Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI:

Terlebih dahulu, saya ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada pensyarah Tuan Haji Ismail Bin Baharuddin yang telah mengiringi dan membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Saya akan memanfaatkan semua ilmu yang saya dapat semasa bersama beliau dengan sebaik mungkin. Ceramah Bina Insan Guru siri ke-3 merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Apa yang dapat saya pelajari melalui ceramah BIG ini adalah adab di meja makan, tatacara berpakaian, pengucapan awam. kesopanan berbahasa dan pengendalian majlis rasmi.

Sesungguhnya, ceramah ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Banyak diantara kita juga tidak begitu ambil tahu tentang hal-hal sedemikian yang dianggap tidak begitu penting dalam kehidupan seharian. Sebenarnya, ia berkait rapat dengan diri dan imej kita sebagai seorang guru.

Bagi saya, seorang guru yang berjaya membawa anak murid ke jalan kejayaan dalam bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum, juga patut mendidik mereka membentuk modal insan yang mempunyai tatacara makan, berpakaian dalam kehidupan mereka seharian. Janganlah kita abaikan kelakuan sedemikian dengan hanya menumpukan dalam kejayaan akademik sahaja.

Pada pendapat saya, program ini mampu membentuk akhlak mulia dan memupuk sikap bertanggungjawab. Apatah lagi guru adalah role model kepada anak muridnya.

Sekian terima kasih.