Anda di halaman 1dari 11

BMJ Case Reports 2009; doi:10.1136/bcr.07.2008.

0586

Unusual presentation of more common disease/injury

Lymphatic system anomalies in Crouzon syndrome


1. Pierre Bourgeois1, 2. Stphane Moniotte2
+Author

Affiliations

1.

Institute Jules Bordet, Service of Nuclear Medicine, 121, Boulevard De Waterloo, Brussels, B1000, Belgium 2.
2

Cliniques Universitaires Saint-Luc, Department of Pediatrics, Avenue Hippocrate, 10, Brussels, B-1200, Belgium 1. Pierre Bourgeois, pierre.bourgeois@bordet.be

Published 20 March 2009

Summary
Crouzon syndrome is a rare genetic disorder characterised mainly by distinctive malformations of the skull and facial region and caused by mutations in the fibroblast growth factor receptor 2 (FGFR2) gene. No study reported on oedemas related to lymphatic systemabnormalities in these patients. A case of Crouzon syndrome displaying classic facial anomalies but also with bilateral lower limb oedema is reported in whom lymphoscintigraphic investigation of the limbs clearly delineated the presence of lymphaticsystem anomalies.

KESAN LATIHAN PLIOMETRIK DAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP KEKUATAN OTOT BAHAGIAN ATAS BADAN PENULIS :ROHANA BINTI HASHIM (UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA) TARIKH : 30 APRIL 2008

Objektif latihan pliometrik adalah untuk meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif sementara latihan bebanan bagi meningkatkan saiz otot. Kajian ini melihat kesan latihan pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan. Seramai 33 orang pemain hoki wanita terlibat dalam kajian (19 pemain Sukma Johor dan 14 pemain UTM) yang dibahagikan secara rawak kepada 3 kumpulan iaitu latihan pliometrik (LP), latihan bebanan (LB) dan kawalan (K). Pengujian 1RM arm-curl menggunakan S3.45 Strength Multi-Station dan 1RM bicepscurl menggunakan free weight dijadikan alat pengukur keberkesanan latihan. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat peningkatan (signifikan pada aras p<0.05) bagi skor kekuatan 1RM, 25%, 18.1%, 28%, 34.3% bagi kumpulan LP dan LB subjek UTM dan Sukma Johor secara berturutan. Peningkatan dalam kedua-dua kumpulan kajian menunjukkan bahawa latihan pliometrik dan latihan bebanan berkesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan. Oleh itu, pemain hoki boleh mendapat faedah sekiranya menggunakan latihan tambahan iaitu gabungan latihan pliomerik dan latihan bebanan.

ULASAN

Hasil kajian ini dapat membantu pemain hoki dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan melalui latihan pliometrik dan latihan bebanan. Kedua-dua latihan ini memberi kesan dalam meningkatkan kekuatan otot dan ia hanya dibezakan dengan teknik lakuan semasa latihan. Teknik lakuan latihan pliometrik menggunakan medicine ball adalah lebih bebas dan fleksibel jika dibandingkan dengan teknik lakuan latihan bebanan yang tegar dan tetap. Selain itu, kepentingan kajian ini adalah untuk membantu jurulatih dalam usaha meningkatkan kekuatan otot bahagian atas badan pemain supaya kepantasan dan ketepatan hantaran dapat dikekalkan dalam tempoh permainan selama 70 minit. Coleman (2002) menyarankan bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan sebelum melatih kemahiran, kelajuan, kuasa dan daya tahan. Disamping itu, tanpa asas kekuatan yang baik, pemain tidak mampu melakukan latihan yang berulang-ulang untuk meningkatkan kemahiran dalam sukan yang diceburi.

Kajian ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang latihan pliometrik bahagian atas badan dalam semua jenis sukan kerana kebanyakkan kajian latihan pliometrik menumpukan pada bahagian bawah badan iaitu anggota kaki untuk meningkatkan kuasa dalam aktiviti lompatan. Selain itu, latihan pliometrik memerlukan peralatan dan kos yang minimum, iaitu hanya menggunakan medicine ball atau ubahsuai medicine ball sekiranya tidak mempunyai peralatan jika dibandingkan dengan latihan bebanan yang memerlukan peralatan yang mahal.

SELASA, 19 JULAI 2011

Salur darah tersumbat

Oleh DR. NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN JIKA anda sudah bertahun-tahun menghidap kencing manis serta selalu terlupa dan terleka mengawal paras gula dalam darah, berhati-hatilah kerana anda mempunyai risiko tinggi untuk menjadi buta. Benarkah kencing manis boleh menyebabkan buta? Benar. Ia penyebab utama kebutaan di negara ini. Kajian Mata Kebangsaan pada 1996 mendapati, antara penyebab utama masalah kehilangan penglihatan ialah katarak dan penyakit retina. Kencing manis boleh mengakibatkan kebutaan dengan merosakkan salur darah dalam retina (saraf di belakang mata). Kemungkinan menjadi buta akibat kencing manis adalah 25 kali lebih tinggi berbanding individu sihat. Pandangan akan terganggu jika pembuluh darah pada retina tersumbat atau berlaku kebocoran yang menyebabkan pendarahan dan pembengkakan pada retina. Penyumbatan salur darah ini akhirnya boleh menyebabkan pertumbuhan salur darah baru yang tidak normal dalam mata pesakit. Salur darah ini juga sangat lemah dan boleh pecah bila-bila masa. Apabila salur darah pecah, ia mengeluarkan darah dan lemak di dalam mata. Kehadiran darah dan lemak ini membuatkan pandangan pesakit kencing manis menjadi kabur. Malah, mereka juga nampak seolah-olah ada tompok hitam pada objek yang dipandang. Jika tidak dirawat segera, gejala ini boleh menyebabkan kebutaan. Kira-kira 39 peratus daripada 18,000 penduduk yang mengalami masalah katarak menjadi buta, manakala 24 peratus lagi hilang penglihatan akibat penyakit retina (juga dipanggil retinopati diabetis) yang disebabkan kencing manis tidak terkawal. Ini adalah masalah yang membimbangkan kerana jumlah pesakit kencing

manis bertambah setiap tahun. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2000 menyatakan, 2.8 peratus penduduk dunia atau 135 juta orang menghidap kencing manis. Keadaan sama berlaku di negara kita. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 menunjukkan, 8.3 peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis dan 49 peratus (lebih separuh) mempunyai kawalan kandungan gula dalam darah yang tidak baik. Ini bermakna satu daripada dua pesakit kencing manis tidak mengawal pemakanan mereka. Menurut Perunding Kanan Oftalmologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Muhaya Mohamad, penyelidikan yang dijalankan di beberapa hospital mendapati ramai pesakit kencing manis mempunyai masalah retinopati diabetis iaitu 49 peratus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), 49 peratus di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan 52 peratus di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Lebih membimbangkan, keputusan kajian di Hospital Muar pada 2003 menunjukkan, retinopati diabetis berlaku pada 72 peratus pesakit kencing dan 41 peratus daripadanya ada masalah mata yang menyebabkan buta. Ini menunjukkan lebih separuh pesakit kencing manis yang dirujukkan ke hospital kurang memberi perhatian terhadap kawalan pemakanan, walaupun tahu risiko akibat berlebihan gula dalam darah, katanya sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia 12 Oktober lalu anjuran bersama Persatuan Oftalmologi Malaysia, Tabung Mata Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia, PETRONITA dan Petronas. Sempena hari itu juga, beliau menghasilkan poskad mengenai bahaya kebutaan kepada pesakit kencing manis. Ia akan diedarkan kepada semua stesen minyak Petronas di Semenanjung mulai 17 Oktober ini. Tidak kira sama ada pesakit kencing manis lelaki atau perempuan, keduaduanya mempunyai risiko sama untuk buta jika paras gula dalam darah tidak dikawal. Katanya, setiap pesakit kencing manis berdepan risiko mengalami masalah retina. Penyelidikan menunjukkan selepas lima tahun, hampir 50 peratus pesakit kencing manis mempunyai masalah retinopati diabetis. Semua ini

disebabkan kebanyakan penduduk di negara kini, khususnya penghidap kencing manis, jarang atau tidak pernah menjalani pemeriksaan mata. Apa pentingnya jalani pemeriksaan mata? Kencing manis adalah penyebab kebutaan di kalangan pesakit berumur antara 20 hingga 70 tahun dan ia sebenarnya boleh dicegah. Pemeriksaan mata sangat penting, terutama pada yang masih dalam peringkat umur produktif. Setiap tahun hampir 10,000 penduduk Amerika Syarikat buta akibat kencing manis. Di Malaysia, kebanyakan pesakit kencing manis yang mendapatkan rawatan di klinik mata dikesan mempunyai retinopati diabetis kerana lewat dirujuk. Jika tidak dirawat dan mengawal paras gula dalam darah, mereka boleh menjadi buta. Di kalangan pesakit kencing manis kanak-kanak (diabetis Jenis 1) ketika penyakit mereka mula dikenal pasti, sebanyak 10 peratus sudah mempunyai masalah retina. Selepas 10 tahun menghidap kencing manis, hampir 43 peratus pesakit kanak-kanak ada penyakit retina. Biasanya penyakit retina akan muncul selepas lima tahun menghidap kencing manis. Pesakit kencing manis yang mengalami mendapat sakit mata dinasihatkan segera menjalani pemeriksaan kesihatan. Ini kerana apabila ada kerosakan mata, mereka juga berkemungkinan menghadapi masalah kerosakan saraf. Pada masa sama, mereka perlu jalani ujian air kencing bagi mengesan kehadiran protein yang menunjukkan ada masalah buah pinggang. Rawatan Perkara paling utama ialah pencegahan. Sehingga kini tiada ubat boleh mencegah masalah retinopati diabetis. Malah, rawatan terbaik ialah sentiasa mengawal paras gula dalam darah supaya sentiasa dalam lingkungan 6 mmol/liter (ketika berpuasa) dan tidak melebihi 7.5 mmol/liter selepas makan. Bagi yang ada masalah retinopati diabetis, pesakit boleh menjalani rawatan laser. Usah bimbang dengan perkataan laser. Ia adalah rawatan cahaya,

tidak menyakitkan, mata tidak perlu dibedah dan pesakit dirawat sebagai pesakit luar. Rawatan laser ini hanya mengambil masa antara 10 hingga 30 minit. Ia sesuai bagi pesakit yang mengalami masalah kebocoran lemak di tengah mata atau pendarahan. Ia juga boleh mencegah kerosakan berterusan dan pesakit biasanya dibenarkan balik ke rumah pada hari sama. Penyakit retina hanya boleh dikesan pakar mata dan kini terdapat teknik mudah untuk mengesan retinopati diabetis melalui kamera khas. Sehingga kini Kementerian Kesihatan menyediakan 23 kamera yang ditempatkan di hospital utama dan klinik di seluruh negara. Sebaik disahkan menghidap kencing manis, pesakit perlu minta doktor menyediakan surat rujukan untuk mereka mendapatkan perkhidmatan pengambilan gambar retina. Perkhidmatan ini ada di semua hospital besar, katanya. Gunakan peluang ini untuk menambah pengetahuan mengenai penjagaan mata, khususnya di kalangan pesakit kencing manis. Perangsang kebutaan MENURUT Dr Muhaya, beberapa faktor boleh mempercepatkan proses kebutaan iaitu apabila pesakit turut mengalami masalah: Paras gula dalam darah tidak terkawal (paras gula perlu dikekalkan ialah 6 mmol/liter ketika puasa dan tidak melebihi 7.5 mmol/liter selepas makan). Tekanan darah tinggi (melebihi 130/80 mmHg). Paras kolesterol tinggi (melebihi 5.2 mmol/liter). Merokok.

Mengandung. Bagi kes wanita yang ada kencing manis dan mengandung, risiko mereka lebih tinggi. Mereka disaran menjalani pemeriksaan mata sejak awal sebaik disahkan mengandung dan setiap kali pemeriksaan kehamilan. Wanita yang hanya mendapat kencing manis ketika mengandung juga perlu menjalani pemeriksaan mata secara berterusan sepanjang kehamilan. Ketika mengandung, paras hormon akan berubah. Perubahan paras hormon ini menyebabkan masalah retina berlaku lebih cepat. Mereka juga perlu terus diperiksa dan mengawal paras gula dalam darah sehingga enam bulan selepas bersalin, katanya. Penjagaan untuk lelaki sebenarnya lebih mudah kerana mereka tidak mengandung. Yang penting, pesakit kencing manis yang merokok mesti berhenti merokok secepat mungkin. Pesakit kencing manis juga berdepan masalah lain iaitu katarak dan glaukoma. Mereka juga biasanya lebih cepat mengalami katarak berbanding individu sihat. Pun begitu, bukan semua pesakit kencing manis akan menghadapi penyakit retina kerana ia boleh dielakkan dengan menjaga pemakanan dan mengawal paras gula dalam darah sepanjang masa. Sumber: Harian Metro 15.10.2008

Soda diet bantu cegah batu karang?


WARTAWAN SINAR HARIAN

3 April 2012

Soda diet bantu cegah batu karang? Dr Mike Adams, pakar pemakanan holistik terkemuka menyifatkan Journal of Urology sebagai jurnal paling terencat akal bagi 2010. Anda ingin tahu mengapa? Ini berikutan apabila jurnal tersebut menerbitkan sebuah artikel (diterbitkan atas talian pada 19 April 2010) yang menyarankan agar orang ramai mengambil soda diet sebagai agen berkesan bagi mengelak atau memecahkan batu karang. Kajian diketuai Pakar Urologi dari Massachusetts General Hospital di Boston, Dr Brian H Eisner menunjukkan betapa beliau dan pasukan penyelidiknya tidak ambil peduli langsung mengenai ketoksikan bahan yang terdapat dalam soda diet. Menurut artikel Dr Mike Adams dalam Naturalnews.com, Dr Brian jelas kurang mahir mengenai pemakanan manusia dan ketoksikan aspartame. Batu karang dikatakan antara penyakit yang amat menyakitkan penghidapnya. Wanita yang pernah mengalaminya biasanya menyatakan ia lebih menyakitkan berbanding ketika melahirkan bayi. Sakit berpunca daripada batu karang biasanya muncul secara tiba-tiba dan sesetengah orang terpaksa dihantar ke hospital bahagian kecemasan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi bahan pembentuk kristal termasuk kalsium, asid urik dan sejenis sebatian dikenali sebagai oxalate. Baru karang yang terbentuk biasanya terdiri daripada saiz butiran pasir atau lebih kecil daripada itu. Walaupun bersaiz kecil, apabila ia terbentuk dan tersangkut pada organ sistem urinari ia menyebabkan kesakitan yang tidak terperi. Penulis pernah melihat batu karang bersaiz besar sebesar hujung jari kelengkeng yang dikeluarkan daripada pundi kencing seorang pesakit. Ia kelihatan seperti kerangan laut di mana permukaan luarnya tajam berduri. Jadi sifat fizikalnya yang sedemikian memang amat menyakitkan penghidap kerana durinya mencucuk bahagian dalam pundi kencing sepanjang masa.

Limau nipis dan minyak zaitun Antara cara mudah untuk meredakan sakit berpunca daripada batu karang ialah minum air limau nipis sebaik-baiknya tanpa gula. Perah sebiji limau nipis tua ke dalam secawan air mineral dan minum sukatan yang sama tiga hingga kali sehari. Untuk nyahkan batu karang, boleh digabungkan dengan minyak zaitun. Caranya ialah ambil sesudu besar air perahan limau nipis dan sesudu besar minyak zaitun dengan empat cawan air. Mereka yang mengamalkannya melaporkan biasanya batu karang akan keluar bersama air kencing beberapa jam selepas mengambil bahan tersebut. Sitrat dikatakan berupaya melarutkan batu karang dan minyak zaitun pula dipercayai berfungsi sebagai pelincir. Rakyat di Malaysia dan Asia Tenggara biasa minum air limau nipis. Penduduk di negara hemisfera utara pula biasa mengambil lemoned iaitu air minuman mengandungi perahan lemon segar. Penggunaan lemoned secara tradisional inilah yang mencetus idea Dr Eisner menjalankan kajian ke atas beberapa jenis soda diet bagi mencegah pembentukan batu karang. Dalam kajiannya, Dr Eisner memilih soda diet berbanding soda berwarna gelap kerana soda diet mengandungi peratusan sitrat yang lebih tinggi dan kurang kalori. Soda diet tidak mengandungi gula (sirap jagung tinggi fruktos, SJTF). Aspartame yang tidak berkalori digunakan bagi menggantikan SJTF. Faktor inilah yang menyebabkan soda diet rendah/tanpa kalori. Dr Eisner mendapati kandungan sitrat dalam soda diet jenama Diet Sunkist Orange, Diet 7Up, Sprite Zero, Diet Canada Dry Ginger Ale, Sierra Mist Free, Diet Orange Crush, Fresca dan Diet Mountain Dew adalah menyamai atau lebih tinggi dari minuman lemoned.

Utamakan kemaslahatan manusia Sebahagian doktor, pakar pemakanan konvensional atau wartawan yang membaca laporan Dr Eisner ini mungkin mencadangkan soda diet kaya sitrat bagi tujuan memecahkan atau mencegah batu karang. Namun, sesiapa pun mereka fikirlah banyak kali sebelum mencadangkan kepada orang ramai. Dr Eisner berandaian bahawa jika lemoned yang kaya sitrat mampu memecahkan batu karang maka sudah tentu soda diet kaya sitrat juga mampu melakukan tugas yang sama. Lemoned atau air limau nipis adalah dari buah-buahan sitrus semula jadi. Sebaliknya, soda diet ialah minuman yang mengandungi pelbagai bahan yang tidak semula jadi dan dikategorikan minuman terproses. Pengambilan minuman tersebut dikatakan menjejaskan kesihatan tubuh untuk jangka panjang. Manakala lemoned (paling baik tanpa gula) membawa kebaikan kepada tubuh.

Jika soda diet kaya sitrat disarankan sebagai alternatif menggantikan lemoned atau limau nipis bertujuan memecahkan batu karang, maka saranan ini sama sahaja jika kita menyarankan minum air berperisa buah-buahan tiruan sebagai alternatif jus buahbuahan asli bertujuan mencegah kanser! Ia juga sama sahaja dengan menyarankan penghidap demam denggi minum isotonik sebagai alternatif air kelapa.