Anda di halaman 1dari 11

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih

dengan menggunaka alat yang tajam dengan niat kerana Allah. Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam. Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.

Konsep Sembelihan Sembelihan dengan mengikut Syara disamping memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Syariah Islamiyah adalah satu-satunya cara bagi menghalalkan daging haiwan bagi umat Islam sebagaimana yang dijelaskan didalam ayat berikut : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala (Surah Al-Maidah 5:3) Hukum menyembelih Hukum menyembelih adalah wajib keatas haiwan yang halal untuk dimakan dagingnya. Bagi haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak diistilahkan sebagai bangkai dan najis. Sembelihan Halal ialah dengan menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halkum (saluran udara) dan urat mari (saluran makanan/minuman) (mengikut mazhab AsSyafie) dengan menggunakan alatan tertentu yang tajam dengan niat kerana Allah SWT. Rukun Sembelihan 1. Penyembelih. Hendaklah seorang Muslim, mumayyiz dan berniat menyembelih. Sembelihan yang tidak disengajakan adalah tidak sah. 2. Binatang yang disembelih. Binatang yang Halal, masih hidup (mempunyai Hayat Mustaqirrah) dan wajib memutuskan urat Mari dan Halqum. 3. Alat Sembelihan Mestilah tajam dan boleh mengalirkan darah kecuali yang diperbuat dari tulang, kuku dan gigi. 4. Proses menyembelih Niat kerana Allah, sembelih di leher dan haiwan tersebut mati semata- mata disebabkan penyembelihan. Ehsan dalam penyembelihan " : " "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya. "(Hadits riwayat Muslim) Sunat dalam penyembelihan 1. Menghadap Kiblat kerana ia semulia-mulia pihak 2. Menyebut nama Allah : Bismillah 3. Menenangkan haiwan yang hendak disembelih 4. Mengendalikan haiwan tersebut dengan cermat

5. Menajamkan mata pisau 6. Menyembelih dengan mantap 7. Memberi minum sebelum disembelih Makruh dalam penyembelihan 1. Tidak menyebut nama Allah 2. Tidak Menghadap kiblat 3. Mengasah pisau di hadapan haiwan sembelihan 4. Menyembelih haiwan di hadapan haiwan lain 5. Menyembelih dari belakang tengkuk, 6. Mengendalikan haiwan dengan kasar 7. Tidak memberi minum kepada haiwan tersebut 8. Menggunakan pisau yang tidak tajam

Kesimpulan Sembelihan cara Islam adalah yang terbaik dan merupakan cara yang penuh penghormatan kepada haiwan dan ihsan dalam penyembelihan (iaitu yang tidak menggunakan kaedah stunning). Pengusaha-pengusaha rumah sembelih perlulah membangunkan tata cara pengendalian yang sesuai dengan jumlah sembelihan haiwan dan dalam masa yang sama hendaklah memastikan syarat-syarat dan adab-adab sembelihan dipatuhi Posted 10th September 2009 by Muhamad Elyas Harun Labels: Sembelihan dalam Islam

http://our-halal.blogspot.com/2009/09/sembelihan-secara-islam.html

Kaedah Sembelihan Menurut Islam


Posted 07/11/2011 by Shafi-Q in AMALAN, PANDUAN, Tahukah Anda?, Zulhijjah. Tagged: Kaedah / Cara Penyembelihan / Sembelihan Binatang Menurut Islam, Kaedah Yang Paling Baik Sembelihan. Leave a Comment

Konsep sembelihan dalam Islam atau Zabiha telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan. Islam adalah agama Rahmat Kasih Sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan. . Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan. . Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Firman Allah Subhanahu wa Taala: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala. (Surah Al-Maidah: 3) . Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman: Dihalalkan bagi kamu segala yang baikbaik. (Surah Al-Maidah: 4) . . A. Rukun Sembelihan Ijma para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4: 1. Penyembelih 2. Binatang sembelihan 3. Alat untuk menyembelih 4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan. . . B. Syarat-Syarat Sembelihan . 1) Orang yang menyembelih a) Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah). b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak. c) berakal; tidak sah jika orang gila d) Tidak dalam ihram haji atau umrah e) Dengan sengaja membaca Basmalah. . Firman Allah SWT: Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya (Surah al-Anaam, ayat 118). . . 2) Binatang Yang Disembelih a) Binatang yang halal dimakan b) binatang itu masih hidup c) Mati dengan sekali sembelihan d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum). . . 3) Alat Sembelihan a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan. c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku. . Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi ibnu khadij Radhiallahu anhu:Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim) . Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu (Hadis riwayat Muslim). . . 4) Tempat Sembelihan

Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya. . a) Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya. Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.) . b) Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya. Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati. . Mazhab Syafie berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis uratiaitu urat halkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian. . .

GAMBARAJAH LEHER HAIWAN

Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur nafas) bagi haiwan sembelihan. .

Keratan rentas leher binatang sembelihan. Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak. .

dalaman leher seekor ayam.

Gambarajah . .

Keadaan ketika sembelihan dijalankan . .

Gambarajah dalaman leher seekor lembu . .

Keadaan ketika sembelihan dijalankan . . C. Syarat Sah Sembelihan 1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih 2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya. 3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih) 4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup 5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan 6. Disembelih oleh orang Islam 7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang 8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih. . .

D. Sunat Sembelihan 1. Membaca Bismillah 2. Berselawat ke atas nabi 3. Mengadap kiblat 4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih 5. Menyembelih di pangkal leher binatang 6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati. 7. Melakukan sembelihan pada waktu siang. 8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam. . . E. Makruh Sembelihan 1. Menggunakan alat yang tumpul 2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang 3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang 4. Tidak menyebut nama Allah 5. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat 6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih. Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak membatalkan syarat atau rukun sembelihan. Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayam tersebut. . . F. Cara Penyembelihan. Disyaratkan penyembelihan itu: 1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman). 2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan. 3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut. 4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih). . Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syaratsyarat yang telah disebutkan. Firman Allah Subhanahu wa Taala: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah. (Surah Al-Nahl: 115) . . G. Hikmah Sembelihan 1. Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat. 2. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit. 3. Memastikan daging bersih dan bermutu. 4. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah. 5. Membezakan antara daging halal dan haram. 6. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain. . Wallahualam bish showab .

http://shafiqolbu.wordpress.com/

http://doaharian.blogspot.com/2007/12/jenis-binatang-sembelihan.html
JENIS BINATANG SEMBELIHAN Para Ulama' sependapat mengatakan sifat binatang yang akan disembelih untuk aqiqah adalah sama seperti binatang yang mahu dijadikan korban yang terdiri dari kambing, biri-biri, kibasy, lembu, kerbau, unta dan semua jenis yang termasuk dalam kategorinya, sama ada ianya jantan ataupun betina, baik yang baka ataupun sudah dikasi. Adalah tidak sah melakukan penyembelihan selain dari binatang (an'am) ini.

http://www.sinarharian.com.my/rencana/ihsan-adab-dalam-menyembelih-1.4762

Ihsan, adab dalam menyembelih


Oleh : Wartawan Sinar Harian Tarikh : November 10, 2011

Pada 10 hingga 13 Dzulhijjah ini tentu ramai yang berhajat untuk melaksanakan ibadah korban. Dan bagi yang berkemampuan, sudah tentu akan berusaha untuk melaksanakan penyembelihan dengan tangannya sendiri kerana ia termasuk ke dalam sebahagian dari sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Cuma sayangnya pada hari ini ramai dalam kalangan umat Islam sendiri yang tidak mampu untuk melaksanakan penyembelihan dengan tangan sendiri atas beberapa alasan yang remeh seperti tidak memiliki ilmu, takut, tidak biasa, tidak yakin (was-was), serta bimbang sekiranya tidak sah. Jadi tulisan ini penulis kongsi sebagai motivasi dan panduan ringkas tentang adab-adab dalam melaksanakan penyembelihan haiwan secara umum. Sikap Ihsan Nabi SAW bersabda, Sesungguhnya ALLAH SWT telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik. Apabila

kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa. (Hadis Riwayat Muslim) Di antara sikap ihsan yang disunnahkan ketika melaksanakan penyembelihan haiwan adalah dengan menggunakan alat sembelihan yang tajam seperti pisau atau seumpamanya selain dari kuku, tulang, gading dan gigi. Untuk menajamkan alat sembelihan ini, Nabi melarang menajamkannya (atau mengasahnya) di hadapan haiwan yang akan disembelih. Selain itu, termasuk sikap ihsan terhadap haiwan adalah tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan-haiwan lain yang akan disembelih, tidak membawa haiwan ke tempat sembelihan dengan cara yang kasar, dan memilih cara yang paling mudah dan yang paling kurang menimbulkan rasa sakit. (Syarah Shahih Muslim, 13/106) Selain itu, dalam banyak hadis-hadis yang lain, Rasulullah SAW turut melarang memukul muka haiwan, melarang mencaci haiwan, berlaku kasar, menyakitinya, serta melarang melaknat atau mengejek haiwan. Dari sini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang sangat menganjurkan sikap ihsan bukan sahaja kepada sesama manusia, tetapi juga terhadap para haiwan. Bukan sahaja ketika haiwan tersebut hidup, tetapi juga ketika hendak menyembelihnya. Dalam Islam, haiwan yang boleh disembelih adalah dari jenis haiwan darat yang mengalirkan darahnya dan halal dimakan. Ini adalah seperti unta, lembu, kambing, kijang, ayam, itik, dan angsa. Sebahagian ulama menyatakan bahawa hikmah pada syarat sembelihan (adz-Dzabh) dan mengalirkan darah (annahr) adalah bagi membezakan di antara kehalalan daging dan lemak dari yang keharamannya. Perlu diperhatikan bahawa bangkai diharamkan (antaranya) kerana ia tidak mengalirkan (mengeluarkan) darah di dalam tubuhnya. (Syarah Shahih Muslim, 13/123) Adapun haiwan darat dari jenis yang mengalir darahnya yang tidak halal dimakan berdasarkan dalil-dalil yang telah ditentukan, maka ia adalah haram walaupun setelah disembelih, dan matinya tetap dihukumkan sebagai bangkai (yang haram dimakan). Manakala haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir atau tidak boleh disembelih (kerana tidak memiliki leher), jika ia mati maka matinya dianggap sebagai bangkai. Kecuali bangkai setiap jenis haiwan air dan bangkai belalang, ia halal dimakan walaupun tanpa melalui proses sembelihan. Sabda Rasulullah SAW, Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua jenis darah. Dua bangkai tersebut adalah bangkai ikan dan belalang, manakala dua darah tersebut adalah hati dan limpa. (Hadis Riwayat Ahmad. Dinilai sahih oleh al-Albani) Juga sebagaimana sabda beliau yang lain, Laut itu suci airnya dan halal bangkainya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi). Menghadapkan haiwan sembelihan ke arah kiblat Disunnahkan agar haiwan dihadapkan ke arah kiblat ketika menyembelihnya sebagaimana amalan Rasulullah SAW. Nafi (maula Ibnu Umar) mengatakan, Bahawasanya Ibnu Umar tidak suka makan daging haiwan yang tidak menghadap kiblat ketika disembelih. (Mushannaf Abdurrazzaq, 4/489, no. 8585) Rasulullah SAW pernah memerintahkan supaya dibawakan dua ekor kibas dan pisau yang tajam kepadanya bagi tujuan sembelihan korban. Ini sebagaimana hadis Aisyah r.a. Sabda Rasulullah, Asahlah pisau ini dengan batu (pengasah). Aisyah pun melakukan apa yang di perintahkan beliau. Setelah diasah, beliau mengambilnya dan mengambil kibas tersebut lalu membaringkannya dan menyembelihnya... (Hadis Riwayat Muslim). Ini adalah dalil yang menjelaskan anjuran merebahkan haiwan yang hendak disembelih (dari jenis kambing), dan ia tidak disembelih dalam keadaan berdiri atau duduk. Kerana keadaan tersebut lebih mudah baginya dan ini adalah

ijma (kesepakatan) umat Islam. Ia dilakukan dengan merebahkan haiwan di atas sisi kirinya di mana ia lebih memudahkan orang yang menyembelih sambil memegang pisau di tangan kanan dan memegang kepala haiwan dengan tangan kirinya. (Subulus Sulam, 4/162 Maktabah at-Taufiqiyah). Manakala bagi unta, ianya disembelih dalam keadaan berdiri di atas tiga kakinya dan kakinya yang kiri bahagian hadapan diikat dengan tali. Ia dilakukan dengan cara menusuk (an-nahr) di bahagian lehernya. (Shahih Fiqhus Sunnah, 2/364 Maktabah at-Taufiqiyah). Adapun berkenaan syarat sembelihan atau bahagian yang perlu diputuskan atau dipotong, Imam asy-Syafii, para sahabatnya, dan orang-orang yang bersetuju dengannya mengatakan, Tidak sah suatu sembelihan melainkan setelah terpotong pada halkum (salur pernafasan) dan mari (salur makanan) secara sempurna. Dan disunnahkan memotong dua urat darahnya yang lain (yang terdapat di sekitar leher), tetapi ini tidaklah termasuk syarat. Dan ini juga adalah pendapat yang kuat dari Imam Ahmad berdasarkan dua riwayat. (Syarah Shahih Muslim, 13/124). Tetapi hendaklah berhati-hati agar tidak sampai memutuskan atau memisahkan kepala dari tubuhnya ketika sembelihan dilakukan kerana ia termasuk perbuatan yang dibenci. Dalam satu riwayat, Nafi menyatakan, Sesungguhnya Ibnu Umar enggan memakan daging kambing yang disembelih sehingga lehernya terputus. (Mushannaf Abdurrazzaq, 4/490, no. 8591). Menyebut nama ALLAH ALLAH SWT berfirman (maksudnya), Dan janganlah kamu memakan haiwan-haiwan yang tidak disebut nama ALLAH ketika menyembelihnya, sesungguhnya perbuatan tersebut adalah suatu kefasikan. (Surah al-Anam, 6: 121). Ayat ini adalah dalil bahawa sembelihan tidak halal sekiranya tidak disebut nama ALLAH ketika menyembelihnya walaupun yang menyembelihnya adalah seorang Muslim. (Tafsir Ibnu Katsir, 3/324). Kata Ibnu Abbas, (Tetapi sekiranya dia terlupa), maka tidak mengapa. (Fathul Bari, 9/624). Manakala ketika menyembelih haiwan korban, disunnahkan membaca basmalah dan takbir sambil berdoa memohon agar korbannya diterima ALLAH. Pastikan mati Haiwan yang disembelih hendaklah dipastikan telah benar-benar mati terlebih dahulu sebelum dilakukan proses seterusnya. Dan kematiannya hendaklah dilakukan dengan semata-mata sembelihan tanpa sebarang tekanan atau paksaan dari faktor luar. Kerana Rasulullah SAW bersabda, Apa-apa bahagian yang dipotong dari haiwan yang masih hidup, maka potongan tersebut adalah bangkai. (Hadis Riwayat Ahmad. Dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth). Demikianlah secara ringkas di antara sikap ihsan dan adab-adab dalam melaksanakan penyembelihan haiwan. Untuk yang berminat meneliti perbahasan secara terperinci lengkap dengan dalil-dalilnya, bolehlah mengunjungi ke blog penulis. WALLAHualam. * Biro Multimedia & Penerbitan Sekretariat iLMU. www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Anda mungkin juga menyukai