Anda di halaman 1dari 24

PROSES REKA BENTUK

1.4.1

LUKISAN PROJEK

Lukisan projek dilukis untuk :

menggambarkan saiz dan bentuk sebenar projek yang hendak dibuat. Menentukan jenis bahan yang akan digunakan.

A) Membuat Lakaran Reka Bentuk


Lakaran projek boleh dibuat dalam bentuk:

Lakaran dua dimensi (2D) menunjukkan bentuk objek yang sebenar. Lakaran tiga dimensi (3D) menunjukkan gambar sebenar objek. lakaran oblik atau isometrik.
Lakaran perspektif lakaran yang menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata.

B) Menilai dan Memilih Lakaran yang Paling Sesuai


Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa proses memilih lakaran ialah: i) bahan
ii) kos iii) kemudahan alatan

1.4.2

PEMBINAAN PROJEK

A) Proses Mengukur

Proses mengukur dilakukan untuk mendapatkan saiz atau ukuran yang tepat.

Alatan:

i) pembaris keluli
ii) pita pengukur

iii) sesiku L

B) Proses Menanda
Penandaan yang tepat akan memudahkan kerja-kerja pemotongan.

Alatan: i) sesiku L ii) Pensel iii) pisau penanda iv) penggarit v) penebuk pusat vi) tolok serong vii) tolok penanda

c) Proses Memotong
dilakukan setelah proses mengukur dan menanda selesai.
Menggunakan alatan tangan dan mesin yang sesuai. Alatan:

i) gergaji tangan
ii) gergaji putting

v) pisau pemotong perspek


vi) mesin gergaji jig

iii) gergaji besi


iv) gergaji lengkung halus

d) Proses Membentuk dan Mencantum


Proses membentuk

proses mengubah rupa bentuk permukaan sesuatu bahan daripada berkeadaan rata atau persegi kepada lengkuk dan sebagainya.
dilakukan sebelum proses memasang bahagian projek Contoh : melipat, membengkok, dan membuat lengkung pada bahan.

Proses mencantum
menggunakan bahan atau pengikat yang sesuai serta kaedah yang betul. A. Membuat tanggam

proses membuat cantuman untuk menghasilkan struktur produk.


Jenis jenis tanggam : i) Tanggam parit terus Pic

ii) Tanggam temu

pic
iii) Tanggam lekap palang

Pic

B. Mengglu

Glu digunakan untuk mencantum bahagian bahagian projek seperti kayu, MDF, perspek, dan mounting board.
Contoh glu : Glu panas, simen pelarut, dan glu sentuh.

C. Memaku Paku kepala rata dan paku panel biasanya digunakan untuk mencantumkan bahan berasaskan kayu. Cara memaku serong memberikan cengkaman yang lebih kuat.

D. Memasang skru

Skru benam sendiri digunakan untuk mencantumkan bahan berasaskan logam seperti keluli lembut dan aluminium pada rangka projek.
Skru ini dipasang dengan menggunakan cordless screwdriver.

E. Merivet
Proses merivet dilakukan untuk mencantumkan bahan berasaskan kepingan logam dan keluli lembut. Rivet digunakan bersama riveter.

F. Merekat Merekat bertujuan untuk mencantumkan bahan projek berasaska papan lapis, MDF, dan mounting board pada rangka atau pemidang projek. Proses merekat dilakukan dengan menggunakan stapler gun.

G. Bahan Pemasangan
digunakan untuk mencantumkan bahagian projek.

Engsel digunakan untuk memasang bahagian pintu dan penutup projek.


Breket digunakan untuk untuk memasang tetingkat atau para pada bahagian projek dan menguatkan sambungan pada pepenjuru projek. Penyangkut digunakan sebagai bahan tambahan dalam pemasangan sesuatu projek seperti menggantung projek pada dinding.

H. Membina dan mencantum projek

Proses membina dan mencantum projek dilakukan untuk mendapatkan bentuk projek yang sebenar berdasarkan lukisan kerja.
Bahan bahan yang telah dibina tanggam akan dipaku, diglu atau diskru untuk menguatkan cantuman. Kerja menebuk, merivet dan memasang skru perlu dilakukan dengan teliti supaya mendapat hasil yang sempurna.

1.4.3

KEMASAN

proses terakhir dalam penghasilan sesuatu projek. Kemasan adalah proses menyapu bahan kemasan seperti cat licau, syelek, varnish, tona kayu, dan lekar pada projek yang telah siap. Kemasan bertujuan:
i) Projek kelihatan cantik. ii) Projek selamat untuk digunakan. iii) Projek lebih tahan lama. iv) Projek mudah untuk dibersihkan

a) Bahan dan Alat Kemasan

A. Kertas Las
digunakan untuk membersihkan, melicinkan, dan menghilangkan tanda atau kesan calar pada permukaan kayu. Kertas las khas - digunakan untuk membersihkan bahan oksida (karat) pada keluli. Gred kertas las yang digunakan: i) 00 paling halus ii) 0,1 halus iii) 11/2, 2 sederhana kasar iv) 21/2, 3 kasar

B. Tepung Penyumbat

digunakan untuk menutup dan menyumbat liang pada ira kayu.

dibancuh dengan menggunakan air atau pewarna kayu.


gunakan pengikis atau kain untuk menyumbat bancuhan pada permukaan projek.

C. Berus Cat
digunakan untuk menyapu cat licau dan cat alas pada permukaan projek.

D. Berus Syelek

digunakan untuk menyapu syelek, lekar, varnish, dan tona kayupada permukaan projek.
E. Pengikis digunakan untuk menyumbat bancuhan tepung penyumbat pada permukaan projek.

juga digunakan untuk mengikis lapisan karat pada keluli atau logam.

b) Membuat kemasan

menggunakan bahan kemasan yang dipilih mestilah sesuai dengan bahan projek yang digunakan. Contoh bahan kemasan :
Bahan Kemasan Cat Licau Bahan Projek Pelarut

Cat Sembur

Kayu, keluli Tupertin lembut, perspek, PVC, MDF, papan lapis Kayu, keluli Thinner lembut, perspek, PVC, MDF, papan lapis

Bahan Kemasan

Bahan Projek

Pelarut

Syelek
Tona Kayu Lekar Jernih

Kayu, MDF, papan lapis


Kayu, MDF Kayu, keluli lembut, MDF

Spirit methil
Tupertin Thinner

Pelekat(sticker)

Kayu, keluli

Tiada bahan

lembut, MDF,
perspek,PVC

pelarut