Anda di halaman 1dari 21

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas Wanita berunsur Tanah Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. Wanita berunsurkan Air Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah. Wanita yang berunsurkan Api Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan halhal rumahtangga. Penasihat yang baik kepada suami. Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami. Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. Wanita berunsur Angin Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. Pandai bermain kata dan memujuk rayu. Sopan santun dan berbudi pekerti mulia. Bijak mewujudkan suasana selesa. Hati yang cepat berubah ubah. Posted by Pak Lang at 6:27 PM 1 comments

Labels: rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, rahsia wanita

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran


JANUARI bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan suka smart, kemas dan teratur sensitif, berfikiran mendalam pandai mengambil hati orang lain pendiam kecuali setelah dirangsang agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi mudah mendisiplinkan diri sendiri badan sehat tetapi mudah diserang selesema bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya cukup sayang kepada kanak-kanak suka duduk di rumah setia pada segalanya rajin belajar dan kemahiran sosial sikap cemburu yang sangat tinggi FEBRUARI berfikiran abstarak sukakanbenda yang realiti dan abstrak inteligent, bijak dan genius berpersonaliti yang mudah berubah mudah menawan orang lain agak pendiam, pemalu dan rendah diri jujur dan setia pada segalanya keras hati untuk mencapai matlamat tidak suka dikongkong mudah memberontak jika dikongkong suka kegiatan lasak emosinya mudah terluka dan sangat sensitif mudah mempamirkan marahnya tidak suka kepada benda remeh temeh suka berkawan tapi kurang mempamerkanya sangat berani dan suka memberontak bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya pemerhatian yang tajam suka hiburan dan sukan suka benda yang bersifat seni sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran berkecenderungan kepada benda yang tahyul amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros belajar untuk mempamirkan emosi MAC berpersonaliti menarik dan menawan mudah didampingi sangat pemalu dan pemendam rasa sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran suka pada kedamaian

sangat peka kepada orang lain sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain tidak cepat marah dan sangat amanah tahu balas budi dan kenang budi pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal suka berangan-angan suka melancong sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi kelam kabut dalam memilih pasangan suka dengan hiasan rumahtangga punya bakat seni dalam bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody APRIL sangat aktif dan dinamik cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal sangat menarik dan pandai manjakan diri punya daya mental yang sangat kuat suka dapat perhatian sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah sangat berani dan tiada perasaan takut suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik jika tidak terkawal berkecenderungan bersifat dendam agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan kuat daya ingatan gerak hati yang sangat kuat pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain berpenyakit di sekitar kepala dan dada sangat cemburu dan terlalu cemburu MEI keras hati dan degil kuat semangat dan bermotivasi tinggi pemikiran tajam mudah marah jika tidak dikawal pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian perasaan yang sangat mendalam cantik dari segi mental dan fizikal tidak perlu dimotivasikan tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain mudah dipujuk bersikap sistematik ( otak kiri ) suka berangan kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan daya khayalannya tinggi pemikiran yang tajam pandai berdebat fizikal yang baik suka sastera, seni, muzik dan melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

JUN berfikiran jauh dan berwawasan mudah ditawan kerana sikap baik perangai lemah lembut mudah berubah sikap, sangat banyak idea bersikap sensitif otak sentiasa aktif berfikir sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet cepat marah dan cepat sejuk suka bercakap dan berdebat suka buat lawak dan bergurau otak cerdas dan berangan-rangan mudah dan pandai berkawan orangnya sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah terkena selesema suka berkemas cepat rasa bosan kurang pamerkan perasaan lambat sembuh bila terluka hati suka barangan berjenama mudah jadi eksekutif kedegilan yang tidak terkawal siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya JULAI seronok didampingi banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki ) agak pendiam kecuali diransang ada harga dan maruah diri tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan mudah dipujuk dan bersikap lurus sangat menjaga hati orang lain sangat peramah emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih berjiwa sentimental kurang berdendam mudah memaafkan tetapi sukar melupakan tidak suka benda remeh temeh membimbing cara fizikal dan mental sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan serupa kepada semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yang tajam suka manilai orang lain dengan pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka mengenang peristiwa atau kawan lama suka mendiamkan diri dan duduk di rumah suka tunggu kawan tapi tak cari kawan tak agresif kecuali terpaksa lemah dari kesihata bahagian perut mudah menjadi gemuk jika tak dikawal minta disayangi

terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja OGOS suka berlawak mudah tertawan kepadanya sopan santun, caring terhadap orang lain berani dan tidak tahu takut agak tegas dan bersifat berkepimpinan pandai memujuk terlalu pemurah dan bersikap ego nilai harga diri sangat tinggi dahagakan pujian semanagt juang yang luar biasa cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan sangat cemburu daya permehatian tajam dan teliti cepat berfikir dan berdikari suka memimpin juga dipimpin suka barangan-angan berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk mudah mendapat penyakit sentiasa belajar untuk relax kelam kabut romantik, pengasih dan penyayang suka mencari kawan SEPTEMBER sangat besopan santun dan betolak ansur sangat cermat, teliti, dan teratur suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik pendiam tetapi pandai bercakap sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui banyak berfikir daya penakakulan yang baik otak bijak dan mudah belajar suka mencari maklumat mengawal diri dari selalu mengkritik pandai mendorong diri sendiri mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia sukakan sukan, hiburan, dan melancong kurang menunjukkan perasaan lama menyimpan jika terluka hati terlalu memilih pasangan sukakan benda yang luas bersistematik OKTOBER suka sembang suka orang sayang padanya suka ambil jalan tengah sangat menawan dan sopan santun kecantikan luar dan dalam

tidak pandai berbohong dan berpura-pura mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan sentiasa berkawan hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama cepat marah macam pentingkan diri sendiri tidak menolong orang jika tidak diminta suka melihat dari perspektif sendiri tidak suka terima pandangan orang lain emosi mudah terusik suka berangan-angan dan pandai bercakap emosi yang kelam kabut daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan ) suka melancong, bidang sastera, dan seni pengasih, penyayang, dan lemah lembut romantik dalam percintaan mudah terusik hati dan cemburu ambil berat tentang orang lain suka kegiatan luar orang yang adil boros dan mudah dipengaruhi persekitaran mudah patah semangat NOVEMBER banyak idea dalam sesuatu perkara perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah otak dan pemikiran yang sangat tajam cara berfikir lain dari orang lain berfikiran kehadapan, unik, dan bijak banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia daya firasat sangat halus dan tinggi bagus sebagai doktor cermat dan teliti personaliti dinamik tidak hargai pujian bercita-cita tinggi terlalu degil dan keras hati apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya sangat rajin dan berkemampuan tinggi kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak pandai mendorong diri sendiri berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran mudah ambil berat terhadap orang lain tak suka marah kecuali tergugat pandai muhasabah diri romantik tidak pasti dengan imbangan kasih sayang suka duduk di rumah tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi DISEMBER sangat setia dan pemurah bersifat patriotik

sangat aktif dalam permainan dan pergaulan bercita-cita tinggi suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi seronok didampingi pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik suka bercampur dengan orang suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur tidak pandai berpura-pura cepat marah sikap kurang sabar dan tergesa-gesa perangai yang berubah-ubah tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi benci pada kongkongan Posted by Pak Lang at 6:15 PM 1 comments
Labels: rahsia bulan kelahiran, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Haribulan


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24 Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama. 2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30 Orangnya sensitif dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benarbenar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya. 3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29 Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan. 4. Tarikh Lahir pada 4, & 13 Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan. 5. Tarikh Lahir pada 5 & 17 Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan

apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan. 6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27 Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya. 7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31 Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya. 8. Tarikh Lahir pada 8 & 23 Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban. 9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21 Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat. 10. Tarikh Lahir pada 12 & 19 Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai. 11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26 Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan. 12. Tarikh Lahir pada 22 & 25 Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara. Posted by Pak Lang at 6:11 PM 0 comments
Labels: rahsia hari kelahiran, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir

Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Berdasarkan Bintang


LEO 9 (24 JULAI - 23 OGOS) Orangnya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayanginya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego...(jejaka leo memang gitu). Tips utk memikat: sebagai perempuan, haruslah menunjukkan kewanitaan yg selembutlembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo. WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajuk, balik bilang mak. VIRGO ( 24 OGOS - 23 SEPTEMBER ) Orangnya: pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk) WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia. LIBRA ( 24 SEPTEMBER - 23 OKTOBER ) Orangnya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself! WARNING: So bila nak date.. pakai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem. SCORPIO ( 24 OKTOBER - 23 NOVEMBER ) Orangnya: action serius, mudah cemburu, mood swing.. Tips utk memikat: Sentiasa menghargainya.. nak bergayut di telefon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuannya dgn org lain. WARNING: Buat pilihan yg betul bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata guek tak kasi warning). SAGITARIUS ( 23 NOVEMBER - 21 DISEMBER ) Orangnya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous. Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? canoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan... WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'. CAPRICORN ( 22 DISEMBER - 20 JANUARI ) Orangnya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluahkan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda. Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal! WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti... AQUARIUS ( 21 JANUARI - 19 FEBRUARI ) Orangnya: Pijak semut tak mati.. Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u. WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggalkan kita.. kita blah dulu..huhu..

PISCES ( 20 FEBRUARI - 20 MAC ) Orangnya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Tips utk memikat: Kasi jer belacan... WARNING: Diorang tak suka macam belacan! ARIES ( 21 MAC - 20 APRIL ) Orangnya: Anak mak! smart mamat intelligent. Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya.. WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilihlah. Kalau tidak, jgnlah mainmainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik. TAURUS ( 21 APRIL - 21 MEI ) Orangnya: Mencabar. Garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri... Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real u.. WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan... GEMINI ( 22 MEI - 21 JUN ) Orangnya: Gemuk?! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasannya. Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua. WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer. CANCER ( 22 JUN - 23 JULAI ) Orangnya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya) Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas. WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi..sindri mau ingat ler.. Posted by Pak Lang at 6:06 PM 0 comments
Labels: rahsia lelaki, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir

Older Posts Subscribe to: Posts (Atom)

Jenis Laporan Rahsia Tarikh Lahir


Terdapat beberapa jenis Laporan Rahsia Tarikh Lahir untuk anda pilih : 1 2 3 4 Laporan Laporan Laporan Laporan Ringkas Peribadi - RM10.00 Kerjaya Yang Sesuai - RM15.00 Kesihatan - RM10.00 Arah Kejayaan, Kekayaan dan Tuah - RM25.00

5 - Laporan Keserasian Pasangan - RM25.00 6 - Laporan Carta 5 Tahun - RM25.00 7 - Laporan Lengkap Tarikh Lahir - RM96.00 PROMOSI : Dapatkan Laporan Ringkas Peribadi, Laporan Kerjaya Yang Sesuai, Laporan Kesihatan serta Laporan Arah Kejayaan, Kekayaan dan Tuah hanya RM30.00 sahaja. Untuk PELAJAR yang berusia 18 tahun kebawah POTONGAN harga sebanyak 50% diberikan. PERCUMA perisian Pengiraan Tarikh Lahir (yang bernilai RM434.00) bagi setiap pembelian RM50.00 dan ke atas. Untuk memesan sila hantar maklumat berikut: 1 - Nama 2 - Tarikh Lahir dan masa 3 - Jenis Laporan 4 - Email Anda (kami akan email kepada anda) 5 - Tarikh Pembayaran 6 - Masa Bank-in kepada kami 012-3696954 atau email mohdsalman@yahoo.com Sila bank-in MAYBANK : 1621 0697 4760 Anda juga boleh membuat pembayaran melalui PAYPAL dan Kad Kredit dengan menghantar emel anda kepada kami untuk urusan tersebut. Kami akan hantarkan link pembayaran Kad Kredit kepada anda. Pembayaran PAYPAL kepada mohdsalman@yahoo.com Contoh SMS atau Email : Nama : Siti Haliza binti Che Din Tarih Lahir : 11 Jan 1981 Jenis Laporan : 1 Email : mohdsalman@yahoo.com Tarikh Bank-in : 6 Mac 2008 Masa : 9.05 am Anda pasti teruja dengan ketepatan sehingga 90%. Terima kasih kerana berminat dengan perkhidmatan kami. Webmaster Rahsia Tarikh Lahir

Kategori

dr fadzilah kamsah (1) ebook (1) kursus rahsia tarikh lahir (1) kursus sains metafizik (1) rahsia bulan kelahiran (1)

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk

mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal Contoh 1 : 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 +0 = 19 1 + 9 = 10 1+0=1

(Jadi nombor lahirnya ialah 1 Ketulenan) Contoh 2: 30 Okt 1964 30 + 10 + 1964 = 2004 2+0+0+4=6 Jadi nombor lahir anda ialah 6 (Romantik) Maksud nombor lahir adalah seperti berikut: 1-KETULENAN Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach 2-PENDAMAI Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal

dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart. 3-CERIA Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster 4-KONSERVATIF Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan 5-PERINTIS Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil. 6-ROMANTIK Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan

kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadiguru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn 7-INTELEKTUAL Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana 8-PENYELESAIAN Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus. 9-PELAKON Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley Panduan yang lebih teperinci lain dari yang lain, sila klik banner di bawah:

Semoga panduan ini memberi erti yang besar dalam kehidupan anda, usaha anda adalah segalanya dalam mencapai kejayaan hidup. Falsafah dalam Quran yang perlu anda amal ialah,

AKU JADIKAN MANUSIA ITU DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN. Jika kita renungkan, kita adalah makluk yang lebih baik dari Jin, Syaitan dan segala apa yang ada di muka bumi ini, Jadi usah kecewa, teruskan usaha dan banyakkan berbincang

Rahsia Tarikh Lahir


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2 Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3 Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4 Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5 Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7 Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8 Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 no.1 Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8. no.2 Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Embagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan

masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9. no.3 Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9. no.4 Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8. no.5 Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9. no.6 Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan

pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9. no.7 Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2. no.8 -Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1 Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2 Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3 Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4 Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5 Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6 Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7 Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8 Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9 no.1 Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada

usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8. no.2 Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Embagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9. no.3 Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9. no.4 Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8. no.5 Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya

secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9. no.6 Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9. no.7 Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2. no.8 Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersamasama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. no.9 Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi

apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6 Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersamasama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4. no.9 Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6