Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) (KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN) PRA3113

TAJUK:

KAEDAH AKTIVITI BUAT SENDIRI (D.I.Y) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN AWAL BACAAN KANAKKANAK PRASEKOLAH. NUROL FATIN BINTI KHALID DR. AHMAD ABDUL GARNI BIN HAJI SAID JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 5 APRIL 2012

NAMA PENYELIDIK : NAMA PENYELIA NAMA JABATAN NAMA INSTITUSI TARIKH : : : :

ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 2.1 Isu / masalah kajian 2.2 Fokus Kajian 2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah 2.4 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Soalan Kajian 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan 5.2 Perancangan cara mengumpul data 5.3 Perancangan cara menganalisis data 5.4 Perancangan jadual pelaksanaan / Carta Gantt 5.5 Kos Kajian

6.0 SENARAI RUJUKAN (sistem APA) 7.0 LAMPIRAN (Instrumen, dokumen berkaitan)

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kebolehan membaca bergantung pada keadaan normal ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan. Jika kedua-dua saluran saraf deria ini mengalami sebarang jenis kecacatan, sudah pasti ketepatan pengamatan pendengaran dan penglihatan akan terjejas. Masalah ini akan menyulitkan proses pembelajaran kemahiran membaca (Syed Abu Bakar, 1994). Membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting bagi membolehkan seseorang itu memperoleh pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan. Kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal lagi. Oleh itu minat membaca perlu dipupuk sejak dari awal lagi supaya terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh ini dapat menimbulkan minat yang berterusan. Peringkat prasekolah merupakan peringkat yang sesuai untuk membina asas membaca. Pada peringkat ini, kemahiran asas ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kelemahan membaca apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara formal. Membaca juga merupakan tumpuan utama yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum Standard Prasekolah (2010).

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Prasekolah, aktiviti yang berpusatkan murid adalah lebih diberi keutamaan supaya murid dapat pengalaman bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Aktiviti berpusatkan murid seperti aktiviti hands-on terutamanya dapat mengembangkan daya ingatan murid terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang berpusatkan guru akan menyebabkan murid menjadi bosan dan mula mengganggu rakan ketika guru memberi penerangan dan akhirnya murid mudah lupa akan pengajaran yang telah diberikan oleh guru.

Berdasarkan pengalaman saya semasa mengajar dalam praktikal fasa 1 dan 2, saya sering menghadapi masalah ini. Murid saya tidak dapat memberi tumpuan semasa saya memberi penerangan dan apabila disoal mereka tidak dapat menjawab dan kebanyakan daripada mereka menjadi lupa pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu.

Pada praktikal fasa 3 ini, saya ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Bandar Baru Sungai Lalang, Sungai Petani yang mempunyai sebuah kelas prasekolah yang diberi nama Prasekolah Bestari. Prasekolah ini terdiri daripada 25 orang murid, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid.

Untuk praktikal ini juga, saya mengalami masalah yang sama iaitu murid gagal mengingat dengan baik. Pada bulan ke-3 persekolahan masih ada murid yang tidak dapat mengenal abjad dengan baik. Kebanyakan daripada mereka cuma membuat mimik mulut apabila aktiviti bacaan beramai-ramai. Ketika dipanggil ke depan, murid-murid tersebut

teragak-agak untuk membaca dan banyak menyebut huruf atau abjad yang silap sehingga ditegur oleh saya. Kadang-kadang mereka akan menjeling kepada rakan yang lebih tahu untuk mendapatkan jawapan.

Ketika aktiviti bacaan, murid-murid ini juga tidak dapat fokuskan penglihatan mereka ke arah abjad yang ditunjukkan. Mereka akan menyebut nama abjad dan memandang ke muka saya. Perkara ini juga sering ditegur oleh saya beberapa kali namun masih diulang oleh murid berkenaan apabila melakukan aktiviti bacaan. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengingat rupa bentuk huruf yang disebut dan melakukan kesilapan yang sama.

Hal ini amat merunsingkan saya, dan saya perlu mereka satu kaedah baru dalam pengajaran saya supaya murid dapat mengingat dengan baik apa yang telah mereka pelajari.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Melalui pemerhatian saya, saya beranggapan bahawa murid-murid ini haruslah berada pada tahap yang sama dengan rakan-rakan mereka yang lain. Salah satu alternatif dalam menyelesaikan masalah kemahiran awal bacaan ialah menerusi Aktiviti Buat Sendiri (D.I.Y). Saya yakin bahawa murid-murid saya dapat menguasai kemahiran awal bacaan dengan baik jika saya menukar kaedah pengajaran saya kepada Aktiviti Buat Sendiri yang banyak melibatkan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Murid-murid dapat melakukan sendiri aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara tidak langsung mereka dapat memberi tumpuan yang lebih kepada pembelajaran mereka dan ini dapat meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pengajaran yang diberikan oleh saya.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 2.1 Isu / Masalah Kajian Semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati terdapat beberapa isu serta masalah yang akan menjadi fokus kajian saya. Masalah-masalah diperhatikan ini boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran antara saya dengan murid.

Antara isu yang saya dapat perhatikan ialah : i. Murid mengalami masalah kurang daya ingatan dalam mengenal abjad dan melambatkan proses kemahiran membaca. (kognitif) ii. Murid mengalami masalah dalam menggunting dengan betul dan mereka akan menggunting mengikut garisan yang ada pada lukisan. Contohnya gambar gelas yang mempunyai straw, mereka akan menggunting gambar gelas sahaja dan meninggalkan straw di sebelah. (fizikal) iii. Murid sering mengganggu rakan dan berbual-bual ketika saya memberi penerangan untuk melakukan aktiviti. Mereka kadang-kadang akan mencuit rakan mereka dan tidak dapat duduk diam di tempat masing-masing. Murid juga sering bertindak di luar arahan saya. (tingkah laku)

2.2 Fokus Kajian

Daripada isu-isu yang diperhatikan, saya telah memilih untuk mengkaji masalah murid mempunyai kurang daya ingatan dalam mengenal abjad dan melambatkan proses kemahiran membaca.

2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah

Saya mendapati seramai lima orang murid di dalam kelas Prasekolah Bistari masih tidak dapat mengenal abjad dengan baik dan selebihnya sudah boleh membaca suku kata dan membatang suku kata dalam perkataan. Hasil data ini saya kumpul melalui perbualan dengan guru berserta laporan asas awal bacaan yang disediakan di dalam kelas prasekolah. Saya juga telah membuat ujian pengesanan di mana saya telah memanggil murid seorang demi seorang untuk membuat bacaan abjad di hadapan saya. Berikut merupakan jenis data yang digunakan oleh saya dalam mengesan tahap kemahiran awal bacaan murid prasekolah saya.

Anda mungkin juga menyukai