Anda di halaman 1dari 3

Scene 1

Tuk Ngah Pada zaman dahulu terdapat sebatang sungai yang besar di daerah Mukim
Batu. Sungai itu mengalir masuk ke sebuah tasik. Daratannya dipenuhi
dengan hutan rimba. Di situlah Pak Talang dan Mak Deruma tinggal
bersama jiran-jirannya.
Pak Talang dan Mak Deruma mempunyai seorang anak muda. Namanya
Tanggang. Dia seorang yang kacak tetapi keras hati. Selain itu, Tanggang
juga mahir memburu dan menangkap ikan.
Pada suatu hari…
Mak Deruma Sampai hati kamu nak meninggalkan ayah dan emak kamu, Tanggang.
Tidakkah kamu berasa kasihan kepada kami?
Pak Talang Benar, Tanggang! Kalau kamu tidak ada, terpaksalah ayah pergi
menangkap ikan, mencari lokan dan sayur hutan seorang diri.
Tanggang Tapi, ayah! Emak! Apa yang Tanggang lakukan ini untuk kebaikan diri
Tanggang, ayah dan emak juga.
Sanggupkah ayah dan emak melihat diri Tanggang selalu dihina?
Tanggang malu. Tanggang malu dikatakan anak orang miskin. Bekerja
sebagai nelayan dan pencari lokan.
Tuk Ngah Setelah puas Tanggang mendesak bersungguh-sungguh akhirnya ibu
bapanya membenarkannya pergi merantua mencari kejayaan tetapi
dengan hati yang berat. Cuma mereka mengharapkan agar anak mereka
itu pandai-pandailah menjaga diri semasa berada di tempat orang.
Mak Deruma Lagi satu pesan emak. Kalau kamu dah berjaya dan hidup senang, jangan
sombong dan lupa diri. Apalagi sombong terhadap ibu bapa sendiri.
Tanggang Tak mungkin, emak. Tanggang tak mungkin akan melupakan emak dan
ayah. Apalagi, sombong terhadap ibu bapa kandung!
Scene 2
Tuk Ngah Pada keesokan harinya, Tanggang telah bersiap sedia untuk pergi
merantau. Bagaimanapun, dia tidak pasti apakah kejayaan yang bakal
diperolehinya nanti. Dia pernah mendengar orang berkata, kalau tidak
dicuba, tidak akan tahu hasilnya.
Tanggang Kalau tidak dipecahkan royong, takkan dapat sagunya!
Tuk Ngah bisik hati kecil Tanggang.
Tanggang Selamat jalan, emak! Ayah! Pasti suatu hari nanti kita akan berjumpa
semula!
Mak Deruma Ambillah bekalan pisang salai kegemaran kamu ini Tanggang.
Selamat jalan Tanggang. Carilah kejayaan dengan bersungguh-sungguh.
Setelah berjaya segera pulang ke kampung halaman semula.
Scene 3
Tuk Ngah Tanggang mendayung perahu kecilnya ke arah sebuah kapal besar. Kapal
tersebut bernama Kapal Helang Segara. Tanggang dapat melihat ramai
anak kapal sedang bekerja dengan bersungguh-sungguh. Setelah meminta
kebenaran daripada seorang anak kapal, Tanggang pun naik berjumpa
dengan nakhoda kapal tersebut.
Nakhoda Siapakah kamu? Apa tujuan kami ke kapal ini? Tentulah kamu
mempunyai tujuan tertentu?
Tanggang Tuan nakhoda! Sebenarnya saya ini hendak merantau mencari kejayaan
hidup. Bolehkah saya menumpang kapal tuan? Kalau boleh, saya
sanggup menjadi orang suruhan tuan nakhoda.
Nakhoda Baiklah tetapi ingat, lakukan apa saja yang saya suruh kalau kamu nak
kekal bekerja di sini!
Scene 4
Tuk Ngah Kapal Helang Segara terus belayar. Ada masanya ia menempuh laut
tenang. Kadang-kadang ia menempuh laut yang bergelora. Tanggang pula
menempuh berbaga-bagai pengalaman. Dia belajar adat resam dan bahasa
anak-anak kapal itu. Dia juga rajin bekerja. Nakhoda sangat sayang
kepadanya hinggakan menjadikannya anak angkat.
Scene 5
Nakhoda Tanggang, saya amat menyenangi kamu. Saya sudah tua dan uzur.
Kamulah harapan saya untuk menggantikan saya sebagai nakhoda Kapal
Helang Segara.
Setelah kamu menjadi nakhoda kapal, Tanggang, jangan sekali-kali kamu
abaikannya. Ini amanah saya kepada kamu.
Scene 6
Tuk Ngah Mulai hari itu, Tanggang dikenali sebagai Nakhoda Tanggang. Nakhoda
Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh
itu, dia dijemput oleh sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Nakhoda
Tanggang pun berkahwin dengan puteri sultan yang bernama Puteri
Qasidah. Nakhoda Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak
tempat di merata negeri.
Setelah beberapa hari berlayar…
Tiba-tiba langit ditutup mendung. Awan hitam berlapis-lapis.
Tanggang Nampaknya ribut akan turun. Rapat ke pantai.
Cucu Tuk Tuk! Tuk! Saya tahu apa yang terjadi selepas itu.
Ngah
Tuk Ngah *melatah* Cu ni… Buat terperanjat atuk sahaja. Iye… apa yang terjadi
selepas itu?
Cucu Tuk Pada ketika itu, Bahtera Helang Segara pun mudik ke hulu sungai.
Ngah
Tanggang Rasanya tempat ini pernah ku lihat.
Tuk Ngah Yah. Pada masa yang sama juga, semua penduduk Mukim Batu menjadi
heboh.
“Tanggang sudah pulang! Tanggang sudah pulang! Kapal Tanggang ada
di tasik,” teriak mereka.
Pak Talang dan Mak Deruma terlalu gembira mendengarnya. Mereka pun
menyiapkan pisang salai kegemaran Tanggang. Kemudia, mereka
mengayuh perahu menuju bahtera di tengah tasik.
Scene 7
Mak Deruma Tanggang! Tanggang! Emak datang. Tidakkah kamu merindui emak?
Puteri Kanda! Benarkah emak kanda sudah tua dan keadaannya amat daif dan
Qasidah memalukan ini?
Tanggang Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi.
Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik
ke kapal.
Mak Deruma Oh, anakku Tanggang. Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai
kegemaranmu, nak.
Tanggang Hei, orang tua nyanyuk! Pergi engkau dari sini! *pukul jari ibu*
Scene 8
Pak Talang Sudahlah Deruma. Kalau dia tidak mengaku kita ibu bapanya, mari kita
pulang.
Mak Deruma Sampai hati engkau Tanggang.
Tuk Ngah Mak Deruma masih berasa sakit. Air matanya berlinang. Dia menoleh ke
arah bahtera sekali lagi. Tanggang telah meninggalkan tempatnya. Dia
tidak mempedulikan ibunya. Mak Deruma terus menangis. Tangannya
masih berdarah.
Mak Deruma Ya Tuhanku…!
Tuk Ngah Mak Deruma tidak dapat meneruskan kata-katanya. Hatinya hancur
luluh.
Scene 9
Tuk Ngah Tiba-tiba langit menjadi mendung. Sebentar kemudian, ribut pun turun.
Kilat sabung-menyabung. Petir bendentum memekakkan telinga. Hujan
turun mencurah-curah.
Pak Talang dan Mak Deruma sampai ke darat. Ketika itulah kilat
memancarkan cahayanya. Petir berdentum dengan kuatnya.
Tanggang Emak!
Tuk Ngah Kemudian keadaan menjadi senyap. Pak Talang dan Mak Deruma segera
menoleh ke arah bahtera di tengah tasik. Jeritan manusia jelas didengar.
Keadaan di Bahtera Helang Segara riuh-rendah.
“Nakhoda Tanggang dipanah petir! Nakhoda Tanggang dipanah petir!”
jerit anak-anak kapal.
Mak Deruma Ampunilah anakku.