Anda di halaman 1dari 17

Topik2 Budaya dan

Masyarakat
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menerangkan maksud budaya dan kepentingan budaya dalam masyarakat; Memberi contoh difusi dalam sesebuah masyarakat; Menyenaraikan serta menjelaskan elemen-elemen budaya; Menghuraikan maksud integrasi budaya; dan Menjelaskan aspek-aspek variasi budaya serta sikap terhadap variasi budaya.

PENGENALAN
Budaya dan masyarakat adalah konsep-konsep yang luas dan mendalam pengertiannya. Konsep-konsep tersebut sering digunakan untuk memahami kewujudan sosial masyarakat. Tanpa kedua-dua konsep ini, agak sukar untuk kita memahami erti kehidupan sebenarnya.
Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad kepada seni, sastera, dan muzik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat. Ahli sosiologi membahagikan budaya kepada dua jenis iaitu: (i)

Budaya kebendaan yang terdiri daripada objek fizikal yang digunakan oleh
manusia untuk mencapai matlamatnya. Contoh budaya kebendaan adalah

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

17

seperti peralatan dan mesin yang digunakan dalam pembinaan, atau komputer dan mesin kira untuk menyelesaikan masalah matematik. (ii)

Budaya bukan kebendaan yang terdiri daripada nilai-nilai, seni lukisan,


bahasa, pandangan hidup dan simbol yang mewakili dunia sosial dan fizikal. Contoh budaya bukan kebendaan adalah seperti cerita dongeng kanak-kanak, kod perundangan, muzik dan pandangan hidup yang dipelajari semasa dewasa. Dalam topik ini, kita akan mengupas aspek budaya bukan kebendaan dan serta pengaruhnya ke atas ahli masyarakat.

2.1

PERKEMBANGAN BUDAYA MASYARAKAT

Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada pengaruh budaya. Sama ada anda seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau sebagainya, anda sudah semestinya membesar dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya atau cara hidup yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia (sila lihat Rajah 2.1) memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa menarik dan beraneka ragam.

Rajah 2.1: Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia

2.1.1

Konsep Budaya

Apakah yang dimaksudkan dengan budaya? Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang

18

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

bagaimana masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan mereka, apakah artifak mereka dan apakah maksud tindak-tanduk mereka. Struktur sosial masyarakat merujuk kepada perkara yang praktikal atau instrumen yang berkaitan dengan hubungan sosial, manakala budaya merujuk kepada aspek simbolik atau luahan perasaan hubungan sosial tersebut. Semua makhluk mempunyai corak kehidupan masing-masing, iaitu kepercayaan agama, gaya membesarkan anak, strategi mencari nafkah seharian, cara memperolehi tempat tinggal dan sebagainya. Apa yang menarik tentang budaya ialah ia mencorakkan kehidupan sesebuah masyarakat melalui proses pembelajaran. Kebanyakan anak haiwan berupaya untuk hidup setelah dilahirkan dengan sendiri, tetapi bayi manusia memerlukan penjagaan rapi oleh ibu bapa mereka untuk terus hidup. Beberapa jam setelah dilahirkan, seekor anak kuda sudah boleh menendang dan berlari. Bayi yang baru dilahirkan hanya mempunyai beberapa tindakan refleks. Bagaimanakah bayi memperolehi budaya? Persekitaran sosialnya akan mendidiknya supaya memperolehi pelbagai kemahiran. Melalui kemahiran jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial, kanakkanak itu akan memahami budaya dan masyarakatnya. Terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak terdedah kepada interaksi masyarakat akan membesar secara tidak normal. Tingkahlaku mereka ternyata kurang bersifat manusia. Mereka berkomunikasi hanya dengan berbunyi, tidak mampu mengawal pergerakan mereka dan tidak kisah dengan manusia di sekeliling mereka. Ini membuktikan bahawa manusia perlu belajar untuk menjadi manusia. Perkembangan manusia bergantung kepada sosialisasinya, iaitu proses interaksi di mana manusia akan mempelajari identitinya dan kemahiran bersosial. Isi kandungan sosialisasi bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat tersebut. Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi budaya masyarakat di mana kita dibesarkan.

SEMAK KENDIRI 2.1


1. 2. 3. Apakah yang anda faham dengan maksud budaya? Apakah perbezaan di antara budaya dan masyarakat? Jelaskan kepentingan budaya kepada masyarakat.

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

19

2.1.2

Difusi

Apakah yang dimaksudkan dengan difusi? Bilakah difusi berlaku? Melalui proses difusi, manusia akan menyerap budaya orang lain ke dalam budayanya sendiri. Proses ini memperkayakan budaya asal dengan elemenelemen etnik yang tidak wujud sebelumnya dalam budaya dominan masyarakat tersebut. Difusi mencakupi aspek-aspek seperti fesyen, muzik, tarian, makanan dan sebagainya. Kita boleh menyaksikan aspek-aspek difusi dalam budaya di Amerika Syarikat: Tarian yang menggabungkan elemen salsa dari Latin Amerika. Muzik reggae dari kepulauan Caribbean, muzik jazz dan blues yang diserap dari budaya African American. Makanan seperti pizza dari Itali, frankfurter dari Jerman, taco dari Mexico, sushi dari Jepun dan falafel dari Timur Tengah (sila lihat Rajah 2.2).

Perlu dinyatakan bahawa penyerapan budaya asing ke dalam budaya asal adalah kurang merbahaya. Kebiasaannya, budaya asal masih dikekalkan oleh ahli masyarakat tersebut.

Rajah 2.2: Makanan yang diserap dari budaya-budaya asing

20

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

AKTIVITI 2.1
Berikan contoh difusi dalam masyarakat Malaysia.

2.2

ELEMEN-ELEMEN BUDAYA

Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seharian. Pembelajaran, upacara perkahwinan dan aspek-aspek lain dalam budaya dipelajari dan disampaikan melalui interaksi di antara manusia dalam sesebuah masyarakat. Misalnya, di India, lazimnya ibu bapa memilih jodoh untuk anak mereka. Tetapi di Amerika lain pula caranya. Ibu bapa memberi kebebasan kepada anak mereka mencari jodoh sendiri. Aspek-aspek budaya yang lazimnya membentuk cara bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup adalah: Bahasa Norma Kawalan Nilai

2.2.1

Bahasa

Tahukah anda mengapa bahasa penting dalam sesebuah masyarakat? Pada hari ini, terdapat sebanyak 7,000 bahasa yang ditutur di seluruh dunia. Bilangan ini melebihi jumlah negara yang terdapat di dunia. Dalam sesebuah negara, mungkin ada lebih daripada satu bahasa yang digunakan untuk bertutur. Misalnya, di Malaysia terdapat penggunaan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Namun begitu ada juga negara yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja seperti di Korea dan Jepun. Penggunaan bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa. Bahasa Inggeris banyak menggunakan frasa yang dikaitkan dengan peperangan, misalnya conquering space (menakluki angkasa lepas), waging war on drugs (memerangi dadah), dan sebagainya. Ini mencerminkan betapa pentingnya peperangan dalam budaya orang Inggeris. Begitu juga di Malaysia, perkataan-perkataan seperti galas, bimbit dan kepit mencerminkan bahawa kita banyak menggunakan tenaga anggota.

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

21

Bahasa merupakan asas kepada setiap budaya masyarakat. Bahasa adalah sistem perkataan yang bermakna dan bersimbol untuk setiap aspek budaya. Ia melibatkan pertuturan, penulisan, nombor, simbol, dan pergerakan yang tidak menggunakan bahasa dan penyataan. Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara pelbagai bangsa. Ini ternyata benar jika kita melihat penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Penguasaan bahasa tersebut penting untuk kita berinteraksi pada peringkat global seperti di persidangan Bangsa-bangsa Bersatu, seminar antarabangsa, atau untuk menerbitkan penulisan dalam jurnal luar negara. Selepas peristiwa September 11, kerajaan Amerika menyarankan bahawa anggota perisik mereka menguasai bahasa Arab untuk memudahkan tugas menjejak pengganas. Walaupun bahasa merupakan budaya sejagat, namun terdapat beberapa perbezaan dalam penggunaannya. Misalnya, bahasa Arab menggunakan perkataan yang berbeza mengikut jantina orang yang bertutur. Begitu juga dengan bahasa Inggeris di mana penggunaan he dan she membezakan siapa yang dimaksudkan dalam perbualan. Tetapi dalam Bahasa Melayu kita tidak dapat membezakan di antara jantina sebab perbezaan ini tidak ditekankan.

2.2.2

Norma

Apakah itu norma? Untuk hidup dalam sesebuah masyarakat, kita perlu bersetuju tentang apa yang boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh, kita tidak boleh mengambil barang jiran kita tanpa meminta kebenarannya terlebih dahulu. Ada perbezaan di antara mencuri dan meminjam dan ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Persetujuan atau kesefahaman inilah yang mengawal kehidupan seharian kita dan membuat kita berfikir tentang perbuatan kita. Apabila kita memasuki institusi pengajian tinggi, berkahwin atau mula bekerja, kita perlu tahu apakah jangkaan orang terhadap kita dalam sesuatu situasi tersebut. Jangkaan seperti ini dipanggil norma. Norma adalah peraturan sosial yang menentukan tingkahlaku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima dalam sesuatu situasi. Ia memberitahu kita apakah yang boleh, mesti, tidak boleh atau tidak semestinya dilakukan. Semua budaya mempunyai peraturan sosial yang melibatkan hal-hal tentang seks, harta dan keselamatan. Tetapi norma bukan sahaja tentang peraturan.

22

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

Norma menyediakan panduan yang boleh kita aplikasikan kepada tindaktanduk kita agar sesuai dengan orang lain apabila terdapat situasi yang kurang jelas atau kabur. Norma menyediakan piawai di mana kita menilai orang lain dan membuat keputusan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan mereka. Di Barat, secara lazimnya pengguna-pengguna pengangkutan awam membaca suratkhabar, merenung iklan atau bercakap tentang cuaca pada hari itu. Seseorang yang tidak mengikuti peraturan ini kerana sibuk bersembang akan dianggap sebagai orang asing oleh pengguna-pengguna pengangkutan awam yang lain. Dia tidaklah dilihat sebagai seseorang yang merbahaya. Tetapi sekiranya seseorang itu menendang kaki penumpang yang lain, dia akan dilihat sebagai seseorang yang merbahaya dan menyebabkan penumpang yang ditendang menjerit meminta tolong. Walaupun norma merupakan ciptaan manusia, kita mengalaminya sebagai sebahagian daripada ciri-ciri persekitaran sosial kita. Manusia merujuk kepada beberapa norma yang dianggap penting (kawalan) dan hukuman dijatuhkan kepada mereka yang melanggarnya. Ahli sosiologi mengkelaskan norma kepada dua jenis iaitu yang formal dan tidak formal (sila lihat Jadual 2.1):
Jadual 2.1: Norma yang Formal dengan Norma yang Tidak Formal (1) Norma yang formal Norma yang telah didokumenkan dan ditetapkan jenis hukumannya sekiranya seseorang itu melanggar norma tersebut. Undang-undang adalah norma yang formal. Norma yang diterimapakai oleh sebuah masyarakat tetapi tidak didokumenkan, contohnya pakaian yang sesuai dipakai. Memakai baju yang dipenuhi oleh manik berkilat ke pejabat bukanlah salah tetapi tidak sesuai. Ia lebih sesuai dipakai ke majlis malam.

(2)

Norma yang tidak formal

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

23

Penerimaan norma bergantung kepada beberapa faktor (sila lihat Jadual 2.2):
Jadual 2.2: Faktor-Faktor Penerimaan Norma (1) Norma yang tidak diikuti oleh kebanyakan ahli masyarakat. Norma yang tidak diterima oleh masyarakat umum tetapi diterima oleh segelintir individu. Merokok tidak digalakkan dalam masyarakat Malaysia tetapi remaja kita masih menghisap rokok di dalam atau di luar sekolah. Lumba haram sangat diminati oleh kumpulan remaja Mat Rempit yang telah menjadikannya norma mereka. Walaubagaimanapun, lumba haram tidak diterima sebagai norma bagi masyarakat umum di Malaysia. Anda terdengar jeritan kanak-kanak yang didera oleh ibu bapanya. Anda serba salah untuk mengambil tindakan. Sekiranya anda menolongnya, anda mungkin merasa seolah-olah anda menjaga tepi kain orang. Tetapi pada masa yang sama, jika anda tidak menghiraukan jeritan tersebut, anda seperti menggalakkan penderaan tersebut berlanjutan. Membunuh seseorang bukanlah norma yang boleh diterima sewenang-wenangnya di mana-mana negara. Tetapi membunuh dengan sebab mempertahankan diri boleh diterima. Membunuh musuh dalam peperangan dianggap norma bagi askar dan adakalanya diberi ganjaran dan kepujian. Di Malaysia ketika zaman sebelum merdeka, perkahwinan campur di antara kaum tidak dapat diterima sebagai norma masyarakat kita. Tetapi pada hari ini, perkahwinan campur sudah menjadi norma terutamanya di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur.

(2)

(3)

Norma yang diketepikan kerana ia bercanggah dengan norma yang lain.

(4)

Norma yang bercanggah tetapi masih boleh diterima.

(5)

Norma yang bergantung kepada perubahan situasi politik, ekonomi dan sosial.

AKTIVITI 2.2
Anda seorang guru disiplin. Jelaskan norma-norma yang harus dipatuhi oleh pelajar-pelajar di sekolah anda.

24

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

2.2.3

Kawalan

Apakah itu kawalan?

Kawalan bermaksud ganjaran atau hukuman ke atas tingkahlaku bersabit


dengan norma sosial (sila lihat Jadual 2.3):
Jadual 2.3: Kawalan Positif dengan Kawalan Negatif (1) Kawalan positif: Berbentuk pujian atau ganjaran. Sebagai contoh, jika anda mendapat straight As dalam ujian SPM, anda akan dihormati oleh rakan-rakan anda serta peluang anda menjejakkan kaki ke menara gading semakin cerah. Sebagai contoh, pemandu kenderaan yang tidak membayar tiket letak kereta akan dikenakan saman.

(2)

Kawalan negatif: Berbentuk denda, ugutan atau hukuman penjara.

2.2.4

Nilai

Tahukah anda apakah maksud nilai?

Nilai merupakan andaian dan penilaian yang dilakukan terhadap bahan,


matlamat atau keadaan yang dianggap penting, diingini dan perlu dicapai. Di Amerika, menghormati hak individu memiliki harta adalah satu nilai penting, di samping hak individu bersendirian dan kebebasan bersuara. Nilai membentuk sistem norma masyarakat dengan mendefinisikan kriteria untuk menilai tingkahlaku yang boleh diterima dan ditolak. Namun begitu, nilai tidak semestinya menentukan tingkahlaku kita. Norma yang menentukan persepsi tingkahlaku yang ideal dalam sesuatu situasi. Ia tidak semestinya mencerminkan perkara atau tingkahlaku yang sebenar. Walaupun nilai hak individu itu adalah satu nilai yang penting di Amerika, namun begitu barang kepunyaan pelajar boleh diperiksa oleh guru sekolah, kehidupan pekerja boleh disiasat oleh majikannya, dan sejarah latarbelakang peminjam boleh diminta oleh pihak bank. Nilai mempengaruhi tingkahlaku manusia dan digunakan sebagai kayu ukur untuk menilai tingkahlaku orang lain. Nilai, norma dan kawalan sesuatu budaya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Misalnya, sesuatu masyarakat yang meletakkan nilai tinggi ke atas institusi kekeluargaan akan mewujudkan norma

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

25

dan kawalan ketat sebagai usaha untuk memastikan tidak berlakunya zina atau perceraian. Nilai sesuatu budaya itu boleh berubah tetapi kebanyakan nilai seseorang itu akan berkekalan sepanjang hayatnya. Ahli sosiologi Robin M. Williams (1970) menyenaraikan nilai asas manusia seperti berikut: Kejayaan Kecekapan Keselesaan kebendaan Nasionalisme Keadilan Keagungan sains Kepercayaan

Nilai-nilai pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Amerika berbeza dengan senarai nilai asas manusia di atas. Selama 39 tahun yang lepas, pelajar di Amerika Syarikat telah meletakkan nilai menjadi mewah dari aspek wang ringgit sebagai nilai yang dikaitkan dengan kuasa. Tahap kedudukan juga merupakan nilai yang semakin diterima umum. Walaubagaimanapun, nilai membentuk falsafah hidup yang bermakna dan altruism merupakan nilai yang semakin diketepikan. Pada akhir-akhir ini, pelajar di universiti didapati mengamalkan budaya plagiarisme di mana sebahagian besar tugasan bertulis mereka diceduk daripada internet.

AKTIVITI 2.3
1. 2. Apakah elemen-elemen yang penting dalam sesuatu budaya? Pada pendapat anda, nilai apakah yang telah berubah dalam pelajar sekolah pada hari ini berbanding dengan pelajar sekolah pada zaman 60an? Nilai apakah yang penting dalam hidup anda?

3.

26

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

2.3

INTEGRASI BUDAYA DAN VARIASI BUDAYA

Apakah yang dimaksudkan dengan integrasi budaya? Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula mempunyai keunikannya. Misalnya, mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai empat musim akan mengalami musim luruh, sejuk, bunga dan panas. Pada setiap musim pula mereka akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan musim yang dialami. Ini amat berbeza dengan mereka yang tinggal di kawasan khatulistiwa yang sentiasa mengalami musim panas dan berpakaian nipis. Variasi budaya boleh juga dilihat pada makanan. Mereka yang tinggal di Malaysia, Thailand, Indonesia dan India lebih gemar makan nasi berbanding dengan mereka yang tinggal di Amerika, Australia dan United Kingdom yang lebih gemar makan ubi kentang. Budaya sesuatu kaum itu disesuaikan dengan keadaan sekeliling seperti cuaca, lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologi. Walaupun terdapat persamaan seperti agama, namun terdapat variasi di antara budaya. Misalnya, di Malaysia terdapat variasi budaya di antara orang Melayu di negeri-negeri di utara dan di selatan.

2.3.1

Aspek Variasi Budaya

Variasi budaya merupakan fenomena sosiologi yang mewarnai kehidupan manusia sejak permulaan tamadun manusia lagi. Di sini, kita akan membincangkan tiga perkara: (a) Budaya kecil

Counterculture
Kejutan budaya Budaya Kecil Apakah itu budaya kecil? Budaya kecil adalah seperti budaya yang diikuti oleh petani yang bekerja di bendang, nelayan yang ke laut atau penjual sayur di pasar. Mereka ini merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat yang lebih besar. Mereka

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

27

mempunyai nilai, norma dan adat resam yang tersendiri. Budaya kecil boleh dianggap sebagai sebuah budaya yang wujud di dalam budaya yang dominan dalam sesebuah masyarakat. Budaya kecil ini ternyata wujud dalam sesebuah masyarakat seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sambil mengamalkan budaya kecil, mereka ini juga melibatkan diri dalam budaya yang dominan dalam masyarakat. Keadaan ini mewujudkan sebuah bahasa (argot) yang hanya digunakan oleh ahli dalam budaya kecil tersebut. Misalnya, nelayan ada bahasanya tersendiri yang terdiri daripada perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh orang yang bukan nelayan. Bahasa inilah yang digunakan oleh penghuni-penghuni kampung nelayan (sila lihat Rajah 2.3) sebagai corak komunikasi di antara mereka.

Rajah 2.3: Kampung nelayan

Di Malaysia, kita sering mendengar tentang budaya anak-anak remaja kita (sila lihat Rajah 2.4). Mereka ini dalam golongan usia belasan tahun dan mempunyai gaya hidup mereka tersendiri (pakaian, muzik, bahasa dan makanan) yang berlainan dengan golongan usia 20an dan 30an. Mereka ini juga digolongkan dalam budaya kecil.

Rajah 2.4: Remaja Cina, India dan Melayu

28

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

(b)

Counterculture Counterculture merujuk kepada corak budaya yang kuat menentang


budaya yang diterima oleh masyarakat umum. Pada zaman 1960an, terdapat kumpulan remaja counterculture yang menolak budaya aliran utama pada masa itu yang dianggap terlalu mementingkan diri, kuat bersaing dan mengejar kebendaan. Kumpulan hippies dan counterculture yang lain lebih gemar kepada budaya yang bercorak gaya hidup bekerjasama dan mementingkan perkembangan pertumbuhan individu. Perbezaan ini mengakibatkan sesetengah golongan manusia keluar daripada kumpulan masyarakat tersebut.

(c)

Kejutan Budaya Apakah yang dimaksudkan dengan kejutan budaya? Istilah kejutan budaya merujuk kepada perasaan yang bersifat mengelirukan (disorienting) dan menekan (stressful) yang dialami oleh manusia apabila mereka memasuki atau mengalami persekitaran budaya yang asing. Terdapat banyak perbezaan di antara budaya sesebuah negara dengan negara-negara yang lain. Ramai manusia yang beranggapan bahawa budaya negaranya adalah lebih hebat daripada budaya negara lain. Dengan berlandaskan pemikiran sedemikian, maka tidak hairanlah jika seseorang itu mendapati dirinya kurang selesa dengan budaya yang dilihatnya apabila mengembara atau melancong ke negara lain. Bayangkan seorang pelajar Melayu dari luar bandar yang dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti di luar negara seperti di bandaraya New York (sila lihat Rajah 2.5). Memandangkan beliau tidak pernah keluar daripada kampung halamannya, sudah pasti beliau akan terkejut melihat gaya hidup penduduk New York yang berpusu-pusu berjalan ke destinasi masingmasing tanpa mengendahkan orang lain. Beliau juga akan hairan melihat jenis pakaian yang mereka pakai dan cara pergaulan mereka seharian. Semua ini akan dianggap sebagai sesuatu yang sangat pelik dan asing bagi beliau. Perasaan yang dialami oleh beliau pada ketika itu boleh ditafsirkan sebagai kejutan budaya.

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

29

Rajah 2.5: Bandaraya New York

2.3.2

Sikap Terhadap Variasi Budaya

Variasi budaya memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa beraneka ragam dan menarik coraknya. Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang kurang menerima kepelbagaian budaya lalu bertindakbalas secara negatif terhadapnya. Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji fenomena etnosentrisme serta penawarnya iaitu cultural relativism. (a) Etnosentrisme Apabila seseorang itu melalui kejutan budaya, beliau berkemungkinan mentafsir budaya asing dengan membuat perbandingan dengan budayanya sendiri. Selalunya, beliau akan membuat rumusan bahawa budaya yang baru ini adalah kurang baik berbanding dengan budayanya. Misalnya, kumpulan budaya seperti Caribs, Kiowas, Lapps dan Tunguses menganggap diri mereka sebagai manusia. Secara tidak langsung, ini membuat mereka memandang mereka yang bukan ahli kumpulan mereka sebagai bukan manusia. Etnosentrisme wujud disebabkan kurang pemahaman tentang budaya. Sekiranya kita melihat sesuatu budaya tersebut luar daripada konteksnya, kemungkinan budaya itu akan dianggap pelik atau aneh. Pada zaman dahulu di negara Cina, kaum perempuan dikehendaki mengikat atau membalut kaki mereka agar kaki mereka tidak membesar. Kita mungkin menganggap perbuatan ini sebagai zalim dan mendiskriminasi kaum perempuan, tetapi orang Cina pada zaman itu tidak beranggapan demikian. Perempuan yang saiz kaki kecil dianggap cantik dan menawan. Di Malaysia, kita membuka kasut apabila kita memasuki rumah sebagai tanda hormat. Tetapi di Barat, budaya ini dianggap kurang selesa. Mereka sebaliknya memakai kasut sehingga masuk ke dalam bilik tidur.

30

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

AKTIVITI 2.4
Cari seorang rakan sekelas yang pernah pergi ke luar negara. Tanyakan kepadanya sama ada terdapat perbezaan budaya di antara negara yang dilawati dengan negara kita. Jika ada, cuba berikan alasan untuk kewujudan perbezaan tersebut. (b) Cultural Relativism Sekiranya etnosentrisme adalah satu anggapan yang kurang tepat mengenai sesebuah budaya asing, maka alternatifnya ialah cultural relativism. Mempraktikkan cultural relativism bukanlah mudah. Kita perlu menanam sikap terbuka terhadap budaya orang lain, menerima nilai dan norma yang berbeza, serta tidak menilai mengikut kepercayaan dan nilai kita. Sikap begini sangat penting pada hari ini di mana kita berinteraksi dengan manusia daripada berbilang kaum dan budaya. Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum etnik yang lain seperti Iban dan Kadazan. Negara-negara seperti Amerika, Britain dan Australia juga mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Sudah jelas bahawa dalam konteks muhibbah sebegini, cultural relativism harus dipupuk untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara. Ini sangat penting untuk memastikan rakyat memahami budaya serta dapat menerimanya dengan fikiran terbuka.

AKTIVITI 2.5
1. 2. Bagaimanakah manusia menilai perbezaan budaya? Pada pandangan anda, adakah wujud suatu budaya globalisasi? Sekiranya ya, adakah ia sesuatu yang positif atau negatif? Mengapa?

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

31

Budaya adalah corak hidup dan juga pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Budaya dicorakkan melalui sosialisasi di mana individu berinteraksi dengan masyarakat di sekelilingnya untuk memperolehi kemahiran sosial. Melalui proses difusi, manusia akan menyerap budaya lain ke dalam budayanya sendiri. Terdapat beberapa elemen dalam budaya seperti bahasa, norma, kawalan dan nilai. Setiap elemen ini mempunyai fungsinya tersendiri. Setiap budaya di dunia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kelainan budaya ini dipengaruhi oleh keadaan seperti cuaca, lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologinya. Variasi dalam budaya akan menimbulkan budaya kecil, counterculture dan kejutan budaya. Sikap manusia terhadap variasi budaya harus diambilkira. Ada manusia yang bersikap etnosentrik iaitu menganggap budayanya lebih baik daripada budaya asing. Kita harus menilai sesuatu budaya asing itu di dalam konteks masyarakat yang mengamalkannya. Cultural relativism membantu kita saling memahami dan memupuk semangat toleransi di antara satu sama lain.

Bahasa Budaya Budaya kecil

Integrasi budaya Kawalan Kejutan budaya Nilai Norma Variasi budaya

Counterculture Cutural relativism


Difusi budaya

Etnosentrisme

32

TOPIK 2

BUDAYA DAN MASYARAKAT

Macionis, J. J. (2005). Sociology. Upper Saddle River: Pearson. Schaefer, R. T. (2008). Sociology. Boston: McGraw-Hill. http://www.TheSociologyPage.com (or http://www.macionis.com)