Anda di halaman 1dari 25

i

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132)

NOOR AINI BINTI RAMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR BUKAN ISLAM UTM TERHADAP MATAPELAJARAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA (ULT 2132)

NOOR AINI BINTI RAMLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010

iii

DEDIKASI

Alhamdulillahi rabbil Alamin


Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Illahi Hanya kepada-Mu aku berserah dan memohon pertolongan

Kepada Ayahanda dan Bonda


Ramli bin Abdul Rahman dan Sanah binti Salleh Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu, Doa, pengorbanan, dorongan dan kasih-sayangmu menjadi sumber kekuatan dan semangatku...

Buat adik-adikku
Mohd Faisol, Muhd Hafiz, Muhd. Zulfikri dan Muhd Firdaus, Semoga kalian menjadi insan yang lebih berguna kelak.

Buat Pensyarah-pensyarahku
Khususnya buat penyeliaku ustaz Azmi Shah bin Suratman yang tidak pernah jemu dalam mencurahkan ilmu Juga staf sokongan di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Tamadun Islam Jutaan terima kasih dan mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan,

Sahabat-sahabat seperjuanganku
khususnya sahabat-sahabat SPI dan PMI, Hanya ucapan terima kasih mampu kutitipkan Atas segala suka duka tika bersama Kenangan bersama tidak mungkin kulupakan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafakan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda yang bertajuk Persepsi Pelajar Bukan Islam UTM terhadap Matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia projek yang dihormati, ustaz Azmi Shah bin Suratman di atas segala nasihat, dorongan,bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga buat pihak di Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia.

Sekalung terima kasih diucapkan kepada mahasiswa Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM), dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM). Jutaan terima kasih di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan projek ini.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Di samping itu, kajian ini dilakukan mengenal pasti pengetahuan dan faktor penerimaan pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Kajian ini melibatkan pelajar tahun dua di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 35 item telah diedarkan kepada 25 orang responden daripada keseluruhan populasi seramai 31 orang yang telah mengambil matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Data telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0 for window. Nilai kepercayaan soal selidik ialah = 0.96. Purata min objektif pertama dan kedua iaitu mengenal pasti persepsi dan pengetahuan pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa ialah 3.72 dan 4.04. Manakala nilai min bagi objektif ketiga pula iaitu faktor penerimaan terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa ialah 4.15. Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) berada pada tahap tinggi dan positif dengan purata min keseluruhan 3.97. Ini bererti bahawa responden memberikan persepsi baik dan positif terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132). Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan daripada penyelidik yang dikemukan kepada pelajar khususnya dan pensyarah. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the non-muslims of students perception towards for subject Islam and Current Issues (ULT 2132). Besides that, it was also to identify the knowledges and acceptance factors the non-muslims students of subject Islam and Current Issues (ULT 2132). This study involved the 2nd year students Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia. A set of questionnaires containing 35 items had been distributed to 25 respondents out of 31 of population from nonmuslims 2nd year students. The set been collected and analyzed descriptively to obtain frequency, percentage and mean for each item by using the Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. The reliability value of the pilot study was = 0.96. The results showed that the mean for objective number one were 3.72, the second score were 4.04 and the third objective score were 4.15. The data of the findings were elaborated in form of table. Overall the result showed that, non-muslims students perception towards for subject Islam and Current Issues (ULT 2132) is highly and positive with score mean of 3.97. At the end of the study, several suggestions have been put forward by researcher to student and lecturer for future actions. Extension of the study was suggested for future consideration.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xii xiv

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan Latar Belakang Masalah Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian

1 3 7 7 8 8

viii 1.7 1.8 1.9 Batasan Kajian Definisi Istilah Kesimpulan 9 10 12

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2 2.3

Pengenalan Sejarah Pengajian Islam di UTM Kursus Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia

13 14

15

2.4

Kepentingan Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa 17 18 18 19 22 24 25 26 27 28 30 31 33 33 34

2.5.1 Isu-Isu Semasa dan Respon Masyarakat Malaysia 2.5.1 Isu Terrorisme 2.5.2 Pelabelan Islam sebagai Pengganas 2.5.3 Isu Perang awal abad 21 2.5.4 Ketaksuban dan Ekstremisme Agama 2.5.5 Isu Murtad 2.5.6 Isu Gejala Sosial 2.5.7 Isu Black Metal 2.5.8 Isu Budaya Hedonisme 2.5.9 Isu Pergaulan Bebas 2.5.10 Isu Globalisasi 2.5.11 Isu Pengaruh ledakan teknologi maklumat 2.5 2.6 Kajian-kajian Lepas Kesimpulan

ix BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Lokasi Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 3.5.1.1 Soal Selidik 3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder

35 35 37 37 38 39 39 41 42 42 43 43 45 45

3.6

Tatacara Kajian 3.6.1 Kajian Rintis 3.6.2 Kajian Sebenar

3.7 3.8 3.9

Prosedur Kajian Analisa Data Kesimpulan

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Data Bahagian A 4.2.1 Jantina 4.2.2 Umur 4.2.3 Kursus Pengajian 4.2.4 Kelayakan Pendidikan 4.2.5 Agama

46 46 47 47 48 48 49 49

4.3

Analisis Data Bahagian B 4.3.1 Persepsi Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132)

50

x 4.4 Analisis Data Bahagian C 4.4.1 Pengetahuan Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 4.5 Analisis Data Bahagian D 4.5.1 Faktor Penerimaan Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 4.6 4.7 Rumusan setiap Objektif Kesimpulan 62 66 71 55 55

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan 5.2.1 Perbincangan Bahagian A 5.2.2 Perbincangan Analisis Deskriptif Soal Selidik 5.2.2.1 5.2.2.2 5.2.2.3 Bahagian B Bahagian C Bahagian D

73 74 74

75 75 77 79 81

5.3

Rumusan 5.3.1 Persepsi Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 5.3.2 Pengetahuan Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132)

81

82

xi 5.3.3 Faktor Penerimaan Pelajar Bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132) 5.4 Cadangan 5.4.1 Pelajar 5.4.2 Pensyarah 5.4.3 Kajian Lanjutan 5.5 Kesimpulan 82 83 83 84 85 85

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

86

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18

Bilangan Sampel Kajian Setiap Kursus Maklumat Setiap Bahagian Pengkelasan Skala Likert Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min Nilai Skor Min Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Umur Taburan Responden Mengikut Kursus Taburan Responden Mengikut Kelayakan Pendidikan Taburan Responden Mengikut Agama Taburan Skor Item 1 Taburan Skor Item 2 Taburan Skor Item 3 Taburan Skor Item 4 Taburan Skor Item 5 Taburan Skor Item 6 Taburan Skor Item 7 Taburan Skor Item 8 Taburan Skor Item 9 Taburan Skor Item 10 Taburan Skor Item 11 Taburan Skor Item 12 Taburan Skor Item 13

38 39 40 40 41 47 47 48 48 49 50 50 51 51 52 52 53 53 54 54 55 55 56

xiii

4.19 4.20 4.21 4.22 4.23 4.24 4.25 4.26 4.27 4.28 4.29 4.30 4.31 4.32 4.33 4.34 4.35 4.36 4.37 4.38 4.39 4.40

Taburan Skor Item 14 Taburan Skor Item 15 Taburan Skor Item 17 Taburan Skor Item 18 Taburan Skor Item 19 Taburan Skor Item 20 Taburan Skor Item 21 Taburan Skor Item 22 Taburan Skor Item 23 Taburan Skor Item 24 Taburan Skor Item 25 Taburan Skor Item 26 Taburan Skor Item 27 Taburan Skor Item 28 Taburan Skor Item 29 Taburan Skor Item 30 Taburan Skor Item 31 Taburan Skor Item 32 Taburan Skor Item 33 Taburan Skor Item 34 Taburan Skor Item 35 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa

56 57 57 58 58 59 59 60 60 61 61 62 62 63 63 64 64 64 65 65 66

66

4.41

Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Pengetahuan Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa 69

4.42

Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenal Pasti Faktor Penerimaan Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam Dan Isu-Isu Semasa 71

xiv

SENARAI SINGKATAN

AS FP FPK FPPSM FTI IPT IPTA ITK JAIS JPI KPM KPT PPIPK PPIPS PPK PPSM PSM PSZ S S.A.W S.W.T SPK

Amarika Syarikat. Fakulti Pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Tamadun Islam Institusi Pengajian Tinggi Institut Pengajian Tinggi Awam Institut Teknologi Kebangsaan Jabatan Agama Islam Selangor Jabatan Pengajian Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Kemasyarakatan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Islam Pusat Pengajian Kemanusian () Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia Projek Sarjana Muda Perpustakaan Sultanah Zanariah Setuju Sallahu Alaihi Wasallam Subhanahu Wa Taala Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan ( Kimia )

SPP

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPT

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

SPF

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik )

xv

SPC SPM SPS SPL SPH SPM SPSS SS STPM STS TITAS TS UTM

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL) Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Sijil Pelajaran Malaysia Statistic Package For Social Science Sangat Setuju Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Sangat Tidak Setuju Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tidak Setuju Universiti Teknologi Malaysia

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Persoalan tentang integrasi nasional dan pembentukan bangsa telah banyak diperkatakan oleh pelbagai golongan dalam masyarakat, terutama ahli politik dan ahli akademik. Pelbagai usaha, program, strategi, dan dasar sosial telah dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat pengintegrasian dan pembentukan bangsa tersebut.

Persoalan integrasi nasional dan pembentukan bangsa terus wujud dalam kalangan anggota masyarakat kerana belum ada kesediaan sepenuhnya untuk menerima satu konsep identiti bangsa Malaysia. Begitu juga isu integrasi kaum, bangsa dan agama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah wujud zaman-berzaman kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan budaya. Persoalannya, adakah fenomena ini begitu serius sehingga boleh menggugat keharmonian, kestabilan, dan pembangunan negara?

Dalam hal ini, menurut Sanusi Osman (1989 : 41) menyatakan bahawa gejala ini tidak boleh dilihat secara terpisah. Oleh kerana golongan pelajar di IPT juga merupakan sebahagian masyarakat, maka masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar juga mencerminkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Menurut beliau lagi, keadaan tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana implikasinya amat besar kepada masa depan negara.

Dalam menangani isu-isu hubungan antara kaum terdapat juga masalah sahsiah pelajar yang melibatkan identiti pelbagai kaum, bangsa dan agama yang perlu diberikan perhatian. Dewasa ini, masalah integrasi dan sahsiah pelajar dalam kalangan pelajar IPT pula semakin menjadi-jadi. Kita sering dikejutkan dengan laporan media cetak mahupun media elektronik tentang keruntuhan moral dalam kalangan pelajar IPT di seluruh negara. Masalah integrasi dan sahsiah pelajar, tidak seharusnya dilihat berlaku dalam sesuatu kaum sahaja tetapi harus dilihat sebagai isu-isu pembentukan ketamadunan bangsa Malaysia. Isu yang dihadapi meruntun peranan semua pihak bagi memastikan tiada unsur-unsur kehambatan daripada proses integrasi antara kaum dan bangsa.

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah sahsiah pelajar ialah kurangnya penghayatan agama dan nilai-nilai murni yang universal. Nilai-nilai tersebut terkandung dalam kebanyakan tamadun dan agama di dunia. Oleh itu, pemahaman terhadap isu-isu semasa harus disandarkan kepada nilai-nilai ketamadunan yang universal.

Ekoran itu, tindakan yang lebih berkesan mesti diambil segera untuk mencari kesefahaman, dan kesepakatan antara agama, budaya dan bangsa. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT :

()
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

(al-Hujurat : 13)

1.2

Latar Belakang Masalah

Interaksi antara pelajar pelbagai kaum dalam kehidupan akademik di kampus memainkan peranan yang penting kerana pelajar dianggap sebagai penggerak utama dalam memastikan kesinambungan tamadun. Namun begitu, usaha untuk membina pelajar yang berdaya saing bukanlah suatu yang mudah. Hal ini kerana usaha tersebut memerlukan iltizam yang tinggi daripada pelajar itu sendiri.

Realitinya dalam kehidupan kampus terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkai berkenaan dengan integrasi dan sahsiah pelajar. Antaranya ialah pelajar tidak mahu berkongsi bilik asrama, malah mereka lebih suka memilih untuk tinggal bersama dengan rakan yang sama kaum dengan mereka. Pelajar dari satu kumpulan etnik juga dikatakan tidak bergaul dengan pelajar daripada kumpulan etnik mereka. Dari segi nota kuliah pula, kebanyakan pelajar tidak belajar dan bertukar nota kuliah dengan individu pelajar daripada kumpulan kaum yang lain. Dalam kegiatan persatuan juga didapati pelajar memilih persatuan ke arah sesuatu kaum, agama, budaya, dan bahasa.

Pelajar seharusnya mengambil berat penerapan nilai-nilai ketamadunan dalam kehidupannya. Nilai-nilai ketamadunan ini diterjemahkan dengan pelaksanaannya sama ada di peringkat tadika, sekolah, hinggalah ke pengajian tinggi.

Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ), pendidikan ketamadunan telah diletakkan sebagai asas kepada pengajian umum. Pendedahan ketamadunan tersebut diterjemahkan melalui kursus tertentu contohnya matapelajaran Islam dan Isu-isu semasa. Menurut Anwar Zainal Abidin (1995 : 35) pula menyatakan, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Peradaban Islam sebagai satu kursus dalam Pengajian Umum beliau telah menyatakan bahawa ;

Islam merupakan agama bagi persekutuan, menurut perlembagaan, dan agama yang menjadi anutan majoriti penduduk Malaysia sejak berabad-abad yang lalu, tetapi Islam juga merupakan sebahagian daripada sejarah dan peradaban negara ini. Mempelajari peradaban Islam bererti mempelajari sejarah dan peradaban Malaysia, dan warganegara yang baik sewajarnya memahami latar belakang tanah airnya. Di samping itu, tidak munasabah sama sekali sekiranya golongan bukan Islam tidak mengetahui budaya dan mengenali latar belakang kebudayaan kawan sepengajian, rakan sepekerjaan, teman sepermainan atau jiran tetangga mereka.

Sementara itu,menurut Zulkifly ( 2009 :225) pula menyatakan bahawa orang bukan Islam yang berada di dalam Negara Islam juga sepatutnya didedahkan dengan matapelajaran yang bukan sahaja menyentuh persoalan peradaban atau tamadun Islam, bahkan kajian perlu dibuat lebih daripada itu. Konsep perbandingan agama (antara agama Islam dan agama-agama lain) dan ideologi yang wujud masa kini, kajian langsung kepada dua sumber Islam (al-Quran dan hadis) dan lain-lain patut diserlahkan kepada mereka.

Bagi mengatasi permasalahan tersebut maka Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan matapelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) supaya integrasi kaum yang berbeza-beza dapat saling faham-memahami. Penyelidik amat bersetuju pendidikan ketamadunan dijadikan sebagai mata pelajaran wajib bagi seluruh IPT sebagai langkah membendung masalah keruntuhan moral dalam kalangan pelajar IPT. Umpamanya, pengenalan matapelajaran Islam dan Isu-Isu Semasa tersebut sebagai matapelajaran teras,dilihat sebagai satu langkah yang positif kearah menuntut kesedaran bersama bagi membendung masalah integrasi dan sahsiah pelajar. Hal ini kerana masalah integrasi dan sahsiah pelajar bukan merupakan masalah serpihan tetapi ia merupakan masalah bersama. Melalui pendidikan ketamadunan tersebut, kita dapat membentuk sahsiah dan jati diri yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh agama.

Agama Islam juga telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi negara. Status peribumi Melayu juga telah tertulis di dalam akta perlembagaan di samping hakhak keistimewaan orang Melayu. Sebaliknya hak bagi orang bukan Islam kurang diberikan

perhatian menyebabkan sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan tersebut. Hal ini disebabkan oleh kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk asal di Malaysia mula dicabar dan diganggu-gugat oleh kaum-kaum lain. Persoalan kontrak sosial, Dasar Ekonom Baru (DEB), isu bahasa dan agama Islam mula menarik perhatian rakyat terutamanya kaum bukan Melayu. Dengan erti kata lain, masih lagi berlaku salah faham antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan dengan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam. Antara kenyataan yang boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya :

i. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam : Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata. (Utusan Malaysia, 26 September 2000) ii. Pandangan Dr. Kassim Ahmad penulis dan penganalisis bebas : Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (Lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita mnyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran Al-Quran berdasarkan kaedah saintifik. (New Straits Times, 12 Oktober 2000) Walaupun, agama Islam telah tercatat sebagai agama rasmi dalam perlembagaan Malaysia, namun dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Islam memberikan pandangan negatif terhadap Islam. Mereka mengganggap Islam itu adalah ganas, hukuman dalam Islam adalah kejam dan tidak berperikemanusian, penindasan terhadap wanita dan pelbagai lagi tanggapan negatif mereka berikan terhadap Islam.

Dalam konteks Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga telah menawarkan kursus umum universiti melalui Jabatan Bahasa Moden, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta melalui Fakulti Tamadun Islam. Salah satu matapelajarannya adalah Islam dan Isu-isu Semasa. Mata pelajaran Islam dan Isu-isu Semasa merupakan salah satu mata pelajaran teras di universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar sama ada Islam atau bukan Islam. Ini bermakna semua pelajar tidak terkecuali untuk mengambil mata pelajaran tersebut atau memilih matapelajaran Institusiinstitusi Persoalannya, setelah dilaksanakan beberapa tahun matapelajaran tersebut, apakah respon daripada pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran tersebut tidak diketahui.

1.3

Pernyataan Masalah

Persoalan integrasi dan sahsiah pelajar berlaku juga dalam kalangan pelajar di IPT. Kebanyakan yang terlibat pula dalam kalangan pelajar Melayu yang secara tidak langsung, ia akan memberi gambaran negatif terhadap Islam. Justeru, antara langkah yang diambil ialah pihak kerajaan mewajibkan matapelajaran tertentu yang bertujuan mewujudkan integrasi antara tamadun, membina sahsiah pelajar seterusnya menyelesaikan persoalan integrasi dan sahsiah pelajar tersebut. Namun demikian, apakah persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap pendirian Islam dan isu-isu semasa setelah sekian lama matapelajaran tersebut diterapkan dalam diri mereka. Justeru itu, berdasarkan kepada latar belakang masalah seperti yang dinyatakan, penyelidik berminat untuk mengetahui dan merasakan bahawa kajian ini perlu dilakukan untuk melihat sendiri Persepsi Pelajar Bukan Islam Terhadap Matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa ( ULT 2132 ).

1.4

Objektif Kajian

Melalui kajian yang dijalankan ini, objektif yang diharapkan dapat dicapai ialah :

1.4.1

Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).

matapelajaran

1.4.2

Mengenalpasti pengetahuan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).

1.4.3

Mengenalpasti

faktor

penerimaan

pelajar-pelajar

bukan

Islam

terhadap

matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).

1.5.1 Persoalan Kajian

1.5.1

Apakah persepsi pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isuisu Semasa (ULT 2132).

1.5.2

Apakah pengetahuan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).

1.5.3

Apakah faktor penerimaan pelajar-pelajar bukan Islam terhadap matapelajaran Islam dan Isu-isu Semasa (ULT 2132).

Anda mungkin juga menyukai