Anda di halaman 1dari 22

1

Sinopsis

Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House Kuala
Lumpur merupakan satu dasar baru yang telah pun dirangka oleh oleh Satu Unit
Perancangan Tanah Melayu yang telah ditubuhkan pada Julai 1943. Ia
melibatkan beberapa siri rundingan yang telah diadakan di antara Pejabat Tanah
Jajahan dan Pejabat Perang untuk merangka satu sistem pentabdiran baru bagi
Tanah Melayu. Pada 31 Mei 1944, Kabinet Perang telah meluluskan syor
mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukan oleh Unit
Perancangan yang diketuai oleh Major-General H R Hone. Ia seterusnya
membawa kepada pengenalan Malayan Union yang telah pun diumumkan secara
rasmi oleh George Hall, Setiausaha Tanah Jajahan dalam Parlimen British pada
10 Oktober 1945. Malayan Union sehinggakan hari ini masih diselubungi
pelbagai misteri. Polisi yang telah dirancang ketika dunia masih dalam kancah
peperangan dan hanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa bulan sahaja.
Lantaran itu, kertas kerja ini menumpukan perbincangan kepada reaksi penduduk
Tanah Melayu terhadap Malayan Union. Di mana terdapat pelbagai reaksi yang
timbul lantaran daripada dasar kontroversi British. Rata-rata orang Melayu
menentang Malayan Union walaupun terdapat segelintir yang menyokongnya.
Manakala penerimaan golongan imigran pula agak dingin dan pada masa yang
sama, Malayan Union turut mendapat kecaman daripada bekas pegawai-
pegawai Perkhidmatan Awam yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu.

Pendahuluan

Era Pasca Perang Dunia Kedua telah menyaksikan perubahan ketara dalam polisi British
di Tanah Melayu. Dasar pro-Melayu yang diamalkan sebelum ini dilihat sebagai tidak
sesuai lagi sebaliknya British cuba memperkenalkan satu dasar baru yang dianggap perlu
bagi menangani senario politik di negara ini selepas perang. Dasar baru itu menjurus ke
arah sebuah kesatuan yang dilihat mampu mewujudkan suatu pentadbiran yang lebih
cekap dan seragam. Ia dianggap penting dalam menjimatkan kos pentadbiran selain
daripada memperkukuhkan pertahanan British. Pada masa yang sama, London turut
berpendapat sudah tiba masanya bagi memikirkan kedudukan serta nasib golongan
imigran di Tanah Melayu. Perkembangan ini selaras dengan perubahan demografi negara
ini dari sebyah negeri Melayu ke sebuah negara majmuk yang dikenali sebagai ‘ plural
society’. Ia jelas dalam populasi penduduk Tanah Melayu di mana pada tahun 1911, orang
2

Melayu membentuk 53.5% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu tetapi menjelang
tahun 1931 mereka telah pun kehilangan majoriti itu dan hanya membentuk 41%
daripada jumlah penduduk Tanah Melayu pada tahun 1941. 1 Justeru itu, suatu perubahan
perlu dilakukan demi untuk menjamin serta memperseimbangkan hak golongan imigran
di Tanah Melayu.

Malayan Union

Malayan Union dilihat sebagai satu kesinambungan daripada usaha British untuk
membentuk satu kesatuan Tanah Melayu yang telah bermula pada tahun 1920 lagi.
Kerajaan British telah melaksanakan langkah desentralisasi dengan mengagihkan kuasa
pusat secara berperingkat. Sir Cecil Clementi Smith yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi
British pada tahun 1930 mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah Melayu sebuah
negara yang bersatu. Dasar Pengagihan kuasa pusat dijadikan daya penarik kepada
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersatu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersatu.2 Walau bagaimanapun, desentralisasi itu tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun
di Tanah Melayu pada tahun 1941.

Malayan Union telah menggabungkan semua negeri Melayu termasuk Pulau


Pinang dan Melaka di bawah sebuah kesatuan yang akan diketuai oleh seorang Gabenor
yang berpusat di Singapura. Ia akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis
Undangan. Di peringkat negeri pula, Majlis Kerajaan negeri diadakan dan diletakkan
dibawah penyeliaan seorang Pesuruhjaya Negeri. Manakala kedaulatan serta kekuasaan
raja-raja Melayu pula akan dihapuskan dan mereka cuma berada dalam Majlis Raja-raja
Melayu yang tertakluk kepada kuasa Gabenor British. Ia bukan sahaja menyatukan Tanah
Melayu dan membantu ke arah keseragaman pentadbiran tetapi juga menjimatkan
perbelanjaan pentadbiran yang dianggap janggal dan mahal.3

1
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, Oxford University Press, Oxford,
1991, hlm.15.
2
James de V. Allen, The Malayan Union, Yale University, United State, hlm. 5.
3
Ibid, hlm. 4.
3

Dalam usaha membentuk sebuah bangsa Malaya Union dan menghargai


sumbangan golongan imigran dalam pembangunan ekonomi Tanah Melayu, dasar
kerakyatan yang liberal telah diperkenalkan. Kewarganegaraan yang berlandaskan prinsip
jus soli iaitu hak kerakyatan diberikan berdasarkan tempat kelahiran seseorang. 4 Di mana
taraf kerakyatan diberikan kepada semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu
atau Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di
sana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.5 Ia telah dikaitkan
dengan perasaan anti-Melayu di kalangan pegawai British yang mensyaki orang Melayu
telah bekerjasama dengan Jepun. Ia dapat dilihat dalam laporan V. Radharkrishnan,
seorang sukarelawan Negeri Selat kepada Pejabat Kolonial di London yang menyatakan
bahawa:
“ The Japanese were very cordial with the Malays…There was much fifth column
work favour of the Japanese…When the Japanese entered Singapore many
Malays came with them some of whom wore the same uniform as the Japanese
soldiers. I myself saw two Malays dressed in this way’. 6

British terkilan dengan perkembangan itu dan beranggapan orang Melayu telah pun
mengkhianati mereka semasa Perang Dunia Kedua. Sebaliknya mereka bersimpati
dengan MPAJA dan orang Cina yang telah menentang pemerintahan Jepun di Tanah
Melayu. Kelonggaran dalam soal kerakyatan itu dilihat sebagai satu insentif kepada
kaum bukan Melayu yang bekerjasama dengan British semasa pendudukan Jepun.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION


4

Malayan policy: Cabinet memorandum by Mr Hall, 26 Fenruari 1946, in CAB 129/7, CP ( 46 )


81.
5
Local reactions to Malayan Union citizenship: inward telegram no 08009 from Major-General H
R Hone to War office, 23 February 1946, in CO 537/ 1528, no 43.
6
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.71-72.
4

Malayan Union telah mengundang kontroversi di kalangan penduduk Tanah


Melayu. Ia telah menimbulkan reaksi yang negatif di kalangan orang Melayu.
Kertas Putih Malayan Union yang diterbitkan pada 22 Mac 1946 seolah-olah satu
kejutan elektrik kepada orang Melayu. Mereka menentang Malayan Union kerana
melihat polisi itu bukan sahaja tidak menguntungkan mereka malah mengancam
kedaulatan serta ketuanan orang Melayu. Di mana penghapusan kuasa serta
terhakisnya tamadun orang Melayu bakal menjadikan mereka senasib dengan
‘Red Indian’ di Amerika Syarikat. Pengalaman pahit sejurus penyerahan kalah
Jepun dan ketegangan kaum yang tercetus selepas itu menyedarkan orang Melayu
betapa perlunya mereka mempertahankan kedudukan mereka selaku pribumi bagi
menjamin kesinambungan mereka di Tanah Melayu.

Manakala reaksi golongan imigran pula berbelah bagi dan gagal memberi
respon yang positif terhadap Malayan Union walaupun pada dasarnya polisi itu
dilihat berpihak kepada mereka.7 Orang Cina dan India dilihat mengamalkan
sikap ‘tunggu dan lihat’ dan pada masa yang sama lebih memberi keutamaan
kepada perkembangan politik di negara masing-masing. Lantaran itu reaksi
penduduk Tanah Melayu terhadap Malayan Union merupakan sesuatu yang
menarik untuk dikaji memandangkan ia telah mencetuskan satu polemik baru
dalam perkembangan sejarah Perlembagaan Malaysia.

PENENTANGAN ORANG MELAYU

Suasana politik di Tanah Melayu agak berkecamuk selepas Perang Dunia Kedua.
Ketegangan kaum tercetus di antara orang Melayu dan Cina. MPAJA yang
bermaharajalela selepas penyerahan kalah Jepun telah menimbulkan penentangan orang
Melayu.8 Rusuhan kaum serta kekacauan tercetus di beberapa buah negeri termasuklah di

7
Local reactions to Malayan Union citizenship: inward telegram no 08009 from Major-General H
R Hone to War Office, 23 February, in CO 537/ 1528, no 43.
8
Communal violence and political militancy: HQ Malaya Command weekly intelligence reviews,
nos 30-32, 31 May-22 June 1946, in CO 537/ 1581, nos 14, 15 and 16.
5

Batu Pahat dan Muar Johor. Manakala di Perak pula, kekacauan tercetus di Sungai
Manik, Perak.

Lantaran itu, pengumuman kertas putih Malayan Union pada 22 Januari 1946
telah mencetuskan suasana panik di kalangan orang Melayu yang bimbangkan
penguasaan serta dominasi orang Cina terhadap Tanah Melayu. Albert Lau ( 1991)
menggambarkan situasi orang Melayu pada ketika itu seolah-olah ‘ satu kejutan elektrik’
dan kenyataan itu jelas tidak dapat diterima oleh orang Melayu berasaskan beberapa
pertimbangan yang utama iaitu penghapusan kuasa serta kedaulatan raja Melayu serta
terhakisnya ketamadunan serta budaya orang Melayu akibat daripada dasar kerakyatan
yang berasaskan prinsip ‘jus soli.’

Perasaan mereka terpapar dalam hampir ke semua akhbar Melayu yang membidas
Malayan Union yang dianggap merampas hak serta menghapuskan ketuanan Melayu di
bumi mereka sendiri. Utusan melayu misalnya pada 12 Oktober 1945 mencatatkan:
“… dari pandangan sepintas lalu dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan
Union itu menguntungkan orang-orang bukan Melayu. Hal ini amat mencemaskan
fikiran dan perasaan orang Melayu mengenai hari depan mereka.”9

Manakala Majlis pula dalam ulasannya tentang Malayan Union telah menggesa orang
Melayu untuk bangun menentang Malayan Union dengan menekankan kesefahaman dan
kerjasama orang Melayu. Mereka perlu bersatu untuk menumbangkan Malayan Union
dan berusaha untuk mendirikan sebuah kerajaan sendiri yang ditadbir oleh anak-anak
tempatan.10 Akhbar tersebut juga mendakwa sesiapa yang tidak berkabung bererti
menyokong Malayan Union dan mereka tidak akan diakui sebagai orang Melayu.11

Peranan akhbar dalam penentangan Malayan Union telah berjaya menimbulkan


kesedaran serta membina perpaduan di kalangan orang Melayu. Ia dijadikan medium para

9
Utusan Melayu, 12 Oktober 1945.
10
Majlis, 3 April 1946.
11
Ibid, 4 April 1949.
6

pemimpin Melayu dalam melahirkan pendapat serta membidas dasar British yang
dianggap sebagai mengkhianati kepercayaan orang Melayu.

Kesedaran politik dan pengalaman semasa pendudukan Jepun telah melahirkan


golongan intelektual Melayu yang begitu prihatin tentang nasib mereka. Golongan ini
yang rata-rata terdiri daripada wartawan mahupun kakitangan kerajaan telah lantang
mengkritik serta menentang Malayan Union. Antaranya Dato Onn yang dianggap sebagai
penyatu bangsa Melayu. Beliau telah menyeru orang Melayu bersatu padu secara
berorganisasi di peringkat kebangsaan dan berjaya menganjurkan Kongres Melayu pada 1
hingga 4 Mac 1946 di kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.12

Kongres Melayu tersebut mendapat sambutan dari segenap masyarakat Melayu


dan telah dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Ia telah
dipengerusikan oleh Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba).13 Dalam ucapan pertamanya, Dato
Onn menegaskan bahawa
“ nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di
antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita hanyalah akan dapat dipeliharakan
dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih
tinggi daripada bangsa sekali pun.”14

Kongres Pertama itu telah dirasmikan oleh Sultan Hishammudin Alam Shah dan berjaya
membawa kepada penubuhan United Malays National Organization ( UMNO ). Ia telah
menjadi sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan serta ketuanan orang Melayu.
Kejayaan terbesarnya ialah berjaya menumbangkan Malayan Union dan mendapat
mandat British untuk membincang serta merangka satu perlembagaan baru bagi Tanah
Melayu.

12

Pan-Malayan Malay Congress: inward telegram no 08312 from HQ, British Military
Administration ( Malaya ) to War Office, 5 March 1946, in CO 537/ 1548, no 31.
13
Local reactions to the White Paper: HQ Malaya Command weekly intelligence review, no 17, 23
February 1946 in CO 537/ 1581.
14
Ucapan Dato’ Onn di Kongres Melayu se-Tanah Melayu yang pertama pada 1946, dalam
Biografi Dato Onn’: Hidup Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2004, Lampiran
Satu.
7

Dato Onn turut berperanan menasihati raja-raja Melayu untuk memulau


pengistiharan Edward Gent selaku Gabenor Malayan Union pada 1 April 1946. Beliau
telah menghadap raja-raja Melayu yang telah berkumpul di Station Hotel, Kuala Lumpur
untuk membatalkan hasrat mereka menghadiri upacara pertabalan itu. Mereka turut
digesa memboikot semua majlis rasmi yang dianjurkan British sempena pengistiharan
Malayan Union yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada orang Melayu.15

Raja-raja Melayu juga telah mengambil tindakan tegas dalam membantah


Malayan Union. Sultan Johor misalnya telah menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat
Tanah Jajahan dengan menyatakan bahawa: “ Saya amat terharu dengan perkembangan di
Tanah Melayu dan bertekad untuk menarik balik keputusan awal saya bersetuju dengan
pelaksaan Malayan Union. Saya berbuat demikian untuk menjaga kepentingan orang
Melayu.”16 Sultan Perak, Sultan Aziz turut menyuarakan bantahannya dengan mengutus
surat kepada Lord Marchwood dan Lord Elibank dengan menyatakan bahawa:
“ …my real burden was concerned the question of sovereignty and on receiving the White
Paper I became very disturbed at what I perceived was a blatant attempt by the Colonial
Office to deprive my sovereignty.”17

Selain itu, raja-raja Melayu turut sebulat suara untuk tidak menghadiri Mesyuarat
pertama Majlis Melayu yang diadakan pada 2 April 1946.18 Sebaliknya raja-raja Melayu
telah menyokong usaha Dato Onn dan UMNO dalam memperjuangkan ketuanan Melayu
dan mendesak British untuk menghapuskan Malayan Union.
Ia dapat dilihat dalam mesyuarat agung UMNO yang biasanya akan dirasmikan oleh
sultan atau raja Melayu. Ini menunjukkan wujudnya satu kerjasama yang akrab antara
UMNO dan golongan raja yang merestui perjuangan parti itu.

15

Boycott of governor’s installation: inward telegram no 1 from Sir E Gent to Mr Hall, 1 April
1946, in CO 537/ 1548, no 66.
16
CO 537/ 1550.
17
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.131.
18
Boycott of governor’s installation: inward telegram no 1 from Sir E Gent to Mr Hall, 1 April
1946, in CO 537/ 1548, no 66.
8

Penentangan masyarakat massa Melayu turut begitu terasa dan demonstrasi secara
besar-besaran telah diadakan di bandar-bandar di seluruh Tanah Melayu. Di Kota Bharu,
kehadiran Mac Michael pada 15 Disember 1945 telah mencetuskan satu demonstrasi
yang melibatkan 10,000 orang. Mereka membawa sepanduk yang mengecam Mac
Machael dan menentang Malayan Union.19 Di Johor pula, pada 10 Februari 1946, Dato
Onn telah memimpin 15,000 orang Melayu telah mengadakan satu demonstrasi secara
besar-besaran untuk menyatakan pendirian mereka terhadap Malayan Union.20 Pada masa
yang sama, orang Melayu turut mengadakan rapat umum semasa kehadiran dua wakil
parlimen British iaitu L.D. Gammans dan David Rees Williams. Lawatan kedua-duanya
Pada Mei 1946 telah menyaksikan rapat umum di Singapura, Jahor Bharu, Muar, Batu
Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Alor Star dan George Town. Di
samping itu, orang Melayu juga memakai kain lilit putih di songkok sebagai tanda
berkabung menentang Malayan Union.

REAKSI GOLONGAN RADIKAL MELAYU

Walaupun Malayan Union ditentang oleh sebahagian besar Melayu tetapi terdapat
segelintir orang Melayu yang bersifat radikal dan menganggotai parti-parti haluan kiri
dan mengambil pendirian yang menentang arus perdana kesedaran orang Melayu.
Tindakan ini dapat dilihat dengan jelas dalam pergerakan serta perjuangan Parti
Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ) . Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1945 di
Ipoh, Perak dan dibawah kepimpinan Mokhtaruddin Lasso, ketua rejimen 10 Melayu,
Parti Komunis Malaya. Pendirian PKMM terhadap Malayan Union jelas, ia telah
bertindak mengalu-alukan dasar itu dan telah dinyatakan dengan tegas dalam Kongres
PKMM yang ketiga yang telah diadakan di Ipoh pada 30 November.21

19

Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification in
the Malaysia Region 1945-65, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 25.
20
Ibid.
21
Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), Dewan Bahasa Pustaka,
Selangor, 2004, hlm. 140.
9

Sokongan PKMM terhadap Malayan Union berlandaskan kepada beberapa


perkara utama. Pertama, ia menyokong usaha British dalam menyatukan kesemua negeri
Melayu untuk tujuan penyeragaman pentadbiran. Ia dipercayai akan melicinkan
pentabdiran serta menyatupadukan kesemua negeri dan mengelakkan perpecahan. Kedua,
PKMM turut menerima dasar kerakyatan jus soli sebagai satu langkah ke arah
melahirkan satu identiti kebangsaan yang bersifat ‘ Malayan’.22 Ia penting dalam
melahirkan satu bangsa yang taat setia kepada Tanah melayu di samping menjamin satu
hubungan yang baik antara kaum. Selain itu, PKMM turut tidak keberatan apabila kuasa
sultan Melayu dilucutkan dan mengambil sikap antifuedal yang kuat. PKMM
beranggapan golongan raja dan bangsawan ini tidak bekerja untuk rakyat bawahan,
sebalik mereka menjadi penghalang kemajuan orang Melayu. Pandangan ini telah
disuarakan oleh Ahmad Boestamam yang menyatakan bahawa:
“ Maka dengan jalan Malayan Union dan demokrasi, PKMM berharap dalam
masa yang akan datang wakil-wakil rakyat dalam majlis-majlis kerajaan, pangkat
dan gelaran dalam negeri tidak akan lagi menjadi pusaka keturunan dan hak bagi
satu puak yang amat kecil melainkan akan menjadi pusaka dan hak rakyat jelata.
Siapakah yang tidak bersetuju dengan aturan ini.”23

Dalam usahanya memperjuangkan ideologinya, PKMM telah bekerjasama dengan dua


lagi parti Melayu haluan kiri iaitu Angkatan pemuda Insaf ( API ) dan Angkatan Wanita
Sedar ( AWAS ). Kedua-dua parti ini dianggap sebagai sayap kepada PKMM dan telah
membentuk Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ) pada 22 Februari 1947 bagi menentang
perlembagaan baru yang telah dicadangkan oleh Jawatan kuasa Kerja.24

API pimpinan Ahmad Boestamam telah diasaskan pada Febuari 1946 apabila satu
perjumpaan telah diadakan di ibu pejabat PKMM di Ipoh.25 Ia mempunyai corak
perjuangan yang keras dan beranggapan bahawa kemerdekaan hanya dapat dicapai
menerusi ‘ pertumpahan darah’ dan tidak seharusnya wujud sebarang toleransi dalam soal
penentangan terhadap penjajahan.26 Dalam perjuangannya API menuntut sebuah negara
22
Ibid, hlm. 145.
23
Ibid, hlm. 141.
24
Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification
in the Malaysia Region 1945-65, hlm. 41.
25
Malay extremism and API: despatch no 1 form Sir E Gent to Mr Creech Jones, 24 Februari
1947, in Co 537/ 2151, no 1.
26
Ibid.
10

yang benar-benar merdeka iaitu tanpa campur tangan kuasa asing dan menekankan
prinsip demokrasi. Selain itu, API turut menekankan ketuanan Melayu terhadap Tanah
Melayu dan bercadang untuk mengamalkan dasar tutup pintu.

Gerakan radikalisme Melayu di Tanah Melayu turut diwarnai dengan pergerakan


wanita Melayu yang turut menyokong PKMM. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )
pimpinan Shamsiah Faqeh turut mewarisi corak perjuangan yang radikal dengan
propaganda bahawa ‘pemuda-pemudi Melayu tidak seharusnya mati di atas katil tetapi
perlu bangkit dan menentang penjajahan demi kemerdekaan Tanah Melayu.’27 Di
samping itu, AWAS turut menyeru kaum wanita Melayu untuk bersatu dalam
memperjuangkan kemerdekaan Melayu. AWAS turut menggesa agar segala adat serta
cara hidup masyarakat Melayu tradisional yang mengongkong kebebasan serta menafikan
hak kaum wanita dihapuskan.

PKMM dan sayapnya API dan AWAS telah berjaya menubuh Pusat Tenaga
Rakyat ( PUTERA ) dan mendapat sokongan daripada Barisan Tani Malaya ( BATAS )
dan Gerakan Pemuda Melayu ( GERAM ). PUTERA memperjuangkan empat prinsip
utama iaitu Bahasa Melayu harus dijadikan bahasa rasmi negara, hal ehwal dan
pertahanan menjadi tanggungjwab bersama kerajaan Tanah Melayu dan British. Di
samping itu, perkataan ‘Melayu’ hendaklah digunakan sebagai nama kerakyatan Tanah
Melayu dan bendera kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan
Melayu.28

Dalam menunjukkan keikhlasannya dalam membentuk sebuah negara ‘Malayan’


yang bersatu, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA pada bulan Mac 1947 untuk
menentang Persekutuan Tanah Melayu. Gabungan ini telah mendesak British untuk
menggugurkan segala persetujuan yang telah dicapai antara British dengan wakil UMNO
dan raja-raja Melayu. Sebaliknya AMCJA-PUTERA telah meluluskan bersama satu
perlembagaan baru yang dikenali Perlembagaan Rakyat dan mengandungi 10 prinsip. Ia

27
Ibid.
28
B. Simandjuntak, Malayan Federalism 1945-1963: A Study of Federal Problems in a Plural
Society, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1969, hlm. 49.
11

telah dikemukakan pada April 1947 sebagai satu alternatif kepada cadangan Jawatan
kuasa sebelum ini.29

Namun begitu, ia tidak diterima oleh British yang berpegang teguh dengan
persetujuan yang telah dicapai sebelum ini dan Persekutuan Tanah Melayu telah
diistiytiharkan secara rasmi pada 1 Februari 1948. Ia jelas melemahkan pakatan AMCJA-
PUTERA walaupun kedua-dua berjaya melancarkan hartal tetapi ia tidak meninggalkan
impak yang besar dalam pentadbiran Tanah Melayu. Di mana British telah mengamalkan
semula dasar politiknya yag pro-Melayu dengan menganggap bahawa Tanah Melayu
milik orang Melayu dengan mengiktiraf semula kedaulatan raja-raja Melayu. Ia dapat
dilihat dalam kenyataan Malcom MacDonald yang menegaskan bahawa:
“ In some quarters criticism has been leveled at us to talk exclusively with the
Malays first, but that was the right and proper course to take. It is not simple that
the Malays are the indigenous inhabitants of this country, that is their original
and only homeland. Also what is under discussion is on a revision of treaties
between their Highness, the Malay Ruler and his Majesty King. The differences of
opinion that existed between the Malays and the British must be settled.30

REAKSI BEKAS-BEKAS PEGAWAI BRITISH

Menurut Mohamed Nordin Sopiee, penentangan oleh bekas pegawai-pegawai British


terhadap Malayan Union turut merupakan satu faktor penting yang mempengaruhi
keputusan British untuk meminda Malayan Union.31 Bekas-bekas pegawai British seperti
Sir Frank Swettenham, Sir Richard Winstedt, Sir Goerge Maxwell dan Sir Cecil Clemneti

29

Ibid, hlm. 51.


30
Ramlah Adam, Gerakan radikalisme di Malaysia ( 1938-1965), hlm. 261-262.
31
Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification
in the Malaysia Region 1945-65, hlm. 30.
12

menganggap perubahan yang cuba dilaksanakan dalam Malayan Union sebagai sesuatu
yang terlalu drastik dan bakal menimbulkan suasana yang tegang di Tanah Melayu. Ia
dapat dilihat dalam penulisan Albert Lau ( 1991 ), The Malayan Union Controversy
1942-1948 yang menyatakan bahawa: “ In London, the Malay campaign against the
Malayan Union had also stirred the interest of several prominent ex-MCS pensioners.”32

Mereka telah menyuarakan bantahan mereka menerusi media massa dan juga
parlimen Britian. Sir Frank Swettenham misalnya telah menyuarakan pendapatnya
33
menerusi The Times, 26 Oktober 1945 menyatakan “ Does that mean annexation ?”
Manakala Sir Richard Winstedt pula menyatakan bahawa Malayan Union bermakna
penghapusan kuasa politik orang Melayu dan mengesa Pejabat Tanah jajahan London
untuk memikir semula polisi terebut. Sir Cecil Clementi dan George Maxwell pula
membidas Malayan Union yang dilihat akan menjejaskan hubungan baik antara British
dan orang Melayu.34 Ia seterusnya akan mendorong orang Melayu untuk bertindak secara
agresif dan kemungkinan besar akan bergabung dengan gerakan di Indonesia.

Penentangan yang tercetusnya ini telah membawa kepada satu siri rundingan
antara Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan London dengan bekas-bekas pegawai yang
diwakili oleh F. Swettwnham, Cecil Clementi dan Winstedt. Rundingan itu yang
dipengerusikan oleh Creech Jones dikatakan bertujuan untuk mendapat pandangan
daripada pegawai-pegawai tersebut tentang Malayan Union yang telah dilakukan
pindaan.35 Namun begitu, bekas-bekas pegawai itu tetap tidak bersetuju dengan polisi
kerakyatan yang liberal dan juga proses pemindahan kuasa dari raja Melayu kepada
British. Mereka menggesa kuasa politik orang Melayu untuk dipulihkan dan hak serta
keistimewaan mereka perlu dilindungi.

32
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm. 136.
33
Ibid.
34
Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000, hlm. 100.
35
Ibid, hlm. 101.
13

REAKSI ORANG BUKAN MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

Malayan Union mendapat sambutan dingin daripada golongan imigran. Di mana dasar
yang diperkenalkan sejurus Perang Dunia Kedua itu dilihat telah diperkenalkan pada
masa yang tidak sesuai. Keadaan Tanah Melayu yang masih huru-hara serta kemusnahan
setelah peperangan mengakibatkan golongan imigran sibuk mengatur kehidupan masing-
masing tanpa memberi perhatian yang serius terhadap dasar itu. Selain itu, keputusan
British untuk menangguhkan fasal mengenai kewarganegaraan pada 30 Mac 1946 turut
menghilangkan minat orang bukan Melayu terhadap Malayan Union.36

Kemusnahan akibat daripada peperangan dan kekacauan yang tercetus lantaran


daripada ketegangan hubungan antara Melayu dan Cina mengakibatkan golongan itu
lebih menumpukan kepada usaha pemulihan ekonomi dan sosial.37 Di samping itu, sikap
tidak acuh masyarakat Cina terhadap Malayan Union turut berpunca daripada faktor
kurangnya kesedaran politik dan tahap pendidikan yang rendah. Lantaran itu, sebahagian
besar daripada komuniti itu gagal menghayati ciri-ciri Malayan Union serta impaknya
terhadap mereka. Mereka mengambil pendirian bahawa sebarang perubahan itu tidaklah
ketara selagi tidak menjejaskan kepentingan peribadi masing-masing.38

Di kalangan masyarakat Cina yang mempunyai kepentingan serta kesedaran


politik pula, pendirian mereka berbelah-bagi dan gagal mencerminkan aspirasi komuniti
itu. Golongan ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mempunyai agenda
tersendiri.39 Ia terdiri daripada golongan Cina yang berhaluan kiri iaitu penyokong Parti
Komunis Malaya, golongan haluan kanan iaitu penyokong Parti Kuomintang yang
berkiblatkan Negara China serta golongan fahaman sederhana ( tengah ) yang majoritinya
mendapat pendidikan Inggeris dan merupakan orang Cina Negeri Selat yang pro-British.

36
Postponement of Citizenship: minute by Mr Creech Jones to Mr Attl15 March 1946, in PREM
8/ 459.
37
Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy,
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2000, hlm. 97.
38
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.127.
39
Ibid, hlm. 127.
14

Golongan haluan kiri yang dipelopori PKM pada peringkat awal kurang memberi
perhatian terhadap Malayan Union. Ia dilihat giat menyusun semula organisasi parti itu
bersesuaian dengan usahanya untuk mengambil alih kuasa menerusi perlembagaan
dengan bekerjasama dengan British. Menurut Malayan Security Services, Political
Intelligence Journal ( P JJ ), aktiviti PKM sehingga 30 April 1946 tertumpu dalam usaha
penstrukturan semula parti itu dan memperjuangkan kebebasan bersuara, hak asasi
manusia dan cuba mempromosikan manifesto parti yang telah dilancarkan pada 27 Ogos
1945.

Dalam membicarakan Malayan Union pula, golongan haluan kiri ini tidak
menyatakan pendirian mereka secara terbuka agar ia tidak kelihatan menyokong dasar
imprealisme British. Walaupun Malayan Union dilihat memenuhi sebahagian daripada
manifestonya namun PKM telah mengkritik Malayan Union kerana kegagalannya
mewujudkan sebuah negara yang demokrasi di samping menafikan hak mengundi bagi
semua kaum.40 Selain itu, PKM turut membidas pemisahan Singapura dari Tanah Melayu
dan beranggapan dasar itu bertujuan untuk meneruskan agenda penjajahan Barat di
Timur. PKM mendesak Brtish untuk memenuhi tuntutan mereka berdasarkan prinsip
demokrasi yang akan membentuk sebuah kerajaan Pan-Malayan Unified Self-
Government yang akan berpusat di Singapura dengan penekanan kepada prinsip
demokrasi yang merangkumi aspek seperti persamaan hak politik, ekonomi dan sosial. 41

Masyarakat Cina haluan kanan pula mengambil pendirian berkecuali dalam


penerimaan Malayan Union. Golongan ini yang majoritinya dilahirkan di China lebih
berminat dengan perkembangan politik di negara asal mereka. Golongan yang berfikiran
sempit ini menganggap dasar kewarganegaraan Malayan Union sebagai ancaman kepada
identiti mereka. Perkara ini dilaporkan oleh Malayan Security Service di mana hasil
pemerhatiannya mendapati:

40
Publicity for British policy and the aims of the Malayan Communist Party: inward telegrams nos
433 and 434 from M E Dening to FO, 3 September 1945, in CO 203/5642.
41
Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 99.
15

“… it appears to have been generally thought that acceptance of Malayan


Union citizenship would entail renunciation of Chinese nationality and this was
regarded as ridiculous by the Chinese. If such renunciation had been necessary
no Chinese would have thought of applying for Malayan citizenship unless it was
necessary for business reasons, in which case some special arrangements would,
they have been made with the Chinese Government”.42

Selain itu wujud juga tanggapan bahawa penerimaan terhadap Malayan Union bermakna
orang Cina terpaksa tunduk kepada kekuasaan sultan Melayu dan ia adapat dilihat dalam
komentar akhbar Chung Hwa yang mengulas bahawa:
“ The sultan of the Malay States only represent their own individual
interests. If they are retained in the Malayan Union future of democracy will be
greatly affected.” 43

Sikap berkecuali golongan ini juga turut berpunca daripada kekurangan


pemimpin yang berkaliber selepas Perang Dunia Kedua. Di mana ramai yang telah
melarikan diri atau terkorban semasa peperangan. Manakala pemimpin-pemimpin yang
tinggal pula seolah-olah kehilangan taring politik mereka. Golongan pemimpin ini telah
bekerjasama dengan Jepun semasa pendudukan Jepun dan dikritik hebat sebagai
pengkhianat bangsa oleh golongan haluan kiri. Lantaran itu, menurut Victor Purcell,
pemimpin-pemimpin seperti Tan Kah Kee dan Aw Boon Hwa dikatakan lebih selesa
untuk mendiamkan diri bagi mengelakkan sebarang konflik dengan golongan haluan kiri
dan juga demi kesinambungan karier politik masing-masing.44

Kemunculan Malayan Union mendapat sambutan hangat daripada golongan Cina


fahaman sederhana yang mendapat pendidikan Inggeris. Golongan Cina Peranakan yang
dilahirkan di Negeri-negeri Selat melihat dasar baru ini sebagai satu platform terbaik bagi
mereka memperjuangkan persamaan hak serta kerakyatan yang lebih liberal. Usaha kea
rah ini telah pun bermula seawal tahun 1930an lagi di mana pemimpin-pemimpin
masyarakat Cina Peranakan seperti Tan Cheng Lok, Dr Lim Boon Keng, Song Ong
Siang, Han Hoe Lim dan Lim Chong Ean yang menganggotai Majlis Perundangan
Negeri-negeri Selat lantang memperjuangkan hak politik masyarakat itu. Ia dapat dilihat

42
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.128.
43
Ibid, hlm. 128.
44
Ibid.
16

dalam akhbar Ikhwan pada 16 Februari 1931 yang telah dipetik oleh Bahari Muhammad
Shah( 1979 ) dalam latihan ilmiah yang bertajuk “ Persoalan orang-orang Asing dalam
Akhbar Melayu 1931:
“…siapa kata ini negeri Melayu ? Apabila Kapitan Light datang, ia tidak lihat
orang dan kampung Melayu. Datok dan nenek kami datang bekerja sebagai buroh
dan mereka tidak mengirim wang balik ke negeri, atau kembali ke negeri China.
Mereka belenja wang di sini dengan ini bermakna kerajaan yang buka negeri ini
kepada satu negeri yang bertamadon. Kami adalah salah seorang yang berhak di
dalam negeri ini. Ini adalah kami punya negeri.” 45

Justeru itu, Tan Cheng Lok telah tampil ke hadapan dan mengalu-alukan polisi
Malayan Union dengan berkata”…who intend to settle permanently in this country
welcome the opportunity to acquire the rights of citizenship, so that they may completely
identify themselves with Malaya and be loyal and faithful to the land of their adoption, to
which they are prepared to give their undivided allegiance.”46 Pendirian Tan Cheng Lok
yang mencerminkan aspirasi golongan Cina yang pro-British itu jelas menunjukkan minat
golongan sederhana terhadap perkembangan politik di Tanah Melayu. Malah pada 8 Julai
1946, beliau telah bertindak mengutus telegram kepada para pemimpin Cina dan mengesa
mereka agar mendesak British untuk menimbang semula cadangan pindaan
perlembagaan Malayan Union kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
dilihat sebagai imbasan polisi British sebelum Perang Dunia Kedua yang pro-Melayu.

Pada dasarnya, reaksi masyarakat Cina terhadap Malayan Union berbelah-bagi


dan gagal menyatakan satu pendirian yang kukuh terhadap dasar itu walaupun secara
keseluruhannya ia berpihak kepada mereka. Komuniti itu kurang berminat terhadap polisi
itu kerana melihatnya sebagai satu lagi dasar penjajah yang bersifat kolonial dan tidak
demokratik. Namun begitu menjelang proses rundingan pindaan terhadap Malayan Union
yang telah diadakan di sekitar Jun, masyarakat Cina mula menunjukkan minat mereka
terhadap perkembangan itu. Ia telah menyaksikan satu senario baru dalam politik
masyarakat Cina di Tanah Melayu. Di mana golongan yang berlainan ‘mahzab’ dari
45
Bahari Muhammad Shah, Persoalan Orang-orang Asing dalam Ahkbar Melayu, Latihan Ilmiah
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1979, hlm.9.
46
Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm. 98.
17

komunis, koumintang dan fahaman sederhana berjaya bekerjasama dan mendesak British
untuk menimbang semula pindaan perlembagaan Malayan Union.

Ia telah membawa kepada penubuhan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu


( AMCJA ) pada 22 Disember 1946.47 Ia telah menggabungkan parti-parti politik dan
kesatuan seperti Kesatuan Demokratik Malaya, Kongres India Malaya ( MIC ), Malayan
People’s Anti-Japanese Ex- Services Comrades Association dan Pan-Malayan Federation
of Trade Unions dan dibawah kepimpinan Tan Cheng Lok. AMCJA telah mengemukakan
3 prinsip utama dalam usahanya untuk membentuk satu perlembagaan baru iaitu
penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura, pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan
Perundangan Pusat dengan keahliannya dipilih oleh rakyat. Manakala hak kerakyatan
pula, sama bagi semua penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan
setia kepadanya.48

AMCJA semakin lantang bersuara apabila ia mendapat mula mendapat sokongan


daripada dewan-dewan perniagaan Cina yang bimbangkan kepentingan ekonomi mereka
akan terjejas lantaran daripada kejayaan golongan nasionalis Melayu dalam memberi
tekanan sehingga membawa kepada pindaan terhadap dasar Malayan Union.
Kebimbingan golongan itu tertumpu kepada dua perkara utama iaitu kekuasaan raja-raja
Melayu dalam Perlembagaan Melayu yang dijangka akan menjadi penghalang kepada
sebarang pindaan perlembagaan itu pada masa hadapan.49 Selain itu, mereka turut
berpendapat pemulihan kedudukan orang Melayu bakal menyukarkan lagi proses
kerakyatan yang akan menindas dan menghalang penguasaan ekonomi orang Cina di
Tanah Melayu.50

Dalam usaha untuk menunjukkan penentangan masyarakat Cina terhadap


Persekutuan Tanah Melayu, AMCJA bersama-sama dengan dewan perniagaan Cina telah

47
James de V. Allen, The Malayan Union, hlm. 24.
48
Oong Hak Ching, Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British Policy, hlm.
110.
49
Chinese demand for constitutional review: inward telegram no 367 from M J Macdonald to Mr
Creech Jones, 8 November 1947, in CO 537/2144, no 264.
50
Ibid.
18

melancarkan beberapa siri hartal di Tanah Melayu. Ia bermula di Melaka pada 9


September 1947, Perak pada 25 September 1947 dan hartal secara besar-besaran di
seluruh negara pada 20 Oktober 1947. Ia dikatakan telah melumpuhkan hampir ke semua
bandar-bandar besar di Tanah Melayu dan melibatkan kira-kira 90% perniagaan
persendirian di Tanah Melayu. Di mana menurut The Malaya Tribune, hartal tersebut
mendapat sambutan kira-kira 95% penduduk Asia di Singapura dan kira-kira 99%
peniagaan berketurunan Asia.51 Namun begitu, hartal tersebut hanya mendapat sambutan
di bandar-bandar besar yang dikuasai oleh masyarakat Cina sahaja. Di mana ia dikatakan
gagal sama sekali di negeri-negeri Pantai Timur serta negeri-negeri Melayu seperti Kedah
, Perlis dan Johor.52

Menurut Lee Kong Chian yang mewakili Dewan Perniagaan Cina, hartal tersebut
sebenarnya merupakan protes daripada komuniti Cina yang jelas tidak menyenangi
keputusan British dalam meminda perlembagaan Malayan Union.53 Di mana dalam
pertemuan dengan Encik Creech Jones, Lee mendakwa penglibatan Dewan Perniagaan
Cina dalam hartal tersebut merupakan jalan terakhir dewan itu meminta British untuk
memperhalusi pindaan perlembagaan yang bakal dibuat agar kepentingan kaum lain
diambil kira.54

Pergolakan politik di Tanah Melayu akibat daripada pengenalan Malayan Union


turut menyemarakkan perkembangan politik masyarakat India di Tanah Melayu. Ia telah
membawa kepada penubuhan Kongres India Malaya ( MIC ) pada 8 Ogos 1946. John
Thivy merupakan presiden MIC yang pertama dan beliau merupakan seorang pemimpin
yang anti-British. Semasa Perang Dunia Kedua, Thivy telah menyertai Liga
Kemerdekaan India pimpinan Subhas Chanda Bose yang bertujuan membebaskan India
daripada imprealism British. Lantaran itu, beliau dianggap sebagai seorang yang bersikap

51
Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation: Political unification
in the Malaysia Region 1945-65, hlm. 43.
52
B. Simandjuntak, Malayan Federalism 1945-1963: A Study of Federal Problems in a Plural
Society, hlm 52.
53
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.241.
54
Chinese demand for constitutional review: inward telegram no 367 from M J Macdonald to Mr
Creech Jones, 8 November 1947, in CO 537/2144, no 264.
19

‘a grave danger to the peace and security of Malaya’ oleh badan perisik British.55

MIC telah menyertai AMCJA pada bulan Disember 1946 untuk menentang
Persekutuan Tanah Melayu. Tindakan itu dilakukan setelah MIC menyedari wujudnya
satu rundingan sulit antara British dengan wakil UMNO dan raja-raja Melayu dalam
meminda perlembagaan Malayan Union. Penentangan orang India yang diwakili MIC
berterusan setelah Budh Singh menggantikan Thivy apabila parti itu memulau Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu dan telah menolak semua perwakilan dalam Majlis
Persekutuan dan Majlis Negeri.

DARI MALAYAN UNION KE PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Penentangan yang berterusan serta menyeluruh daripada orang Melayu telah memberi
satu tekanan yang besar kepada pentadbiran British di Tanah Melayu. Pada masa yang
sama, Malayan Union gagal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
masyarakat bukan Melayu. Menyedari hakikat ini, Gent telah menasihati kerajaan Britian
untuk bersedia meminda perlembagaan Malayan Union. Gent telah menyatakan
pendapatnya kepada Encik Hall dalam telegram yang bertarikh 4 Mei 1946 bahawa
pentingnya untuk memenuhi tuntutan orang Melayu yang yang inginkan sebuah kerajaan
Persekutuan bagi menggantikan Malayan Union.56 Ia penting bagi menjamin kestabilan
politik di Tanah Melayu yang menggelakkan orang Melayu menentang British secara
agresif. Ini kerana timbul kebimbangan orang Melayu akan bekerjasama dengan PKM
atau mendapatkan bantuan daripada golongan extremist dari Indonesia bagi menentang
British secara kekerasan.57

Lantaran itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai


oleh pegawai kanan British seperti AT Newboult, K K O’Connor, W D Godshall, W.
Linehan, A Williams dan W C Watherston. Manakala raja-raja Melayu dan UMNO pula

55
Albert Lau, The Malayan Union Controversy 1942-1948, hlm.216.
56
Sultans’ constitutional proposals: inward telegram no 222 from sir E Gent to Mr Hall
recommending conciliation, 4 May 1946, in CO537/ 1528, no 95A.
57
Indonesian influences in Malaya: minute by H T Bourdillon recording the views of Mr M J Mac
Donald, 23 Januari 1948, in CO 537/ 2177.
20

diwakili oleh Dato Hamzah b. Abdullah, Dato Nik Ahmed Kamil, Dato Onn Jaafar, Dato
Abdul Rahman b. Mohd Yasin, Hj Mohamed Sherrif dan Raja Kamaralzaman b. Raja
Mansur.58 Perbincangan itu telah diadakan sebanyak empat pusingan iaitu dari 6-16 Ogos,
6-28 September, 11 Oktober- 1 November dan 11- 18 November 1946.59 Rundingan
antara British dengan raja-raja Melayu dan UMNO berakhir dengan termeterainya
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948 dan telah membawa kepada
terbentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.60

KESIMPULAN

Pada dasarnya kaum imigran yang masih dalam keadaan membina semula kehidupan
mereka selepas peperangan gagal memberi sokongan yang kuat terhadap Malayan Union.
Mereka menganggap dasar baru itu satu lagi polisi British yang bertujuan untuk
mengukuhkan kedudukan mereka tanpa membawa perubahan yang besar dalam
kehidupan seharian masyarakat pendatang. Namun begitu apabila rundingan dan pindaan
terhadap Malayan Union dicadangkan ia telah menyaksikan satu kesedaran di kalangan
golongan ini. Mereka mula menyatakan sokongan mereka terhadap Malayan Union dan
menentang Persekutuan Tanah Melayu yang dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan
ekonomi serta menyukarkan lagi proses untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu.

AMCJA telah ditubuhkan dan berjaya mendapat sokongan yang menggalakkan


daripada pelbagai parti serta pertubuhan bukan Melayu. Dalam usaha mendesak British
untuk menolak rundingan dengan orang Melayu dan menimbang semula cadangan
pindaan itu. AMCJA telah bekerjasama dengan PUTERA, sebuah parti radikal orang
Melayu. Pakatan itu telah mengemukakan ‘ Perlembagaan Rakyat’ tetapi telah ditolak
oleh British. Ia kemudian telah membawa kepada tercetusnya beberapa siri hartal.
Namun begitu, ia gagal mengubah keputusan British untuk meminda Malayan Union.

58
Developments in Malayan constitutional discussions: note by H T Bourdillon on deliberations of
the Anglo-Malay working committee, 29 Ogos 1946, in CO 537/ 1530, no 245.
59
Ibid.
60
Signing the State and Federation Agreements: letter from Sir E Gent to H T Bourdillon, 22
Januari 1948, in CO 537/ 3671, no 28.
21

British dilihat lebih selesa untuk berunding dan menerima UMNO daripada
PUTERA atau AMCJA yang dilihat mempunyai pertalian dengan PKM yang sentiasa
memberi pelbagai masalah kepadanya. Lantaran itu, British akur dengan kehendak orang
Melayu yang menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. Selain itu, mereka
inginkan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu dan menolak kerakyatan
jus soli. Mereka turut mahu taraf negeri naungan dipulihkan dan raja-raja Melayu
menjadi ketua negeri Melayu.

Walaupun terdapat pelbagai teori tentang kejatuhan Malayan Union, tetapi factor
keselamatan serta kesinambungan untuk terus berada di Tanah Melayu dilihat sebagai
faktor pendorong British untuk mengalah dan kembali ke dasar pro-Melayu. Ia dapat
dilihat dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu yang mendapat sambutan orang
Melayu.
22

SENARAI RUJUKAN

A.J. Stockwell (ed. ). 1995. Malaya: The Malayan Union Experiment 1942-1948.
London: University of London.

Albert Lau. 1991. The Malayan Union Controversy 1942-48. Singapore: Oxford
University Press.

Anwar Abdullah. 2004. Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu. Bangi. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

James de V. Allen. 1967. Malayan Union. United States: Yale University Southeast Asia

Mohamed Noordin Sopiee. 1974. From Malayan union to Singapore Separation:


Political Unification in the Malaysia Region 1945-65. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Oong Hak Ching. 2000. Chinese Politics in Malaya 1942-55: The Dynamics of British
Policy. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlah Adam. 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia ( 1938-1965). Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai