Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN AGM DPPM

1. Saudara-saudari sekalian sepertimana yg kita tahu, tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi kita semua, ada sesetengah dikalangan kita yang sudah 6 bulan tiada job dan sesetengah dikalangan kita terpaksa menutup perniagaan. Untuk mendapatkan pembiayaan juga amat sukar, rata-rata mengeluh dengan situasi ekonomi sekarang 2. Situasi ini bukan perkara baru, sudah lama kita berada dalam situasi ini, kegagalan DEB meningkatkan ekonomi orang Melayu terus memberi tekanan kepada kita semua. Hati yang mana tidak merasa cemburu melihat kekayaan bangsa asing dibumi sendiri sedangkan kita umpama melukut ditepi gantang. 3. Saudara-saudari sekalian, DPMM merupakan badan utama yang diiktiraf oleh kerajaan untuk usahawan-usahawan melayu bernaung, berkongsi masaalah, dan untuk membantu mereka berjaya. Itulah harapan usahawan-usahawan melayu bukan sahaja diluar sana tetapi juga kita semua di dalam dewan ini 4. Saya ingin mengambil peluang pada hari ini untuk mangajak saudara-saudara dan saya sendiri untuk melihat kembali kedudukan kita sekarang ini, adakah kita sudah menunaikan tanggujawab yang telah diamanahkan pada kita untuk memimpin dan membangunkan usahawan-usahawan melayu sepertimana yg diharapkan...atau adakah kita sudah cukup berusaha namun terus dihimpit dengan kegagalan berbanding dengan usahawan-usahwan bangsa lain? 5. Bila kita bangkitkan soal membantu usahawan lain, seringkali kita bersungut, bagaimana kita ingin membantu usahawan-usahawan lain sedangkan kita sendiri perlu dibantu? Kita sendiri berada dalam keadaan sukar untuk survive mana mungkin kita mampu untuk membantu orang lain. 6. Saya ingin mengajak saudara-saudara sekalian untuk mengubah gerak kerja kita dengan membantu diri kita dengan kedudukan dan tanggungjawab yg kita ada dengan membantu orang lain. Rasullullah s.a.w. telah bersabda Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu : 1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin. 2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman. 4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah Kisah ni dari IIKIM.fm Hamba Allah, sorang kontraktor ni berada di kawasan org kurang berada, budak2 sekolah yg nak makan kat kantin/ kedai. So kontraktor ni ckp ke budak2 tu mkn lah apa saja, dia akan belanja. Bil semua RM23.70. Dia pun bayar. Tak lama lepas tu dia dpt kontrak bernilaiRM23,700. Kagum lah dia dgn rezeki Allah yg kebetuala angka sama dgn yg sedekah utk budak2 sekolah dulu tu. Suatu hari surau/ masjid kawasan rumah dia mintak sumbangan RM19,000 diperlukan segera utk upgrade/ renovation. Dia adalah simpanan utk luar jangka utk bisnes dia. Last2 dia pun bg jgk la RM19,000 tu. tak lama kemudian, dia dpt kontrak bernilai RM19juta. Menangis lah dia krn terharu dgn rezeki Allah berkat dia bersedekah. ADAKAH KITA AKAN JATUH MISKIN ATAU PERNIAGAAN KITA AKAN GAGAL JIKA KITA MEMBANTU ORANG LAIN UNTUK BERJAYA? SEDANGKAN JANJI ALLAH ITU BENAR

7. Mengapa bangsa cina berjaya? Mereka memiliki lebih daripada separuh kekayaan di Malaysia, hartanah-hartanah bernilai jutaan ringgit...sebab utama mereka saling membantu antara satu sama lain, mereka berpesatuan untuk membantu bangsa mereka sendiri, inilah yang kita lihat selama ini, yang kita akui kebenarannya .....adakah janji Allah yang nyatakan sekejap tadi tidak benar? 8. Jika saudara-saudari membaca buku-buku yang ditulis oleh penulis barat seperti Napolean Hill dalam buku Think And Grow Rich keluaran 1937, Robert Kiyosaki (penulis buku Rich Dad Poor Dad) dalam buku beliau How To Increase Your Financial IQ dan banyak lagi buku-buku lain semuanya menyarankan satu kaedah yang sama bagi menjadi kaya iaitu membantu orang lain. Ini merupakan sunatullah atau dipanggil The Law Of Universe contohnya orang yang belajar akan mendapat ilmu, jika minum air akan kenyang...rahman Allah untuk sekelian alam tidak mengira bangsa atau agama.

9. Melihat kembali peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kita di DPMM bukan semata-mata melaungkan hak dan kepentingan usahawan melayu tetapi juga mencari idea dan berusaha bagaimana untuk membangunkan perniagaan rakanrakan kita termasuk diri kita sendiri 10. Peluang-peluang perniagaan terbentang luas dihadapan kita, pasaran eksport, contohnya produk-produk halal mempunyai permintaan yang tinggi diluar sana, namun kenapa kita gagal untuk mengambil kesempatan tersebut? 11. Pasaran yang ada diluar sana amatlan besar, bajet Malaysia sendiri bernilai berbilionbilion ringgit setiap tahun..tetapi kenapa untuk mendapat 100 ribu ringgit sahaja ada sesetengah kita tidak mampu untuk mendapat jualan sebanyak itu...jika nak sebut 1 juta..berapa kerat daripada kita memperolehi jualan sebanyak itu setiap tahun.....sedangkan bajet negara 50, 60 billion setiap tahun 12. Sekali lagi saya menyeru diri saya dan saudara-saudari sekalian untuk mengamalkan formula kejayaan yang Allah telah berikan... Iaitu untuk kita berjaya dalam perniagaan kita adalah dengan membantu orang lain untuk berjaya 13. Ayuh saudara-saudara sekalian melalui hari ini ayuh kita sama-sama berfikir bagaimana untuk meningkatkan ekonomi saudara-saudara kita dan kita laksanakan apa yang kita fikirkan itu dalam satu jamaah/kesatuan 14. Janji Allah itu benar, rahsia ini telah lama diketahui oleh kita dan mereka yang sudah berjaya 15. Saudara-saudari, saya ingin sudahi ucapan saya ini dengan beberapa bait kata-kata hikmah untuk menjadi renungan kita bersama.

Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi kesan kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki Jikalau satu-satunya yang ada hanyalah tukul, maka semua masaalah akan dilihat seperti paku

~ Semoga mendapat keberkatan kita semua ~