Anda di halaman 1dari 10

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Pendemokrasian dapatlah dikonotasikan sebagai prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap individu yang menganggotai sesuatu

masyarakat. Manakala pendidikan pula yang dikaitkan dengan satu usaha adalah merupakan satu proses mendidik atau dididik (the act or process of educating or being educated) untuk memanusiakan manusia. Apabila kita memperkatakan tentang usaha mendidik dan dididik, ia pula berkait rapat dengan proses yang berkaitan dengan pengajaran dan pemelajaran (the field of study concerned with teaching and learning). Justeru itu, secara `simplistic' dapatlah disimpulkan bahawa pendemokrasian pendidikan adalah persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses pengajaran dan pemelajaran yang disediakan oleh sesuatu sistem pendidikan di sesebuah negara. Ini secara langsung bermaksud tidak harus wujud sebarang diskriminasi dalam bidang atau sektor pendidikan di semua peringkat individu atau masyarakat. KONSEP PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Apabila kita memperkatakan tentang pendemokrasian pendidikan sebagai persamaan hak yang sama rata bagi setiap individu dalam proses pendidikan, maka secara mudahnya apa yang dimaksudkan ialah pendidikan untuk semua. Namun begitu, untuk menjamin sistem pendidikan negara mampu menyumbang dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, maka seharusnyalah konsep pendemokrasian pendidikan di Malaysia dilihat dari skop yang lebih luas. Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar

pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education). Justeru itu, pendemokrasian pendidikan dari segi konsepnya adalah berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan di semua peringkat pendidikan. Konsep pendidikan untuk semua bukanlah sekadar meliputi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan semata-mata tetapi pendemokrasian pendidikan yang dihajati haruslah juga merangkumi peluang bagi semua individu untuk mendapat pendidikan yang berkualiti. Dengan lain perkataan, tidak harus wujud sebarang perbezaan dan diskriminasi di mana-mana peringkat masyarakat dari segi peluang dan mutu dalam pelaksanaan sistem pendidikan pendidikan negara. Menurut Nor Aziah bt. Alias dan Azni Zain bt. Ahmed (1995) pendidikan seharusnya

merangkumi dan terbuka kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sahaja dari segi geografi bahkan juga dari segi golongan jenis dan sektor ekonomi. Oleh yang demikian, sistem pendidikan haruslah memastikan tidak ada mana-mana golongan di negara ini yang tercicir dari memperolehi peluang untuk mendapat pendidikan yang bermutu kerana jika keadaan sedemikian berlaku maka kemajuan yang akan kita kecapi pada tahun 2020 nanti pastinya menjadi pincang. Secara `simplistic' dapatlah disimpulkan bahawa dari segi konsepnya pendemokrasian pendidikan adalah berkaitan dengan keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang bukan sahaja luas tetapi juga adil, saksama serta bermutu untuk semua lapisan rakyat Malaysia. KEPENTINGAN ISU PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Secara umumnya, isu pendemokrasian pendidikan adalah penting kepada semua lapisan masyarakat baik mereka yang terlibat secara langsung mahupun mereka yang berada di luar sistem pendidikan. Kepada para pengurus pendidikan, isu ini penting untuk dijadikan asas dan sandaran dalam membuat perancangan. Para pengurus atau pentadbir pendidikan perlu merancang bagaimana matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai. Dalam hal ini matlamat pendidikan adalah jelas iaitu mestilah berlandaskan kepada apa yang terkandung di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan apa yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perancangan dan penyelenggaraan sumber-sumber secara berkesan dan saksama akan memastikan agenda pendemokrasian pendidikan diteruskan seadilnya dari segi peluang dan pendidikan mutu di semua peringkat pendidikan. Oleh kerana pendidikan adalah sebenarnya milik masyarakat, maka isu pendemokrasian pendidikan turut penting kepada semua golongan masyarakat. Kepada masyarakat umum isu ini penting dalam memberi kesedaran tentang kepentingan dan keperluan pendidikan terutamanya dalam aspek pendemokrasian. Ini bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak mereka. Dengan ini adalah diharapkan agar wujudnya perkongsian idea dalam menangani pelbagai masalah pendidikan. Justeru itu, masyarakat umum dapat menjadi penyumbang terhadap maklum balas terhadap keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan.

Isu ini juga penting kepada seluruh warga pendidikan khususnya mereka yang berada di peringkat akar umbi iaitu di sekolah-sekolah. Golongan inilah sebenarnya merupakan barisan hadapan di dalam menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu perancangan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, guru-guru haruslah sentiasa memahami bahawa kewujudan mereka adalah bukan sekadar mengajar tetapi yang utama ialah menyediakan peluang kepada anak didik mereka untuk menikmati pendidikan berkualiti tanpa mengira batas-batas sosio-ekonomi, sempadan-sempadan geografi ataupun perbezaan politik. Memahami isu ini bererti para pendidik haruslah menginsafi bahawa peranan mereka adalah memastikan para pelajar mereka memperolehi persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu sama seperti rakan-rakan mereka yang lain baik di dalam daerah, negeri, negara atau di peringkat dunia. Untuk itu, haruslah timbul kesedaran di kalangan para pendidik untuk terus menerus mengemaskini ilmu pengetahuan, meningkatkan kepekaan dan sentiasa berusaha memperbaiki serta menyesuaikan metodologi pengajaran selaras dengan keperluan masyarakat dan tuntutan semasa khasnya dalam arus perkembangan teknologi maklumat yang semakin kuat melanda dunia pada hari ini. Isu pendemokrasian pendidikan juga adalah penting kepada para pelajar khususnya dalam menimbulkan kesedaran dalam jiwa mereka tentang peluang yang luas yang disediakan oleh sistem pendidikan negara. Adalah diharapkan dengan kesedaran tersebut mereka akan untuk berlumba-lumba mencapai kecemerlangan. Mereka juga harus sedar tentang kepentingan pendidikan untuk masa depan diri serta kepentingannya dalam menentukan kelangsungan atau kesinambungan kegemilangan negara. PENDEKATAN & PELAKSANAAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN Pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian pendidikan dalam sistempen didikan di negara kita kebanyakannya adalah didorong oleh reformasi-reformasi pendidikan. Justeru itu, dari segi pendekatan, pelaksanaan serta amalannya, reformasireformasi pendidikan dalam sistem pendidikan negara selama ini adalah juga merupakan salah satu isu yang berkait amat rapat dengan pendemokrasian pendidikan. Dalam perkembangan yang sama, Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin (1993) menegaskan bahawa:

"Reformasi Pendidikan juga telah menyediakan ruang untuk kita melaksanakan pendemokrasian pendidikan. (Pendidikan Profesional, 1993 hal.2) Dalam lipatan sejarah pendidikan negara, sistem pendidikan kita telah mengalami beberapa kali reformasi terutamanya selepas negara mencapai kemerdekaan. Sejak sistem kebangsaan yang dibentuk berasaskan perakuan-perakuan Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran (1961), beberapa perkembangan telah berlaku sehingga kajian semula perlu dibuat ke atas sistem tersebut dari semasa ke semasa. Umpamanya pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah membuat beberapa perakuan penting ke arah memperkemaskan pelaksanaan sistem pendidikan kita. Begitu juga halnya dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan kemudiannya diikuti dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sesungguhnya, reformasi dalam pendidikan adalah perkara biasa kerana sistem pendidikan bukanlah sesuatu yang statik. Sistem pendidikan yang berwibawa dan responsif mestilah bersifat dinamis iaitu sentiasa berkembang dan berada di dalam keadaan terkini selaras dengan peredaran masa dan keperluan zaman. Dengan lain perkataan, tujuan reformasi adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa dan cabaran masa muka. Maksud memperbaiki dan meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan dalam konteks reformasi pendidikan sebenarnya adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi peluang serta mutu pendidikan. Dengan lain perkataan, reformasi pendidikan adalah berkaitan dengan keupayaan dan kemampuan sistem pendidikan negara kita dalam menyediakan peluang pendidikan yang adil, saksama serta berkualiti untuk semua lapisan masyarakat. Apakah telah wujud apa yang dikatakan pendemokrasian pendidikan di dalam sistem pendidikan di negara kita? Secara ringkasnya, ramai pakar yang terlibat dengan sistem pendidikan mengakui bahawa pendemokrasian pendidikan sememangnya telah wujud. Malaysia yang dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di Dunia Ketiga diakui mengamalkannya. Isu pendemokrasian pendidikan di Malaysia khususnya dari segi peluang dan mutu atau kualiti pendidikan dapat dilihat atau dikesan beberapa aspek pendekatan, perlaksanaan dan amalan seperti berikut:

Sistem Pendidikan Secara amnya sistem pendidikan negara dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat. Peringkat-peringkat tersebut adalah peringkat Rendah yang memakan masa enam tahun, peringkat Menengah yang dibahagikan kepada peringkat Menegah Rendah selama tiga tahun, peringkat Menengah Atas selama dua tahun dan peringkat Tingkatan Enam selama dua tahun. Ini diikuti dengan peringkat Pendidikan Tinggi yang terdiri dari dua jenis institusi iaitu maktab dan universiti. Peringkat-peringkat pendidikan tersebut boleh diklasifikasikan atau dipecahpecahkan lagi kepada beberapa jenis. Pendidikan Rendah contohnya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu (1) Sekolah Kebangsaan; (2) Sekolah Rendah Kebangsaan; dan (3) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil). Begitu juga dengan Pendidikan Menengah juga dapat dibahagi kepada berberapa kategori iaitu Sekolah Menengah Biasa, dan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Disamping itu juga, dalam sistem pendidikan Malaysia terdapat institusi-insitusi pendidikan swasta dan kini ianya meliputi semua peringkat pendidikan. Sistem pendidikan di Malaysia juga membenarkan penubuhan Sekolah Agama Rakyat iaitu warisan dari Sistem Pondok sebagai pilihan untuk mendapatkan pendidikan. Ada juga segelintir mempertikaikan perbezaan-perbezaan ini terutamanya peringkat Pendidikan Rendah kerana sistem pendidikan sedemikian dikatakan tidak menggambarkan satu bentuk pendidikan nasional. Isu tersebut tidak harus ditimbulkan sekiranya kita dengan penuh sedar dan fahami bahawa semua perbezaan tersebut adalah selaras dengan pendekatan dan pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan. Perkara ini dapat difahami dengan jelas dan mudah jika kita mengambil kira kedudukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum. Perlulah ditegaskan bahawa walaupun terdapat perbezaan-perbezaan, namun dari segi pelaksanaannya semua Pendidikan Rendah masih berdasarkan dasar pendidikan yang sama dan mengamalkan kurikulum yang serupa. Dalam konteks yang sama, sistem pendidikan yang sedia ada tidak juga melupakan atau mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Dengan lain perkataan, kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanak-kanak down syndrome juga berpeluang mendapat pendidikan di negara ini. Namun yang masih menjadi isu ialah kanakkanak golongan terpaksa mengikuti kurikulum yang sama serta menduduki peperiksaan awam yang setaraf dengan rakan-rakan mereka yang normal walaupun kemampuan mereka adalah

lebih rendah. Begitu juga halnya dengan institusi-institusi pendidikan swasta begitu ketara kewujudannya pada masa kini. Peningkatan bilangan berbagai instiusi pendidikan swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan pada akhir-akhir ini serta keupayaannya menawarkan berbagai kursus dan bidang pengajian juga adalah sebenarnya merupakan sebahagian daripada agenda pendemokrasian pendidikan. Sesungguhnya peluang dan kemudahan-kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta pada hari ini adalah merupakan kesinambungan dan pelengkap kepada sistem pendidikan yang sedia ada. Namun begitu, apa yang membimbangkan ialah wujudnya petanda-petanda perbezaan yang ketara dan jelas dari segi peluang dan kualiti pendidikan di antara institusi pendidikan swasta berbanding institusi pendidikan kerajaan. Meskipun dapat difahami bahawa kewajipan dan kos untuk kerajaan untuk memperlengkapkan keseluruhan institusi pendidikannya agar setanding dengan institusi pendidikan swasta adalah jauh lebih besar, namun ini tidaklah harus dijadikan alasan untuk menghalalkan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Begitu juga dengan langkah meningkatkan bilangan pelajar di universiti-universiti tempatan mulai sesi pengajian Mei 1998 adalah merupakan langkah memantapkan pendemokrasian sistem. Pertambahan bilangan pelajar bermaksud lebih ramai warga negara yang layak akan diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan. Namun begitu, dalam pelaksanaannya haruslah dipastikan bahawa garduan yang bakal dihasilkan nanti selain dari mampu memenuhi pasaran pekerjaan tempatan adalah benar-benar berkualiti untuk menghadapi daya saing di peringkat global. Pendidikan Untuk Semua Sama sekali tidak dapat dinafikan bahawa dari segi pendekatan dan pelaksanaannya sistem pendidikan di Malaysia sememangnya diwujudkan untuk semua iaitu merangkumi segenap golongan masyarakat tanpa mengira batas sosial, ekonomi, politik ataupun perbezaan geografi. Menurut Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin(1993): " ruang untuk kita melaksanakan pendemokrasian pendidikan dengan makna bahawa setiap anak bangsa kita, khususnya anakanak daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah, anakanak di luar bandar dan pendalaman, memperolehi pendidikanberkualiti. (Pendidikan Profesional, 1993 hal. 2)

Berdasarkan pernyataan tersebut jelas sekali bahawa dari segi pendekatan dan pelaksanaannya dalam aspek pendidikan untuk semua, pendemokrasian pendidikan memerlukan pengagihan peruntukan kewangan dan sumber secara adil dengan member tumpuan khusus kepada kawasan luar bandar di Semenanjung, kawasan pendalaman di Sabah dan di Sarawak serta kawasan-kawasan yang sesak dan miskin di bandar-bandar. Dengan lain perkataan, sistem pendidikan kita tidak pernah mengabaikan atau meminggirkan mana-mana golongan masyarakat khususnya untuk mendapat pendidikan yang bermutu. Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran, beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan memantapkan pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini, Bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak bersekolah. Namun begitu, sekali sekala kita dapati masih ada kanak-kanak di sana sini tidak dapat meneruskan persekolahan atau terpaksa berhenti bersekolah kerana desakan hidup keluarga. Fenomena ini amat sukar difahami terutamanya setelah 40 tahun Negara mencapai kemerdekaan lebih-lebih lagi dalam usaha kita menjadikan negara kita sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Adalah lebih janggal wujudnya situasi sedemikian apabila kita sedang mengimpikan pendidikan bertaraf dunia. Sebenarnya isu sebegini tidak harus timbul dalam era ini jika pihakpihak pelaksana sistem pendidikan terutamanya di peringkat akar umbi iaitu di sekolah-sekolah lebih peka dan memahami tentang agenda pendemokrasian pendidikan. Kemudahan dan Infrastruktur Apabila kita memperkatakan tentang pendemokrasian pendidikan sebagai persamaan dari segi peluang dan mutu pendidikan maka kemudahan dan prasarana atau infrastruktur pendidikan juga haruslah seimbang di antara semua sekolah. Contohnya, seharusnya tidak wujud perbezaan yang ketara di antara sekolah berasrama penuh dengan sekolah-sekolah biasa dan khususnya di antara sekolah-sekolah di bandar dan di luar bandar. Banyak perkara yang berkait dengan kemudahan dan infrastruktur pendidikan iaitu seperti kemudahan-kemudahan untuk proses pengajaran dan pemelajaran, asrama, Pusat Sumber Sekolah, komputer, tenaga pengajar yang berkualiti, sukan dan sebagainya. Dalam

perkembangan berkaitan, usaha memperbaiki prasarana pendidikan luar Bandar diteruskan umpamanya dengan membina asrama desa di setiap daerah, dengan keutamaan diberikan kepada kawasan pendalaman. Daripada segi kemudahan dan infrastruktur pendidikan luar bandar, Malaysia boleh dikatakan di antara negara membangun yang mencatat rekod yang cemerlang. Namun begitu, ini tidaklah pula bermakna kita harus cepat berpuas hati kerana kita tidak wajar mencatat rekod kejayaan berbanding dengan negara-negara yang lebih mundur dan dhaif. Sebenarnya apabila kita katakan pendemokrasian, kita harus juga melihatnya daripada segi perbandingannya dengan negara-negara yang lebih maju sekurangkurangnya berbanding dengan negara-negara maju di rantau ini. Pendidikan Berterusan Seperti yang dinyatakan di atas, pendemokrasian pendidikan juga haruslah berperanan memastikan yang sistem pendidikan memperluaskan peluang pendidikan berterusan. Pendidikan berterusan sebagai sebahagian sentuhan konsep pendidikan seumur hidup bermaksud peluang untuk mendapat dan meneruskan pendidikan setiap penduduk tanpa mengira tahap umur. Dengan lain perkataan, setiap individu tanpa mengira batas usia masih disediakan peluang yang sewajarnya untuk menyambung pendidikan khususnya selepas tamat mengikuti pendidikan wajib selama sembilan atau 11 tahun seperti apa yang terkandung dalam sistem pendidikan sekarang. Dalam perkembangan yang berkaitan, adalah didapati bahawa dari segi pendekatan dan pelaksanaan pendemokrasian dari sudut peluang untuk pendidikan berterusan pada masa kini adalah semakin baik malah jauh lebih baik berbanding perkembangannya sedekad yang lalu. Contohnya, hari ini pendidikan jarak jauh semakin diperluaskan dan menjadi sesuatu yang agak lumrah. Hari ini sudah kedengaran pendidikan jarak jauh untuk peringkat ijazah sarjana. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini adalah diharapkan pendidikan jarak jauh yang mempunyai ciri istimewa dari segi kelonggaran masa dapat dijadikan wadah dalam menyediakan peluang untuk pendidikan berterusan khususnya bagi kalangan mereka yang sudah bekerja tetapi masih berminat dan berkemampuan untuk meneruskan pelajaran demi untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Sekolah Asrama Penuh Salah satu lagi usaha rancangan bagi pendemokrasian pendidikan ialah penubuhan sekolah-sekolah menengah asrama penuh. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk menyediakan peluang untuk menikmati pendidikan yang berkualiti khususnya kepada pelajarpelajar yang berpotensi dan cemerlang dari kalangan anak-anak keluargamiskin dan daif dari luar bandar. Contohnya Sekolah Menengah Sains Cheras telah dijadikan sebuah sekolah asrama penuh bagi anak-anak keluarga miskin. Walau bagaimanapun, kuota diadakan bagi memastikan bahawa majoriti pelajar-pelajar yang dibawa masuk ke sekolah-sekolah asrama penuh lainnya adalah daripada kalangan anakanak keluarga miskin. Semasa Allahyarham Tun Abdul Razak melaksanakan program ini, pembinaan sekolah berasrama penuh dihubungkan dengan program pembangunan luar bandar, dengan kemudahan bagi anak-anak yang paling cerdik dari beberapa sekolah tertentu, dan dihubungkan juga dengan kemudahan bagi anak-anak miskin. Jumlah selebihnya dikhaskan kepada pelajar yang memperolehi prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang tanpa mengira latar belakang keluarga. Matlamat dan dasar asal program perlu dikekalkan dengan memberikan peluang kepada pelajar terbaik berdasarkan merit manakala sejumlah besarnya dikhaskan kepada pelajarpelajar daripada keluarga miskin. Ada yang membidas bahawa pelaksanaan prinsip pendemokrasian sekolah berasrama penuh, maktab perguruan dan universiti dengan mengatakan pelaksanaan sedemikian bermakna kita terus-menerus melayan mediocrity atau kesederhanaan. Dalam konteks ini, pendemokrasian bererti memperlahankan keadilan. Ada pula yang membicarakan tentang merit dan mediocrity terlepas sama sekali daripada perhitungan sama ada orang di kawasan pendalaman dan orang yang miskin terbela atau tidak. Ada juga pihakpihak yang menuntut supaya kita mengetepikan soal keadilan sosial dan menekankan perhitungan merit iaitu perhitungan berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata. Ini adalah pandangan yang mengaibkan kerana sesungguhnya tidak ada negara yang

mempertahankan prinsip demokrasi dan keadilan yang sama sekali mengetepikan kepentingan masyarakat luar bandar, masyarakat susah dan masyarakat miskin. Oleh yang demikian, dasar pendemokrasian pendidikan yang sedia ada haruslah dikekalkan. Walau bagaimanapun, kita perlu menekankan, terutama kepada anak-anak bumiputra, bahawa dasar ini tidak sekali-kali bererti mempertahankan kesederhanaan atau

mediocrity dalam bidang pencapaian akademik. Sebaliknya mereka mestilah berusaha mengejar kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai