Anda di halaman 1dari 2

KONSEP 1 MALAYSIA

Melalui slogan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah banyak diperkatakan dan dibahaskan.Melalui slogan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjana banyak perubahan ke arah kemajuan dan kebaikan negara.

Secara umumnya, gagasan Satu Malaysia dilihat sebagai tepat pada masanya dan berada pada landasan yang betul untuk mempersiapkan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa yang maju seterusnya mencapai wawasan 2020. Satu Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan rakyat paling penting bagi memastikan tiada rakyat di negara ini terpinggir daripada arus pembangunan. Malah setiap rakyat sama ada daripada kelompok kecil atau besar tidak akan dipinggirkan sebaliknya diberikan bantuan sama rata. Gagasan ini juga bertujuan menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai sebuah negara yang kuat dan maju tetapi juga menjadikan rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hidup bersatu padu sebagai satu bangsa. Melalui gagasan Satu Malaysia ini, rakyat pelbagai kaum, agama dan latar hidup disatukan bagi melahirkan satu bangsa dengan satu impian sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat dan dihormati di peringkat antarabangsa.

Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong usaha membawa negara ini menjadi sebuah negara maju, kuat, bersatu serta dihormati, gagasan Satu Malaysia ini wajar disokong dan didokong oleh semua pihak. Walaupun ada pihak yang mempertikaikan dan mentafsirkan gagasan ini sebagai bakal menghakis hak dan kesitimewaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lainnya, pandangan cetek begini perlu disangkal. Apa yang jelas, gagasan Satu Malaysia ini masih berlandaskan atau berpaksikan kepada Perlembagaan dengan memastikan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera akan terus dipelihara dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain akan terus dibela dan dihormati.

Y.A.B. Perdana Menteri percaya bahawa demi mengubah Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian lebih tinggi, Budaya Kecemerlangan amat perlu dalam diri setiap manusia. Ini kerana jika seseorang mempunyai satu set nilai-nilai yang mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.Secara dasar, ia merupakan satu usaha berterusan. Namun seseorang perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, seseorang itu akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.

Sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan merupakan satu salah satu nilai dalam Budaya Kecemerlangan. Ketepatan pengukuran, menguruskan masa, jadual penyampaian, dari segi kualiti amatlah penting. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk dan perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.

Y.A.B. Perdana Menteri berharap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan prestasi. Sekiranya mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna matlamat-matlamat khusus, dan prestasi seseorang boleh diukur. Pengawasan, pemantauan, pembetulan dan membuat sebarang perubahan jika perlu boleh dilaksanakan. Misalnya pengertian waktu, waktu Malaysia, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Beliau berpendapat, ketepatan masa merupakan antara perkaraperkara yang boleh ketengahkan, meningkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Pernyataan seperti lebih kurang sepatutnya tidak wujud lagi dalam perkataan-perkataan yang diguna pakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai.

Beliau juga turut menceritakan pengalaman bersama dengan arwah ayahanda yang disifatkan sebagai seorang ahli motivasi. Tetapi secara halus, bapanya menerapkan dalam jiwa beliau satu keinginan untuk berjaya dan menjadi yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan, contohnya di dalam bilik darjah. Arwah bapanya menyediakan satu skim ganjaran, iaitu sejumlah wang yang kecil yang akan dihadiahkan jika berjaya menduduki tempat pertama di dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Menurutnya bukan ganjaran wang yang menjadi ukuran tetapi kegembiraan apabila menjadi pelajar terbaik di dalam kelas, dan kekecewaan jika tidak berjaya. Itulah titik tolak dalam hidupnya untuk menyedari betapa pentingnya kejayaan dan berusaha dengan gigih dalam segala perbuatan.

Anda mungkin juga menyukai