Anda di halaman 1dari 3

Kemahiran Mengingat Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan 1 Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar,

ini tidak bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang. 2 Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat. 3 Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji lebih lama ingatan 4 Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang berbeza. 5 Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk: i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda: Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan. ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn. iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau lakaran. iv. Membuat bayangan atau visual: a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan. b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap. v. Menyebut berulang kali: a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan. b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakan dgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya. vi. Menulis atau melakar semula: a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat. b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan. vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen: a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen, ingatan mereka lebih lama. b. Misalnya, pelajar yang melakukan kerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis, ingatan mereka lebih lama viii. membuat kaitan: a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh dikaitkan dengan akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual seperti gambar, peta konsep, atau carta. c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya dengan akronim 'BaFIA' iaitu baca, faham, ingat, dan aplikasi. 6 Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas secara berasingan atau kombinasi. 7 Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali.

KEMAHIRAN MENGINGAT
Kemahiran belajar tidak lengkap jika tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa untuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat: 1. HAFAL isi yang dibaca Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu. Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk? 2. Isi DISUSUN dengan betul Sebutkan isi yang kamu hafal Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal. 3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT Pastikan turutan isi betul Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan. Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember. 4. UJI kemampuan daya ingatan Di sini kamu perlu memainkan dua watak iPenyoal iiPenjawab Cuba soal apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku. 5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan 6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca. Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan: a- Sebelum tidur b- Selepas tidur Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.

7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat. Contoh: Jenis Kata: Kata Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang

Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana

8. Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN Gantikan fakta kepada bentuk cerita Contoh: Kelas Makanan Lemak, Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral, Protein, Karbohidrat

Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat 9. Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian. Contoh: (654320789) 654..320789

10. Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama. Pilih lagu yang paling kamu gemari. Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.

11. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR. Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal. Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan bank. Kaitkan dengan gambar duit. 12. Menggunakan KAEDAH AKRONIM. Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat. Reptila, Ikan, Mamalia, RIMBA Burung, Amfibia Contoh: Pengelasan Haiwan

Anda mungkin juga menyukai