Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan Moral merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia dalam hubungan sesama manusia, yang nilainya ditentukan oleh masyarakat berdasarkan kepada pemikiran dan umum yang tertentu. Moral pada pandangan agama adalah satu aspek yang mengajar supaya manusia mengawal diri dalam kehidupan seharian, baik dalam soal makan minum atau yang berkenaan dengan soal perhubungan atau persaudaraan di antara sesama manusia dan makhluk. Oleh sebab itu, apabila seseorang manusia itu melakukan kesalaha n mereka dianggap tidak bermoral kerana tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan. Perbincangan mengenai moral juga sering dikaitkan dengan beberapa teori oleh ahli falsafah yang terkenal dalam bidang berkaitan moral. Hal ini kerana, setiap ahli falsafah melihat sesuatu isu moral itu dari sudut yang berbeza berdasarkan penilaian dan kepercayaan hidup yang mereka pegang.

Definisi Moral Pemahaman mengenai “apa itu moral” setiap orang adalah berbeza-beza. Pada umumnya ahli ahli falsafah mengatakan bahawa moral hanya ditujukan kepada makhluk-makhluk yang rasional sahaja. Konsep moral ini tidak ditujukan kepada makhluk yang tidak berpandukan kepada prinsip-prinsip rasionaliti. Haiwan yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat terbuka seperti membuang air besar atau membuang air kecil tidak dianggap tidak bermoral kerana mereka tidak tahu prinsip-prinsip rasionaliti. Berbanding manusia yang membuang air besar atau air kecil di tempat terbuka dianggap tidak bermoral dan melakukan kesalahan kerana norma dan undang-undang dalam masyarakat yang mengharamkan perbuatan tersebut. Moral bermaksud concerned with principles of right and wrong behavior” (Oxford Advanced Learner’s Dictionary: 2005). Manakala dalam kamus dewan (1986) pula, moral bermaksud ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan atau yang berkaitan dengan betul atau salah. Moral juga berasal dari Bahasa Latin iaitu moralitas yang bermaksud adat, kebiasaan, sopan, tradisi, budi pekerti, dan sebagainya yang mempunyai kaitan dengan peraturan dan piawaian dalam sesebuah masyaraka Masyarakat telah menentukan sesuatu tindakan itu betul atau salah berdasarkan suara majoriti. Jika sekumpulan remaja menunggang dengan laju dan membahayakan orang lain. Perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral. Sebaliknya jika seorang remaja menunggang motor mengikut undang - u n d a n g d a n p e r a t u r a n y a n g t e l a h d i t e n t u k a n m a k a m e r e k a d i a n g g a p b e r m o r a l . Pemahaman mengenai moral ini tidak spesifik dan

bersifat dinamik mengikut sejarah dan tatacara hidup sesebuah masyarakat berkenaan (Dorothy Emmet: 1979).Moral terbahagi kepada dua iaitu baik yang bermaksud segala tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai baik. Ianya tidak memudaratkan individu berkenaan dan juga masyarakat di sekelilingnya. Manakala buruk pula bermaksud suatu tingkah laku yang dikenal pasti oleh etika sebagai tidak baik dan memberi kemudaratan kepada diri dan juga orang di sekelilingnya

Moral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan ajaran, peraturan, adat dan agama yang ditetapkan oleh masyarakat. Ajaran, peraturan, adat dan agama ini menentukan bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik. Moral melibatkan perhubungan manusia dengan alam semula jadi, perhubungan dengan makhluk lain, perhubungan manusia antara manusia dan perhubungan manusia dengan bukan manusia. Manusia yang tidak memiliki moral disebut “amoralertinya seseorang individu yang telah terpesong atau lari dari landasan akhlak yang sebenar atau tidak memiliki nilai positif di mata masyarakat lain.

Dari segi pendekatan kajian moral terdapat dua pendekatan. pendekatan pertama adalah pendekatan saintifik iaitu merujuk kepada kajian saintifik terhadap tingkah laku manusia. Pendekatan kedua pula merupakan pendekatan normatif atau standard dan preskriptif yang juga dikenali sebagai pendekatan falsafah. Ia terdiri daripada tiga elemen iaitu egoism, atruism dan utilitarianism. Egoism iaitu manusia seharusnya bertindak mengikut kepentingan peribadi. Terdapat dua jenis egoism iaitu psychological egoism dan ethical egoism. Psychological egoism membawa maksud pandangan masyarakat tentang kelakuan manusia atau keinginan manusia dalam mencapai sesuatu manakala ethical egoism adalah tentang teori apa yang harus diikuti oleh manusia dalam budaya sebenar masyarakat. Kewujudan dua egoism akan menimbulkan dilema moral kepada kita. Atruism pula adalah manusia seharusnya sentiasa bertindak mengikut kepentingan orang lain. Utilitarianism berkonsep manusia seharusnya sentiasa bertindak kepentingan semua orang termasuk kepentingan peribadi.

Moral secara ekplisit adalah hal-hal yang berhubungan dengan proses sosialisasi. Tanpa moral proses sosialisasi tidak akan berlaku. Moral pada zaman sekarang mempunyai nilai implisit kerana ramai orang yang mempunyai moral atau sikap “amoral” itu mempunyai sudut pandang yang sempit. Moral adalah nilai mutlak dalam kehidupan bermasyarakat secara utuh. Penilaian terhadap moral diukur dari kebudayaan masyarakat setempat. Moral adalah perbuatan atau tingkah laku ataupun ucapan seseorang dalam berinteraksi dengan manusia. Apabila yang dilakukan seseorang itu sesuai dengan nilai rasa yang berlaku di masyarakat tersebut dan dapat diterima serta menyenangkan lingkungan masyarakatnya, maka orang itu dinilai mempunyai moral yang baik, begitu juga sebaliknya. Moral adalah produk dari budaya dan agama.

Moral membicarakan persoalan yang betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti oleh sesebuah masyarakat. Ia juga merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan sejagat dan budaya sesuatu masyarakat. Moral disamakan dengan etika. Peter Baelz dalam bukunya Ethics and Belief menyatakan bahawa “moral dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoretikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.

Aplikasi moral dalam etika guru dan pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal agar pendidikan di negara ini menumpukan kepada perkembangan individu yang menitik beratkan aspek keseimbangan dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah secara bersepadu. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Moral mempunyai dua prinsip asas iaitu adil dan penyayang. Prinsip adil melibatkan konsep hak, kesaksamaan dan balasan serta konsep autonomi atau kebebasan. Di sini ia merujuk kepada pelakuan guru yang tidak berat sebelah atau pilih kasih terhadap pelajar atau masyarakat setempat tanpa mengira status,rupa, bangsa dan agama. Tindakan yang adil melibatkan taakulan atau fikiran yang rasional iaitu mengkaji merit, motif dan latar belakang sesuatu kes tertentu. Tindakan dianggap adil sekiranya hukuman yang diberi kepada sesuatu salah laku yang dilakukan tidak memberi manfaat kepada satu pihak sahaja. Di samping itu, hak hak yang dianggap sah adalah seperti terdapat kesaksamaan dalam ganjaran, harga dan pertukaran serta kesaksamaan dalam agihan sumber. Selain itu, prinsip adil menuntut layanan yang sama diberi kepada situasi yang sama dengan menggunakan pendekatan yang serupa dan pertimbangan kepada kes yang memerlukan keperluan khas dengan menggunakan cara yang berlainan jika terdapatnya sebab yang munasabah dan adil (Audi, 1999)

Manakala prinsip penyayang pula melibatkan konsep hormat, tanggungjawab dan kasih sayang dalam mengekalkan perhubungan antara individu dan perkembangan kebajikan orang lain. Situasi ini melibatkan interaksi sosial antara guru dengan pelajar, guru dengan guru serta guru dengan masyarakat sekeliling. Prinsip ini memerlukan seseorang individu mengelakkan kecerderaan terhadap orang lain dengan mengambil berat keperluan, kepentingan dan perasaan orang lain dalam berkembangkan kebajikan orang lain. Selain daripada itu prinsip ini juga bermakna sekiranya kita melayani orang lain sebagai sesuatu matlamat dan bukan sebagai alat kerana setiap orang mempunyai pandangan dan matlamat tersendiri. Matlamat orang lain tidak semestinya sama dengan kita diri sendiri dan dengan itu pandangan mereka perlu dihormati. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa pandangan orang lain patut diterima jika kita menilaikan bahawa pandangan mereka adalah tidak logik atau munasabah dan dianggapkan tidak baik atau salah dari segi moral. Prinsip juga dikenali sebagai prinsip kepedulian (Abdul Rahman Md. Aroff, 1999) atau prinsip altruisme yang memberi kepentingan kepada orang lain. Selain daripada itu, masyarakat merupakan golongan dalam Wawasan 2020 dan sektor pendidikan difokuskan untuk menjayakan aspirasi ini. Jadi, adalah menjadi tugas para guru untuk memikul tanggungjawab ini. Ciri ciri guru yang terbaik amat dititikberatkan iaitu dari segenap aspek yang utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Hal ini supaya dapat melahirkan murid yang cemerlang yang dilahirkan dari guru yang cemerlang juga. Globalisasi yang pesat membangun memerlukan guru dan murid yang berdaya tahan untuk sama sama mengekalkan keharmonian dan kemajuan negara yang sudah menjadi status negara maju. Maka dengan itu, guru yang cemerlang amat diperlukan bagi mewujudkan masyarakat yang maju. Bukan itu sahaja, Falsafah pendidikan Guru (FPG) juga ada menekankan untuk seorang guru harus mempunyai peribadi yang berperketi mulia. Seorang guru perlu mempunyai sahsiah yang baik. Misalnya berbudi bahasa, berdisiplin dan bermoral tinggi. Guru yang mempunyai sahsiah baik dapat menjadi teladan kepada pelajarnya di samping dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih efisien. Hai ini disebabkan setiap kerja yang dibuat akan memberi hasil yang baik. Contohnya, guru yang kemas dan sopan membuatkan pelajarnya lebih bersemangat untuk belajar jika dibandingkan dengan guru yang selekeh. Kebiasannya golongan kanak kanak senang tertarik dengan penampilan orang lain, apatah lagi individu tersebut merupakan gurunya. Kesannya dapat membuatkan pelajar tahu akan etika pakaian yang kemas dan sesuai mengikut situasi. Guru akan membuatkan pelajarnya mencontohi setiap perlakuannya tidak kira sama ada baik atau buruk. Jika setiap guru menunjukkan contoh yang baik maka akan menghasilkan pelajar yang baik juga. Guru yang cemerlang merupakan guru yang dapat memberi keyakinan kepada pelajarnya untuk membuat perkara baik secara berterusan.

Kesimpulan Berdasarkan penerangan di atas moral memberi peranan yang penting dalam profession perguruan. Guru sebagai teladan kepada setiap tingkah laku yang berupaya membentuk perwatakan diri pelajar dengan pelbagai keteguhan nilai diri antaranya bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dalam situasi tertentu. Oleh itu, guru harus menampilkan perwatakan terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Di sini peranan guru amatlah penting untuk menerapkan akhlak dan adab yang baik mahupun buruk agar ilmu tersebut dapat dipraktikkan apabila berhadapan dengan sebarang situasi pada bila-bila masa.