Anda di halaman 1dari 2

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 markah) Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap tiap kata ganda di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan, menukarkan imbuhan, menjadikannya sebagai nama khas dan peribahasa. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) kuih muih lintang pukang semak samun gunung ganang selok belok huru hara (6 markah) (b) Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) Pihak polis telah berjaya memberkas beberapa orang kumpulan kongsi gelap dalam satu sekatan jalan raya. (ii) Pak cik Hashim telah mengumpul beberapa biji buah durian yang gugur untuk dijual di pasar malam. (iii) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil tindakan tegas kepada peniaga yang gagal menjelaskan cukai. (6 markah) (c) Dalam ayat di bawah terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Kebanyakan pengusaha mee goreng mendakwa bahawa mereka mengalami kerugian sebagai akibat naik harga minyak. (ii) Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK. Seri Kota akan adakan Sukan Tahunan kali ke-IV pada penghujung bulan ini. (iii) Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha membendong gejala buli di kalangan pelajar. (6 markah) (d) Dalam ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti kesalahan kesalahan tersebut dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Usaha menghentikan kemiskinan rakyat di negara ini khususnya orang orang Melayu hanya akan dapat dicapai jika semua pihak saling bantu membantu. (ii) Para pelajar pelajar yang tidak mematuhi ketetapan sekolah akan dikenakan tindakan disiplin sekolah. (iii) Tindakan sesetengah peniaga kedai runcit yang meninggikan harga gula telah mendapat bangkangan orang ramai. (6 markah) (e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. (i) Kaki bangku (ii) Ikat perut (iii) Durian runtuh (6 markah)

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik


Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13. Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang Menggunakan bahasa istana

Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.

Banyak menggunakan partikel pun dan lah

Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti

alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno atau Hindu.

Anda mungkin juga menyukai