Anda di halaman 1dari 7

Peperangan Uhud

1. Pada tahun ke 3 hijrah,sejarah menyaksikan satu lagi siri peperangan yang terjadi diantara kaum muslimin dan kaum Musyrikin Mekkah.Perang ini dinamakan peperangan Uhud.Uhud adalah nama sebuah bukit yang mengelilingi tempat dimana peperangan ini terjadi. 2. Di pihak Quraisy,mereka mempunyai bala tentera seramai 3,000 orang yang lengkap bersenjata. Di pihak Islam,hanya 1000 orang sahaja yang ada bagi menentang musuh.Mereka terdiri daripada 2 orang yang menaiki kuda,manakala yang lain berjalan kaki menuju ke medan peperangan. 3. Segala maklumat berkenaan kekuatan dan bilangan musuh telah dibocorkan oleh bapa saudara Nabi yang berada di Mekkah iaitu Al Abbas Bin Abdul Mutalib.Al Abbas telah menghantar sepucuk surat melalui wakilnya yang telah menunggang kuda dari Mekkah ke Madinah sejauh 500 km.Perjalanan dari Mekkah ke Madinah telah mengambil masa selama 3 hari. 4. Surat ini kemudiannya dibaca oleh seorang sahabat Nabi yang mahsyur iaitu Ubay Bin Kaab.Mengetahui gerakan tentera Quraisy yang sedang mara menuju ke Madinah,baginda mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghadapi ancaman tersebut.Berita mengenai orang Quraisy akan menyerang Madinah telah tersebar luas di kalangan penduduknya.

5. Nabi meminta mereka untuk berwaspada andaikata kota Madinah bakal diserang secara mengejut.Oleh itu,seluruh warga Madinah telah mengambil berat terhadap pesan Nabi. Mereka membawa senjata di sisi mereka kemana sahaja mereka pergi hatta ketika mereka pergi untuk bersolat sekalipun. 6. Terdapat juga sebilangan anak-anak muda Madinah yang telah mengambil inisiatif sendiri mengawal dan menjaga rumah Rasulullah Saw selama 24 jam.Mereka telah bergilir-gilir menjaga sekitar kawasan rumah Baginda.Antara mereka ialah Saad Bin Muadz.Beliau telah berkawal dan tidur didepan rumah Rasulullah bagi menjaga keselamatan Baginda dari sebarang bahaya yang mungkin timbul.Sementara itu,ada juga para sahabat yang menjaga pintu keluar masuk Madinah dan pelbagai lagi.Pendek kata,masing-masing dalam keadaan bersiap siaga menjaga kota Madinah.

Abu Sufian memimpin tentera musyrikin & mimpi Nabi Muhammad


1. Sayugialah diketahui dalam peperangan yang lepas yakni peperangan Badar al Kubra,Abu Jahal selaku ketua ketenteraan telah mati.Justeru,Abu Sufian telah mengambil tempat Abu Jahal bagi mengepalai barisan tentera Quraisy menentang orang Islam.Di pihak Quraisy Mekah,antara orang yang menyertai peperangan ini ialah isteri Abu Sufian iaitu Hindun,anak Umayyah Bin Kaab yakni Safwan ,dan anak Abu Jahal iaitu Ikrirnah. Ketika itu Khalid Al Walid yang masih belum Islam turut mengetuai barisan ketenteraan Quraisy. 2. Segala perkembangan yang berlaku dari Mekkah,akan segera dilaporkan oleh para pasukan risikan Rasulullah kepada Baginda.Sehinggalah barisan tentera Quraisy telah sampai di sebuah kawasan yang berdekatan dengan Bukit Uhud,maka sedarlah Nabi bahawa musuh sudah benar-benar menghampiri kawasan Madinah.Oleh itu,Baginda telah mengadakan mesyuarat dengan para sahabat bagaimana hendak menghadapi tentera Quraisy yang sudah semakin hampir. 3. Di awal mesyuarat,Nabi telah memberitakan kepada sekalian yang hadir, Baginda telah bermimpi melihat 3 perkara.Perkara yang pertama ialah Baginda telah terlihatkan

seekor unta yang disembelih.Perkara kedua yang dimimpikan Nabi ialah pedang Nabi telah menjadi sumbing di hujungnya ( hujung pedang Nabi telah terpatah ).Kemudian,perkara ketiga yang dilihat Nabi ialah,Baginda nampak tangan Baginda telah diletakkan ke dalam baju besi yang dipakainya. 4. Setelah itu,Nabi telah mentafsirkan mimpi baginda berkenaan ketiga-tiga perkara yang dilihatnya.Menurut Nabi,perkara pertama,iaitu berkenaan Unta yang disembelih menunjukkan akan ada dikalangan para sahabat yang akan mati syahid.Manakala tafsir kedua,Nabi berpendapat akan ada dari kalangan ahli keluarga Nabi sendiri yang akan akan syahid.Dan perkara terakhir ,Nabi telah mentafsirkan bahawa orang Islam akan berkubu di kota Madinah. 5. Berkenaan perkara ketiga yang dilihat,Nabi berpendapat,tentera Islam tidak akan keluar berperang secara bersemuka menghadapi tentera Quraisy.Sebaliknya,tentera Islam hanya akan berkubu dan menyerang di dalam kawasan Madinah sahaja.Ini bermakna,kaum lelaki akan menyerang tentera Quraisy melalui lorong-lorong yang ada di Madinah.Manakala kaum wanita pula berperanan membaling batu kearah tentera Quraisy dari atas bumbung-bumbung rumah mereka.

Taktik Abdullah Bin Ubay tidak mahu berperang


1. Apabila Nabi bertanyakan pendapat ini kepada para sahabat samada diterima atau tidak,para sahabat hanya mendiamkan diri.Hanya Abdullah Bin Ubai sahaja yang bersetuju dengan pendapat Nabi.Tetapi majoriti para sahabat akhirnya telah bersuara untuk keluar berperang dan menolak cadangan Abdullah Bin Ubai. 2. Malah,pak cik saudara Nabi yang bernama Saidina Hamzah turut berkata :: Ya Rasulullah,demi Allah yang telah menurunkan Al Quran kepada engkau, aku tidak akan makan sehingga aku melawan mereka di luar Madinah . 3. Melihat kepada suara majoriti para sahabat dan kesungguhan mereka untuk berperang di luar kawasan Madinah, Rasulullah Saw pun bersetuju dengan keputusan sahabat yang ramai itu.Di pihak kaum Muslimin,walaupun pada awalnya bala tentera yang akan pergi berperang seramai 1000 orang,tetapi yang benar-benar pergi hanyalah 700 orang sahaja. 4. Ini kerana ,Abdullah Bin Ubay dan konco-konconya yang seramai 300 orang telah menarik diri dari keluar berperang. Golongan inilah golongan yang munafik.Hakikatnya Abdullah Bin Ubayy memasuki Islam bukanlah ikhlas kerana mengakui kebenaran Allah

dan Rasulnya.Dia memasuki Islam kerana ingin menghancurkan agama ini dari dalam.Oleh sebab itu bila Nabi bermesyuarat dengan para sahabat dia tidak ingin berperang di luar Madinah.Hakikatnya dia memang tidak mahu berperang! 5. Melihat keadaan begini,sekali lagi tentera Islam yang serba kekurangan terpaksa berhadapan dengan golongan kafir yang berlipat kali ganda jumlahnya dari orang Islam.

Strategi berperang ummat Islam


1. Sesampai di kawasan peperangan,Rasulullah Saw segera membina strategi.Baginda telah mengarahkan seorang sahabat bernama Ibnu Zubair / Abdullah Bin Zubair untuk mengetuai 50 orang tentera memanah bagi mengawal kawasan di belakang bukit Uhud.Nabi berpesan supaya jangan sesekali mereka meninggalkan tempat dimana mereka berada tidak kira tentera Islam mengalami kemenangan ataupun kekalahan. 2. Mereka hendaklah kekal di posisi mereka walaupun melihat ramainya tentera Islam yang mati bergelimpangan dimakan burung.Strategi Rasulullah seterusnya ialah dengan menghalangi pihak musuh untuk mendapat bekalan air yang terdapat di kawasan peperangan.Ini bermakna sumber air yang terdapat di Uhud telah dikawal oleh orang Islam sehingga orang kafir tidak dapat samapai kepadanya. 3. Tidak lama kemudian,barisan tentera Musyrikin telah tiba dan didapati kaum Muslimin telah pun berada di medan peperangan.Sejurus itu,mereka terus menyerang dengan Khalid Al Walid mengetuai di bahagian sayap kanan,manakala anak Abu jahal yakni Ikrirnah berada di sayap kiri. 4. Sungguhpun bilangan tentera Islam tidak ramai,mereka masih mampu untuk memberi saingan kepada tentera Quraisy sehingga memaksa mereka untuk berundur.Tentera Quraisy tidak mampu untuk menghadapi tentera Islam kerana mereka berhadapan dengan tentera memanah yang diatur oleh Rasulullah Saw di belakang Bukit Uhud. Dengan tentera memanah ini,tentera Islam berjaya membunuh ramai tentera Quraisy

yang terdiri daripada 3000 orang kesemuanya tanpa bersemuka secara langsung dengan mereka.

Meninggalkan arahan Nabi


1. Kemenangan semakin menghampiri barisan tentera Islam.Di saat itu semakin ramai tentera Quraisy yang telah berundur dan melarikan diri kembali ke Mekkah.Melihat kepada ramainya pihak kaum musyrikin yang meninggalkan kawasan peperangan,50 orang tentera memanah yang diperintahkan oleh nabi supaya berkawal di belakang bukit Uhud telah keluar dari tempat mereka untuk merebut harta rampasan perang. 2. Mereka telah lupa dengan pesan nabi supaya jangan sesekali berganjak dari kedudukan mereka tidak kira tentera Islam menang atau kalah.Ibnu Zubair yang masih setia dengan pesan dan perintah Nabi segera berteriak memanggil tentera di bawah seliaannya untuk kembali ke tempat mereka berada.Tetapi teriakan itu tidak dipedulikkan. 3. Khalid Al Walid yang menyedari kejadian itu telah mengarahkan tentera musyrikin untuk menyerang kawasan pertahanan Islam yang sedang kosong itu.Dia telah memanggil kembali tentera Musyrikin yang berundur untuk kembali ke medan perang menyerang orang Islam.Kesannya,orang Islam kini telah diserang dari arah belakang dan juga dari arah depan.Ibnu Zubair yang setia tadi telah syahid di bunuh Khalid Al Walid.

Nabi mendapat cedera


1. Kesan dari serangan itu menyebabkan barisan tentera Muslimin menjadi kacau bilau.Ramai tentera Islam yang telah terbunuh kesan dari serangan kaum Quraisy dari arah belakang dan depan tadi. 2. Nabi Muhammad pula telah mengalami kecederaan yang mengakibatkan baginda terluka dan patah giginya.Baginda telah pengsan kerana serangan itu.Dalam situasi yang gawat ini Saidina Ali,Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar secara serentak telah melakukan serangan balas terhadap serangan yang dilakukan oleh orang Quraisy Mekkah.Manakala 2 orang lagi sahabat Nabi yang bernama Abu Dujanah dan Abu Talha berperanan menangkis serangan musuh dari terus menerus mencederakan Nabi Muhammad Saw. 3. Kesan dari serangan yang bertalu-talu telah menyebabkan kecederaan yang parah kepada Abu Dujanah sehingga membawa kepada kematiannya.Seorang perempuan

Ansar yang melihat keadaan itu segera memberi perlindungan kepada Nabi dari terus diserang dan dicederakan.Akhirnya beliau juga meninggal dunia. 4. Suara dari pihak musuh yang mengatakan Nabi Muhammad telah meninggal menyebabkan semangat Ali,Umar dan Abu Bakar telah menjadi sedikit lemah untuk meneruskan peperangan.Walaubagaimanapun,saha bat Nabi yang bernama Anas Bin Nadhir telah memberi semangat kepada mereka bahawa Nabi Muhammad sebenarnya masih lagi hidup. 5. Anas sendiri telah berjuang bersungguh-sungguh sebagai satu bentuk tauladan kepada sahabat yang lain.Beliau telah syahid apabila diserang musuh yang mengganas.Jari jemarinya,malah kepalanya telah terputus akibat terkena hunusan pedang dari musuh.Mukanya juga telah hancur sehingga tidak dapat dikenali lagi rupa asalnya.Kematian sahabat ini menyebabkan sahabatsahabat yang lain terus berkobar-kobar untuk berperang melawan musuh.Saidina Ali,Umar dan Abu Bakar telah bermati-matian berjuang menentang musuh yang ada. 6. Barisan tentera Islam menjadi semakin bersemangat apabila seorang sahabat Nabi yang bernama Kaab Bin Malik menjerit memberitakan bahawa Nabi Muhammad benarbenar masih lagi hidup.Tentu sekali perkara ini menggembirakan para sahabat yang sedang penat berperang,justeru menaikkan lagi semangat yang ada. 7. Ummat Islam kembali menguasai keadaan apabila mereka dapat merebut kembali tempat strategik di belakang bukit yang dikuasai musuh.Dengan adanya penguasaan terhadap kawasan di belakang bukit uhud,barisan tentera Quraisy dengan sendirinya telah dikepung oleh saki baki tentera Islam yang tinggal.Keadaan ini benar-benar berada di luar jangkaan orang kafir Quraisy Mekkah.Didalam situasi yang amat gawat itupun

Ummat Islam masih berkemampuan untuk memberi tentangan kepada kaum Quraisy.Akhirnya golongan Quraisy ini telah lari meninggalkan medan peperangan Uhud. 8. Didalam peperangan ini,bapak saudara Nabi yang mulia iaitu Saidina Hamzah telah pun syahid dalam peperangan.Benarlah ramalan Rasulullah saw berkenaan mimpi pedang Baginda yang sumbing di hujungnya .Saidina Hamzah telah dibunuh oleh seorang berkulit hitam dari keturunan Habsyi.Orang yang bertanggungjawab membunuh Hamzah itu dikenali sebagai Wahsyi.Apa yang menyayat hati,setelah Saidina Hamzah dibunuh,isteri Abu Sufian bernama Hindun telah mengorek hati Hamzah keluar dari badan dan menelannya.

FizikrMedia.com//peperangan Uhud

Anda mungkin juga menyukai