Anda di halaman 1dari 1

SKPX3013 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA (TUGASAN INDIVIDU DAN BERKUMPULAN) Tugasan Individu (20 markah) Membuat penilaian terhadap

2 inventori kerjaya serta penggunaannya di dalam intervensi kaunseling kerjaya. Perbincangan harus meliputi aspek: Latar belakang inventori-inventori tersebut (e.g. pengasas, tahun dicipta, pencipta, objektif inventori dll) Populariti penggunaan inventori tersebut dalam kaunseling kerjaya Skor penilaian diri bagi kedua-dua inventori yang diperolehi Kritik berkaitan inventori-inventori tersebut (e.g. kelebihan dan kekurangan) Kesesuaian ia diguna pakai dalam konteks masyarakat Malaysia. Format tugasan: Anggaran 10 - 15 mukasurat Double spacing Rujukan lengkap (gaya UKM atau APA Tarikh serahan: Minggu ke-7

Tugasan Berkumpulan (30 markah) Pilih seorang pelajar universiti untuk terlibat dalam projek ini secara sukarela. Pelajar yang terpilih ini perlulah bukan pelajar SKPX3013. Pengambilan pelajar dari fakulti lain adalah digalakkan. Di dalam kes ini, bayangkan pelajar itu adalah kilen yang datang kepada anda untuk mendapatkan bantuan di dalam pemilihan kerjaya apabila tamat pengajian nanti. Dengan mengaplikasi salah satu teori/pendekatan dlm teori-teori perkembangan kerjaya, bina pelan bimbingan kerjaya (pemilihan kerjaya) bagi individu tersebut. Perancangan kerjaya hendaklah bersandarkan keadaan/situasi sebenar subjek dan bukan rekaan sematamata. Penilaian adalah berdasarkan: Ketepatan teori dan aplikasi yang digunakan. Penilaian yang komprehensif terhadap subjek. Teknik yang diguna pakai (e.g. temuduga; inventory; kedua-duanya) Ketepatan maklumat kerjaya serta manfaat yang diberikan. Komen subjek terhadap bimbingan kerjaya yang diberikan oleh kumpulan. Format laporan: Anggaran 15-20 mukasurat Double spacing Rujukan gaya UKM/APA Tarikh serahan: Minggu akhir semester

Anda mungkin juga menyukai