Anda di halaman 1dari 1

iv

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan hubungan gaya kepemimpinan pengetua dengan tahap motivasi pencapaian guru sekolah-sekolah menengah Pejabat Pelajaran Daerah Samarahan, Sarawak. Dimensi gaya kepemimpinan yang dikaji adalah pendayautamaan struktur dan timbang rasa. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap motivasi pencapaian guru berdasarkan gaya kepemimpinan pengetua. Kajian juga bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap motivasi pencapaian guru berdasarkan ciri-ciri demografi (jantina, kategori perkhidmatan, umur, dan pengalaman mengajar). Seramai 116 orang guru dipilih secara rawak mudah. Instrumen The Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk mengukur kepemimpinan pengetua. Manakala instrumen A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendecy (QMAT) digunakan untuk mengukur tahap motivasi pencapaian guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang positif antara kepemimpinan pengetua dengan tahap motivasi pencapaian guru (r=0.50). Dapatan juga menunjukkan kedua-dua dimensi gaya kepemimpinan iaitu pendayautamaan struktur (r=0.31) dan timbang rasa (r=0.57) masing-masing mempunyai perkaitan yang positif dengan tahap motivasi pencapaian guru. Manakala kesemua ciri-ciri demografi yang dikaji iaitu jantina, kategori perkhidmatan, umur dan pengalaman mengajar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan tahap motivasi pencapaian guru. Keputusan kajian ini adalah menyokong kenyataan yang menyatakan bahawa para guru akan bermotivasi apabila pengetua mengamalkan tinggi pendayautamaan struktur dan tinggi timbang rasa.

Anda mungkin juga menyukai