Anda di halaman 1dari 1

Rahmat Azim Bin Saari, SK Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor.

Melalui: Guru Besar, SK Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor. Kepada: Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E, 40604 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (KP: Unit Kewangan dan Akaun) Tuan, Surat Tunjuk Sebab Kelewatan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri bagi bulan Januari 2012 Merujuk perkara di atas, saya seperti nama di atas berbesar hati untuk membuat tuntutan perjalanan dalam negeri bagi bulan Januari 2012 iaitu tuntutan perjalanan untuk mendaftarkan diri di Sek.Keb.Taman Sri Andalas. 2. Saya memohon maaf di atas kelewatan tuntutan ini disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Antara perkara yang menyebabkan kelewatan tuntutan ini dibuat adalah seperti berikut : a) Penglibatan dalam penganjuran sukan olahraga peringkat daerah Klang. b) Penglibatan dalam latihan pusat atlit sukan olahraga daerah Klang. c) Penglibatan dalam pengurusan atlit olahraga Klang di MSSS yang berlangsung di Kuala Selangor. d) Penglibatan dalam penganjuran seminar Log In di Umiversiti Malya anjuran PIBG Sek. Keb. Taman Sri Andalas. 3. Sekali lagi saya memohon maaf di atas kelewatan permohonan tuntutan perjalanan ini. Saya amat berharap agar permohonan ini dapat diluluskan. Sekian terima kasih. Yang benar, .. (RAHMAT AZIM SAARI) Guru Akademik Biasa, SK Taman Sri Andalas.

14 Mei 2012

Anda mungkin juga menyukai