Anda di halaman 1dari 2

Program

Bina

Insan

Guru

merupakan

satu

program

yang

memberi

banyakpengalaman, input dan pengajaran kepada saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mendapat peluang untuk mengikuti program ini dan pada masa yang rasa bersyukur kerana berjaya menjalani program ini tanpa sebarang halangan dan rintangan. Saya berharap apa yang saya pelajari sepanjang program ini akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan dapat saya manfaatkannya apabila menjadi seorang guru pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, program BIG ini telah banyak mendidik saya untuk berfikiran positif, berani menghadapi cabaran, Tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan. Sepanjang menjalani aktiviti ini, saya berpeluang untuk menilai diri saya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mengatasi segala kelemahan diri agar dapat memberi persaingan yang sihat kepada rakan-rakan saya yang lain di samping menjadi seorang bakal pendidik yang berkualiti. Di sebalik semua aktiviti yang telah dijalankan, saya berasa beberapa penambahbaikan dapat dijalankan untuk program BIG yang akan datang. Cadangan pertama yang dapat saya kemukakan ialah dari aspek kelengkapan peralatan. Apabila kami tiba di SK Tanah Rata, kami mula dibahagikan tugas. Ada yang mengemas bilik guru, menghias bilik seni dan majoritinya ditugaskan untuk melukis mural di dinding bangunan. Bilangan guru pelatih agak ramai, sepatutnya mural dapat disiapkan dengan cepat. Tetapi, oleh sebab kelengkapan peralatan yang tidak begitu cukup, segelintir daripada kami hanya melihat sahaja kawan yang lain melakukannya sambil menunggu giliran untuk menyambung tugas. Jadi, saya harap pihak jawatan kuasa tertinggi dapat memakluman kepada pihak sekolah terlebih dahulu tentang jumlah peralatan yang digunakan supaya kerja dapat dilakukan dengan lancar. Penambahbaikan seterusnya ialah dengan menyediakan tentatif program yang tepat agar memudahkan pergerakan para peserta dan perubahan-perubahan dalam tentatif perlu dimaklumkan terlebih dahulu. Para peserta juga perlu diberi buku program supaya mereka dapat lebih fokus terhadap masa aktiviti dan sebagainya.

Sesungguhnya, melalui program BIG ini, para pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali, menghadiri bengkel dan menyediakan satu catatan reflektif mengenainya. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol, pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian maljis rasmi dan etika berpakaian. Secara keseluruhannya, saya telah banyak dan mendapat pengalaman yang bermakna dalam BIG kali ini. Hal ini kerana, dalam BIG kali ini saya telah dapat berurusan sendiri dengan pihak sekolah bagi menjalankan aktiviti BIG ini. Akhir sekali, saya berasa amat seronok dan bagi saya pengalam BIG fasa 3 merupakan satu pengalaman yang amat sukar untuk saya perolehi kerana pada kali ini bukan sahaja kami dapat melaksanakan program dengan berurusan dengan pihak sekolah, malah kami juga dapat berinteraksi dengan para pelajar secara lebih dekat lagi.