Anda di halaman 1dari 57

PERKEBUNAN SAYURAN

PENDAHULUAN

Menanam sayur merupakan aktiviti yang berfaedah. Tidak memerlukan kawasan yang luas atau menggunakan tenaga yang banyak. Sayur-sayuran adalah salah satu punca bagi sumber vitamin dan pembekal utama zat makanan. Ia juga dapat membantu menghadamkan bahanbahan makanan lain. Penanaman sayur-sayuran dapat memberikan kita beberapa manfaat seperti menyihatkan badan, membekalkan sayur-sayuran segar yang bersih serta menjimatkan belanja. Jika diusahakan secara komersil ia dapat memberikan keuntungan yang tinggi.

KEPENTINGAN TANAMAN SAYURSAYURAN:


i. Sebagai sumber makanan - membekalkan nutrien untuk kesihatan. ii. Membekalkan karbohidrat , protein,vitamin, garam mineral dan bertindak sebagai pelawas. iii. Bahan pelawas yang terkandung dalam sayur-sayuran membantu pergerakan makanan dalam salur pencernaan dan seterusnya dapat mengelakkan sembelit.

KEPENTINGAN TANAMAN SAYURSAYURAN:


iv. Untuk memperolehi sayur-sayuran yang segar. v. Menjimatkan perbelanjaan keluarga. vi. Dapat dijadikan sebagai salah satu bahan eksport negara. v. Dapat mengurangkan perbelanjaan mengimport sayur-sayuran

Jenis-jenis Perusahaan Sayur-sayuran di Malaysia :

Perkebunan sendiri : hasil sayur-sayuran adalah untuk menampung keperluan sendiri dan keluarga. Perkebunan pasaran : hasil dari perkebunan ini adalah untuk pasaran tempatan Perkebunan trak : hasil-hasilnya dipasarkan di pasaran luar

KAEDAH PENANAMAN SAYURSAYURAN


1. Penanaman di atas batas 2. Hidroponik 3. Aeroponik.

JENIS SAYUR-SAYURAN

terbahagi kepada 5 bahagian besar : 1. Jenis daun

Contoh : Sawi bunga, sawi putih, bayam, kangkung, kobis dan yang lainnya akan memberikan unsur-unsur mineral seperti besi dan kalsium. Sayuran ini juga membekalkan vitamin A dan vitamin C. Sayuran jenis daun hijau muda seperti kobis, sawi hijau dan kailan juga membekalkan zat-zat makanan yang sama.

1. Sayur jenis daun

Kobis cina

Kangkung

Saderi
Bayam hijau Salad

1. Sayur jenis daun

Ladang sawi di kawasan dataran rendah.

Kailan

Asparagus

JENIS SAYUR-SAYURAN
2. Jenis buah

Contoh : Cili, terung, tomato, timun, peria, bendi dan petola. Buah yang berwarna merah, kuning atau oren akan membekalkan vitamin A. Semua sayuran dalam kumpulan ini akan memberikan mineralmineral dan vitamin-vitamin yang menyedapkan lagi makanan.

Sayuran jenis buah

Sayuran jenis buah

Samb
3. Jenis Kekacang

Sayuran kekacang antaranya ialah kacang botor/kelisa, kacang panjang, kacang buncis, kacang soya dan kacang hijau. Sayuran ini sangat penting kerana di samping mengandungi zat-zat makanan, ia juga mengandungi protein. Penting untuk dimakan terutamanya jika sumber protein yang lain seperti ikan, daging, dan telur berkurangan dalam hidangan seharian.

Samb

Sayuran kekacang juga banyak membekalkan vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan badan.

Sayur jenis kekacang

Sayur jenis kekacang

JENIS SAYUR-SAYURAN
4. Jenis Akar /Ubi

Contohnya ubi keledek, ubi keladi, ubi kayu, lobak, lobak merah. Ubi yang berwarna putih membekalkan karbohidrat yang penting untuk menghasilkan tenaga, juga banyak memberikan vitamin dan mineral. Ubi yang berwarna kuning seperti karot dan ubi keledek membekalkan tenaga dan juga banyak membekalkan vitamin A. Lobak putih, sengkuang, keladi, halia, bawang merah juga termasuk dalam sayuran jenis akar.

Sayur jenis akar/ubi

JENIS SAYUR-SAYURAN
5. Sayuran Jenis Bunga

Contohnya kobis bunga dan brokoli. Biasanya ditanam di kawasan dataran tinggi dan berhawa dingin. Masih lagi diimport dari Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Beberapa varieti yang sesuai dengan suhu panas iaitu yang boleh berbunga telah dikenalpasti. Bijibenih varieti jenis ini diimport dari Taiwan, Jepun, Australia dan Holland.

Sayur jenis bunga

PEMILIHAN TAPAK TANAMAN DAN PENYEDIAAN BATAS

bergantung kepada beberapa faktor: 1. Tanah kawasan terbaik mestilah rata (memudahkan membuat batas). Tanah / kawasan cerun landai boleh juga digunakan tetapi tanaman memerlukan teres dan saliran. 2. Mestilah berdekatan dengan bekalan air Contoh : Sungai, parit besar, perigi atau bekalan air paip / tangki.

PEMILIHAN TAPAK TANAMAN DAN PENYEDIAAN BATAS

Faktor Pemilihan Tapak

PEMILIHAN TAPAK TANAMAN DAN PENYEDIAAN BATAS


3. Tapak tanaman mestilah di tempat yang terbuka dan tidak terdapat pokok-pokok besar (masalah akar pokok akan menganggu tapak penanaman) atau bangunan yang melindungi cahaya matahari

Pokok-pokok yang berhampiran (buluh atau pokok pagar) jika dibiarkan akan menandingi tanaman untuk mendapatkan sumber-sumber dari tanah. Menjadi sumber kepada perosak dan penyakit.

PEMILIHAN TAPAK TANAMAN DAN PENYEDIAAN BATAS


4. Tanah yang baik untuk sayuran ialah peroi dan subur (mempunyai saliran yang baik). Tanah peroi mudah dikerjakan sama ada ia basah atau kering. 5. Berhampiran dengan jalanraya untuk kemudahan pemasaran hasil dan juga membawa input pertanian (baja, racun\ serangga dan alatan ladang) ke kebun sayur. 6. Tanah loam adalah tanah yang terbaik kerana mengandungi bahan organik.

Samb

Tanaman salad di tanah gambut

PERSEDIAAN TANAH
A. MENGGEMBUR

Kawasan tanaman hendaklah dibersihkan dari sebarang tumbuhan Kerja mengembur dimulakan setelah kerja pembersihan tapak selesai dilakukan. Tanah dicangkul atau dibajak bagi memecahkan ketulan tanah yang besar menjadi kecil. Rumput yang separuh reput dibenamkan ke dalam tanah atau diambil untuk dibuat kompos. Bagi kawasan yang luas jentera pembajak boleh digunakan. Tanah biasanya digembur sedalam 30cm.

Membersihkan Tapak

Samb

Menggembur bermaksud menghancurkan tanah supaya menjadi halus dan sesuai untuk percambahan bijibenih. Tujuan menggembur tanah:
i. Memperbaiki pengudaraan tanah, saliran dan membuang akar-akar rumpai. ii. Membunuh mikro organisma/perosak yang berbahaya kepada tanaman sayuran dengan cara mendedahkannya kepada cahaya matahari atau dimakan oleh serangga/pemangsa lain.

Tanah dibiarkan selama seminggu supaya kapur yang telah ditabur dapat bertindakbalas.

MENGUJI PH TANAH:
Skala pH yang digunakan untuk menyukat keasidan tanah. Skala pH berfungsi untuk menentukan kandungan asid tanah sama ada: i. Berasid nilai pH < 7 ii. Neutral nilai pH = 7 iii. Beralkali nilai pH >7 Meter pH digunakan untuk menyukat nilai keasidan larutan atau tanah.

Samb

Kebanyakan tanah di negara kita adalah jenis berasid di mana nilai pHnya di antara 4.2 4.8 Julat pH yang sesuai untuk menanam sayursayuran ialah antara 5.5 6.5 Tanah berasid boleh diperbaiki melalui proses pengapuran.

Konsep pH

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Neutral

Asid

Alkali

Skala pH

Takrif pH Tanah Ke an atau Ke sesuatu jenis tanah


Nilai pH ditentukan oleh kepekatan ion Hidrogen (H+)

an

Kesan-Kesan pH Tanah

Ketersediaan Nutrien

Penyakit Tumbuhan Aktiviti Mikroorganisma

Boron
Kalsium Klorin Kuprum Ferum Magnesium Mangan Molibdenum

Nitrogen
Fosforus Kalium Sulfur Zink

Pengaruh pH tanah terhadap

KETERSEDIAAN

Nilai pH 4 5 6 7 8 9

Cacing

Bakteria

Pengaruh pH tanah terhadap

AKTIVITI MIKROORGANISM A

PENYAKIT TUMBUHAN
Apa terjadi kepada 1. Pembiakan Patogen ? 2. Pengambilan nutrien? 3. Nodul akar ?

B. PENGAPURAN

Ialah proses mencampurkan kapur dengan tanah yang berasid.. Tujuan pengapuran: i. Membantu pembebasan nutrien fosforus daripada tanah. ii. Membekalkan nutrien kalsium dan magnesium (jika guna kapur dolomite) iii. Meninggikan aktiviti mikro organisma dalam tanah yang membantu proses pereputan bahan organik dan mengikat nitrogen.

PENGAPURAN
iv. Mengurangkan kemasaman atau keasidan tanah. v. Memperbaiki sifat fizik tanah terutamanya yanah berliat supaya menjadi lebih peroi. Bahan kapur yang biasa digunakan: a. kapur tohor - Kalsium oksida b. abu kapur @ kapur karang laut. c. batu kapur hancur - kalsium karbonat d. batu kapur dolomite kalsium magnesium karbonat.

Samb..

pengapuran dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sebelum membaja asas dengan bahan organik. batu kapur atau kapur dolomite ditabur di permukaan batas dan digaulkan dengan tanah menggunakan cangkul. Bagi tanah di kawasan yang terlalu berasid, akan menghalang pertumbuhan sayur-sayuran dan hasilnya merosot. Kapur perlu diberikan mengikut kadar yang disyorkan, biasanya 1-2 tan/hektar dalam tempoh 2 minggu sebelum menanam.

Samb.

Kapur biasanya ditabur pada permukaan tanah dan digaul dengan menggunakan cangkul atau secara pembajakan. Untuk mendapatkan kesan yang sebaikbaiknya, kapur diberikan sekurang-kurangnya satu minggu sebelum pemberian bahan organik.

PENYEDIAAN BATAS

Saliran yang baik merupakan keperluan yang penting bagi pertumbuhan sayur. Batas diperlukan bagi memperbaiki saliran dan pengudaraan terutamanya bagi jenis tanah yang kurang baik salirannya. Tanah mestilah mempunyai saliran air yang baik, cukup dengan bahan organik, boleh menahan air dan tidak dipenuhi oleh batu-batu. Jika tanah terlampau keras, terutamanya di lapisan bawah, maka penyerapan air ke dalam tanah amatlah sukar.

Samb

Arus air dalam tanah yang terlalu tinggi boleh merencatkan pertumbuhan akar atau penakungan air menyebabkan akar terendam dan reput. Saliran air tanah boleh dibaiki dengan membuat parit dan menggemburkan tanah. Kawasan kebun juga mestilah tidak mempunyai lekuk atau lopak supaya air tidak bertakung selepas hujan.

Samb

Jika tanah tidak begitu subur, perlu diperbaiki dengan menggunakan bahan organik seperti tahi lembu atau tahi ayam, mengapur, baja dan bahan-bahan yang lain.

MEMBINA BATAS

Dilakukan setelah siap kerja menggembur. Menggunakan cangkul atau jentera kecil. Tujuan membina batas ialah: i. Memudahkan kerja penjagaan ii. Mengelakkan tapak tanaman daripada dipijak. iii. Memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah.

Membina Batas

Menggembur Batas

MEMBINA BATAS

Kebun yang baik haruslah mempunyai sistem batas dan saliran seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

c. BAHAN ORGANIK:

Membaiki kesuburan dan struktur tanah. Tanah yang berpasir tidak dapat menakung air secukupnya untuk keperluan pokok. Dengan penambahan bahan organik, tanah berpasir akan lebih subur, boleh memegang air dan struktur tanah akan menjadi lebih baik. Tanah liat pula agak sukar dikerjakan seperti untuk mencangkul atau membajaknya terutamanya apabila berkeadaan lembap. Jika kering, tanah liat menjadi keras dan padat. Dengan penambahan bahan organik, struktur tanah liat akan dapat diperbaiki dan seterusnya kerja pembajakan dapat dijalankan.

Samb

Bahan organik membekalkan nitrogen, mineral dan unsur-unsur lain untuk pertumbuhan sayursayuran apabila mengalami proses pereputan. Bahan organik biasanya disediakan daripada rumput yang reput, tahi lembu atau tahi ayam, daun-daun reput dan tanah gambut. Ia boleh mencegah tanah berliat daripada terlampau keras, mencegah air daripada meresap keluar dan menghalang rumpai tumbuh jika dibuat sungkupan.

Sungkupan
1. Batas yang disiapkan dibina, ditutup dengan sungkupan.

2. Sungkupan ialah daun-daun lalang atau pelepah kelapa yang diletakkan di atas batas. 3. Tujuan sungkupan ialah untuk mengelakkan hakisan. 4. Batas dibiarkan selama seminggu sebelum aktiviti menanam dijalankan.

Sungkupan

Contoh Batas Yang Telah Siap

RUMUSAN
Pemilihan tapak Membersihkan tapak
Menggembur tanah + Kapur

Membina batas + Baja asas

Penyemaian / penanaman anak benih

Sungkupan

Anda mungkin juga menyukai