Anda di halaman 1dari 3

A.

PENGENALAN
- Sukan merupakan wadah menyatupadukan masyarakat menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Isi A. Kebaikan/Kesan
1. Kedatangan pelancong asing semakin meningkat

Huraian

- Melalui penganjuran sukan bertaraf dunia, industri


pelancongan sukan di negara kita akan mengalami kemajuan. Hal ini sekali gus mampu menjana ekonomi negara dari segi tukaran mata wang asing. - Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dapat mempromosikan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa. - Hal ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mapan.

2. Mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia

- Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikan kejohanan sukan yang dipertandingkan secara langsung, mereka boleh menyaksikannya melalui media massa seperti televisyen dan radio. - Banyak siaran langsung dibuat oleh negara-negara yang mengambil bahagian untuk melaporkan perkembangan kejohanan itu kepada penduduk di negara masing-masing. - Oleh itu, masyarakat dari seluruh dunia dapat menyaksikan kejohanan sukan yang diadakan di negara kita. - Secara tidak langsung, orang yang tidak tahu akan kewujudan Malaysia akan mengenalinya melalui liputanliputan yang disampaikan. - Perkara ini akan meningkatkan imej Malaysia ke seluruh dunia.

3. Dapat menjalin dan mengukuhkan kerjasama

- Kerjasama yang sudah terjalin pula akan bertambah erat dengan adanya penglibatan dalam bidang sukan. - Dengan adanya hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara-negara yang terlibat, tentunya negara kita akan mendapat kelebihan daripada pelbagai aspek. - Melalui penganjuran sukan antarabangsa, kita dapat mengeratkan perpaduan sejagat antara masyarakat dari seluruh dunia. - Sebarang pertelingkahan, pergaduhan dan permusuhan dapat dilupakan dan mereka dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan. - nama Malaysia akan dijulang sebagai juara perpaduan kerana sikap kerjasama dan toleransi bagai aur dengan tebing.

4. Wadah untuk perpaduan

5. Meningkatkan mutu sukan Negara

- penganjuran sukan peringkat antarabangsa ini juga akan meningkatkan mutu sukan negara kita. - Bagi ahli sukan negara sendiri yang bertanding dalam sesuatu acara itu, sudah pasti mreka akan mendapat suntikan semangat yang lebih daripada penyokongpenyokong tempatan. - Selain itu, mereka akan membuat persediaan yang lebih rapi dan membiasakan diri dengan gelanggang perlawanan sebenar untuk membuktikan bahawa kejayaan akan menjadi milik negara kita sendiri di samping slogan Malaysia Boleh

B. Langkah untuk penggalakan


1. Perlulah menjalankan
pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masa. - Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. - Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat mereka. - Kegiatan yang dijalankan hanya untuk memenuhi jadual. pihak sekolah mestilah memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan mestilah benar benar mendatangkan manfaat kepada mereka.

2.

pihak kerajaan haruslah

menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulum dalam kalangan pelajar melalui pengenalan sistem pendidikan baharu.

- Dalam hal ini, sistem pendidikan yang tidak hanya mementingkan akademik perlulah diperkenalkan supaya semua murid ada hati untuk menyertainya. - Melalui cara ini, mereka akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. - Tindakan ini secara langsung akan menyebabkan para pelajar menitikberatkan kegiatan kokurikulum.

3. pihak sekolah seharusnya


menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai dengan minat dan kemahiran para pelajar.

- Sejajar dengan perkara ini, pihak sekolah sepatutnya menjalankan kajian tentang minat pelajar dalam jenis aktiviti kokurikulum yang ingin diceburi dan seterusnya berusaha untuk membentuk kelab atau persatuan demi kebajikan pelajar. - Dengan itu, para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diminati.

Kesimpulan - Semua pihak mestilah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Dengan kerjasama yang terjalin, impian untuk melahirkan modal insan yang mampu menerajui pucuk pimpinan negara dengan berkesan dapat direalisasikan. Dengan itu, barulah hala tuju dan masa depan negara kita akan menjadi lebih terjamin.

Anda mungkin juga menyukai