Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan: Menurut Pn. Rojiah, kita sebagai bakal guru haruslah mementingkan etiket sosial diri kita.

Pakaian adalah imej yang memberikan tanggapan terhadap personaliti individu. Pakaian mencerminkan juga sikap serta budaya seharian individu. Justeru adalah wajar para pelajar dididik dengan amalan berpakaian yang sesuai dengan jurusan mereka supaya mereka kelak dapat keluar sebagai produk yang benar-benar menepati definisi guru sekolah.

Objektif:

Memberi ceramah agar mengkatkan etika keguruan yang betul untuk meningkatkan imej diri sebagai pendidik yang profesional,komited, amanah dan mempunyai integriti yang tinggi.

Kandungan ceramah: Pn. Rojiah telah menjelaskan etika berpakaian bagi guru pelatih di institut tersebut, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Menurut beliau, bagi guru pelatih lelaki, mereka hendaklah memakai seluar panjang dengan baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher yang bersesuaian; pakaian baju melayu hendaklah lengkap dengan bersamping dan bersongkok warna gelap. Mereka tidak dibenarkan memakai jeans atau seluar pendek, memakai selipar, kasut getah dan kasut sukan ketika kuliah diadakan. Walau bagaimanapun penggunaan songkok baldu bewarna hitam adalah dibenarkan. Mereka juga dibenarkan memakai baju kemeja berlenggan pendek yang bersesuaian. Selain itu mereka juga tidak dibenarkan mewarnakan rambut kerana ini akan menjejaskan sifat profesion seorang guru dan meninggal imej yang negative terhadap pelajar mereka.

Bagi guru pelatih perempuan pula, mereka boleh memakai pakaian casual yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia dan tidak menjolok mata.. Pakaian lain yang dibenarkan adalah seperti baju kurung,

baju kebaya labuh dan longgar, kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh, sari yang tidak mendedahkan bahagia badan, sut punjabi lengkap berselendang, kasut bertutup dan stoking yang bersesuaian. Biasanya, warna stokin yang bersesuaian adalah warna kulit. Mereka dilarang sama sekali memakai baju yang etrlalu ketat. Selain itu Pn. Rojiah juga menekankan memberi salam apabila berjumpa dengan pensyarah dan memberi salam. Kita juga perlu memberi keutamaan kepada seseorang mengikut status dan kedudukan masing-masing. Kita haruslah menjadi seorang guru pelatih yang mudah berkomunikasi dengan orang lain seperti wakil guru pelatih di institut ini. Wakil- wakil pelajar tersebut bukan sahaja mempunyai IQ yang tinggi malah EQ pun tinggi. Mereka pandai menagani sesuatu masalah dan tidak terlalu perasaan sendiri untuk mentelesaikan sesuatu masalah. Refleksi: Walaupun ceramah ini agak membosankan tetapi ia memang berguna untuk meningkatkan etiket sosial kita. Bagi saya, seorang guru mestilah mempunyai etiket sosial yang tiinggi untuk menjadi seorang guru yang berkelayakan dan menonjol. Jika seseorang guru itu hanya mempunyai EQ yang tinggi dan tidak tahu untuk berinteraksi dengan rakan sekerjanya atau anak- anak muridnya, maka dia merupakan seorang guru yang gagal. Hal ini demikian kerana dia tidak dapat menwujudkan hubungan yang mesra dengan anak- anak muridnya dan rakan sekerjanya. Guru yang beretiket sosial yang tinggi juga mencerminkan peribadinya yang ungggul. Dia dapat dijadikan sebagai role model untuk anak- anak muridnya.

Penutup: Kesimpulannya, kita sebagai guru pelatih haruslah memastikan agar diri sentiasa mematuhi etiket sosial yang sepatutnya.