Anda di halaman 1dari 7

WAJIB HAJI

Setiap wajib haji di bawah mestilah dilakukan jika tertinggal atau tidak
melakukan salah satu daripada wajib haji tersebut akan dikenakan dam.
Sila klik untuk makluman lanjut.

NIAT IHRAM

PENGERTIAN NIAT IHRAM DI MIQAT


Berniat ihram haji di tempat yang telah ditetapkan oleh syarak

HAJI TAMATTUK
Di Makkah di tempat kediaman atau di dalam kenderaan sebelum
bertolak ke Arafah

HAJI IFRAD ATAU QIRAN


Di Miqat Qarnul Manazil atau sebelum sampai Miqat seperti di
kompleks atau dalam kapal terbang sebelum bertolak ke Makkah atau
di Bir Ali atau sebelum sampai di Bir Ali seperti di tempat kediaman
atau di dalam kenderaan sebelum bertolak ke Makkah

Petunjuk Miqat

LARANGAN SEMASA IHRAM


Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum
- Lelaki sahaja

Menutup kepala atau sebahagian daripadanya


- Lelaki sahaja

Menutup muka
- Wanita sahaja

Memakai sarung tangan


- Lelaki dan Wanita

Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman


atau menghisapnya ke dalam hidung
- Lelaki dan Wanita

Memakai minyak di kepala atau janggut dan semua bulu muka selain
daripada tumbuhan di pipi dan di dahi
- Lelaki dan Wanita

Menanggalkan rambut atau bulu dari mana-mana anggota badan


- Lelaki dan Wanita

Mengerat atau memotong kuku


- Lelaki dan Wanita

Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah


Haram
- Lelaki dan Wanita

Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau


membinasakannya di Tanah Haram atau di Tanah Halal
- Lelaki dan Wanita

Melakukan pendahuluan persetubuhan


- Lelaki dan Wanita

Bersetubuh/berjimak
- Lelaki dan Wanita

Berkahwin/mengahwinkan/menerima wakil kahwin


- Lelaki dan Wanita

BERMALAM (MABIT) DI MUZDALIFAH


PENGERTIAN BERMALAM (MABIT)
Berada di bumi Muzdalifah sepanjang malam hingga pagi ATAU
Berada di bumi Muzdalifah seketika selepas tengah malam

WAKTU MABIT
Pada malam 10 Zulhijjah

AMALAN-AMALAN SUNAT
Berdoa
Berzikir
Sembahyang Sunat
Mengutip Anak-Anak Batu
PENGECUALIAN MABIT JIKA UZUR
Takut terancam keselamatan diri atau harta
Menjaga atau menemani orang sakit
Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
Berpenyakit dan sukar bermalam
Terpaksa

MELONTAR JAMRAH AL'AQABAH


WAKTU AFDAL
Pada waktu DUHA 10 ZULHIJJAH

WAKTU DIHARUSKAN
Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13
Zulhijjah

SYARAT-SYARAT MELONTAR

Hendaklah Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap


Jamrah
Hendaklah Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula,
kemudian Jamratul Wusta dan di akhiri di Jamratul Aqabah
Hendaklah Melontar tidak terpesong daripada tujuan lain

Hendaklah Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya


Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamarat
dengan yakin
Hendaklah Melontar dengan gaya melontar

Hendaklah Melontar dengan tangan


Tertib hari Melontar, bermakna tidak sah Melontar pada hari ke-
11, melainkan setelah Melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah
Melontar hari ke-12, melainkan sudah Melontar bagi hari ke-11.
Begitu juga tidak sah Melontar untuk hari ke-13 kecuali setelah
Melontar untuk hari ke-12
Dilarang Melontar untuk orang lain kecuali setelah Melontar
ketiga-tiga Jamarat untuk dirinya sendiri

BERMALAM (MABIT) DI MINA


PENGERTIAN BERMALAM (MABIT)
Berada di bumi Mina sepanjang malam hingga pagi ATAU
Berada di bumi Mina lebih daripada setengah malam

WAKTU MABIT
Pada malam 11, 12, 13 Zulhijjah

PILIHAN MABIT
Boleh bermalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah)
DI namakan NAFAR Awal
Boleh bermalam 3 malam (malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah)
DI namakan NAFAR Thani
PENGECUALIAN MABIT JIKA UZUR
Takut terancam keselamatan diri atau harta
Menjaga atau menemani orang sakit
Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
Berpenyakit dan sukar bermalam
Terpaksa

MELONTAR JAMRAH PADA 11, 12, 13 ZULHIJJAH (HARI-HARI


TASYRIQ)
11 ZULHIJJAH (HARI TASYRIQ PERTAMA)

Urutan: Jamratul Ula


Jamratul Wusta
Jamratul Aqabah

Waktu Afdal: Selepas gelincir matahari 11 Zulhijjah

Selepas fajar 11 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13


Waktu Haram:
Zulhijjah

12 ZULHIJJAH (HARI TASYRIQ KEDUA) - NAFAR AWAL

Urutan: Jamratul Ula


Jamratul Wusta
Jamratul Aqabah

Waktu Afdal: Selepas gelincir matahari 12 Zulhijjah

Selepas fajar 12 Zulhijjah hingga terbenam matahari


Waktu Haram:
13 Zulhijjah
13 ZULHIJJAH (HARI TASYRIQ KETIGA) - NAFAR THANI

Urutan: Jamratul Ula


Jamratul Wusta
Jamratul Aqabah

Waktu Afdal: Selepas gelincir matahari 13 Zulhijjah

Selepas fajar 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari


Waktu Haram:
13 Zulhijjah

SYARAT-SYARAT MELONTAR
Hendaklah Melontar dengan 7 biji anak batu pada tiap-tiap Jamrah
Hendaklah Melontar dengan tertib dimulai dari Jamratul Ula,
kemudian Jamratul Wusta dan di akhiri di Jamratul Aqabah
Hendaklah Melontar tidak terpesong daripada tujuan lain

Hendaklah Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya


Hendaklah batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamarat dengan
yakin
Hendaklah Melontar dengan gaya melontar

Hendaklah Melontar dengan tangan


Tertib hari Melontar, bermakna tidak sah Melontar pada hari ke-11,
melainkan setelah Melontar Jamratul Aqabah dan tidak sah Melontar
hari ke-12, melainkan sudah Melontar bagi hari ke-11. Begitu juga
tidak sah Melontar untuk hari ke-13 kecuali setelah Melontar untuk
hari ke-12
Dilarang Melontar untuk orang lain kecuali setelah Melontar ketiga-
tiga Jamarat untuk dirinya sendiri

Anda mungkin juga menyukai