Anda di halaman 1dari 21

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU, SABAH

KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012

EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI HUTAN SIMPAN BATU PUNGGUL, NABAWAN, SABAH

NAMA TINGKATAN NO MAKTAB NAMA GURU

: EMELTY PAULUS : 3 DELIMA : 10026 : ENCIK MUSSIMAR BIN BERTO

......... T. Tangan Pelajar

T. Tangan Guru

ISI KANDUNGAN TAJUK Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan MUKA SURAT

PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan dengan limpahnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan ketika menyiapkan kerja kursus ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Mussimar Berto atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan kajian ini. Selain itu, tidak lupa juga saya mengucapkan perhargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah, terutamanya, Ayahanda Pengetua MRSM Kota Kinabalu, Tn.Hj Ibrahim bin Othman kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan banyak sokongan moral, kewangan, dan dorongan semasa saya menjalankan kajian ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya kerana sudi berkongsi maklumat dan menghulurkan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak luar dan responden-responden yang sudi memberikan maklumat secara langsung dan tidak langsung.

PENDAHULUAN Saya Emelty Paulus, pelajar Tingkatan 3 diarahkan oleh guru untuk membuat kajian geografi iaitu Kerja Kursus Geografi (KKG). Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan oleh semua pelajar Tingkatan 3 kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu Ekosistem Hutan Terganggu Di Kawasan Kajian (Tugasan 1) dan Perniagaan Runcit (Tugasan 2). Saya telah memilih ekosistem hutan terganggu di kawasan daerah Nabawan, Sabah. Saya memilih kawasan tersebut kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal saya dan ia memudahkan saya untuk menjalankan kajian tersebut. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN Mentakrif konsep ekosistem hutan Mengenalpasti kepentingan ekosistem hutan Menemukakan faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu Menyatakan dan menghuraikan kesan ekosistem hutan terganggu Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu Menyatakan rasa syukur dan bangga dengan ekosistem hutan

KAWASAN KAJIAN Ke wujudan Nabawan sebagai salah sebuah daerah di Pedalaman bermula dibawah status Pejabat Daerah Kecil pada tahun 1920 dimana pusat pentadbirannya pada masa itu berpusat di Pensiangan yang dianggarkan sejauh 114 kilometer daripada Nabawan (Pusat Pentadbiran pada masa ini). Perhubungan utama ke Pensiangan pada masa itu ialah melalui sungai dan berjalan kaki manakala Pegawai Daerah yang bertugas di Pensiangan pada masa itu dibekalkan kuda sebagai "Kenderaan" untuk berulang alik diantara Keningau (Pejabat Residen pada masa itu) dan Pensiangan. Penolong Pegawai Daerah yang pertama bertugas di Pensiangan ialah Mr. I.C. Peck. Pusat pentadbiran daerah ini berpindah ke Nabawan pada tahun 1974 berikutan dengan penubuhan skim Nabawan yang diujudkan khas oleh kerajaan USNO untuk menempatkan orangorang kampung dan para petani yang mengamalkan Pertanian pindah-randah (Shifting Cultivation) terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan Pensiangan pada masa itu ke satu kawasan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan membolehkan orang-orang kampung ini tinggal menetap satu kawasan. Dengan pemindahan yang dirancang untuk melibat orang-orang yang dipindah ke kawasan skim ini dengan kegiatan pertanian terancang seperti tanaman pada bermusim; tanaman kopi dan sebagainya sebenarnya gagal mencapai matalamatnya. Kawasan skim yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Perikanan masih kekal dengan status Skim. Berdasarkan sejarah ringkas tersebut diatas inilah sebabnya daerah ini satu masa dulu lebih dikenali dengan nama Pensiangan sehinggalah sekarang ini nama Pensiangan masih juga digunakan selepas Nabawan - Nabawan,Pensiangan, Majlis Daerah masih menggunakan nama daerah Pensiangan. Untuk makluman bahawa mengikut sejarah bahawa nama Pensiangan adalah merupakan nama daerah ini dan nama Nabawan adalah yang baru berikutan pemindahan setesen pentadbiran. Dan kesimpulannya, Nabawan adalah pusat pekan dan pentadbiran, manakala Pensiangan adalah nama daerah.

Kedudukan Nabawan, Pensiangan adalah dikelilingi oleh sempadan dengan daerah Tawau dan Kinabatangan di sebelah Timurnya; sempadan daerah-daerah Keningau dan Tenom di sebelah baratnya manakala di sebelah selatanya pula berkongsi sempadan antarabangsa dengan Kalimantan Indonesia. Keluasan daerah ialah 6089 km persegi - 608,909 hektar / 1,504,675.03 ekar, keluasan Hutan Simpan 486,441.6 hektar, keluasan Tanah Kerajaan 121,150.2 hektar, keluasan tanah yang ada hakmilik 1,317.2 hektar. Keadaan Topografi adalah berbukit bukau. Sebahagian besar daripada kawasan tanah rata yang terdapat didaerah ini terkandung dalam kawasan Hutan Simpan. Keluasan kawasan yang sesuai untuk pertanian yang terkandung dalam tanah kerajaan ialah 30,000 hektar.

Daerah kajian Batu Punggul

Peta 1: Peta Daerah Batu Punggul, Nabawan

Peta 2: Peta lakaran kawasan kajian Batu Punggul

KAEDAH KAJIAN Soal selidik Instrumen soal selidik membantu menambahkan info yang diperlukan bagi menyelesaikan kerja kursus subjek ini. Borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk menjawab soalan berkenaan tugasan kerja kursus. Antara soalan yang terdapat dalam borang soal selidik tersebut ialah mengenai kesan ekosistem hutan terganggu di Batu Punggul.

Rujukan Pelbagai maklumat dapat diperoleh apabila melayari internet. Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya mencari maklumat tambahan mengenai latar belakang serta ciri-ciri kawasan kajian. Melalui kemudahan internet yang disediakan, segala maklumat yang diperlukan dapat diakses dengan segera.

Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian tentang perletakan kawasan kajian saya dari segi pandang darat fizikal dalam tempoh satu jam. Saya juga turut membuat pemerhatian tentang faktor ekosistem terganggu dan juga kesannya. Apa yang

t e l a h diperhatikan saya telah catitkan ke dalam buku catatan.

HASIL KAJIAN Konsep ekosistem hutan Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait antara benda hidup (biotik ) dengan benda bukan hidup ( abiotik) dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya matahari dan sebagainya. Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem. Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti manusia yang sewenang-

wenangnya meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan pembangunan.

Kepentingan ekosistem hutan Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar

seperti burung, ular, ulat beluncas dan lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok senduduk, pokok kapal terbang dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwan-haiwan tersebut. Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas. Hutan dapat menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis. Oleh itu kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya dapat mengekalkan kelembapan udara. Pokok-pokok yang hidup seperti pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis. Kita sepatutnya bekerjasama dan menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Faktor yang menyebabkan ekosistem terganggu Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan Batu

Punggul ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan petempatan. Peningkatan permintaan rumah menyebabkan hutan yang tinggal sedikit dimusnahkan. Ini menyebabkan ekosistem hutan semakin pupus. Pembinaan jalan raya merupakan satu faktor menyebabkan ekosistem hutan terganggu. pembinaan jalan raya telah menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai spesis tumbuh-tumbuhan ditebang. Oleh itu, hidupan liar pun hilang habitnya. Bertambahnya kawasan pertanian telah menyebabkan banyak kawasan hutan dicerobohi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan ekosistem hutan turut akan musnah. Pengusaha tanah pertanian ini tamak membuka ladang-ladang pertanian tanpa memikirkan tentang kesan kepada alam ini dan seterusnya kepada ekosistem yang sedia ada. Pembinaan sistem perparitan juga menganggu ekosistem hutan di kawasan Batu Punggul. Banyak longkang atau parit konkrit dibina di kawasan hutan. Sebenarnya pembinaan sistem perparitan adalah untuk mengelakkan kejadian banjir kilat daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan yang berdekatan terganggu. Sebagai penduduk, kita perlu ada rasa bertanggungjawab dalam memastikan ekosistem kawasan tempat tinggal kita terpelihara.

Kesan ekosistem hutan terganggu Kemusnahan hutan menyebabkan perubahan cuaca dunia. Suhu sekitar meningkat kerana

ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera. Hal ini akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan sehingga menwujudkan fenomena kemarau. Kemusnahan hutan turut menyebabkan fenomena kesan rumah hijau berlaku. Akibatnya manusia akan berada dalam keadaan tidak selesa kerana kepanasan. Rantaian makanan yang musnah akan mengurangkan bekalan bahan organik untuk proses pereputan dan penguraian oleh organisma pereput dan pengurai. Penghasilan humus yang berkurangan akan menyebabkan tanah tidak subur tanah yang kering, tandus, dan gersang akan menjejaskan aktiviti pertanian penduduk seperti pertanian perladangan. Hal ini akan menyebabkan berlakunya krisis makanan alam kehidupan sumber manusia. Makanan daripada hutan amat penting kepada manusia. Contohnya kawasan masyarakat orang asli sememangnya bergantung kepada sumber makanan dari hutan. Kemusnahan ini menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan sumber makanan. Selain itu, kemusnahan hutan menyebabkan kerap berlakunya bencana alam yang menjejaskan kualiti hidup manusia. Apabila hujan lebat turun, tanah boleh runtuh kerana struktur tanah yang longgar akibat terdedah kepada hakisan. Tanah runtuh akan memusnahkan kawasan pertanian dan kawasan petempatan manusia. Hakisan pada tanahu hutan berbukit yang diterokai juga akan menjejaskan aliran sungai akibat keladak dan banjir lumpur. Keadaan ini akan membunuh haiwan akuatik dan ini akan menjejaskan bekalan protein kepada manusia. Kesimpulannya, hutan semula jadi perlu dipelihara untuk mengekalkan keharmonian alam dan kualiti hidup manusia.

Cadangan mengurangkan ekosistem hutan terganggu

Hutan simpan diwujudkan bagi melindungi dan mengekalkan keadaan ekologi semula jadinya. Hutansimpan dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan dan menjadi kesalahan bagi individumemasuki kawasan itu tanpa permit yang sah. Kita haruslah bersyukur dan menghargai alam sekeliling.

Antara usaha pemuliharaan hutan termasuklah memperkenalkan dan menguatkuasakan AktaPerhutanan Negara, 1984. Manakala bagi hidupan liar pula melalui Akta Perlindungan Hidupan Liar. Perhutanan perlu memainkan peranannya bagi mengatasai masalah ini termasuk pembalakan haram di Batu Punggul.

Kempen juga dibuat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya ekosistem hutan. Jabatan hutan dan PERHILITAN perlu bekerjasama dengan agensi-agensi swasta bagi memastikan kempen ini berjaya. Selain itu, kempen ini juga membolehkan penduduk Batu Punggul lebih mengetahui fungsi dan peranan hutan dalam sekitar kita perlulah sentiasa bersedia bekerjasama supaya keseimbangan ekosistem di Batu Punggul dapat dikekalkan.

Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan kita haruslah melaksanakan langkah untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan supaya hutan kita akan menjadi lebih baik.

Bahan grafik

RUMUSAN Mengekalkan ekosistem hutan ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengekalkan ekosistem hutan, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang dan sebagainya. Alam sekitar pula dapat dipelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengekalkan ekosistem hutan mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

Lampiran 1

Gambar 1: Pembinaan Penempatan

Gambar 2: Hakisan Tanah

Gambar 3: Pembinaan Jalan Raya

Gambar 4: Perubahan Lanskap Hutan

Gambar 5: Kempen Alam Sekitar

Lampiran 2

BORANG SOAL SELIDIK

RUJUKAN Buku Teks

Abd Rahim Md Nor Buku Teks Geografi Tingkatan 3 Cerdik Publications, 2004 KBSM

Internet http://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/profil.html http://geografiperak.blogspot.com/2012/02/pembentangan-kkg-pmr-2012.html

Orang Sumber

Anda mungkin juga menyukai