Anda di halaman 1dari 5

January 12, 2011

KAJIAN BAB 2 KEMBARA AMIRA (SECOND CHAPTER OF FORM 5'S NOVEL)


Selayang Pandang Bab 2: Sebaik tiba di stesen kereta api Daun Hijau, Amira dan JC perlu menunggu Pak Lias, pemandu kenderaan pacuan empat roda bagi projek arkeologi Profesor Zaidah. Pak Lias bersendirian kerana Prof. Zaidah perlu menguruskan perkara luar jangkaan. Supaya tidak membazir waktu, Amira dan JC bersarapan dalam pergerakan kenderaan yang terhuyung-hayang melewati jalan yang tidak rata dan tidak berturap. Di pertengahan jalan, Pak Lias membiarkan kenderaan yang dinaiki Malique dan O'hara memintas mereka untuk menyeberang sungai. Pemandu kenderaan itu, Roslan bukan sahaja cekap memandu di permukaan jalan curam bahkan juga tahu tentang projek arkeologi di Bukit Mat Raya. Analisis Peristiwa Penting 1 Sejurus turun daripada kereta api, Amira bergegas mengqada' (mengganti) solat Subuh di stesen Dahan Hijau. 2 Kegelisahan JC menunggu Pak Lias berpindah kepada Amira. Dia mundar-mandir di tepi rel kereta api, iaitu sesuatu yang jarang-jarang dilihat oleh JC berlaku kepada kawan baiknya itu. 3 JC berasa puas kerana dapat memprotes kehidupan keluarga ketika mengelamun sementara menunggu Pak Lias. Dia mahu jauh daripada ibu tirinya. 4 Amira dan JC bersarapan pagi nasi goreng air tangan Prof. Zaidah semasa kenderaan bergerak terhuyung-hayang. Mereka mengenepikan keselesaan untuk melayan perut yang kelaparan. 5 Pak Lias membiarkan kenderaan yang dinaiki Malique dan O'hara memintas ketika hendak menyeberangi sungai. 6 O'Hara meluahkan rasa tidak senang dengan aktiviti arkeologi di Bukit Mat Raya. O'Hara menganggapnya sebagai saingan kepada projek pencarian emas yang ditugaskan kepadanya. Perbincangan Watak dan Perwatakan: 1 Amira remaja yang taat (hujah: peristiwa 1) 2 Jacinta remaja yang perasa / sensitif (p3) 3 Pak Lias bertolak ansur (p5) 4 O'hara cepat berprasangka / peka terhadap saingan (p6) Latar Masyarakat: 1 Masyarakat yang taat (p1) 2 Masyarakat yang mudah terasa / sensitif / tersinggung (p3) 3 Masyarakat yang mementingkan masa (p4) 4 Masyarakat yang bertolak ansur (p5) 5 Masyarakat yang peka terhadap saingan / masyarakat yang cepat berprasangka

Nilai: 1 Ketaatan (p1) 2 Menghargai masa (p4) 3 Bertolak ansur (p5) 4 setia kawan (p2, Jacinta sangat masak dengan perangai Amira) Persoalan: 1 Ketaatan dalam mengerjakan suruhan agama (p1) 2 Kebijaksanaan dalam pengurusan masa (p3) 3 Bertolak ansur dalam sesuatu urusan (p5) Pengajaran: 1 Kita hendaklah taat dalam mengerjakan suruhan agama (p1) 2 Kita hendaklah bersabar / bertenang dalam sesuatu urusan (p2) 3 Kita hendaklah berani berhadapan dengan masalah / jangan sentiasa mengelak daripada masalah (p3) 4 Kita hendaklah bijak menguruskan masa (p4) 5 Kita hendaklah bertolak ansur dalam sesuatu urusan (p5) 6 Kita janganlah cepat menaruh prasangka sebelum jelas kedudukan perkara sebenar (p6) Latar tempat: 1 stesen kereta api Dahan Hijau (p1, p2, p3, p6) 2 di dalam kenderaan pacuan empat roda (p4) 3 berhampiran sungai (p5) Latar masa: 1 Awal pagi (p1 hingga p6) Elemen kbkk: 1 teknik penceritaan: imbas kembali (p3); sudut pandangan orang ketiga (keseluruhan bab) Nota: Cara menulis latar masyarakat juga boleh merujuk kepada status usia watak, kerjaya, lokasi dan kumpulan mereka. Seorang watak sudah memadai untuk mewakili sesuatu latar masyarakat. Contohnya, masyarakat pensyarah, masyarakat pelajar sekolah, masyarakat yang bermasalah keluarga, masyarakat zaman internet, dan lain-lain. Huraian masih merujuk kepada peristiwa yang sama. bersambung...
Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 7:55 AM

KEMBARA AMIRA: PERISTIWA PENTING BAB 1 (FIRST CHAPTER OF FORM 5'S NOVEL)
Pengenalan

Pembelajaran novel komponen sastera (komsas) lebih menjurus kepada kajian secara asas seperti tema, watak dan perwatakan, latar (masyarakat, tempat, masa), nilai, pengajaran, persoalan, teknik penceritaan dan unsur-unsur kbkk. Aspek bahasa seperti diksi, analisis plot dan kajian mendalam tentang aspek sastera yang lain kalaupun ada hanyalah disentuh secara sepintas lalu. Pembelajaran lebih terarah kepada penggunaan peristiwa yang dipaparkan sebagai hujah atau huraian kepada bidang kajian yang disebutkan.

Novel Kembara Amira ditulis dalam 27 bab yang tidak diberi subjudul sepertimana teks novel tingkatan zon utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), iaitu Azfa Hanani. Bab 1 (muka surat 1 - 14) memaparkan beberapa peristiwa yang menjadi daya tarikan novel seperti pengenalan watak, arah penceritaan dan mewujudkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca. Sebahagian daripada peristiwa dalam bab 1 Kembara Amira merupakan imbas kembali watak Amira dan juga watak Malique.

Peristiwa 1

Amira mengimbas kembali kejayaannya memancing perhatian Jacinta supaya ikut serta dalam ekspedisi arkeologi pelajar tahun akhir sebuah universiti seliaan ibunya. Amira menggunakan minat (obses) Jacintha terhadap batu kuarza.

Watak: Amira

Perwatakan: Bijak / prihatin / peka

Latar masyarakat: Masyarakat yang bijak / prihatin / peka

Nilai: Kebijaksanaan / keprihatinan / kepekaan

Persoalan: Kebijaksanaan / keprihatinan / kepekaan terhadap minat orang lain

Pengajaran: Kita hendaklah peka / prihatin / bijak memahami minat / kecenderungan orang lain

Peristiwa 2 Amira menggunakan kemudahan akses internet (jalur lebar) tanpa wayar di dalam koc / gerabak kereta api untuk berutus e-mel dan mengemas kini laman sesawang (web) milik ibunya. Perwatakan: Bijak (memenuhi masa) / tidak suka membuang masa Latar masyarakat: Masyarakat yang bijak menggunakan masa luang Nilai: Kesungguhan / kebijaksanaan Persoalan: Kebijaksanaan dalam menggunakan masa terluang Pengajaran: Kita hendaklah bijak menggunakan masa terluang / kita janganlah suka membuang masa

Peristiwa 3 Dr. Zawawi bergegas ke khemah pelajar bagi menyelamatkan tapak cari gali arkeologi. Jika terlambat, tapak-tapak berkenaan mungkin rosak akibat hujan lebat secara tiba-tiba itu. Watak: Dr. zawawi Perwatakan: Cekap / pantas / tangkas Latar masyarakat: Masyarakat yang cekap / pantas / tangkas Nilai: Kecekapan / kepantasan / ketangkasan Persoalan: Kecekapan / kepantasan / ketangkasan dalam bertindak Pengajaran: Kita hendaklah cekap / pantas / tangkas dalam sesuatu tindakan yang penting.

Peristiwa 4 Profesor Zaidah telah menjangka peristiwa tali khemah diputuskan kerana berlaku persaingan di hutan. Namun, beliau cuba menyembunyikan perkara itu supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar terhadap kerja-kerja cari gali arkeeologi. Watak: Profesor Zaidah / ibu Amira Perwatakan: Berpandangan jauh / tegas Latar masyarakat: Masyarakat yang berpandangan jauh Nilai: Kebijaksaan / kepekaan / keprihatinan / ketegasan

Persoalan: Kebijaksanaan / keprihatinan / kepekaan / ketegasan dalam membuat keputusan Pengajaran: Kita hendaklah bijak / peka / prihatin / tegas dalam membuat keputusan

Peristiwa 5 Malique menunda hasratnya untuk mengenali lelaki yang ditemaninya meredah hutan pada tengah malam buta. Dia menunggu masa yang sesuai kerana pemergiannya pun semata-mata kerana didesak oleh ibunya. Watak: Malique Perwatakan: Berhati-hati / Teliti Latar masyarakat: Masyarakat yang berhati-hati / teliti Nilai: Ketelitian Persoalan: Ketelitian dalam bertindak Pengajaran: Kita hendaklah berhati-hati / teliti sebelum bertindak
Posted by

Anda mungkin juga menyukai