Anda di halaman 1dari 6

DOA BERKAITAN SOLAT

ANTARA SYARAT-SYARAT DOA DIMAKBULKAN ALLAH

Berdoa dalam keadaan suci daripada hadath besar/kecil dan najis pada
tubuh badan maupun pakaian, bersih lahiriah serta batiniah.
Memohon perkara-perkara kebajikan.
Insaf serta rasa penyesalan di atas dosa-dosa yang telah dilakukan pada
masa lalu.
Memohon doa di waktu-waktu tertentu seperti selepas melakukan solat-
solat fardhu, solat tengah malam atau hari Jumaat.
Melakukannya dengan khusyuk, baik sangka dengan Allah.
Hidup dengan makanan yang halal.
Tidak meminta perkara maksiat.
Menyeru nama-nama Allah yang munasabah denga hajat yang diminta.
Menggesa serta mengulang-ulang permohonan itu

TERDAPAT BEBERAPA DOA YANG BERKAITAN DENGAN SOLAT INI


ANTARANYA (Sila klik untuk doa) :

DOA QUNUT

Allah humah dini fiman


hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala
yuqdha 'alait. Wainnahu
layadziluman walait. Walaa
ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana
wata'alait.
Falakalhamdu 'ala
maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina
Muhammadinin nabiyil
ummiyi waala aalihi
wasahbihi wasalam.
Maksudnya:

Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah


Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang
yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti
orang yang telah Engkau pelihara. Dan
anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau
anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang
telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang
menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah
hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah
mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat
berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi
Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah
Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah
aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera
kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy
dan keluarganya serta sahabatnya.

Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar,
manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada
kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta
menyambutnya dengan Amin sahaja.:-

"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"


"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
''Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"

Sujud Sahwi:

Perkara-perkara sunat di dalam sembahyang ada banyak, di antaranya adalah


sunat aba'dh di mana apabila tertinggal melakukannya maka hendaklah diiringi
dengan sujud sahwi. Sebelum salam hendaklah kita sujud dahulu dua kali dan
ucapkan dalam sujud itu:

Subhaana man laa yanaamu walaa yas hu

Maksudnya:
Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa

DOA SELEPAS AZAN

Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah.


Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa
waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal
lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli
waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira.
Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi
wassallam.

Maksudnya:

Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan


dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah
kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan
kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah
ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat
kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara
akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami
Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.
DOA SELEPAS WUDHU'

Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu


anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni
manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin waj 'alni min
abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu
alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala
saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.
Maksudnya:

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang


esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa
Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah
aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat
kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau.
Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta
sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta
sahabat-sahabat Baginda.

DOA SELEPAS SEMBAHYANG


Bismilla hirrahma nirrahimm
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma solli wasallim 'ala
saiyidina Muhammadiw wala alihi wasahbihi ajma'in. Allahuma
inna nas alukal 'afwa wal 'afiah, wal mu 'aafatad da imah,
fiddini waddun ya wal akhirah. Allahumma ahsin 'aqibatana fil
umuri kulliha, waajirna min khizyid dunya wa'azabil akhirah.
Allahumma inna nas aluka minal khairi kullihi 'ajilihi waajilihi,
maalimna minhu wama lam na'lam. Waanuzubika minas syarri
kullihi, 'ajilihi wa ajilihi, ma alimna minhu wama lam na'alam.
Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw
waqina 'azabannar. Wasalallahu 'ala saiyidina Muhammadiw
wa 'ala alihi wasahbihi wassalam.
Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang


Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian alam. Ya Allah,
kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami
Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami
pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan
selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah,
baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan
jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya
Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat
atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan
kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat
atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya
Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan
akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah,
limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami
Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Anda mungkin juga menyukai