Anda di halaman 1dari 2

KATA PENGANTAR

Alhamdulillaa hirobbil aalamiin, Syukur kita terhadap Allah SWT kerana dengan kurniaan rahmat serta keberkatan, pihak Majlis Agama Islam dan adat Melayu Terengganu telah mengadakan kelas khas bahasa Thai untuk golongan saudara baru yang berbangsa asing iaitu bangsa Thailand yang jumlahnya ramai telah daftar memeluk Agama Islam di Negeri Terengganu .

Di sini tercetusnya idea untuk saya menerbitkan modul asas fardhu ain tahap pertama untuk membantu saudara muslim kita yang berasal dari Thailand dalam memahami ilmu fardhu ain dan susuai untuk mereka yang baru menjinakkan diri dengan islam.

Oleh itu untuk memudahkan menyampaikan dakwah serta ilmu pengetahuan kepada golongan tersebut pihak MAIDAM telah mengadakan kelas khas iaitu kelas yang mengajar ilmu fadhu Ain terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa Thailand demi memudahkan tahap kefahaman kepada golongan tersebut.Saya selaku guru yang di beri tugas khas untuk mengajar di kelas khas ini dengan besar hati saya telah berusaha sedaya upaya menerbit modul Asas fardhu Ain yang disediakan dengan terjemahan dalam bahasa Thailand, buku ini sebagai asas fardhu Ain tahap pertama dan susuai dalam timpoh tiga bulan bagi mereka yang baru memeluk Islam dalam membantu mereka dapat memahami dan disamping itu mereka juga dapat membelajari bahasa melayu ..

Walau bagai mana pun buku ini hanya sebagai panduan asas yang di nerbit khas untuk mereka yang baru memeluk islam sahaja, dengan ini masih lagi mempunyai kekurangan dan kesilapan untuk di perbaiki pada masa akan datang,.

Akhir sekali, saya berharap buku modul asas fardhu ain tahap pertama ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan umat Islam seluruhnya.

(MUHAMMAD FAISAL SANYA BIN ABDULLAH) Bekas pelajar IDIP Sijil Pengajian Islam dan Dakwah.