Anda di halaman 1dari 5

9 Langkah Mencari Passion

November 04, 2011 By: Yun Azhar Category: motivasi Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Kongsi artikel ni di FB22 Artikel ini ditulis oleh Yun Azhar, penulis jemputan PakarHowTo.

9 Langkah Bagaimana Mencari Passion Dalam artikel sebelum ini Impotent Goal vs Important Goal, saya telah kongsikan serba sedikit mengapa manusia bersikap seperti malas dan seterusnya gagal mencapai apa yang diimpikan. Ianya turut disokong oleh petikan kata-kata Tony Robbins yang manusia sebenarnya bukan malas, cuma mereka tiada matlamat yang jelas yang boleh membakar semangat mereka. People are not lazy. They simply have impotent goals that is, goals that do not inspire them Seperti yang dijanjikan di akhir artikel tersebut, kali ini saya akan terangkan pula bagaimana mencari sesuatu yang mampu membantu anda membina matlamat mengikut langkah-langkah yang boleh dipraktikkan. Ramai antara kita yang mungkin lebih arif dan sudah berpengalaman dalam membina kerjaya dan cita-cita. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dan ya, saya akui setiap individu mempunyai cara masing-masing dalam menentukan apa yang mereka mahukan. Artikel ini bukan garis panduan yang wajib untuk diikuti. Sekadar membantu mereka yang buntu saban hari bangun dari tidur dan mengulangi rutin yang sama setiap hari sambil mengharapkan keputusan yang berbeza! Insanity: doing the same thing over and over again and expecting different results.

Jika matlamat anda selama ini masih belum tercapai dan anda memang mahu mengubah nasib hidup, saya sarankan anda selesaikan satu masalah ini terlebih dahulu. Masalah tersebut ialah passion atau minat yang mendalam dalam apa yang anda lakukan sehari-hari. Tiada permulaan lain, dan ia sememangnya harus bermula dengan passion, minat dan keghairahan anda sendiri. Kalau anda tiada minat, jangan cerita la kenapa anda gagal dalam apa yang anda lakukan. Dan saya belum pernah jumpa satu contoh manusia pun yang berjaya tanpa minatnya. Kalau ada, mungkin kelemahan saya kerana masih kurang mencari. Atau jika berjaya sekalipun, mungkin dengan cara yang tidak sepatutnya. Tapi jika demikian sekalipun, ianya masih tetap memerlukan MINAT untuk melakukan dengan jalan yang tak sepatutnya itu, kan? Minat saja? Bunyi macam senang saja, kan? Ianya tak semudah itu kalau tiada usaha yang bersungguh-sungguh dan ayat ini tetap klise bunyinya. Tak mengapa, teruskan bacaan anda. Begini, jika anda mula rasa seperti malas hendak pergi kerja, tak bersemangat setiap kali bangun pagi, atau tetap tak bermotivasi walaupun selepas dihantar training, team building, atau lebih parah tetap tak bersemangat memulihkan prestasi selepas menerima warning letter, atau juga tetap merasakan kerja yang anda lakukan itu seolah-olah tiada makna, kosong tapi sentiasa perlu mengulanginya sebagai rutin kerana anda dan anak anda perlu makan, saya sarankan anda carilah kerja baru. Tetap berkerja dalam keadaan seperti di atas bukan saja akan membuatkan anda tetap tidak gembira, tidak produktif malah anda juga tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi diri anda! Adalah sesuatu yang tidak adil kepada diri sendiri, keluarga, rakan dan syarikat jika anda terus-terusan begitu, kan? Bayangkan begini pula, anda boleh bangun awal pagi, celik dan terus bangun dengan excited untuk memulakan sesuatu yang anda minat, dan anda melakukannya berjam-jam tanpa rasa susah sehingga hampir-hampir tenggelam dalam minat anda itu. Cuba bayangkan apa aktiviti tersebut dan itulah sebenarnya passion anda. Baik, anda mungkin sudah faham tentang passion, tapi bagaimana untuk mendapatkannya? Baca dan fahami langkah-langkah ini.

Ada tak apa-apa aktiviti yang anda minat sangat nak buat?

Anda ada hobi? Atau sesuatu yang anda teringin sangat untuk buat dari kecil tapi sehingga kini masih gagal dilaksanakan? Contohnya seperti membaca komik kegemaran, mengumpul sesuatu, mencipta atau membina sesuatu. Mungkin salah satu dari aktiviti tersebut boleh anda jadikan sumber rezeki, kan? Contohnya seperti membuka kedai menjual komik secara online atau kedai kek atau apa sahaja yang bersesuaian. Anda mungkin minat memasak, jadi fikirkan apakah yang anda dapat lakukan dengan minat memasak itu. Atau anda gemar membeli-belah berjam-jam lamanya, fikirkan apa yang menyusahkan anda ketika membeli belah dan anda mungkin mendapat idea dari situ!

Topik apa yang buat anda minat untuk baca sampai berjam-jam lamanya?

Saya sendiri, jika berminat tentang sesuatu topik, saya akan baca dan baca sampai berjamjam lamanya. Sanggup membeli buku dan majalah tentang topik tersebut. Waktu zaman sekolah, jika perlu pinjam, dengan muka tak malu saya pinjam saja. Fikirkan apa topik yang selalu anda ingin tahu, dan anda selalu membacanya dari internet. Mungkin anda akan dapat passion anda dari situ dan mula belajar bagaimana membina kerjaya dan matlamat dari topik

tersebut. Tapi kalau waktu yang ada digunakan untuk membaca Facebook semata-mata, jangan mimpi anda mampu menjadi seperti Mark Zuckerberg pula! Tip: Tanya diri anda sendiri apa yang anda ingin tahu hari ini, senaraikan jika perlu dan cari satu per satu di internet!

Brainstrom

Masih tak jumpa lagi passion anda? Cuba ambil kertas dan pensel dan tulis apa saja minat anda. Senaraikan seberapa banyak yang anda mampu. Jika tiada idea, cuba lihat sekeliling rumah, di komputer, atas meja, atau di dinding. Mana tahu, anda pernah menampal atau meletakkan sesuatu yang menggambarkan minat anda tanpa anda sedari. Usah nilai dahulu dan teruskan menulis sebanyak mungkin. Kita akan nilai dan bincangkan kemudian.

Tanya dan cari

Tak banyak sangat minat yang anda boleh senaraikan? Wah, agak menarik ni! Baik, cuba mulakan pula dengan berbual dengan rakan-rakan atau orang sekeliling yang anda kenali. Tanya apa minat mereka, dan apa yang mereka sanggup lakukan berjam-jam lamanya. Mungkin ada contoh yang boleh membantu. Tapi tidak perlu meniru. Lakukan dengan cara anda. Selain itu, teruskan mencari sendiri dan jangan mengalah. Tip: Saya suka menonton Bear Grylls dalam Man vs Wild. Anda pula mungkin suka menonton aksi mendiang Steve Irwin dengan aksi menangkap buayanya. Sekadar menyatakan beberapa contoh mereka yang mempunyai passion yang tinggi dalam apa yang mereka lakukan. Anda mungkin ada minat dalam sesuatu sehingga ke tahap itu? Jadi mungkin itu passion anda!

Dah jumpa? Eh, tapi jangan berhenti kerja dulu! Baca lagi!

Di awal tadi ada saya sarankan anda berhenti saja dari melakukan pekerjaan yang anda tak suka, kan? Tapi janganlah jam-jam tu juga anda berhenti. Lepas tu cari saya pula sebab saya yang nasihatkan anda berhenti! Hehe. Begini, jika anda sudah menemui passion anda, cuba buat sebagai side job atau part time untuk tempoh beberapa bulan akan datang. Anda boleh nilai sendiri selepas itu sama ada passion anda tersebut berguna sebagai sumber rezeki atau pun tidak. Jika terbukti berguna, mulakannya sebagai punca modal anda sebelum anda betulbetul boleh mulakannya sepenuh masa. Tapi jangan pula sampai menjejaskan komitmen pada kerja asal anda sekarang. Kalau tidak, bukan saja anda, siap boss anda sekali cari saya! Letih Pak Teh!

Cuba dulu

Seperti item nombor 5 di atas, saya sarankan anda mencuba dahulu minat anda itu sebagai hobi atau part time. Ini kerana untuk betul-betul mendapat passion yang bersesuaian mungkin mengambil masa. Mungkin anda rasakan minat tersebut berguna pada awalnya, tapi selepas mencuba beberapa ketika baru anda sedar minat tersebut tidak membawa apa-apa faedah apatah lagi sebagai penambah angka dalam akaun bank anda. Selain dapat mencari minat yang betul, anda dapat berlatih dan mengumpul segala ilmu dan pengalaman sebelum betulbetul menceburkan diri dalam bidang tersebut. Begitu kan lebih selamat!

Buat kajian

Jangan malas buat kajian dan jangan malu bertanya. Anda kini sudah pun mengetahui minat anda, tapi tak tahu bagaimana ingin memulakannya maka saya sarankan anda cari seseorang yang anda boleh jadikan rujukan dan contoh atau lebih tepat sebagai idol anda. Jika dapat bertanya secara personally, tanyalah setiap ilmu yang perlu. Jika tidak, kajilah bagaimana beliau membina karier dengan minatnya. Kaji mengapa beliau memilih nama perniagaannya, warna dan lokasinya atau apa sahaja yang bersesuaian. Bayangkan pula jika idol anda tersebut berada dalam situasi atau masalah anda, apakah agaknya yang akan dilakukan untuk menyelesaikannya?

Berlatih, berlatih dan berlatih!

Jangan mulakan kerja anda sebagai perniagaan sendiri secara sepenuh masa jika anda rasa anda masih amatur. Belajar dan berlatih sehingga mahir dan professional. Ingat, ini kerjaya anda dan anda lakukannya kerana minat anda sendiri. Jangan hancurkannya kerana kegopohan anda. Anda mungkin akan habiskan kerjaya ini sehingga umur anda 60 tahun, jadi anda perlu betul-betul masak sebelum terlibat secara sepenuh masa. Sekurang-kurangnya sehingga ke tahap anda yakin anda mampu berdepan dengan segala masalah dan muslihatnya!

Jangan berhenti dan mudah mengalah. Fokus!

Anda mungkin gagal menjumpai minat anda, tapi jangan berhenti berfikir dan mencari. Mengalah selepas baru mencuba beberapa hari memang akan gagal. Teruskan walaupun mengambil sedikit masa. Insya Allah, jika betul niat dan usaha, Allah pasti menolong hambaNya mengubah nasib sendiri. Jika masih belum berjaya dengan passion yang ada, mulakan mencari minat yang baru. Mungkin minat tadi sebenarnya bukan pembakar semangat anda! Semua 9 langkah ini mungkin merupakan kerja baru untuk anda. Ia mungkin memerlukan masa dan usaha yang berterusan. Rancang dengan baik. Ingat,

Mulakan mencari passion terlebih dahulu dan saya akan terangkan dalam artikel akan datang bagaimana membina strategi dan langkah mencapai matlamat tersebut! Yun. http://kodok.my - Sumber Motivasi, Raket Tenis dan Buah Cermai Anda! (Jongkang-jongket disediakan berasingan).