Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.

Yang dihormati, Guru Penolong Kanan 1, Encik Awang Napri bin Awang Saleh, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpahNya, dapat kita berhimpun pada hari ini bagi meraikan insan yang telah berusaha keras, megerah kudrat, memerah keringat dalam usaha menurunkan ilmu kepada kita semua. Merekalah guru-guru berjasa yang amat kita sayangi Hadirin yang dihormati, Perlu kita ingat bahawa gurulah titik awal pengaliran ilmu di dalam diri kita. Peranan guru bukan sahaja untuk menurunkan ilmu bahkan berperanan membentuk sahsiah dan akhlak sahsiah dan akhlak kita semua. Seorang guru bolehlah dianggap sebagai seorang jurutera social kerana bidang pendidikan sekolah adalah peneraju dalam membangunkan modal insane yang berpengatahuan,berkemahiran dan berperibadi mulia. Justeru, sesuailah pemilihan tema pada tahun ini aitu, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Rakan-rakan sekalian, Hormatilah guru yang telah banyak berjasa, berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan. Guru boleh diiabratkan sebagai ibu bapa kita yang kedua yang berupaya mencorakkan masa depan kita. Patuhilah arahan mereka dan amalkan tunjuk ajar dan nasihat untuk panduan hidup kita. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang mengajar saya dan rakan-rakan saya dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan penuh dedikasi. Terima kasih cikgu! Pengorbanan dan segala jasa cikgu akan terpahat dalam hati selagi hayat dikandung badan. Seterusnya, maafkan kami atas kekasaran , segala salah laku dan sesuatu yang mengguris perasaan cikgu. Sesungguhnya kami ini insane yang masih memerlukan bimbingan daripada guru-guru. Hadirin sekalian, Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik. Hari Guru bukan sahaka meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus

memperjuangkan dan meningkat kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat meningkat bilangan ilmuwan di negara kita. Seterusnya, mari kita panjatkan doa agar SK Petra Jaya terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai visi kita dalam melahirkan modal insan kita yang lebih berdikari, berwaja diri dan berjasa kepada negara. Bersama kita berpadu tenaga, warga pendidik, para ibu bapa dan murid-murid meneruskan usaha murni ini. Semoga segala pengorbanan guru ini akan menjadi amal soleh yang akan memberikan pahala yang berterusan dan berkekalan. Sebelum mengakhiri ucapan ini, izinkan saya membaca sajak yang berbunyi; Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guurku Budi yang diapung di dulang ilmu, Panggilan keramat cikgu kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. Teachers that love to teach.Create kids that love to learn Guru yang suka mengajarakan melahirkan murid yang suka belajar Akhir kata daripada saya, Terima kasih cikgu! Sekian,terima kasih.