Anda di halaman 1dari 32

PRODUK TEMPATAN

LABU SAYONG
SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1 Penghargaan
2 Objektif Kajian
3 Kaedah Kajian
4 Hasil Kajian
5 Rumusan
6 Lampiran
7 Rujukan

PENGHARGAAN

Alhamdullilah dengan izinNya, hasrat saya untuk menyiapkan Kerja Kursus

Sejarah PMR 2012 ini akhirnya terlaksana jua. Sebelum ini banyak halangan yang saya
hadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini banyak membantu saya mengetahui

dengan lebih lanjut tentang produk tempatan di negara kita terutamanya Labu Sayong.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ran Chuan Anak Eh

Tik selaku guru Sejarah yang telah memberikan panduan, nasihat dan teguran serta

bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada Puan Hajah Noraini bt

Saad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh yang telah

memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Puan Maliza bt

Mohd Tamin dan Encik Mazman bin Mahmud yang telah banyak memberi dorongan dan

sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu

Anis Adilla bt. Mohd Salih, Athira bt. Ghozi, Nur Syaqila bt. Azman dan Annis Shazwina

bt. Mohd Luqman yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menyiapkan laporan

kajian ini. Segala kekurangan di dalam kajian ini diharap mendapat teguran yang membina

daripada cikgu. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian terima kasih

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian yang perlu dikaji menerusi kerja kursus ini.

Antaranya ialah , saya dapat mengetahui tentang produk tempatan yang terdapat di

Malaysia dengan lebih terperinci.


Selain itu, saya dapat mengetahui teknik dan proses-proses pembuatan produk

tersebut dengan menyaksikan cara pembuatan labu sayong yang dilakukan oleh pengusaha.

Dengan ini, saya dapat mengetahui proses-proses pembuatan labu sayong.

Di samping itu, saya juga dapat mengetahui lokasi pembuatan produk tersebut iaitu

di Kuala Kangsar, Perak. Bak kata pepatah jauh pemandangan, luas pengalaman.

Selain daripada itu, sikap bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Ilahi juga

dapat diterapkan dalam diri. Terdapat pelbagai seni dalam kehidupan kita yang dapat

membawa kejayaan.

Akhir sekali, saya juga dapat menilai keistimewaan dan keunikan produk tersebut.

Air yang telah disimpan di dalam labu sayong boleh merawat beberapa jenis penyakit

seperti batuk, demam panas dan sebagainya.


KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam

mencari dan mengumpul maklumat. Antara kaedah yang saya telah digunakan adalah

kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah rujukan dengan menggunakan internet.

Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah dengan memerhati proses-proses

pembuatan Labu Sayong yang ditunjukkan oleh pengusaha. Melalui cara ini ,maklumat

dapat diperolehi dengan mudah.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan, saya telah mengunakan kaedah temu bual

dimana saya telah menemu bual pengusaha Labu Sayong iaitu Pn. Zalihaha bt. Mat Kasa

dan adik iparnya iaitu Encik Shaari bin Puteh Lam.Pelbagai maklumat tentang Labu

Sayong dapat saya perolehi daripada mereka.

Kaedah rujukan dengan menggunakan internet juga telah saya gunakan. Maklumat

yang terperinci dapat saya perolehi seperti peta kawasan kajian jarak antara kawasan kajian

dan tempat tinggal saya dan sebagainya.


HASIL KAJIAN
Maklumat Asas Produk Tempatan

i. Nama produk

Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah Labu Sayong. Pengusaha ini

kebanyakannya menghasilkan labu air iaitu gelugur dan panai.

(Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 1)

ii. Kategori : Kraf tangan

Produk tempatan yang dikaji ialah Kraf tangan Labu Sayong.

iii. Nama pengusaha / syarikat / status hak milik

Produk Labu Sayong ini telah diusahakan oleh Puan Hjh Zalihaha bt Mat Kasa.

Beliau telah mewarisi perusahaan datuk dan nenek beliau ketika berusia 22 tahun

sehingga sekarang, 2012. Puan Hjh Zalihaha bt Mat Kasa merupakan pemilik

tunggal perusahaan Labu Sayong memandangkan suami beliau telah meninggal

dunia. (Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 2)

iv. Lokasi

Lokasi kajian ini telah dijalankan di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar,

Ipoh, Perak. (Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 3)


Latar Belakang

i. Sejarah

Labu Sayong ialah sejenis tembikar yang merupakan produk perusahaan di

Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Perusahaan Labu Sayong berasal dari

Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Sumber bahan mentah iaitu tanah liat

khas diperolehi daripada kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di

kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala

Kangsar. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir

dengan teliti. Terdapat pelbagai bentuk yang dihasilkan antaranya labu leper, labu bocong,

labu tela, labu pucung, labu panai dan sebagainya. Ragam hiasnya pula, banyak menjurus

kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, bunga cakar

ayam, senduduk, bunga lawang, bunga cengkih dan pucuk rebung.

ii. Tujuan/kepentingan produk

Pelbagai tujuan dan kepentingan produk telah saya dapati setelah mengkaji tajuk

ini. Antara kepentingannya ialah Labu Sayong sering digunakan sebagai bekas menyimpan

air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Selain itu, produk ini juga digunakan sebagai perhiasan di dalam dan luar rumah.

Dengan ini, rumah akan kelihatan lebih cantik. Hal ini juga dapat menarik perhatian tetamu

yang hadir ke rumah.

Akhir sekali , produk ini dapat menjadi tempat penyimpanan air. Air yang telah

dimasukkan ke dalam Labu Sayong ini akan berasa sejuk dan segar untuk diminum.
iii. Keistimewaan/kelebihan/keunikan

Produk ini juga mempunyai banyak keistimewaan, kelebihan dan keunikannya.

Antaranya ialah produk ini dapat menyejukkan air dan dapat menyegarkan air tersebut.

Selain itu , air yang telah disimpan di dalam Labu Sayong juga dikatakan

mempunyai kesegaran dan khasiat tertentu yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit

seperti batuk, demam panas dan sebagainya.


KAEDAH / CARA PENGHASILAN

i. Tenaga Kerja

Setelah menemu bual bersama pengusaha produk, saya dapati bahawa produk ini

dapat dilakukan secara individu ataupun berkumpulan. Pengusaha mengupah tiga orang

pekerja untuk membantu beliau. Di samping itu, untuk meluaskan pasaran, kerja secara

berkumpulan akan menjimatkan masa.

Terdapat juga pihak yang menggunakan bantuan mesin. Hal ini dapat memudahkan

lagi pembuat Labu Sayong dan dapat menyiapkannya dalam jangka masa yang pendek.

ii. Senarai Bahan

Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan Labu Sayong ini adalah medium

utama iaitu tanah yang terdapat di Daerah Sayong. Tanah yang sesuai ialah tanah yang

berada kira-kira satu kaki dari permukaan tanah. Tanah yang sering digunakan tanah dari

jenis tanah liat yang lembut. Terdapat dua jenis tanah liat yang boleh digunakan iaitu tanah

yang berwarna kelabu dan tanah yang berwarna kuning kemerah-merahan. Kebiasannya

tanah liat jenis ini mudah didapati di tebing-tebing sungai, terutamanya di perdu pokok atau

busut.

Selain itu, air juga digunakan untuk membancuh tanah. Sodium bikarbonat

digunakan supaya tanah yang dicampur air tidak melekat pada acuan.
iii. Senarai peralatan

Peralatan – peralatan yang digunakan untuk membuat Labu Sayong ini ialah

sekeping papan empat persegi 30.48 cm x 12.7 cm tebal dan rata. Ia digunakan untuk

membentuk dan mencantum tanah liat yang diuli sewaktu proses membuat bentuk

tembikar.

Selain itu, beberapa batang pisau diperbuat daripada buluh atau kayu digunakan

untuk memotong tanah liat. Kayu-kayu penepek digunakan untuk memampat tanah dan

labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki. (Sila rujuk bahagian

lampiran, gambar 4)

Beberapa alat pengukir yang diperbuat daripada dawai dan besi yang telah

ditajamkan pada bahagian hujungnya digunakan. Semua alat ini digunakan untuk membuat

ragam hias. Alat untuk membuat corak juga dikenali sebagai stamping. (Sila rujuk

bahagian lampiran, gambar 5)

Batu sungai atau batu luru digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.

Tempurung atau mangkuk untuk bekas air bagi membasahkan tanah liat kental. Pinggan

ayan dan daun pisang sebagai tapak untuk membentuk labu sayong juga digunakan.

Pinggan ayan ini berfungsi sebagai roda pemutar.

Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 6)


iv. Proses / peringkat penghasilan

Antara proses dan peringkat penghasilan produk ini adalah seperti berikut - :

a) Proses penyediaan tanah

Sebelum kerja-kerja membuat labu dilakukan, penyediaan tanah dibuat

terlebih dahulu. Kerja-kerja memproses tanah liat dimulakan dengan mengering dan

menumbuk tanah liat hingga menjadi tepung, kemudian diayak untuk memperolehi

debu yang halus dan mengasingkan benda-benda yang tidak diperlukan.

b) Proses menguli

Tanah liat yang ditapis kemudiannya dimasukkan ke dalam mesin pengguli

yang bertujuan untuk mengeluarkan angin. Menguli dilakukan dengan teknik yang

betul seperti bahagian tapak tangan mestilah menolak tanah liat agar proses menguli

dapat dilakukan dengan sempurna. (Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 7)

c) Proses membentuk

Membentuk adalah proses yang amat penting dalam pembuatan Labu

Sayong. Untuk membentuk Labu Sayong yang biasa, tanah perlu melalui proses

menguli, kemudiannya dibulatkan. Letakkan dengan sedikit hentakkan ditengah-

tengah kepingan roda. Tanah kemudian diuli dengan menarik dan menekannya ke

bawah. Setelah keadaan tanah liat itu agak stabil, turunkan dan leperkan menjadi

bentuk piring dan menaikkannya semula. Kemudian buatkan lubang di tengah-

tengah tanah liat dengan menggunakan ibu jari dan telujuk sementara jari tangan
yang lain menahan tanah agar tidak mengembang. Akhir sekali membentuk

muncung tanah liat yang tidak sama.

Terdapat pelbagai teknik digunakan semasa proses membentuk dijalankan

iaitu teknik lempar alin, lingkaran, kepingan, putaran dan sebagainya.

Teknik lempar alin dimulakan dengan proses mengguli tanah dan

mengepalnya hingga menjadi bulat. Kemudian, tanah diletakkan di atas mesin

lempar alin. Proses seterusnya ialah tanah dibasahkan dan tanah dibentuk dan

dinaikkan. Dinding luar seramik kemudiannya diratakan menggunakan sponge

basah. Proses membentuk badan tembikar dan membentuk muncung sebelum

tembikar dipisahkan dari meja lempar alin dengan menggunakan benang. (Sila

rujuk bahagian lampiran, gambar 8)

Teknik lingkaran pula, tanah dilingkarkan dan digelek sehingga rata.

Tanah kemudiannya dipotong mengikut papan pandu untuk dijadikan tapak. Tanah

digentel untuk menjadi jaluran. Turisan dilakukan untuk membolehkan cantuman.

Proses terakhir ialah produk dikemaskan sebelum dibakar. (Sila rujuk bahagian

lampiran, gambar 9)

Teknik kepingan dimulakan dengan memotong tanah mengikut papan

pandu dan turisan dilakukan. Slip disapu untuk mencantumkan dinding pertama

pada tapak. Turisan disapu pada setiap penjuru yang hendak dicantum. (Sila rujuk

bahagian lampiran, gambar 10)

Teknik putaran memerlukan kemahiran menggunakan mesin pemutar dan

memerlukan kemahiran dan memperbanyakan latihan.


Sejenis lagi proses pembuatan tembikar yang dijalankan ialah Proses

Tuangan Slip atau Teknik Acuan. Proses ini menggunakan mould atau acuan

yang dibuat daripada plaster of paris. Proses ini banyak digunakan kini kerana

proses ini dapat menjimatkan masa dan lebih mudah daripada proses membina

tembikar menggunakan teknik picitan. Slip yang telah siap dituang ke dalam acuan

yang dibersih terlebih dahulu dan menggunakan acuan yang sudah dibersihkan. Ia

bertujuan apabila slip dituang, kebocoran tidak berlaku. Slip mengambil lebih

kurang 24 jam untuk mengeras sebelum dikeluarkan.(Sila rujuk bahagian lampiran,

gambar 11)

d) Proses mengering

Tembikar yang sudah siap handaklah dikeringkan di tempat yang agak

redup. Proses ini mengambil masa beberapa hari sebelum dialihkan ke tempat lebih

panas. (Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 12). Permukaan tembikar

kemudiannya dilicinkan menggunakan batu sungai atau batu luru.

e) Proses menghias dan membuat ragam hias

Dalam proses menghias, lukisan kasar pada badan tambikar dibuat.

Kemudian bolehlah diukir dengan alat pengukir.Ragam hias ialah bentuk yang

dibuat pada bahan tembikar, sebelum dibuat ragam hias hendaklah disediakan alat

atau acuan penekannya. Buluh atau kayu digunakan untuk dibentuk dengan motif-

motif yang bersesuaian. (Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 13)


f) Pengeringan peringkat akhir

Pengeringan peringkat akhir ialah untuk memastikan tembikar benar-benar

kering sebelum didedah untuk dibakar. Proses pengeringan hendaklah dilakukan di

tempat yang kering, redup dan rata. Pada peringkat ini semua kerja-kerja menghias

tidak boleh dilakukan atau dibentuk lagi.

g) Pembakaran

Proses terakhir ialah pembakaran. Proses pembakaran dilakukan supaya

tembikar menjadi keras, pejal dan tidak telap air. Bagi pembakaran cara lama,

tanur raku digunakan. (Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 14)

Proses pembakaran dimulakan dengan labu yang cukup kering disalai

menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang

dibakar. Kemudian, labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan

daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian

bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api memanaskan

labu. Labu yang telah dibakar, dimasukkan ke dalam sekam padi untuk

mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian, tapak labu disapu

dammar unutuk menghalang air daripada meresap keluar.

Bagi pembakaran cara moden, tanur moden digunakan. Tanur ini

menggunakan sumber tenaga elektrik dan gas. Keistimewaan tanur ini ialah ia

boleh membakar hingga suhu yang paling tinggi iaitu 1326°C. Proses pembakaran
dilakukan sebanyak dua kali. Pembakaran biasanya dilakukan selama 7 hingga 14

jam. (Sila rujuk bahagian lampiran, gambar 15)


PERKEMBANGAN PRODUK

i. Pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan

Produk ini mendapat pengiktirafan dan sambutan daripada pengguna oleh orang

ramai. Ramai pengunjung yang datang dari jauh hanya semata-semata untuk melihat cara

penghasilan labu sayong ini. Terdapat juga beberapa orang yang datang untuk pelajari

teknik dan cara-cara membuat labu sayong dan menginap di rumah pengusaha selama

sebulan semata-mata ingin belajar membuat labu sayong.

Setiap kali mereka melihat, mereka pasti akan kagum dan secara tidak langsung

mereka akan membeli sebagai tanda kenangan ataupun kegunaan mereka sendiri.

Selain itu, terdapat juga beberapa organisasi kerajaan, swasta dan institusi

pendidikan yang berkunjung dan membuat lawatan ke tapak pembuatan Labu Sayong

untuk mengkaji serba sedikit tentang latar belakang Labu Sayong.

ii. Kemajuan yang dicapai

Labu Sayong terkenal di seluruh Malaysia. Ini merupakan satu kemajuan yang

dicapai dengan baik sekali.

Selain itu, produk ini menjadi salah satu kraf tangan tradisional yang dikagumi oleh

orang luar. Di samping itu, produk Labu Sayong telah berjaya dipasarkan ke peringkat

antarabangsa.

iii. Cabaran dan masalah yang dihadapi

Antara cabaran dan masalah yang dihadapi ialah proses pembuatannya yang agak

rumit dan menyukarkan pengusahanya.


Masalah pasti terjadi ketika hari hujan. Tempoh yang diambil untuk membuat labu

sayong agak panjang berbanding hari biasa apabila berlakunya hujan. Produk ini juga

memerlukan ketelitian dan ketekunan serta kesabaran yang amat mendalam dalam

pembuatannya.

Selain itu, ada juga pelanggan yang menempah produk dalam kuntiti yang banyak

tetapi tidak mengambil tempahan pada masa yang telah dijanjikan. Hal ini dapat merugikan

pengusaha.

iv. Potensi produk

Produk akan berpotensi dengan lebih menyerlah pada masa akan datang sekiranya

diteruskan oleh generasi kini.

Selain itu, produk ini akan menjadi produk kebanggaan negara dan dapat

mengagumkan pelancong luar dengan keseniannya.

Di samping itu, pembuat-pembuat labu sayong akan lebih bangga sekiranya produk

penghasilan mereka mendapat penghargaan daripada kerajaan.


RUMUSAN

Bersyukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan kerja

kursus Sejarah ini. Alhamdulilah, setelah saya siapkan folio sejarah ini, saya dapati Labu

Sayong adalah sebuah kraf tangan yang terkenal di seluruh dunia dan turut mengajar saya

mengenali kraf tangan ini.

Ramai orang yang tidak berminat dengan pekerjaan pembuatan Labu Sayong

kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ianya juga menguji kesabaran

dan ketelitian si pembuat. Generasi kini lebih meminati pekerjaan yang mudah yang tidak

memerlukan melalui pelbagai proses untuk disiapkan atau yang mengambil masa yang

lama.

Labu Sayong ini juga dapat memberi kesan positif kepada negara. Dengan adanya

keunikan kraf tangan ini, pelancong asing dapat menilai kehebatan produk kraftangan

Malaysia yang kaya dengan keunikannya yang tersendiri .


LAMPIRAN
RUJUKAN

1. Ismail Abdullah, 1990. Tembikar Tradisional. Kuala Lumpur : Perbadanan

Kemajuan Kraf Tangan Malaysia.

2. Siti Azlina Mohd, 2002. Labu Sayong. Selangor. Mikamas Sdn Bhd, Petaling

Jaya.

3. Hassan Mohd Ghazali, 1999. Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5.

Selangor, Fajar Bakti Sdn Bhd.

4. https://maps.google.com

5. http://www.slideshare.net/muhammadraffani/presentation-labu-sayong

6. http://www.scribd.com/doc/60463153/Labu-Sayong-Kuala-Kangsar-Perak

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA


Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998,

menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat

mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana

ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh

mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa

matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan

mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan

tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting

menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini

merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi Negara.

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan

elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian

seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak

menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara

ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak

masyarakatnya. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan

barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk

luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih

baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh

dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia

mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu.

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan

mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi
rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan

kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk

keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita

perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga

sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut

pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi,

termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai

rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut

inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita

telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah

banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti

sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia

membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai

jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita

seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita

sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah

dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat

mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada

pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.
Nama tempat : Kampung Kepala Bendang

Alamat: No 55, Kampung Lembah Kepala Bendang Mukim Sayong, 33020, Kuala

Kangsar, Perak.

Bahagian depan kawasan kajian


Nama Akhbar: Utusan Melayu

Tarikh: 20 Julai 2011

Halaman: Muka surat 20