Anda di halaman 1dari 40

Hasil Kajian

Noor Arfa Batik


PENGASAS NOR ARFA BATIK 1) Maklumat asas produk tempatan a) Nama produk Noor Arfa Batik b) Kategori Batik c) Nama pengusaha/ syarikat/statu hak milik

NAMA : Wan Mohd. Ariffin Wan Long USIA : 51 tahun ASAL : Kampung Tanjung, Kuala Terengganu JAWATAN : Pengerusi Eksekutif & Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. ISTERI : Puan Noor Hijerah Hanafiah (Pengarah Eksekutif) d) Lokasi

Syarikat Noor Arfa Batik beribu pejabat di Cendering Kuala Terengganu dan kilangnya juga disitu. Namun, ia mempunyai beberapa cawangan seperti di Wisma Noor Arfa kampong Baru, Melaka, one Utama dan jalan Tuanku Abdul Rahman.

2) Latar Belakang a) Sejarah Kewujudan Siapa sangka namanya tidak segah semasa zaman dahulu. Mungkin disebabkan kerana namanya tidak dikenali umum dalam bidang pembuatan batik Terengganu. Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long mula berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.

Semuanya bermula selepas Noor Hijerah mengikuti kursus kraf tangan di Lembaga Kemajuan Kraftangan Malaysia (LKKM), cawangan Kota Bharu, Kelantan pada lewat 70-an. Di situlah beliau bertemu dengan suaminya ketika itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di LKKM. Namun selepas mengikuti kursus beliau kembali ke Kedah dan menjalankan aktiviti kraf tangan di kampung halamannya.Selepas berkahwin, Noor Hijerah mengikuti suaminya dan menetap di Kuala Terengganu. Disinilah bermula segala-galanya. Menyedari betapa minat dan serius isterinya dalam bidang kraf tangan ini, maka Wan Mohd.Ariffin memastikan impian Hijerah menjadi kenyataan. b) Punca dan Jumlah Modal Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan lagi dengan minatnya yang mendalam dalam bidang perniagaan, Wan Mohamed Ariffin, meletakkan jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di belakang rumah sewa mereka di kampung Tanjung, Kuala

Terengganu dengan bermodalkan simpanan RM1,000 sahaja dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Puan Noor Hijerah Hanafiah. Produk awal Noor ArfaBatek ialah kaftan batik. c) Tujuan / Kepentingan Produk Kepentingan produk ini adalah bertujuan menengahkan kreativiti dan kemahiran Orang Melayu Terengganu dalam menghasilkan produk batik. Secara tidak langsung, industry Batik akan dapat memberi peluang pekerjaan dan memupuk minat masyarakat Malaysia supaya mencintai produk tempatan. d) Keistimewaan / Kelebihan/ Keunikan Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula dari sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang untuk membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi di sana. Seterusnya, menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas kain, dan ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu. Produk Noor Arfa batik dihasilkan di dalam bentuk lukisan tangan yang menggunakan canting serta cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Ini menjadikan produk batik Noor Arfa begitu unik dari segi corak, rekaan dan pembuatannya.Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak

terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira. BEZA BATIK NOR ARFA:

Pelbagai produk untuk jantina dan kumpulan umur yang berbeza Barisan produk yang merangkumi memakai formal dan kasual Batik di bawah jenama Noor Arfa Produk adalah terkenal kerana kualiti dan eksklusif

3) Kaedah / Cara Penghasilan a) Senarai bahan Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk Batik lukis ialah kain sutera putih. Kain ini selalunya diimport dari negar China. Manakala untuk kain kapas diimport dari Indonesia. Seterusnya, lilin juga diperlukan. Lilin yang digunakan adalah diperbuat daripada campuran resin (dammar) dan paraffin (lilin putih). Lemak haiwan atau minyak masak dicampurkan untuk membolehkan lilin lancer dan tidak tersekat atau pecah. Kemudian, bahan seperti pewarna yang lazimnya diimport dari Jerman. Pewarna ini jenis reactive dye yg biasanya digunakan dengan hanya dicampurkan dengan air. Bahan lain ialah sodium silicate/ batik fixer digunakan untuk mematikan atau mengekalkan warna pada kain yang telah decanting. Bahan seterusnya ialah soda ash digunakan untuk menanggalkan lilin digunakan untuk mencanting. soda ash ini kelihatan seperti sabun.

b)

Senarai peralatan Peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan produk Batik ialah canting, kain

putih yang dapat meresap cecair lilin. Pemidang (frame) berfungsi menegangjan kain bagi memudahkan proses mencanting, dapur untu memanaskan lilin.Selain itu periuk atau kuali atau kawah untuk merebus kain yg telah decanting bagi mematikan warna. Besen

digunakan untuk membilas kain yang telah direbus, penyidai digunakan untuk menjemur kain , berus untuk mewarna dan bekas plastic untuk menyimpan warna.

c) Proses peringkat penghasilan (1) Langkah pertama Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik. (2) Langkah kedua Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar. (3) Langkah ketiga Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj (4) Langkah keempat Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah

digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok, kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya d) Spesifkasi produk (timbangan/sukatan ukuran) Bagi menghasilkan kemeja lelaki berlengan panjang, saiz (S,M,L,XL), ukuran kain yang diperlukan ialah 2.40m, bagi saiz XXL, XXXL, ukuran kain ialah 2.50m dan saiz yang lebih besar ialah 3m.

Manakala untuk baju kurung perempuan semua saiz ialah 4m manakala saiz luar biasa ialah 2.50m untuk kain dan 3m untuk baju.Pemidang atau frame yang diperlukan ialah 5m panjang dan lebar 45 inci.

Seterusnya semasa mencampurkan lilin dan dammar sukatanya ialah 60% lilin dan 40% damar.

4) Perkembangan produk a) Rangkaian pemasaran

Syarikat Noor Arfa Batik memasarkan produk Batiknya dengan 4 strategi pemasaran iaitu Pusat Perlancongan, Pusat Jualan, Pusat Borong dan Pusat Tempahan. Selain itu, melalui usaha dan sokongan Allahyarhamah Datin Seri Paduka Endon, isteri kepada Tun Abdullah Badawi, arwah menggalakkan semua kakitangan kerajaan Malaysia memakai batik sebagai pakaian rasmi pada setiap hari Sabtu dan kini pada hari Khamis. Usaha ini secara tidak langsung telah menaikan imej Batik di mata masyarakat.

b)

Pengiktiran/sambutan daripada pengguna/ penghargaan.

Perkembangan Batik di Malaysia turut mendapat sokongan padu daripada Kraftangan Malaysia yang sentiasa mencari penemuan atau teknik baru di dalam bidang ini. Selain itu Kementerian Perlancongan turut sama dengan memartabatkan batik di persada antarabangsaan. Syarikat Noor ARfa Batik juga mendapat pelbagai pengiktiran antaranya ialah seperti Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 pembangunan Jenama Malaysia.

c) Kemajuan yang dicapai Berikut adalah anugerah yang diperolehi oleh Noor-Arfa: 1. " Anugerah Pengeluar Batik Terbesar" oleh Malaysia Book of Records, 1997. 2. Anugerah Usahawan muda untuk sektor pembuatan oleh Kementerian Belia dan

Sukan, Malaysia pada tahun 1988. 3. Pusat, Anugerah Jualan Aked MARA "Tempat Terbaik" oleh MARA, Terenggannu, 1999. 4. Sijil Anugerah Khas untuk "5 S" oleh Majlis Produktiviti Negara (NPC) pada tahun 2001. 5. Pemenang "Pertandingan Amalan 5S" antara organisasi bagi kategori industri pertama untuk Persembahan

kecil, yang dianjurkan oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001 6. Sijil Produktiviti 2001 "bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiaptahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001 7"Keusahawanan Terengganu 2002" bagi kategori Handicraf yang dianugerahkan

oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Yayasan Pembangunan Usahawan 8. Sijil Produktiviti 2002 bagi kategori syarikat tempatan dengan

modal setiaptahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2002

9. Anugerah Premis Perniagaan MARA (APPM) 2003 Aked MARA Jualan Pusatkategori penyewa Terbaik oleh MARA, Terengganu 10. "Anugerah Usahawan 2003" oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk

IndustriKecil (IKS) Kejuruteraan / Pembuatan kategori dan Yayasan PembangunanUsahawan Negeri 11. Anugerah "Membeli-belah yang Menyokong Outlet (Specialty Store)Pelancongan Malaysia - 2003" oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian danPelancongan Malaysia 12. Kelayakan "Harga Patut Kedai Anugerah 2003" oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - 2003 13. Anugerah dan Sijil Khas "Produktiviti Anugerah 2003" bagi kategori syarikattempatan dengan juta oleh MajlisProduktiviti Negara, 2003 14. Anugerah Sokongan Terbaik Pusat Beli-Belah Kategori Kedai Specialty by Tourism Malaysia 2003 15. Kelayakan "Noor Arfa sebagai Francaisor" yang dianjurkan oleh KementerianPembangunan Usahawan dan Pembangunan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi (MECD) 16. "Industri Cemerlang 2004" - Pembangunan Jenama Malaysia bagi kategorisyarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10 modal setiap tahun di bawah RM 10

juta yangdiberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

17. "Anugerah Produk Bermutu - 2004" anugerah khas oleh KementerianPerdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2005 18. Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 Pembangunan Jenama Malaysia 19. National "Anugerah Usahawan Berjaya

2005" daripada Majlis Amanah Rakyat(MARA) 20. National "Anugerah Usahawan Berjaya

2005" daripada Majlis Amanah Rakyat(MARA) 21. Sijil Penghargaan Anugerah Kecemerlangan Industri 2005 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 22. Anugerah Kedai Harga Adil 2006 - 2007 Kategori Tekstil, Batik & Songketoleh

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 23. "Sasterawan Jenama" Anugerah Grammy untuk Penjenamaan untuk JenamaFesyen B atik 2007 Best 24. Anugerah "KEDAI HARGA PATUT" Kategori Handicraft & Antik Pada Tahun 2007-2008 Oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia 25. Anugerah BRANDS LAUREATE Asia Pacific Oleh Brands Laureate 26. Sijil Anugerah Khas 2008 bagi kategori syarikat tempatan dengan

modalsetiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, 2008

27. Sijil 'Program Pembangunan Francais" bagi jenama noor arfa di bawah program pembangunan francais, kepenggunaan 28. Anugerah Usahawan Terengganu 2008 29. Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 30. Universo DE Commercio Business Awards Hereby Awarded Noor Arfa Holdings Sdn Bhd for UDC Best Fashion Design Of The Year 2011 31. Anugerah Usahawan Korporat Sempena Sambutan Anugerah Usahawan MARA 2011 Peringkat Kebangsaan kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan

d) Cabaran dan masalah yang dihadapi Operasi yang semakin berkembang memaksa Wan Mohd Ariffin mencari lokasi lebih luas dan selesa. Namun, ada pihak yang hanya memandang sebelah mata keupayaannya kerana stigma yang masih menebal - orang Melayu tidak mampu pergi jauh dalam dunia perniagaan.

Permohonan beliau untuk mendapatkan tapak di sebuah kawasan perindustrian ditolak. Kekecewaannya berganda apabila beberapa institusi kewangan yang dihubungi untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli kilang di Chendering (kini pejabat, kilang dan bilik pameran Noor Arfa) hanya memberikan janji kosong.

Bagaimanapun kerana sikap tidak mudah kecewa, beliau akhirnya mendapat kepercayaan Bank Pembangunan Malaysia yang memberikan pinjaman sebanyak RM210,000.Dengan tambahan RM50,000 hasil simpanan, pasangan suami isteri itu akhirnya berjaya membeli kilang berkenaan yang asalnya untuk pengeluaran minyak masak.

Bertitik tolak dari situ, Wan Mohd Ariffin tidak lagi menoleh ke belakang, semua lima bengkelnya ditutup dan dipindahkan ke kilang yang dibeli itu bagi memudahkan pemantauan operasi dan pemasaran. Jualan syarikat itu terus meningkat kepada RM620,000 setahun pada 1988, manakala bilangan pekerja pula bertambah kepada 60.

Pada 3 Januari 1991, Noor Arfa Batek diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan modal dibenar dan berbayar RM250,000. Kini jumhlahnya telah ditingkatkan kepada masing-masing RM1 juta.Bagaimanapun seperti kata pepatah, langit tidak selalu cerah, kegawatan ekonomi negara yang dicetuskan krisis kewangan di Asia Timur pada 1997 turut memberi kesan kepada perniagaan Noor Arfa Batek.Bagi memastikan syarikat terus beroperasi dan mengelakkan pemberhentian pekerja, Wan Mohd Ariffin meminta 120 pekerjanya bekerja separuh bulan secara bergilir.

Beliau juga mengambil pendekatan meminjam wang pekerja untuk dilaburkan dalam syarikat dengan jaminan dibayar penuh, termasuk dividen pada akhir tahun.Ramai pekerjanya yang tampil membantu kerana yakin syarikat itu mampu dipulihkan.Hasil sokongan pekerja, Noor Arfa Batek mampu bertahan sehingga sekarang.

Noor Arfa Batek kini memiliki 11 cawangan di seluruh negara termasuk di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pusat beli belah One Utama di Petaling Jaya, Aked Mara dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Menerusi anak syarikatnya, Design Passage Sdn Bhd, Noor Arfa Batek turut mengadakan usaha sama dengan pereka fesyen terkenal, Bill Keith dengan nisbah pemilikan milikan 70:30 sejak tiga tahun lalu.

Akhbar
Utusan Malaysia 21/1/2003

ARKIB : 20/06/2009

Memartabat batik di Melaka


Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 19 Jun - Industri batik negara yang telah wujud dan berkembang sejak hampir satu abad lalu dan kini menjadi salah satu akar budaya rakyat Malaysia.

Walaupun tidak dapat dipastikan dengan tepat bagaimana sejarahnya bermula, hasil seni ini telah menjadi warisan peradaban dunia.

Jika diikuti rentetannya, pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu.
BARISAN model yang memperagakan baju batik koleksi Noor Arfa.

Ia dipakai oleh semua golongan bermula daripada raja kepada bangsawan sehinggalah rakyat jelata.

Industri batik hari ini pula menyaksikan pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi membolehkan pembangunan industri batik negara terus berdaya maju.

Pengkajian semula dan pengemasan strategi pemasaran batik tempatan diberi penekanan untuk melihat kejayaannya.

Malah, langkah kerajaan mewajibkan pemakaian batik kepada kakitangan awam berkuat kuasa 1 November 2004 antara tindakan bijak demi memperkasa seni tempatan negara itu.

Usaha tersebut, dilihat bukan saja dapat memartabatkan kembali seni batik tetapi juga menjadi wahana kepada pembangunan perusahaan batik tempatan secara menyeluruh.

Pengkomersialan batik pula bukan saja memberi pendapatan kepada para pengusaha, bahkan melonjakkan nama kampung pengusaha kepada masyarakat dunia untuk melihat sendiri cara pembuatannya.

Justeru, tidak hairanlah mengapa industri batik hari ini dilihat kembali berkembang pesat hasil usaha keras semua pihak yang ingin melihat kejayaannya.

Dalam kesibukan pelbagai persiapan menuju ke arah menjadi negeri maju tahun hadapan, Melaka juga tidak terkecuali untuk melihat batik yang menjadi seni dan budaya tempatan itu dipertahankan.

Pembukaan Melaka Batik House (MBH) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dimiliki Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. pada 11 Jun lalu, menjadi titik permulaan usaha itu.

Pengerusi Eksekutif Noor Arfa Batek, Wan Mohd. Ariffin Wan Long berkata, MBH yang terletak di kawasan seluas 0.6 hektar akan menjadi pusat batik bersepadu kepada semua pengeluar batik di Malaysia.

Malah, MBH juga akan bertindak sebagai pusat sehenti bagi pengusaha-pengusaha batik dari seluruh negara.

Menurut Wan Mohd. Ariffin, selain itu, rumah batik seluas 1,700 meter persegi itu juga akan bertindak sebagai pusat pemasaran batik di pantai barat Semenanjung.

"Selepas ini, penggemar batik dari Pantai Barat Semenanjung tidak perlu lagi bersusah-payah ke Terengganu atau Kelantan untuk membeli batik.

"Mereka boleh terus datang ke sini kerana jaraknya lebih dekat sekali gus menjimatkan wang, tenaga dan masa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Jelasnya, pengunjung MBH juga akan dapat dapat menilai dan melihat sendiri kualiti pengeluaran batik oleh pengusaha batik tempatan.

"Malah, jenama terkenal batik keluaran pengusaha Malaysia boleh diperolehi di sini," katanya.

Menurutnya, sebagai negeri pelancongan beliau optimis dengan sambutan yang bakal di terima terhadap permintaan batik di negeri ini.

Katanya, pada masa kini banyak pelancong dari Singapura datang ke Kelantan atau Terengganu sematamata ingin membeli batik.

"Selain batik dari Terengganu, Kelantan dan Johor, kami turut menjual batik dari Indonesia.

"Pengunjung boleh mendapatkan baju batik di sini dari harga serendah RM29 sehelai," katanya sambil menambah rumah batik itu dibuka setiap hari mulai 9 pagi hingga 6 petang.

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan jualan RM12 juta setahun di Melaka Batik House dan ia akan menjadi produk pelancongan baru di Melaka.

Noor Arfa Batek, syarikat milik bumiputera adalah pengeluar batik terkenal di negara ini yang memulakan perniagaannya di Kuala Terengganu sejak 29 tahun lalu.

Ia kini mempunyai 14 pusat jualan di seluruh negara.

Majalah MyBatik
May- Jun- July Noor Arfa Batik Sdn.Bhd.

Melawat Tempat
Nama tempat: Noor Arfa Batik House Alamat: MELAKA BATIK HOUSE, PT 15251, Melaka International Trade Centre75450 Ayer Keroh, Melaka.

Internet
http://kedaihyper.com/noorarfa/

Penghargaan
Saya ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada pengetua SMK.Tingggi St.David, En. Chay Yew Choon kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk manjalankan kerja kursus ini.

Tidak lupa lagi kepada guru Sejarah saya iaitu Pn.Siti Zawiyah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta rujukan sepanjang kajian ini dijalankan.

Begitu juga ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas bimbinagn dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan bantuan dari segi kewangan.

Tambahan pula, saya juga berterima kasih kepada rakan rakan sekelas kerana telah memberikan cadangan. Idea dan pengetahuan yang telah anda berkongsi bersamasama saya serta memberikan laman-laman web yang dapat memudahkan saya mencari makluamt penting.

Ojektif Kajian

Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan social

Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah.

Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran kraf tangan tempatan di negara kita.

Kaedah Kajian
Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah seperti di bawah : Melayari Internet

Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam . Lawatan dan pemerhatian

Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini. Temu Ramah

Kaedah ini membolehkan saya menanya soalan dan mendapat jawapan yang tepat sekali. Penyelidikan Perpustakaan

Kaedah penyelidikan perpustakaan. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Rumusan
Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus bersyukur kerana hidup di dalam sebuah negara yang aman damai dan yang pesat membangun. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat Noor Arfa Batik House adalah kerana nilainilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada para pengurus , penyelia , staf sokongan dan juga para pekerja ladang. Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, bersatu padu, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap peserta Noor Arfa Batik House. Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka. Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .

Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA


Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita? Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnya.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah

setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian,

pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Sebagai konklusinya, rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

Lampiran 1
Gambar- gambar

ELEMEN 1
MENGUMPUL FAKTA SEJARAH

ELEMEN 2
MEREKOD FAKTA SEJARAH

PRODUK TEMPATAN DI NEGARA KITA

ELEMEN 3 PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

Soalan Temu Bual


Kok Ken : Selamat sejahtera, Puan Lum. Puan Chin : Selamat sejahtera, adik Kok Ken. Kok Ken : Sebenarnya, saya datang di sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang Noor Arfa Batik House. Bilakah Noor Arfa Batik House ditubuhkan ? Puan Chin : Melaka Batik House mula beroperasi pada Mei 2009, perasmian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datik Hk. Mohd Rustam pada 11 Jun 2009. Kok Ken : Oh, begitu rupanya. Berapa lamakah Melaka Batik House beroperasi? Puan Chin : Melaka Batik House beroperasi 7 hari seminggu bermula jam 9.00 am sehingga 7.00 pm pada hari Isnin hingga Khamis, jam 9.00 am sehingga 9.00 pm pada hari Jumaat hingga Ahad. Kok Ken : Selain daripada menjual batik, adakah barangan lain yang dijualkan di sana? Puan Chin : Selain menjual produk-produk batik, Melaka Batik House telah mempelbagaikan lagi produk di dalam galeri jualan dengan menjalin kerjasama dengan usahawan-usahawan kecil. Kok Ken: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk temu bual ini. Puan Chin: Sama- sama.

Lampiran 2
Peta

Melaka Batik House (MBH) PT 15251, Melaka International Trade Centre, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Lampiran 3

Lampiran 4

Rujukan
Internet http://www.noor-arfa.com/

http://www.google.com.my/

Majalah MyBatik, May-Jun-July

Akbar Utusan Malaysia, 21/3/2003

Orang Sumber Chin Lee Tai, 52 tahun, 20, Jalan Sri Duta 4, Taman Muzaffar Shah, 75450 Air Keroh, Melaka.

Senarai Kandungan Bil.


1 2 3 4 5 6 7

Tajuk
Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Halaman

Anda mungkin juga menyukai