Anda di halaman 1dari 2

Rahsia Mukmin Sejati Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya orang beriman yang bila disebut Allah gementar hatinya

dan apabila dibacakan ayat Allah kepadanya, maka bertambahlah imannya, sedang mereka itu bertawakal kepada Tuhannya. (Surah Al-Anfal, ayat 2) Ayat ini sudah terang lagi bersuluh buat renungan kita bersama, betapa besarnya kegerunan yang ada dalam diri orang beriman apabila dibacakan ayat Allah kepada mereka. Mukmin sebenar apabila disebut nama Allah gementar hatinya kerana takutkan kebesaran Allah. Bertambah keimanan mereka apabila membaca ayat al-Quran dan mereka juga sentiasa bertawakal kepada Allah dengan segala daya upaya. Kemanisan melakukan ibadah seperti solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas terhadap Allah SWT. Dosa kecil dilakukan bagi mereka seperti gunung besar menunggu masa dan tikanya untuk menghempap. Manakala bagi orang yang tidak beriman, mereka tiada gentar dan takut dengan azab Allah serta beranggapan dosa dilakukan seperti berlalunya seekor lalat menghinggapi pipi. Begitu enteng sekali persoalan dosa pada pandangan mereka padahal dosa dilakukan mereka akan dihumbankan ke neraka Allah SWT. Berlainan pula dengan sikap orang beriman, mereka terlalu takut berbuat dosa kepada Allah walaupun kecil. Firman Allah bermaksud: Mereka (para penjual jiwa raga dan harta) adalah orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, rukuk dan sujud, menyuruh melakukan makruf dan melarang melakukan kemungkaran dan memelihara hukum Allah, dan sampaikan berita gembira kepada orang beriman. (Surah at-Taubah, ayat 112) Allah SWT memuji hamba-Nya yang rela menjual jiwa dan raganya serta hartanya kepada Allah SWT dengan balasan syurga. Orang yang melakukan jualan dan mengadakan urus niaga ini ialah golongan manusia terpilih yang mempunyai sifat istimewa. Antaranya, sifat berkaitan diri sendiri dalam hubungan secara langsung dengan Allah SWT. Mereka ini disifatkan orang bertaubat dari dosanya, beribadat kepada tuhannya dalam kata-kata dan perbuatan. Allah SWT memberikan khabar gembira bagi orang mukmin kerana iman itu menjangkau semua sifat baik. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka mereka orang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang yang berhak mewarisi Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Mukminun ayat 1-11) Kesempurnaan iman seseorang itu akan mewariskan dia syurga Allah SWT yang tertinggi. Mendapat kedudukan mulia bukan saja di dunia tetapi di akhirat. Kehidupannya dimuliakan bukan saja makhluk dunia, malah dihormati di kalangan makhluk di langit. Bahkan kematiannya diratapi makhluk dunia serta ditunggu- tunggu makhluk langit lantaran keimanannya itu membuatkan makhluk langit tidak sabar-sabar mahu melihat roh mulianya.

Diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab al-Hilyah daripada Ibnu Masud r.a yang berkata, Sesungguhnya Allah melihat ke dalam kalbu para hamba-Nya, maka Dia pun memilih Muhammad, dan mengutus beliau dengan risalah-Nya dan memilihnya berdasarkan ilmu-Nya. Kemudian Dia melihat ke dalam kalbu manusia selepas itu, maka Dia memilih untuk beliau sahabat-sahabatnya. Kemudian Dia menjadikan mereka penolongpenolong agamaNya dan pembantu Rasul-Nya. Sesungguhnya sesuatu yang dilihat oleh orang yang beriman sebagai kebaikan, maka itulah kebaikan. Sebaliknya, sesuatu yang dilihat oleh orang-orang beriman sebagai suatu keburukan, maka itu pun buruk di sisi Allah s.w.t. Abu Nuaim juga telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, katanya, Barangsiapa yang ingin mengikuti suatu sunnah, maka ikutilah sunnah mereka yang telah wafat, mereka itulah sahabat-sahabat Muhammad s.a.w. Merekalah golongan terbaik umat ini, paling baik kalbunya, paling dalam ilmunya dan paling sedikit mengada-adakan. Mereka adalah satu kaum yang telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk mendampingi NabiNya dan menyebarkan agama-Nya. Maka contohilah akhlak dan perbuatan mereka. Mereka adalah sahabat-sahabat Muhammad s.a.w, mereka di atas petunjuk yang lurus, demi Allah Tuhan Kaabah.

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit." Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita. Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur. Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar. Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah. Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah. Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah. Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat. Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda: Hairan bagi (urusan) seorang mukmin. Sesungguhnya segala urusannya adalah baik baginya. (Kebaikan ini) hanya bagi orang mukmin sahaja, tidak kepada orang lain iaitu jika ia beroleh kesenangan ia bersyukur, maka menjadi kebaikan baginya. Dan jika diimpa kesusahan ia bersabar, maka menjadi kebaikan juga baginya. (HR. Muslim dan Ahmad). Oleh itu beriman dengan qadar Allah itu menjadikan seorang mukmin itu sentiasa melahirkan sifat syukur, sabar dan redha, mengharapkan pahala dari apa yang berlaku, sangat beradab dengan Rabb penciptanya dengan tidak membantah. Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda: Manusia yang paling banyak menempuhi ujian ialah para Anbiya, kemudian yang seumpama mereka, kemudian seumpama mereka. Diuji seorang lelaki daripada mereka menurut kekuatan dan kelemahan agamanya. Jika (pegangannya) kepada agamanya kuat diuji mengikut kadar (kekuatuan) itu, (sebaliknay) jika (pegangan) kepada agamanya lemah, maka diringankan daripadanya. Ujian itu akan berkekalan bersama lelaki itu hingga Dia memberikan lelaki itu berjalan di bumi sedang padanya tidak ada sesuatu kesalahan pun. (HR. at-Termizi, Ibnu Majah, alHakim dan Ibnu Hibban).

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Bertaqwalah kepada Allah. Kita hamba, Allah Tuhan kita. Tiada milik kita. Semua milik Dia. Semua yang ada pada harta, kehidupan dan nyawa, adalah amanah daripada-Nya. Bertaqwalah kita pada melunaskan amanah itu, dan jangan sekali-kali mati, kecuali sebagai Muslim yang tunduk dan patuh kepada-Nya. Firman Allah SWT:

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya) [Surah al-Anaam 6: 162-3]

Anda mungkin juga menyukai