sekali ( Hishnul Hashin ) Membaca Istighfar 10 atau 15 kali ketika hendak meninggalkan majlis ( Ibnu Sunni ) Aku memohon ampunan kepada Allah Dzat yang tidak ada tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Kekal dan aku bertaubat kepadaNya Ada 3 jenis orang yang hadir dalam majlis : 1) Ghani ;banyak mengingati Allah dan tidak lalai 2) Salim ;diam dan hanya mendengar ucapan orang lain 3) Syajib ;banyak berbicara keburukan majlis ( Thabrani , Ibnu Majah ) Hendaklah memuliakan orang mengikut kedudukannya baik duniawi atau agama ( Ibnu Majah ) Orang-orang harus dimuliakan dalam setiap majlis 1) Muslim tua dan beruban 2) Hafiz Al Quran yang beradab pada Al Quran 3) Penguasa yang adil ( Ibnu Majah ) Sesungguhnya berkat Allah terletak pada para tokoh yang duduk yang duduk dalam majlis ( Ibu Majah , Hakim ) Majlis juga amanat untuk tidak membicarakan aib orang lain (Tirmizi)
2

Apabila seseorang diberi tahu akan suatu perkara kemudian dia keluar dari majlis itu maka apa yang didengarinya adalah satu amanah ( Tirmizi ) Sunat memberikan tempat duduk untuk orang lain yang baru datng ( Bukhari dan Muslim) Hendaklah selalu memusatkan fikiran , hati , pendengaran dan penglihatan kepada isi pembicaraan majlis ( Bukhari) Sunat memakai wangi-wangian * malaikat suka bau harum Sunat meninggalkan majlis perdebatan
*sebuah rumah di syurga disediakan bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun itu benar ( Tirmizi )

Sebelum meninggalkan majlis sebagai penebus dosa akibat banyak melakukan salah dan silap maka baca tasbih kifarah Maha Suci Allah dan dengan segala pujiNya , Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan segala pujiMu , aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau dan aku mohon ampunan kepada Engkau Barangsiapa bangun dari tempat duduknya kemudian kembali kepadanya maka dia lebih berhak kepada tempat itu (Muslim) Jika ada keperluan meninggalkan majlis sunat meminta izin terlebih dahulu kepada pimpinan majlis ( Al Quran ) Wajib menyakini bahawa apa yang disebutkan dalam hadith atau ayat-ayat Al Quran pasti benar. Berniat bersungguh-sungguh untuk mengamalkan apa yang telah didengar dari kebaikan ( Al Quran ) Dalam majlis agama hendaklah menghadirkan hati dengan rasa mengagungkan seolah-olah mendengar Rasulullah sendiri menyampaikannya. Yang hadir dalam majlis hendaklah berniat menyampaikan kepada yang tidak hadir dalam majlis. ( Bukhari )

Jika ada tiga orang dalam satu majlis maka tidak baik bagi dua orang dari mereka untuk berbicara dalam bahasa yang asing bagi orang yang ketiga ( Baihaqi )
* Janganlah dua orang dari kamu berbisik-bisik tanpa seorang lagi . Kemungkinan dia akan menyangka bahawa bisikan mereka adalah untuk menyatakan pendapat mengenai sesuatu atau umpatan keatasnya atau kemungkinan kedua-dua mereka menceritakan sesuatu hal yang baik-baik dan mengkhaskan dikalangan mereka berdua lalu menyedihkannya

Jika seseorang datang ke majlis maka untuk menghormatinya sebaiknya kita bergeser sedikit (memberi tempat duduk untuknya) Hal ini akan membuat orang yang baru datang merasa diterima . ( Hal ini termasuk sunnah walaupun masih ada tempat di majlis) ( Baihaqi )

Tidak boleh menggeser orang lain dari tempat duduknya lalu duduk ditempatnya ( Bukhari dan Muslim )
* menyusahkan orang lain , menunjukkan kesombongan dan bangga diri dengan merendahkan orang lain

Tidak boleh berdiri untuk menghormati kedatangan seseorang ( Thabarani , Ibnu Madjah dan Abu Dawud )

Jangan duduk dengan sombong dan angkuh ( Muslim) Seseorang jangan duduk di antara dua orang tanpa izin keduanya (Bukhari, Abu Daud , Tirmizi)
* mungkin mengganggu mereka

Jangan duduk menyandarkan kedua tangan ke belakang . Duduk seperti itu adalah duduk yang dibenci Allah ( Abu Dawud dan Ibnu Madjah) Jangan duduk bersendirian di tengah tengah majlis
4

( Tirmizi , Ahmad dan Daud ) Jangan membuat majlis atau duduk dijalanan . Jika terpaksa hendaklah memenuhi hak-hak jalanan . Diantara ialah menundukan pandangan , amar makruf nahi mungkar , menyebarkan salam , tidak mengganggu orang lalu ( Bukhari dan Muslim) Jangan lihat siapa yang berbicara denganlah apa yang dibicarakan (Ali)
* melihat siapa yang berbicara akan membuat kita meremehkan majlis tersebut walaupun majlis itu majlis agama akan tetapi dengar mendengar apa yang dibicarakan akan membuat kita menghormati setiap majlis agama walau siapapun yang membicarakannya.

Sebaiknya jangan mendekati majlis orang alim jika ulama tersebut tidak mengajak dari 5 hal kapada 5 hal 1) Keraguan kepada keyakinan 2) Kesombongan kepada ketawadukan 3) Permusuhan kepada persatuan 4) Riak kepada keikhlasan 5) Cinta dunia kepada kezuhudan ( Ibnu Asakir ) Jangan membawa bau-bauan busuk ke dalam majlis , syaitan menyukai bau busuk dan akan mengganggu orang lain. Jangan banyak bertanya tentang hal-hal yang tidak berguna ( Bukhari ) Jangan duduk diantara pancaran matahari dan naungan ( bayang dll) * itu adalah tempat duduk syaitan MAKRUH : Memuji terlalu berlebihan ( Muslim , Tirmizi, Ibnu Madjah )
* Termasuk berlebihan jika mengatakan kamu ini ulama besar kepada seorang padahal dia bukanlah seorang ulama atau mengatakan dia seorang wali Allah padahal amalan agamanya sangat lemah . Dianjurkan melemparkan pasir ke mulut rang yang memuji (Muslim)

Anda mungkin juga menyukai