Anda di halaman 1dari 4

Konsep

Ekonomi

Masyarakat

Tamadun

Mesir

Ekonomi mesir bergantung kepada kegiatan pertanian yang berkembang pesat disebabkan lembah sungai Nil yang merupakan kawasan tanah delta yang begitu subur, luas dan rata. Bahan-bahan lanar sungai yg berwarna hijau yang sangat subur di sungai Nil berpunca dari kawasan pergunungan di tengah benua Afrika. Sistem Ekonomi Masyarakat Tamadun Mesir

Pada mulanya, penduduk mesir menjalankan pelbagai jenis tanaman seperti: 1. Gandum 2. Barli 3. Millet 4. Sayur-sayuran 5. Buah-buahan 6. Kurma 7. Menanam pokok papyrus 8. Flex dan kapas Disamping itu, mereka menternak binatang seperti kambing, biri-biri dan lembu untuk keperluan sara diri. Seluruh tanah, hasil pertanian dan barangan menjadi milik firaun kerana keseluruhan hasil-hasil bumi Mesir telah diedarkan oleh ejen-ejennya. Namun, tanah-tanah milik firaun telah dikurniakan kepada bangsawan-bangsawan, kerabatkerabatnya dan askar-askar yang berjasa kepadanya. Tanah itu boleh diwarisi oleh anggota keluarga diraja tetapi mesti mendapat kebenaran dan tanah itu boleh disewakan dan maklumat terperinci mengenai sewa milik tanah

dikendalikan oleh pejabat nazir milik raja-raja mesir. Ekonomi mesir juga dikuasai oleh aktiviti perdagangan dan perusahaan. Oleh itu, kegiatan berbentuk komersil pula menonjol bagi tujuan pertukaran barang dan menambah pendapatan. Untuk mendapatkan bekalan air, petani-petani telah membina sejenis alat iaitu syaduf untuk mengangkut air dari sungai Nil. Bagi kawasan pertanian yang jauh daripada sungai Nil, petani Mesir telah membina terusan untuk tujuan pengairan. Dengan adanya sistem pengairan yang baik, dan sistematik serta corak pertanian yang berteknologi tinggi, maka mesir berjaya menjalankan aktiviti perdagangannya. Pada tahap awal, perdagangan mesir dijalankan secara sistem barter walaupun pihak pemerintah mesir mentafsirkannya sebagai ufti kerana raja-raja mesir beranggapan bahawa mereka lebih berkuasa dan barangbarang yang diperolehi dari negara-negara lain dianggap sebagai ufti. Kemudian perdagangan mesir berkembang dari perdagangan setempat ke peringkat antarabangsa. Perdagangan ini bermula dengan penggunaan jalan darat melalui Sinal, diikuti dengan sistem kafilah di padang pasir dan akhirnya menggunakan melalui jalan laut. Pada hakikatnya, kegiatan perdagangan mesir dikuasai sepenuhnya oleh firaun khusus pada zaman Dinasti Awal dan kerajaan Lama. Firaun telah menghantar wakil-wakil mereka sendiri untuk ekspedisi perdagangan terutama di luar negara. Pada masa yang sama, kerajaan firaun kurang menggalakkan pedagang bebas daripada ketika itu penglibatan orang perseorangan

amat

terhad

dalam

bidang

perdagangan.

Firaun Snefru telah menghantar wakilnya untuk ekspedisi perdagangan ke Nubia dan Libya. Selain itu, terdapat wakilwakil ekspedisi perdagangan dihantar ke sinal, Gurun Nubia dan Punt (Somalia) bagi mendapatkan barangan seperti batu untuk tujuan pembinaan, permata dan mineral. Pada zaman kerajaan lama, pusat perdagangan mesir terpenting ialah Byblos, pengaruhnya turut tersebar luas sehingga ke katarak kedua.By blos dikatakan menghubungkan mesir dengan kawasan-kawasan perdagangan dari negara luar melalui jalan utamanya serta merupakan pembekal kayu balak utama bagi mesir. Byblos secara langsung menjadi pelabuhan entrepot mesir yang terpenting ketika itu. Menjelang tahun 2000sm aktiviti perdagangan mula berkembang dengan pesat terutama diperingkat antarabangsa. Mesir mula mengadakan hubungan dagangan secara dua hala dengan kepulauan Cyprus, kepulauan Crete, Syria, Phoenic dan Palestin. Antara barang-barang eksport utama mesir adalah gandum, linen, fabrik, kertas, ikan masin, tembikar dan jagung. Barang-barang import adalah emas, perak, gading gajah, wain, minyak zaitun dan balak. Selain daripada aktiviti perdagangan, mesir turut berperanan dalam aktiviti perkilangan. Sektor ini mulai berkembang menjelang sekitar tahun 3000sm. Dikatakan kilang-kilang di mesir mempunyai lebih kurang 20 hingga 27 orang pekerja dalam pelbagai sektor perkilangan.

Mesir telah menjalankan beberapa sektor perkilangan yang merangkumi industri pembinaan kapal, melombong kuari, pembuatan barangan tembikar dan penghasilan kain atau fabrik. Dalam menjalankan aktiviti perkilangan ini, mesir telah menonjolkan satu teknik pengurusan yang tinggi tarafnya ketika itu iaitu dengan mengamalkan pengkhususan kerja bagi setiap sektor perkilangan. Hawkes menjelaskan pada asasnya, terdapat tiga cara yang telah diamalkan oleh pemerintah mesir dalam mendapatkan barang-barang import. Antaranya ialah: 1. Menghantar ekspedisi diraja untuk mendapatkan bahanbahan galian seperti tembaga dan batu firus turquiase dari Senai. 2. Memperoleh barang-barang dagang daripada pedagangpedagang asing dari afrika di pusat-pusat perdagangan yang terletak dikawasan sempadan seperti Elephatine. 3. Menghantar ekspedisi-ekspedisi tentera laut untuk mendapatkan kayu balak dari Byblos dan pelabuhanpelabuhan di Phonesia. Ratu Hopseksut menghantar ekspedisi ke Punt pada tahun 1495sm. Jelasla, bahawa mesir pada zaman dinasti awal dan zaman kerajaan lama telah berjaya memainkan peranan penting bagi memajukan perdagangan terutamanya dalam perdagangan antarabangsa.