Anda di halaman 1dari 62

KULIAH KE-8

TAMADUN CINA
PENSYARAH TITAS
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Tajuk-tajuk Kuliah 8
9. ASAL USUL DAN LATARBELAKANG TAMADUN CINA Peninjauan perkembangan sejarah Tamadun Cina. Unsur-unsur asas Tamadun Cina. Pandangan semesta, pemikiran Cina, dan nilai-nilai penting.

ASAL USUL & LATAR BELAKANG TAMADUN CHINA


Peninjauan perkembangan sejarah Tamadun Cina.

Pengenalan
Tanah besar China berada di Asia Timur, bersebelahan Lautan Pasifik Berusia hampir 5000 tahun keluasan m/bumi - 9.6 juta km persegi. Antara negara paling ramai penduduk - 56 etnik. Homosapien China terawal ialah manusia Peking - hampir 5000 tahun lalu. Pemerintahan : sistem dinasti, sistem republik dan pengaruh komunis.

Asal-Usul Tamadun China


Dikesan sejak 2000 S.M. : dinasti terawal D.Chia /Xia atau @ Dinasti Shang (17661122sm) Bandar-bandar terawal; Anyang, Changan dan Loyang.

Pertumbuhan tamadun bergantung kepada faktor sungai (sumber air). Masyarakat awal China bergantung kepada Sg Kuning @ Sg. Huanghe- 5464 km.

Sekitar 3950-1700sm: kebudayaan Neolitik China iaitu Kebudayaan Yangshao - petani tinggal di rumah beratap jerami dan berdinding tanah liat. Tanaman utama - millet menangkap ikan, membuat tembikar, jarum mata kail dan alat penebuk. 3000 S.M: kebudayaan Longshan (Kebudayaan Tembikar Hitam). menetap di kaki bukit dan bukit2 kecil di dataran lanar. Penempatan dikelilingi tembok tinggi.

2.Tahap Perkembangan tamadun China


A. Tahap Permulaan/ Pembinaan B. Tahap Kegemilangan/ Keagungan C. Tahap Peralihan

i)Tahap Permulaan
Dinasti Hsia/Xia (2200/2210-1600/1700) dan Shang(1700-1027) sering diselisihkan sebagai dinasti terawal. Diikuti dengan D. Chou/Zhou dan Chin/Qin. Pemerintah zaman ini menggunakan sistem raja dan monarki. Raja menggunakan konsep mandat dari syurga untuk mendapatkan ketaatan rakyat.

D. Shang digantikan D. Chou (1027sm221M) melalui rampasan kuasa. sistem feudal: - Raja Chou membahagikan tanah kpd pembesar/ wakil2 wilayah - berlaku peperangan sesama sendiri dan akhirnya berpecah kepada negeri kecil spt Chi,Chun, Yen, Han, Chao, Wei dan Chin.

Samb

Kemajuan D. Shang: teknologi gangsa, alat pertanian, tembikar, jed,sutera,kalendar dan perpuluhan. Kemajuan Zaman Chou: perkenal wang logam, menerbit buku, perkenal alat tulisan,pembentukan kesusasteraan cina; Book of Poetry (koleksi 300 puisi)

Samb

Zaman terakhir D. Zhou terkenal sbg Zaman Berperang/Z. Musim Bunga/Z. Musim Luruh muncul aliran2 falsafah Konfusianisme, Taoisme, Legalisme. Orang China buat pertama kali bersatu di bawah D.Qin /Chin di bawah pimpinan Shih Huang Ti. Huang Ti menghapuskan sistem feudal dan memperkenalkan sistem chun atau provinsi iaitu 36 provinsi.

D.Chin bertahan 14 tahun sahaja kerana bertindak kejam terhadap rakyat dan cuba menghapuskan pengaruh Konfusianisme dalam pentadbiran. Jasa2: perkenal sistem pentadbiran yg baik di samping dasar ekonomi, bahasa, falsafah dan sains, membina Tembok Besar China spj 2410 sbg pertahan drp tentera Monggol Tartar.

ii) Tahap Kegemilangan


Dinasti Han, Sui, Tang. D. Han diperintah oleh keturunan Liu Bang yg bertahan selama 400 tahun (206220m).

Kemuncak dinasti ini : pemerintahan Han Wu Ti yg dikenali Maharaja Tentera. Beliau mengasas imperialisme China dgn menakluk Korea, Manchuria, Asia Tengah.

Reformasi dan jasa D. Han: hapuskan penyeksaan hamba abdi, bina terusan, guna falsafah Konfusius dlm pentadbiran. Keunggulan dinasti ini mendorong masyarakat Cina menggelar diri mereka sbg Anak2 cucu Han

Samb

Dinasti Sui (581-618M) yang menggantikan Han tidak bertahan lama . D.Tang (618-907M) meluaskan kuasa ke pedalaman Asia, mengembangkan bidang budaya, seni, ilmu dan agama. Interaksi dgn pedagang asing telah memperkenalkan sekolah sbg tempat belajar.

Terusan Agung/Grand Canal yg menghubungkan Sg. YangTze dgn Sg.Kuning(Huang he). Zaman ini juga agama Islam masuk ke China melalui aktiviti perdagangan.

Tahap Peralihan

Dinasti Song, Yuan, Ming, Ching dan Komunis. Terbahagi kpd 2: tahap pencerobohan orang luar atau gasar dan kemasukan kuasa Barat. Pd abad ke-13 tentera Monggol menakluk utara China, Korea dan beberapa kawasan di Asia Tengah. Kerajaan Song akhirnya ditawan oleh Kublai Khan(1271M) dgn penubuhan D. Yuan yg mengekalkan tradisi China dalam pemerintahanya.

Jasa Yuan: kemajuan teknik percetakan, porselin, penulisan bidang perubatan, geografi dan pendidikan sains. Cukai yg tinggi ke atas petani mengakibatkan Zhu Yaun Zhang, bekas sami Buddha memberontak dan berjaya menubuhkan D. Ming (1368-1644M)

Samb

D. Ming berkembang sewaktu pemerintahan maharaja Yung Lo. Ekspedisi2 maritim di hantar ke IndoChina dan Kepulauan Melayu diketuai oleh laksamana Cheng Ho/Zhenghe Kematian Zhenghe memberhentikan segala ekspedisi.

China akhirnya jatuh ke tangan orang Manchu yang menyerang Beijing dan menubuhkan Dinasti Ching/Ming(16441911M) Dinasti ini mula merosot apabila terlibat dengan kuasa Imperial Barat.

..tahap kedua peralihan.

Hubungan D. Ching dgn Barat berlaku secara tidak langsung sewaktu Portugis berdagang di Macau, disusuli dgn Inggeris dan Belanda yg memperkenal perdagangan candu yg membawa kpd peperangan Candu yg menyebabkan Hong Kong tergadai kepada Barat. Perang Candu I berlaku pada 1839M. Pemberontakan Boxer meletus, strategi2 pertahanan seperti Gerakan memperkuatkan Diri dan Pemulihan Seratus hari gagal.

Kegagalan demi kegagalan mendorong golongan intelektual China berpendidikan barat spt Dr. Sun Yat Sen menerapkan ideologi demokrasi dan komunisme dalam pentadbiran. Nilai2 tradisi Konfusiunisme semakin terhapus dan akhirnya terdiri sistem republik seperti yg wujud sekarang.

Ciri-Ciri Istimewa Tamadun China


1.

2.
3. 4.

Jangka hayat yg panjang Dinamik Mengutamakan nilai-nilai moral Pengaruh yang luas

2. UNSUR-UNSUR ASAS TAMADUN CINA

Unsur Pertama: Alam Sekitar


-

Alam sekitar dan bentuk muka bumi telah mencorakkan Tamadun Cina (TC) Keadaan cuaca gersang di Dataran Tinggi Loes menggalakkan penanaman bijirin & mewujudkan penempatan dan pusat utama Kebudayaan Yangshao.

Samb.
-

Bahagian bawah Lembah Yangzi, provinsi Zhejiang, cuaca lembab dan panas menggalakkan penanaman padi-tapak awal sawah di China. Penempatan di kawasan ini mewujudkan kebudayaan Hemudu.

Unsur Kedua:Sistem Pertanian Purba


- Memperlihatkan manusia menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca & kawasan geografi berbeza: - Di Utara China terdapat Kebudayaan Milet (bijirin) - Di Selatan wujud Kebudayaan Sawah Padi

Samb.

Pengaliran sungai kebanyakannya menghala ke kawasan timur & selatan China. Musim panas di selatan China lebih panjang berbanding bahagian utara (sejuk) Faktor di atas mengalakkan pergerakan penduduk terutamanya petani untuk menetap di bahagian selatan China. Perkembangan kebudayaan juga turut menghala ke kawasan selatan.

Unsur Ketiga : Bahasa dan Sistem Tulisan Cina


Bahasa Cina satu-satunya bahasa yang masih kekal, berkembang & digunakan hingga kini. Tulisan Cina -Hanzi (tulisan Han) dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zhishi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) & xing sheng (gabungan bentuk-bunyi).

Terdapat banyak dialek di China yang sebutannya berbeza, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Bahasa Cina : faktor unifikasi rakyat & TC. Tulisan Cina : Jepun, Vietnam & Korea

Unsur Keempat : Pembentukan Bangsa Tionghoa


China, negara masyarakat pelbagai kaum. Peredaran zaman dan kerjasama semua kaum, membentuk bangsa Tionghoa dalam erti kata nation (minzu) yang moden. Bukti arkeologi dan catatan sejarah purba, China terdiri daripada pelbagai suku. Mereka saling tiru-meniru, berkahwin campur, bersengketa dan berperang dan berintegrasi sehingga menjadi satu bangsa.

Unsur kelima:Pandangan Semesta Dalam TC


Sejak zaman silam, telah wujud amalan : Pemujaan nenek moyang & Tian Kepercayaan primitif (animisme) : pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai & kuasa yang wujud dalam alam semulajadi

Tian

bermaksud :langit, makhluk unggul (supreme being), prinsip tertinggi dalam alam semesta & etika Konfusianisme.

Unsur Keenam: Falsafah dan Agama Cina

1.

Terdapat beberapa falsafah dan agama Cina: Konfusianisme: - Ia doktrin kenegaraan merangkumi aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM479SM) - Ajaran utamanya menekankan amalan nilai dan sifat moral mulia - perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao)

2.

Buddhisme: - Diasaskan Siddhartha Gautama Buddha (563SM-483SM) di India kurun ke 6 SM dan kemudian disebarkan ke China pada kurun Masihi pertama. - Asas pengajarannya menekankan ttg penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu

Samb.
-

Hawa nafsu dihindar melalui Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) -elak diri melakukan perbuatan terlalu mengikut perasaan

Samb.
3. Daoisme: -Diasaskan dua pemikir agung Cina iaitu Lao Zi lahir 604 SM dan Zhuang Zi (3692865 SM). -Ajaran utama menyentuh konsep pemeliharaan semulajadi dan konsep wu wei (non-action) - Kitab utama Daodejing.

Samb.
4. Moisme: - Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 SM) - konsep penting : aspek kasih sayang sejagat (jianai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). - Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan(gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme.

Samb.
5. Legalisme: - Diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina iaitu Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. - mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. - pemerintahan berteraskan undang-undang - mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

Unsur Ketujuh:Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan


Pemikiran politik tradisional Cina dipengaruhi oleh falsafah dan agama Cina Aliran pemikiran politik - Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Pusat pemikiran politik Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama manusia yang berperikemanusiaan dan bermoral. Manakala Daoisme - fahaman anarki. Ia mencadangkan gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras dan juga kehidupan secara primitif yang mengharmonikan diri dengan alam semesta.

Samb.
Namun, aliran yang banyak memberi kesan besar ialah aliran Legalisme. Ia berjaya membawa pembaharuan yang menggantikan sistem pemerintahan feudal. Sistem ini menyumbang kpd pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik sepanjang ketamadunan China.

Unsur Kelapan: Keluarga dan Masyarakat Cina

Walaupun sistem kekeluargaanCina tradisi pernah alami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa (patriachy) dan nisab bapa (patrilineal). Ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina : waris sebelah bapa dan pemerintah yang memusatkan kuasa bapa, kuasa suami yang tertinggi, mementingkan anak lelaki dsb.nya.

Unsur Kesembilan: Orientasi Sistem Nilai dalam TC


Ramai sarjana setuju bahawa sistem nilai TC bersifat humanisme. Ciri humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular. Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika. Kewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, guru dan ketua keluarga berasaskan moral yang tinggi sebagai ideologi.

Samb.
Manusia dapat sertai dan bantu proses perubahan alam semesta. Manusia harus jalin hubungan harmoni dengan alam semesta supaya tercapai kesatuan antara keduanya. Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang hubungan :antara individu, kelompok, keluarga, komuniti dan alam semesta.

PANDANGAN SEMESTA, PEMIKIRAN CINA, DAN NILAINILAI PENTING.

Pengenalan
Kekuatan & keutuhan TC bergantung kepada sistem nilai (etika) Sistem etika sosial dan sistem nilai digubah untuk membentuk manusia dan masyarakat baik dan sempurna Aliran falsafah dan pemikiran tokoh seperti Confucius, Lao-Tze, Mencius, Mo Zi dll menyumbang ke arah pembentukan sistem sosial dan etika. Falsafah Konfucianisme mendominasi peradaban China.

Pandangan Terhadap Sifat Manusia


Manusia adalah ejen perubahan utama. Manusia sentiasa menemui keajaiban, banyak persoalan belum diketahui dalam diri manusia sendiri. Pandangan terhadap sifat manusia menjadi asas falsafah hidup dan sistem etika mereka.

Pandangan Konfucius tentang sifat manusia:


sifat manusia pada mulanya dekat, hanya kerana amalnya tidak sama, maka jarak antara satu sama lain menjadi jauh.

Menurut beliau sifat manusia boleh diperbaiki melalui pembelajaran (pendidikan), memperluas pengetahuan, memperkukuh kebolehan dsb.

Meng Zi (Mencius) berpendapat : Manusia mempunyai unsur semulajadi untuk membina dan menghasilkan personaliti yang baik dan bermoral. Sifat semulajadi ini dapat membezakan antara manusia dengan binatang dan perubahan sikap sebenarnya banyak dipengaruhi oleh faktor sekeliling.
Xun Zi berpendapat : Sifat semulajadi manusia adalah buruk, dan kelakuan baik itu terhasil daripada usaha manusia.

Individu Dalam Masyarakat


Individu - unit asas membentuk masyarakat. institusi keluarga diiktiraf. Dalam tradisi Cina, kehendak individu diakui. Kehendak itu terpaksa dikorbankan kiranya bertentangan dengan kehendak umum.

Walaupun usaha mendidik jiwa bergantung kepada kesedaran dan usaha individu, tetapi pencapaian keseluruhannya bergantung kepada interaksi antara individu dalam masyarakat kerana perasaan bertanggungjawab ini menjamin kestabilan & kebajikan umum. Pendekatan untuk bahagia, seseorang individu terpaksa hidup dalam masyarakat dan mematuhi norma-norma masyarakat.

Nilai Kekeluargaan
Norma masyarakat yang diiktiraf tradisi Cina ialah kehidupan berkeluarga. Konfusianisme pentingkan institusi perkahwinan. He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga. Keharmonian (kebahagiaan) beri kesan terhadap kerjaya di luar. Anak penting dalam memelihara hubungan kekeluargaaan. Ciri lain dititikberatkan dalam keluarga ialah jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan).

Sistem Organisasi & Institusi Sosial

Carta di sebelah menunjukkan organisasi sosial dalam susun lapis masyarakat awal di Negara China.

Raja

Aristokrat
Petani dan Artisan

Hamba, Askar dan Pedang

Sistem Masyarakat
Masyarakat Cina mempunyai sistem sosial tersendiri. Hirearki sosial ini menggambarkan keseluruhan peringkat masyarakat yang berperanan memajukan negara. Masyarakat Cina tradisi ini dibahagikan kepada 4 kelas utama, iaitu: i. Golongan cerdik pandai; ii. Golongan petani; iii. Golongan tukang; dan iv. Golongan peniaga.

Nilai-nilai etika masyarakat


Kehidupan berkeluarga & amalan bermasyarakat tidak mengenepikan kehendak perseorangan Hampir seluruh cara hidup ini disumbangkan oleh pemikiran Konfusianisme. Konfusius menganjurkan konsep ren (jen), junzi, lima hubungan dan nilai sosial lain.

Konsep Ren

Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina bermaksud perikemanusiaan dan harga diri Ia juga merujuk kepada perasaan kasih sayang. Menurut Mencius, ia adalah ekspresi jantung manusia. Ren juga dirujuk kepada sifat kemanusiaan Dengan memahami ren seseorang itu dapat mendisplinkan diri untuk bertindak mengikut norma sosial yang dianggap betul dan mulia dalam masyarakat.

ii. Konsep Junzi

Junzi (Chun Tzu) ialah personaliti yang ideal dalam mazhab Konfusianisme. Ia merujuk kepada sifat-sifat kebaikan, kesederhanaan dan kebiasaan. Untuk menjadi seorang junzi, seseorang bukan sahaja perlu berbudi bahasa dan bermurah hati bahkan dikehendaki berpengetahuan, berkebolehan dan memiliki kebijaksanaan mengatasi masalah dan sanggup melaksanakan tugas yang dibebankan.

iii. Konsep Lima Hubungan

Konsep Lima Hubungan menggambarkan nilai etika dalaman yang perlu diperkukuhkan sesama manusia bagi menjamin keseimbangan sosial. Lima Hubungan asas ialah:

i. Antara suami dan isteri; ii. Antara bapa dan anak; iii. Antara adik beradik; iv. Antara pemerintah serta rakyat; dan v. Antara kawan serta sahabat.

Nilai-Nilai Sosial

Antaranya ialah yi (keadilan) , chi (perasaan malu), lian (kejujuran dan kesucian), zhi (kebijaksanaan), xin (kebolehpercayaan), yong (keberanian), jian (jimat cermat) zhong yong (budi pekerti yang sederhana), dan sebagainya. Nilai-nilai sosial ini dipercayai menjadi benteng kepada gejala sosial dan menjamin masyarakat dalam keadaan baik.

Sebelum seseorang dapat memerintah sebuah negara, ia mestilah mampu mengurus sebuah keluarga dengan baik. Memperbaiki diri dalam semua aspek. Memajukan diri sendiri adalah langkah pertama sebelum mentadbir keluarga & negara

Konsep xin (kebolehpercayaan) mesti diambilkira terutama dalam membuat janji agar etika di bidang ekonomi berjalan baik dan mencapai matlamat. Sistem etika dan nilai masyarakat Cina tradisi di bawah falsafah Konfusianisme, nilai yang ideal.

SEKIAN TERIMA KASIH