Anda di halaman 1dari 18

Agama Islam adalah ajaran Nabi Muhammad SAW.

Islam tidak wajar digelar Muhammadisme, kerana umat Islam tidak pernah menyembah Nabi Muhammad. Baginda adalah Rasul kita yang dirahmati yang telah membawakan risalah Allah didunia. Islam adalah agama Allah dan satu-satunya agama yang paling benar dan lengkap Isi-isi Al-Quran adalah benar. Lain-lain agama adalah terpesong kerana tiada bukti yang sahih

bahkan sekadar rekaan akal manusia semata-mata.

Masyarakat Arab Jahiliah hidup di semenanjung Tanah Arab, bermula sejak runtuhnya Empangan Maarib dianggarkan pada tahun 300 Masihi hingga turunnya Al-Quran pada Tahun 610 Masihi. dianggap jahil kerana tidak mengikuti ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain. Menyembah berhala dan mempercayai animism. Mempunyai akhlak yang rendah seperti kejam, angkuh, dan degil. Selepas kedatangan Islam kehidupan Arab Jahiliah mulai berubah.

Ketika usia 12 tahun, Nabi Muhammad SAW mengikut bapa saudaranya, Abu Talib berdagang ke Syria. Disitu, seorang rahib bernama Bahirah menyedari tanda di bahu Nabi sama seperti yang disebutkan dalam kitab suci mereka yang dinyatakan oleh Isa(Jesus) akan datang selepasnya. Bahirah meramalkan kerasulan Nabi dan menasihatkan jangan meneruskan perjalanan kerana bimbang baginda dalam bahaya. Maka Abu Talib pun membawa baginda ke Makkah. Wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda adalah ketika baginda berusia 40 tahun iaitu surah Al-Alaq ayat 1-5 yang menyeru umat manusia supaya membaca. Rasullullah SAWmenerima Al- Quran secara beransur-ansur selama 23 tahun. Baginda menjadikan Al- Quran sebagai sumber pembentukan masyarakat. Segala ajaran Islam dilaksanakan sepenuhnya dalam memberi dakwah kepada seluruh masyarakat.

Berperingkat-peringkat:
i.

Secara Rahsia
Selama 3 tahun Kepada ahli keluarga yang rapat dan sahabat terdekat. Khadijah bt Khuwailid orang pertama memeluk Islam. Diikuti sepupu baginda, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Harithah, Abu Bakar Al- Siddiq dan Uthman bin Affan. Rumah Al- Arqam bin Abu Arqam dijadikan sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama.

ii. Secara Terbuka 10 tahun Dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah. Kepada keluarga Abdul Muttalib melalui ceramah di rumah Ali bin Abu Talib. Terdapat ahli keluarga yang menerima dan ada yang menentang. Tentangan paling hebat dari Abu Lahab, iaitu bapa saudara baginda. Kepada masyarakat dan orang ramai. Dijalankan di Bukit Safa, Makkah. Dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah.

PENERIMAAN

Kebanyakan pengikut baginda dari anggota keluarganya dan golongan masyarakat bawahan. Antaranya ialah isteri Rasullullah, Khadijah bin AlKhuwailid,Ali Bin Abi Talib,Zaid Bin Harithah dan Bilal bin Rabah. Apabila baginda mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya itu, ramai yang mengikutnya. Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antaranya ialah Abu Bakar As-Siddiq, Uthman bin Affan, Zubair bin Al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

1)Dari segi politik Menentang Islam kerana salah tanggapan terhadap tugas Nabi Muhammad SAW. Menganggap mereka terpaksa tunduk pada pimpinan Nabi jika terima ajaran Islam. Kaum Quraish tidak mahu tunduk pada Bani Hasyim kerana Nabi Muhammad berketurunan Bani Hasyim. 2) Dari segi ekonomi Menentang ajaran Islam kerana akan menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala. Hal ini kerana Islam melarang amalan menyembah berhala kerana yang berhak disembah hanya Allah SWT.

Mengejek dan melontarkan tohmahan kepada ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
Pemulauan digantung di Kaabah. Berlangsung selama 3tahun sahaja kerana dikalangan orang Quraish ada yang beri bantuan pada umat Islam.

Mengejek menggunakan puisi.

Kaum Quraish memulaukan suku Bani Hasyim

Mengajak Nabi Muhammad tinggalkan ajaran Islam

Menawarkan kedudukan dan harta yang banyak serta wanita yang cantik.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Menyebarkan Islam ketempat baru iaitu Taif. Baginda membenarkan umat Islam berhijrah ke Habsyah. Baginda meminta Negus, Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalualukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah. Penentangan terhadap Nabi Muhammad saw bertambah ganas sehingga mahu membunuhnya. Lalu baginda dan orang islam yang lain berhijrah ke Yathrib(Madinah)

Hijrah ertinya perpindahan.Hijrah orang islam dari Mekah ke Madinah(yathrib) bermula pada 1 muharam 1H(16 Julai 622M) dan daripada tarikh inilah bermulanya pengiraan tahun hijrah. Agama Kepentingan Hijrah
Madinah tempat paling sesuai dijadikan pusat penyebaran islam kerana penduduknya lebih faham mengenai selok belok agama sementara di Mekah rata-rata penyembah berhala.

Ekonomi
Madinah sesuai untuk bercucuk tanam dan kawasan yang strategik dari segi perdagangan kerana ia terletak dijalan perdagangan antara Makkah dengan Syam .

Sosial
Nilai-nilai masyarakt jahiliyah telah dihapuskan dan digantikan dengan nilainilai masyarakat murni yang berpandukan akidah dan akhlak .

Politik
Kejayaan dalam bidang agama telah membawa kepada kejayaan dalam bidang politik kerana menurut ajaran islam tidak ada pemisahan antara agama dengan politik begitu juga dengan bidang-bidang lain.

a)Pembinaan Rasullullah institusi masjid melaksanakan pembinaan masjid sebelum membangunkan pembinaan bangunan yang lain, Masjid memainkan peranan yang sangat meluas dalam menyatukan umat serta memupuk kekuatan zahir dan batin dan sebuah benteng pertahanan yang bersifat moral dan spiritual iaitu semangat jihad di jalan Allah.

b)Menyatukan Muhajirin dan Ansar


Kaum Muhajirin yang berada berjauhan daripada kampung halaman serta sanak-saudara dieratkan oleh Nabi SAW dengan mempersaudara kan mereka bersama kaum Ansar. Pengikut Islam yang terdiri daripada pelbagai kelompok masyarakat yang teguh berkongsi semangat kerja dan semangat persaudaraan

c)Penggubalan Piagam Madinah


Bagi mewujudkan suasana tenteram serta aman di dalam kota Madinah, Nabi Muhammad SAW mengikat perjanjian persahabatan dan perdamaian bersama kaum Yahudi. Kaedah tersebut menunjukkan kebijaksanaan Rasullullah sebagai seorang ahli politik terulung.

d)Penyebaran dakwah islamiah secara meluas


Strategi Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitar semenanjung Arab. Tidak memaksa tetapi dengan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik. Menerusi warkah atau surat untuk wujudkan persefahaman. Peperangandengan izin Allah bertujuan untuk mempertahankan diri, agama, dan negara.

Kandungan Piagam Madinah Politik nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil. Agama bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam. Sosial masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Undang undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil. Ekonomi riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi. Pertahanan semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah.

Prinsip-prinsip peperangan dalam Islam


Dengan izin Allah SWT setelah turunnya wahyu. Berperang apabila diserang musuh. Menetang kezaliman dan mempertahankan diri.

Aspek-aspek peperangan

Tidak boleh membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanakkanak, orang sakit, dan orang yang menyerah diri. Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan, dan tanaman.

Berperang untuk memcari keamanan supaya tempat beribadat terjaga.

Dilarang merobohkan rumah ibadat.

Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir lapan tahun tinggal di Madinah. 2. Pembukaan ini kesan daripada tindakan orang Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiah. 3. Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang nabi menyebarksn Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan Islam. 4. Baginda dan tentera memasuki Makkah secara aman. 5. Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan Al Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan tentera Islam. 6. Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al Awwan, dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah. 7. Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka. 8. Nabi Muhammad telah berjaya menawan kota Mekah pada Januari 30 Masihi(8H) tanpa pertumpahan darah.

Mekah menjadi Kota suci umat Islam dalam melakukan Ibadah.

Tunjuk semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan

Tunjuk semangat perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan keturunan.

Kaabah terpelihara dari kemungkaranAgama menyembah berhala dihapuskan.

Membuktikan kukuhnya Negara Islam di Madinah.

Sikap pemaaf Nabi SAW terserlah - tidak membalas dendam terhadap kaum Quraish.