Anda di halaman 1dari 3

MINGGU KELIMA. TARIKH : 27.02.2012 02.03.2012 1.

. Isu / Masalah : Masalah yang saya hadapi dalam minggu ketiga ini ialah masalah kawalan kelas semasa menjalankan aktiviti bagi kelas Pendidikan Jasmani Tahun 3. Aktiviti yang saya jalankan adalah Permainan Hoki : Kemahiran Asas Flik. Ada segelintir murid kurang memberi perhatian semasa saya mengajar di hadapan sambil mereka memerhati aktiviti kelas lain yang sedang bermain bola sepak ketika saya cuba menyampaikan isi pengajaran dan penerangan mengenai aktiviti yang bakal dibuat. Saya telah memarahi mereka namun mereka hanya menumpukan perhatian sebentar sahaja sebelum kembali meneruskan perangai mereka semula. 2. Analisis : Selepas tamat proses pengajaran dan pembelajaran saya sempat bertanyakan kepada 4 orang murid kelas tersebut aktiviti apa yang mereka minat untuk bermain. Jawapan mereka, mereka lebih gemar bermain bola sepak. Saya bertanya mengapa mereka gemar bermain bola sepak? Mereka mengatakan memang hobi mereka bermain bola sepak. Memeang tidak dinafikan boleh dikatakan sebahagian besar murid lelaki sekolah rendah gemar bermain bola sepak dan menjadikan permainan tersebut sebagai hobi mereka. Ini mungkin disebabkan pelbagai faktor yang

menyebabkan mereka memilih bola sepak sebagai permainan kegemaran mereka, antaranya faktor bola sepak sebagai Sukan Nombor 1 di dunia, malahan di Malaysia dan bola sepak sebagai lambing kekuatan sukan sesebuah sekolah. 3. Cadangan untuk Memperbaiki : Antara cadangan yang boleh dilakukan adalah : Untuk membuatkan murid memberi perhatian secara semulajadi, saya akan kerap bertanyakan soalan dan jika jawapan yang diberikan salah saya akan mendenda mereka. Diharapkan dengan cara ini murid akan takut untuk memberi jawapan yang salah dan untuk mengatasi masalah ini mereka akan memberikan perhatian kepada pengajaran saya. Saya juga perlu mengalihkan perhatian mereka supaya tidak memerhatikan aktiviti yang dijalankan kelas lain. Antara yang boleh saya lakukan adalah

untuk menyuruh mereka berdiri membelakangi kelas lain semasa saya melakukan penerangan dan demonstrasi. Untuk membuatkan mereka hormat dan takut kepada saya, saya perlu kelihatan lebih serius dan tidak mudah senyum untuk sesuatu perkara. Ini akan membuatkan mereka fikir yang saya kurang mesra dengan mereka dan mereka akan berasa takut setiap kali saya masuk. Untuk mewujudkan proses pembelajaran yang menyeronokkan dari segi penyampaian ilmu, saya perlu lebih kreatif dalam mencipta aktiviti-aktiviti yang lebih menyeronkkan terutamanya menggunakan sistem pertandingan.

4. Tempoh masa : Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat dan berharap perkara ini tidak berulang pada kelas minggu hadapan kerana jika masalah ini berlarutan, ia akan mengganggu tumpuan saya untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan dan serta-merta objektif-objektif pembelajaran yang dirancang tidak akan tercapai. 5. Penilaian Kejayaan : Jika pada kelas yang berikutnya, perhatiaan murid-murid tertumpu pada isi pengajaran saya, saya akan menganggap bahawa masalah ini dapat diatasi ataupun sekurang-kurangnya mengurangkan masalah yang timbul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun jika mereka masih menunjukkan sikap yang sama seperti sebelumnya, ini menunjukkan bahawa saya perlu lebih berusaha untuk mengatasi masalah ini secepat yang mungkin. 6. Tindakan susulan : Semasa memikirkan untuk membuat aktiviti di dalam Rancangan Pengajaran Harian, saya perlu memikirkan suatu rangkaian aktiviti yang menyeronokkan serta dapat menarik minat mereka supaya perhatian murid akan tertumpu kepada aktiviti yang akan saya jalankan. Jika sesuatu aktiviti itu merupakan aktiviti yang mudah, maka mereka tidak akan seronok untuk bermain dan ini akan membuatkan mereka bosan untuk melakukan aktiviti yang seterusnya.

7. Strategi Pelaksanaan : Mempelbagaikan aktiviti permainan sukan supaya tidak tertupu kepada permainan bola sepak sahaja. Menggunakan kaedah pengumpan dimana murid akan dibenarkan bermain bola setelah melaksanakan semua aktiviti yang dikehendaki oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut. Selain itu, guru juga perlu menggunakan pendekatan yang berbeza seperti menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan yang lain selain daripada bola sepak. Ini dapat memupuk minat urid terhadap permainan yang berbeza. 8. Kesimpulan / Refleksi : Hasil daripada pemerhatian dan perlaksanaan saya pada tempoh hari, saya dapati murid semakin kurang untuk bermain bola sepak kerana mereka sudah meminati permainan sukan yang lain kerana permainan yang diperkenalkan mudah dan senang untuk dimainkan dan semua murid dapat bermain dengan seronok dan bergembira.

Anda mungkin juga menyukai