Tsunami Dalam Pilihan Raya Umum 2008: Wajah Baru Dalam Politik Malaysia
Pilihan Raya Umum ke-12 telah membuka satu lembaran baru dalam politik negara dan
tarikh 8.03.2008 akan sentiasa dikenang sebagai satu tarikh keramat yang menyaksikan
perubahan landskap politik Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ( SPR ) telah
menetapkan hari penamaan calon pada 24 Februari dan ia merupakan satu tempoh berkempen
yang terpanjang dalam tempoh 22 tahun (Berita Harian,15 Februari 2008 ).
Sepanjang kempen tersebut pelbagai isu dan manisfesto yang dikemukakan oleh
Barisan Nasional mahupun pembangkang. Ia menyaksikan satu pertembungan jentera pilihan
raya Barisan Nasional yang begitu mantap dan disokong oleh media massa arus perdana
berbanding dengan jentera pilihan raya barisan alternatif yang bukan sehaja tidak seragam
tetapi serba kekurangan. Namun begitu kemunculan aliran media alternatif yang ditunjangi
oleh golongan bloggers yang lebih memihak kepada pembangkang berjaya mengimbangi
persaingan kedua-dua pihak. Barisan Nasional terus menggunakan politik pembangunan serta
perpaduan sebagai modalnya dengan menyeru rakyat jelata menghargai segala nikmat
pembangunan serta keamanan yang dikecapi selama ini sebagai asas kukuh rakyat terus
menyokongnya demi masa hadapan negara yang lebih cerah dan terjamin. Dalam usaha bagi
memenangi kepercayaan rakyat, barisan pembangkang telah memanipulasikan pelbagai isu-
isu berbangkit yang ternyata menarik perhatian para pengundi. Isu-isu seperti peningkatan
harga barangan serta kadar inflasi yang semakin serius, ketelusan dalam kerajaan,
keselamatam sosial dalam masyarakat, masalah pendidikan serta isu-isu perkauman yang
melibatkan pendidikan serta agama jelas memberikan satu ruang yang besar kepada
pembangkang dalam usahanya mengambil alih kerajaan atau sekurang-kurangnya menafikan
2/3 kerusi Barisan Nasional dalam parlimen.
2
Satu lagi perkembangan menarik dalam pilihan raya kali ini ialah kemunculan semula
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik Malaysia walaupun beliau tidak dapat
bertanding atas faktor perundangan. Namun begitu kehadirannya jelas memberi satu impak
yang besar kepada barisan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi popularitinya
cuba untuk menyelamatkan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) yang ternyata lesu selepas
kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-11. Pada masa yang sama, beliau turut
bertindak sebagai perantaraan antara PKR, DAP dan PAS bagi membentuk satu kerjasama
yang mantap di kalangan parti pembangkang dalam usaha untuk mengambil alih kuasa dari
Barisan Nasional. Lantaran itu ramai penganalisa politik beranggapan faktor Anwarisme akan
menjadi titik penentu kepada nasib pembangkang dalam pilihan raya kali ini.
Ini telah membawa kepada satu siri perang psikologi antara Barisan Nasional dengan
Pakatan Rakyat. UMNO telah melakukan beberapa siri pendedahan yang eksklusif bagi
tujuan menjejaskan kredibiliti serta nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia telah
menengahkan beberapa bekas pemimpin dan juga rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr
Chandran yang merupakan bekas timbalan presiden PKR menegaskan bahawa ‘if Datuk Seri
Anwar Ibrahim becomes the prime minister, it will be an unmitigated disaster for Malaysia’
( NST, 4 March 2008 ). Beliau berkata demikian dalam The Star-Asian Centre for Media
Studies Public Forum on the 2008 election. Dalam mengukuhkan hujahnya Dr. Chandran
mengimbas kembali tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berada dalam kerajaan.
Beliau dikatakan bertanggungjawab dalam mencetuskan krisis politik dalam tahun 1987
sehingga membawa kepada penahanan beramai-ramai ahli politik, ahli akademik, pejuang
NGO serta pendakwah agama dalam Operasi Lalang. Serangan peribadi terhadap Datuk Seri
Anwar Ibrahim turut dilakukan oleh Datuk Nallakuppan yang mendakwa Datuk Seri Awnar
Ibrahim seorang yang tidak boleh dipercayai kerana beliau terkenal sebagai seorang yang
hebat dalam berpidato tetapi kata-katanya adalah tidak berbenar dan merupakan
pembohongan semata-mata ( Berita Harian, 5 Mac 2008 ).
Serangan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim , krisis kepimpinan dalam
DAP dan kelemahan serta pilihan raya PAS dijangka sekali lagi akan memebri laluan mudah
3
terhadap Barisan Nasional. Ia dapat dilihat dalam kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi serta Datuk Seri Najib Razak yang yakin Barisan Nasional mampu mendapat majoriti
2/3 dengan mudah arkan senario politik semasa. Datuk Seri Ahmad Badawi dalam satu
kenyataan semasa meninjau projek naik taraf Hospital Pulau Pinang melahirkan keyakinan
beliau Barisan Nasional bakal menawan semula Kelantan yang telah diperintah PAS selama
18 tahun. Di samping itu, beliau turut menolak kemungkinan DAP akan mengulangi kejayaan
di Pulau Pinang seperti Pilihan Raya Umum 1990 ( Harian Metro, 7 Mac 2008). Beliau
menasihat para pengundi untuk melihat kembali rekod pemerintahan Barisan Nasional yang
telah mentadbir negara dengan cemerlang selama 50 tahun dan tidak mengundi secara
emosional lalu mengorbankan masa hadapan negara. Harapan Perdana Menteri itu disokong
sepenuhnya oleh Datuk Seri Najib Razak yang berpendapat bahawa hanyalah Barisan
Nasional yang mampu melaksanakan pembangunan negara dan rakyat perlu memberi mandat
sepenuhnya kepada parti tersebut. Ini kerana Barisan Nasional boleh membantu dan membela
nasib rakyat sedangkan parti pembangkang hanya tahu membuat kekacauan dan
mengelirukan rakyat ( Berita Harian, 27 Februari 2008 ). Lantaran itu, rakyat perlu
menyokong Barisan Nasional bagi menjamin masa depan yang cerah dan progresif.
keangkuhan para pemimpin UMNO yang dikatakan angkuh dan tidak sensitif dengan
keperluan serta hak masyarakat lain.
Pada masa yang sama, gelombang perubahan di kalangan pengundi Melayu juga
begitu kuat dan ia dapat dilihat dalam Perhimpunan BERSIH anjuran pakatan pembangkang
yang diterajui oleh PKR dan PAS. Puluhan ribuan penyokong dari kedua-dua parti tersebut
telah berkumpul di Kuala Lumpur dalam usaha menghantar satu memorandum kepada Yang
Dipertuan Agong bagi meminta baginda campur tangan dalam menyelesaikan konflik yang
melanda negara. Gabungan NGO dan pakatan pembangkang telah mendesak agar kebebasan
bersuara dan kuasa media massa dihormati. Mereka turut menuntut agar pilihan raya
dijalankan dengan lebih telus di samping menyeru kerajaan untuk lebih bersungguh-sungguh
menangani masalah rasuah yang semakin menular. Walaupun terdapat usaha bagi memohon
permit untuk perhimpunan tersebut namun ia ditolak oleh kerajaan dan beberapa siri
percubaan untuk menyekat perhimpunan tersebut secara kekerasan dan tangkapan terhadap
pemimpin pembangkang jelas memburukkan nama baik kerajaan yang dianggap dictator dan
ia menjadi tumpuan media masaa tempatan dan luar negara. Tindakan menghalang
perhimpunan yang dirancang secara aman itu seolah-olah mendedahkan ketidaksuburan
amalan demokrasi dalam negara dan kerajaan dilihat takut kepada bayang-bayang sendiri.
Situasi pilihan raya menjadi semakin hangat menjelang saat-saat terakhir pilihan raya
apabila Barisan Nasional dan pakatan pembangkang melancarkan manifesto masing-masing.
Barisan Nasional telah melancarkan manifestonya ‘ Selamat Aman Makmur ’ telah
menyenaraikan 76 pencapaian kerajaan Barisan Nasional dalam tempoh empat tahun lalu
serta 61 ikrar untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia dirangkumkan
di bawah lapan perkara termasuklah ekonomi pembangunan, pendidikan, undang-undang dan
keselamatan awam, perkhidmatan awam, membanteras rasuah dan megetatkan urus tadbir,
agama dan perpaduan serta dasar luar negara. Pada dasarnya manifesto Barisan Nasional
dilihat agak realistik tetapi tidak banyak pembaharuan berbanding dengan manifesto sebelum
ini. Ia agak. berbeza dengan manifesto pembangkang yang dilhat agak sukar untuk
dilaksanakan namun ia berjaya menarik perhatian pengundi terutamanya pengundi muda
yang beranggapan ia merupakan sesuatu yang progresif dan memberi mereka satu nafas baru.
Golongan ini beranggapan bahawa sudah tibanya masanya melakukan pembaharuan pilihan
5
raya ini merupakan satu peluang terbaik bagi melakukan sesuatu selepas kemerdekaan negara
yang ke-51.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 sememangnya memberi satu kejutan kepada
semua pihak. Ia seolah-olah satu tsunami besar yang melanda di mana dalam satu hari,
landskap politik telah berubah sama sekali. Barisan Nasional terjaga dari mimpi indahnya dan
terpaksa menerima hakikat bahawa ia tidak mampu lagi membentuk sebuah kerajaan yang
6
mantap apabila gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Ia hanya mampu membentuk kerajaan
dengan majoriti mudah apabila mendapat 148 buah kerusi. Ia merupakan pencapaian
terburuknya dalam sejak penubuhannya dengan peratusan undinya sekadar 63% sahaja.
Barisan Nasional bukan sahaja gagal menawan semula Kelantan tetapi terpaksa berputih mata
apabila empat buah negeri lain tidak termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke
tangan pakatan pembangkang. Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor seolah-olah dilanda
garuda dan menyaksikan kerajaan negeri bertukar tangan. Manakala di Wilayah Persekutuan,
nasib Barisan Nasional dilihat tidak lebih seperti melukut di tepi gantang apabila ia hanya
mampu memenangi kawasan Parlimen Setiawangsa. Nasib Barisan Nasional tidak berubah
seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ apabila beberapa calon ‘heavyweight’ tewas mengejut
dan ia terdiri empat menteri, lapan timbalan menteri serta seorang ketua menteri. Datuk Seri
Samy Vellu, Datuk Seri Abdul Aziz, Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil mengetuai senarai pemimpin Barisan Nasional yang gugur di Perak, Selangor,
Kedah dan Wilayah Persekutuan. ( STAR, 9 March 2008 ). Manakala para timbalan yang
turut menjadi mangsa dalam tsunami kali ini termasuklah Datuk Kayveas, Datuk Tan Chai
Ho, Datuk Mah Siew Keong, Datuk Zainal Abidin Osman, Datuk Dr Awang Adek, Datuk G
Palanivel dan Datuk Fu Ah Kiow. Nasib yang sama turut dialami oleh Dr Koh Tsu Koon
apabila ditewaskan di kerusi Batu Kawan.
Mengulas keputusan pilihan raya yang di luar dugaan ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi ternyata terkejut dan kecewa apabila ramai pemimpin Barisan Nsional yang tewas.
Namun begitu, beliau menerimanya dengan redha dan menghormati pilihan rakyat yang telah
pun bersuara. Ini membuktikan amalan demokrasi masih subur di Malaysia dan proses
pilihan raya di negara kita telus dan menafikan dakwaan pembangkang bahawa pilihan raya
Malaysia dicemari dengan pelbagai penipuan dan amalan yang tidak demokratik. Kehangatan
Pilihan Raya ke-12 turut dirasai barisan pemimpin pembangkang yang seolah-olah masih
tidak percaya dengan pencapaian pembangkang yang begitu cemerlang. Parti Pakatan Rakyat
( PKR ) memenangi 31 kerusi parlimen dan 40 kerusi negeri . Ia diikuti Parti Tindakan
Demokratik (DAP ) yang menawan 28 kerusi parlimen dan 73 kerusi negeri. Parti Islam
Semalaysia ( PAS ) turut cemerlang dengan memperolehi 23 kerusi parlimen dan 83 kerusi
negeri. Ketiga-tiga gabungan parti ini berjaya menawan empat buah negeri iaitu Pulau
Pinang, Kedah, Perak dan Selangor di samping mengekalkan kuasa di Kelantan. Selain itu,
parti pembangkang turut menguasai Wilayah Persekutuan apabila menewaskan calon Barisan
7
Nasional di 10 daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Pada masa yang sama,
kubu-kubu kuat Barisan Nasional khususnya di Johor dan Pahang turut ditembusi
pembangkang dan situasi yang mencemaskan berlaku di Negeri Sembilan apabila Barisan
Nasional hanya mampu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis apabila hanya
memenangi 21 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan apabila pembanagakang menguasai
15 kerusi yang lain.
Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz menggambarkan pilihan raya kali ini
seolah-olah dilanda tsunami besar kerana rakyat telah bosan dan tertekan kerana kebebasan
dan hak mereka sering dinafikan dengan kewujudan undang-undang seperti ISA ( STAR, 9
March 2008). Beliau menegaskan kemampuan PAS mencapai keputusan yang baik kali ini
kerana parti tersebut mengamalkan kesederhanaan berbanding UMNO yang sering bertindak
melampau. Ia mengakibatkan UMNO tidak relevan lagi di kalangan orang Melayu dan
menjadikan PAS dan PKR sebagai parti alternatif. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau
Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP beranggapan kejayaan DAP bersama
parti-parti pembangkang yang lain menafikan 2/3 kerusi parlimen Barisan Nasional sebagai
kejayaan rakyat dan juga penanda ke ‘Malaysian First’( Rocket, April/May 2008 ). Kejayaan
DAP menguasai Pulau Pinang serta mempunyai perwakilan yang ramai di Perak dan
Selangor dilihat sebagai platform terbaik bagi parti tersebut merealisasikan wawasan
Malaysian-Malaysia.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12, telah memberi satu petunjuk yang amat jelas,
Barisan Nasional tidak lagi mampu menarik minat para pengundi dengan politik
pembangunannya sebaliknya para pengundi lebih prihatin dalam isu-isu yang berkaitan
dengan hak asasi manusia, kebebasan media, ketelusan serta keberkesanan kerajaan, dan
keselamatan sosial. Pada masa yang sama, para pengundi terutamanya di bandar mula
menolak politik berasaskan perkauman yang ditunjangi Barisan Nasional selama ini.
Golongan ini tidak lagi merasakan perlunya dasar-dasar yang bersifat perkauman bagi
melindungi kepentingan mereka. Ia begitu ketara apabila tiga presiden komponen Barisan
Nasional tewas dalam pertarungan masing-masing walaupun lawannya hanya calon yang
kerdil. Di Sungai Siput, Perak Datuk Seri Samy Vellu, Presiden MIC ditewaskan oleh calon
Parti Sosialis ( PSM ) yang bertanding atas tiket PKR. Dr D Jeyakumar menewaskan Datuk
8
Seri Samy Vellu dengan majoriti undi sebanyak 1,821 apabila mendapat 16,458 undi. Dr Koh
Tsu Koon, Presiden parti Gerakan pula ditewaskan oleh Dr P Ramasamy dengan majoriti
undi yang begitu besar iaitu 9485 undi apabila beliau hanya mampu memperolehi 13,582
undi. Nasib yang sama menimpa Datuk M Kayveas di Taiping apabila ditewaskan oleh Nga
Kor Ming dengan majoriti undi sebanyak 11,298 ( Berita Minggu, 9 Mac 2008 ). Namun
begitu, Barisan Nasional masih mampu membentuk kerajaan dengan bantuan ahli parlimen
dari Sarawak yang mencapai keputusan yang cemerlang dengan memenangi 30 daripada 31
kerusi yang dipertandingkan.
Dalam melihat perkembangan politik semasa negara, Wong Chun Wai, editor Star
berpendapat sudah tiba masanya bagi semua pihak untuk membuat penilaian terhadap
peranan serta prestasi masing-masing. Sindrom penafian yang sering diamalkan oleh ahli
politik serta media massa perlu dihentikan. Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 bukan
sekadar menggambarkan perasaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah malah
memberi satu mesej yang jelas kepada media-media arus perdana. Di mana media-media ini
perlu mengubah corak penyiarannya jika ingin terus relevan di kalangan pembaca. Skop
penyiaran serta liputannya perlulah lebih menyeluruh serta memberi peluang kepada semua
pihak dalam menyuarakan pendapat serta pandangan masing-masing. Pada masa yang sama
unsur-unsur bias serta kepentingan politik harus diketepikan dalam usaha menghasilkan
berita yang benar-benar jitu dan menepati etika kewartawanan itu sendiri. Majalah Aliran
pula mempunyai penjelasan yang tersendiri dalam memperkatakan keputusan Piliahn raya ke-
12, di mana ia dikiatkan dengan sikap Barisan Nasional itu sendiri. Parti itu dikatakan
menghidapi pelbagai jenis penyakit kronik sehingga meletakkan dirinya dalam situasi yang
tenat. Antaranya Barisan Nasional didakwa mengalami sintom ‘overeating’ kerana amalan
rasuah dan ketidak telusan dalam kerajaan, ‘heart failure’ disebabkan sikap yang terlalu
mementingkan diri dan kroni sehingga mengabaikan kepentingan rakyat, ‘diabetes’ terlau
banyak janji-janji manis yang bertujuan mengaburi rakyat serta ‘obsessive’ akibat sikap yang
enggan berterus terang dan sering menyembunyi sesuatu fakta-fakta yang benar ( Aliran, vol.
28 2008 ).
pengundi yang secara jelas menolak Barisan Nasional yang telah memerintah sejak
kemerdekaan negara. Politik perkauman, ugutan serta sogokan wang dan pembangunan jelas
tidak lagi berkesan di kalangan pengundi khususnya di kawasan bandar. Kerjasama di
kalangan pembangkang jelas membuahkan hasil dan lima negeri berjaya ditawan dan kini
tibalah masanya bagi barisan alternatif tersebut mengota janji dan membuktikan kemampuan
mereka dalam mentabdir negara. Rakyat yang bakal menentukan hala tuju negara telah pun
mengorak langkah pertama ke arah Malaysia yang yang lebih adil, telus dan progresif.
Lantaran itu, Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan dalam usaha ‘check and balance’
dalam kerajaan. Mandat rakyat jelata seharusnya digunakan sebaik mungkin dan tsunami
kedua yang mendatang nanti sudah pasti akan mengubah terus senario politik Malaysia.