Anda di halaman 1dari 1

Shuhaimi Bin Ismail No 52 Lorong Indragiri 01000 Kangar Perlis Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Derma 01000 Kangar

Perlis Tuan, Permohonan Untuk Menggugurkan Mata Pelajaran Seni Visual Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Saya Shuhaimi Bin Ismail, bapa kepada Shamel Faez Bin Shuhaimi ingin membuat permohonan kepada pihak sekolah untuk memberi kebenaran kepada anak saya untuk menggugurkan salah satu daripada lima mata pelajaran yang didaftarkan untuk STPM 2012 iaitu Seni Visual. 3. Ini kerana prestasi anak saya dalam matapelajaran tersebut tidak memuaskan. Dengan menggugurkan matapelajaran tersebut, maka anak saya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada empat subjek lain yang didaftarkan untuk STPM 2012. Masa yang diperuntukkan oleh pihak sekolah untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran itu dapat digunakan sepenuhnya oleh anak saya untuk membuat ulangkaji mata pelajaran yang lain. 4. Saya berharap agar permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang Benar, 12 JUN 2012

. (SHUHAIMI BIN ISMAIL)

Anda mungkin juga menyukai