Anda di halaman 1dari 10

Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis , Pahang Darul Makmur

Unit Gerko Laporan Bina Insan Guru Fasa 1 Siri Tiga PISMP Semester Satu 2012

Nama No.I/C Unit

:Way Yun Zhi :920926-06-5468 :PISMP Pengajian Cina Semester 1 Ambilan Januari2012

Pensyarah Pembimbing :Encik Ahmad Yani bin Mat Yusof

Tarikh Serahan :23 April 2012

Refleksi Harian Pada hari ini , saya pertama kali pergi ke Taman Negara walaupun saya ialah seorang penduduk Jerantut . Saya berasa amat gembira kerana dapat mendekati alam sekitar.Saya suka akan tapak perkhemahan BIG di Nusa Camp kerana saya dapat mendengar bunyi burung dan air sungai yang susah didapati dalam kehiduoan harian. Selain itu , saya berasa seronok kerana saya berpeluang berkhemah di Taman Negara . Sebelum ini , saya tidak pernah menyertai aktiviti perkhemahan apatah lagi mendirikan khemah dengan kemampuan diri sendiri . Saya mempelajari kemahiran memasang khemah dan meminta bantuan kawan-kawan supaya memasang khemah yang kukuh.Dengan kerjasama antara saya dan kawan-kawan , khemah tidur kami telah dipasangkan. Dari aspek yang lain pula , saya memahami bahawa bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi.Saya mengingati diri sendiri saya supaya bertutur dalam Bahasa Melayu supaya tidak berlaku persalahan faham antara saya dengan ahli kumpulan yang berbangsa India.Selain itu , saya juga mempelajari untuk berkomunikasi dengan kaum India.Walaupun saya tidak berbahasa fasih dalam Bahasa Melayu , saya berusaha menggunakan bahasa ini untuk berinteraksi dengan mereka.

Refleksi Harian Hari ini merupakan hari yang amat mencabar bagi saya.Saya terpaksa menjalankan aktiviti kembara pada hari ini.Semenjak kecil lagi , saya berasa takut dan cemas akan cerun yang terdapat dalam hutan.Saya menganggap bahawa saya akan terjatuh dari cerun-cerun tersebut.Namun , dengan bantuan dan sokongan kawan-kawan , saya menaikkan semangat saya untuk mencabari ketakutan saya. Dalam aktivit kembara ini, saya telah berjerit-jerit dan juga menangis kerana saya berasa tekanan dan takut.Saya memahami kelemahan saya dalam fizikal dan mental melalui aktiviti ini.Oleh itu , saya cuba menaikkan semangat saya dan berani berjalan dengan kemampuan diri sendiri dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan.Akhirnya , saya berjaya. Melalui aktiviti ini , saya merasai kebaikan dan kepentingan kawan.Terdapat sebuah ayat dalam Bahasa Cina yang bermaksud di rumah , kita bergantung kepada bantuan ibu bapa manakala di luar , kita bergantung kepada bantuan kawan-kawan.Pada hari ini , saya dapat merasai maksud ayat ini dengan sepenuh-penuhnya.Saya berasa bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang sanggup membantu saya apabila saya menghadapi masalah. Selain itu , saya ingin berterima kasih kepada Encik Zakaria yang sentiasa menjaga dan memberi sokongan kepada saya dalam aktiviti kembara ini.Saya memahami saya ialah seorang yang lemah , tetapi Encik Zakaria tidak memarahi saya manakala memotivasikan saya supaya menguatkan semangat.Beliau juga bertanya keadaan saya setelah aktiviti kembara telah tamat.Saya berterima kasih kepada encik atas sokongan encik.

Refleksi Harian Pada hari ini , saya berasa gelisah kerana kawan baik saya , Siau Xiao Tong mengalami kulit sensitif yang agak teruk.Pada waktu pagi , dia memberitahu bahawa badan dia sangat gatal walaupun telah membasuh dengan sabun serta menyapu kullitnya dengan garam.Akan tetapi , cara tersebut tidak berkesan terhadap Siau.Oleh itu , saya meminta pertolongan pensyarah untuk menghantar Siau ke klinik yang terdekat. Melalui hal ini , saya dapat merasai bahawa pensyarah pensyarah pengiring amat mengambil berat terhadap kami walalupun kita berbangsa berbeza.Kasih sayang pensyarah ditunjukkan melalui perlakuan dan penitikberat mereka.Apabila Siau menghadapi masalah kesihatan , mereka tidak memarahi terhadap kami manakala mencari jalan untuk membawa kami ke klinik desa.Setelah kami menerima rawatan dari klinik desa , pensyarah-pensyarah sentiasa bertanya kepada keadaan Siau supaya mengetahui Siau berada dalam keadaan yang sihat. Dari aspek yang lain pula , dalam aktiviti malam kebudayaan , saya merasai kepentingan kerjasama antara satu sama lain.Untuk menjayakan persembahan tersebut , semua ahli kumpulan perlu meletakkan maruah kendiri di sebelah dan beusaha untuk menjayakan persembahan tersebut.Saya berterima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana telah menjayakan persembahan kumpulan kami dan mendapat tempat kedua.

Refleksi Harian Hari ini merupaka hari terakhir untuk program BIG.Untuk hal ini , saya berasa gembira dan sedih.Saya berasa gembira kerana dapat kembali ke IPG dan dapat menggunakan komputer untuk berinteraksi dengan orang lain.Akan tetapi , saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan tempat yang menarik ini dan perlu menghapi tugasan yang amat membebankan. Pada awal pagi lagi , saya merobohkan khemah bersama-sama dengan kawan saya.Oleh sebab hujan turun dengan lebat semasa pelaksanaan BIG di Taman Negara, khemah tidur kami amat kotor.Namun , kawan-kawan saya masih sanggup bekerjasama dengan saya untuk merobohkan khemah dan mengemaskan peralatan.Kami tidak menpedulikan kekotoran khemah tersebut dan hanya bermatlamat untuk menyiapkan kerja. Setelah kami kembali ke IPG , saya terpaksa berada di astaka untuk membersihkan khemah.Saya berasa bersyukur kerana kawan-kawan saya tidak pulang ke asrama manakala tetap berada di astaka dan bertungkus-lumus untuk membersihkan khemah. Saya berterima kasih kepada kawan-kawan saya , iaitu Siau Xiao Tong , Tai Ming Yee dan Tan Ying Han kerana telah banyak membantu saya dalam keempat hari BIG di Taman Negara.Saya berasa bersyukur kerana dapat berkhemah dengan mereka.

Penghargaan Apa yang disyukurkan bahawa portfoio ini telah saya siapkan dalam tempoh yang diberikan . Tambahan pula , saya juga bersyukur kerana program Bina Insan Guru yang saya sertai telah berjalan dengna lancer.Dengan ini , saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang membantu untuk menjayakan portfolio dan program ini. Yang pertama , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afazan , Encik Jaafar bin Idris kerana membenarkan program BIG ini dilakukan . Kebenaran beliau membolehkan saya menjalankan program ini dan mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan perkhemahan Seterusnya , saya ingin menyampaikan terima kasih kepada pensyarahpensyarah pengiring program BIG siri ketiga. Antaranya termasuklah Encik Ahmad Yani , Encik Che Mohd. HAzidi , Encik Khazali , Encik Zakaria dan lainlain lagi.Mereka telah menggembleng tenaga untuk menjayakan program BIG ini.Selain itu , Encik Zakaria juga mengambil berat terhadap keadaan saya dalam program BIG.Tambahan pula , Encik Ahmad Yani sentiasa memberi penerangan terhadap program BIG dari sebelum sehingga selepas . Selain daripada itu , rakan-rakan juga merupakan pihak yang ingin saya sampaikan . Apabila saya menghadapi kesusahan atau kekeliruan dalam menjalankan portfolio ini , rakan-rakan saya rela menghulur bantuan mereka . Mereka sudi berkongsi maklumat dengna saya apabila saya menghadapi kesusuahan mendapat maklumat yang lebih lanjut.Tambahan pula , dalam pelaksaan BIG mereka juga rela membantu saya apabila saya berasa cemas dan menghadapi kesusahan Akhirnya , saya ingin menyampaikan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam program BIG dan menyempurnakan portfolio ini . Sekian , terima kasih .

Pertama sekali , saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada pihak yang menjayakan program BIG dan menyempurnakan portfolio ini.Bantuan yang saya terima amat dihargai. Melalui program BIG ini , saya memahami terhadap situasi kehidupan jika saya dihantar ke kawasan pedalaman untuk mengajar.Sebelum ini , saya mengetahui bahawa guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman perlu menaiki bot dan berjalan kaki beberapa jam untuk tiba di kawasan sekolah.Akan tetapi , saya tidak pernah merasi keadaan tersebut,Melalui program ini , saya telah merasai kesusahan guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.Saya dapat membayangkan kesusahan guru-guru untuk pergi ke kawasan sekolah dan pulang ke kampong mereka masing-masing.Selain daripada memakan masa yang lama , mereka juga perlu menguatkan keadaan fizikal mereka supaya dapat menghadapi masalah perjalanan dan pengangkutan.Saya berasa bangga dan terharu terhadap pengorbanan guru-guru yang sudi mengajar di kawasan pedalaman.Oleh sebab pengorbanan mereka , kanak-kanak yang berada di kawasan pedalaman berpeluang untuk belajar.Saya berasa kagum terhadap guru-guru tersebut kerana saya masih tidak menyesuaikan dan menyediakan diri sendiri saya untuk mengajar di kawasan pedalaman. Tambahan pula , saya mengenali kelemahan saya dalam program BIG ini.Saya berasa takut dan cemas dalam aktiviti kembara kerana saya tidak mempunyai keyakinan dan keberanian untuk menghadapi cabaran dan dugaan.Oleh itu , saya bertekad untuk melatih saya dari segi fizikal dan mental supaya saya mempunyai keberanian dan keyakinan untuk menjalankan aktivit yang seperti aktiviti kembara pada masa hadapan.Saya mempunyai kelemahan dalam fizikal dan pergerakan saya masih tidak lancer.Saya juga mempunyai penyakit asma semenjak kecil lagi.Untuk menjadi seorang guru yang baik, saya perlu memperbaiki kemampuan fizikal saya dan melatih saya supaya penyakit asma tidak manjadi teruk.Selaku seorang guru , saya tidak haruslah berasa takut akan dugaan malahan perlu mencari jalan untuk menambahbaikkan diri sendiri.

Selain itu , melalui program ini , saya telah memahami kepentingan komunikasi dan memperbaiki teknik komunikasi saya.Bahasa merupakan aspek yang agak penting dalam komunikasi.Melalui program ini , saya memahami bahawa saya tidak berbahsa Melayu dengan lancar.Selaku seorang bakal guru dan rakyat Malaysia , saya perlu memperbaiki pertuturan Bahasa Melayu supaya saya dapat berfasih lancar dan menggunakan bahasa ini untuk bertutur dengan kaum lain.Tambahan pula , saya juga memahami kepentingan sifat yang baik semasa bertutur.Walaupun saya dan sebahagian ahli kumpulan saya berbangsa berbeza , sekiranya saya bertutur dengan sopan , mereka dapat memaafkan kelemahan pertuturan saya .Oleh itu , saya perlu memperbaiki pertuturan dan sifat saya supaya saya dapat berinteraski dengan orang ramai sewaktu menjalankan pengajaran di sekolah pada masa hadapan. Dari aspek yang lain pula , saya telah mempelajari bahawa guru adalah orang yang sentiasa mencurahkan kasih saying terhadap pelajar.Terdapat beberapa orang ahli kumpulan saya telah mengatakan bahawa Encik Che Mohd.Hazizi sanggup membantu mereka untuk memperkukuh khemah-khemah dapur pada waktu tengah malam.Pada ketika itu , hujan turun dengan lebat.Namun , beliau masih rela bersama dengan mereka dan memperkukuh khemah-khemah supaya khemah yang didirikan tidak diruntuhkan.Selain itu , Encik Zakaria juga mencurahkan kasih saying beliau melalui penitikberat beliau.Dalam aktiviti kembara , saya berasa takut dan cemas sehingga menangis.Beliau tidak memarahi saya dan menenangkan pemikiran saya dan memotivasikan saya supaya mempunyai keyakinan dan keberanian untuk menghadpi dugaan.Saya berterima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah mengorbakan diri sendiri demi kebaikan saya dan rakan-rakan.Saya juga memahami bahawa guru adalah sentiasa yang mengorbakan diri untuk menjayakan pelajar.Oleh itu , selaku bakal guru , saya perlulah bersedia untuk mengorbakan diri dan mencintai pelajar saya .

Gambar ini menunjukkan khemah yang didirikan oleh ahli kumpulan saya di astaka. Gambar ini menunjukkan keadaan perbincangan saya dengan ahli kumpulan saya di caf.Kami berbincang tentang persembahan kumpulan. Gambar ini menunjukkan Encik Ahmad Yani memberi taklimat tentang BIG di astaka. Gambar ini menunjukkan keadaan perbincangan kumpulan saya tentang hal ehwal BIG. Gambar ini menunjukkan keadaan bertolak ke Taman Negara. Gambar ini menunjukkan keadaan menunggu bot di jeti Kuala Tahan. Gambar ini menunjukkan keadaan pemasangan khemah dapur kumpulan saya. Gambar ini menunjukkan keadaan memasak kumpulan saya. Gambar ini menunjukkan kem komadan , Encik Che Mohd.Hazali member taklimat tentang peraturan BIG. Gambar ini menunjukkan keadaan aktiviti ice-breaking Gamabar ini menunjukkan keadaan melukis bendera kumpulan saya Gambar ini menunjukkan keadaan taklimat kecerdasan yang disampaikan oleh Encik Khazali. Gambar ini menunjukkan keadaan kumpulan saya semasa memasak dalam aktiviti kembara Gambar ini menunjukkan keadaan aktiviti kembara Gambar ini menunjukkan keadaan kumpulan saya menjamu selera sewaktu aktivti air Gambar ini menunjukkan keadaan majlis penutupan BIG Gambar ini merupakan gambar kenangan kumpulan saya Gambar ini merupakan gambar kenangan unit saya

Senarai Kandungan
Tajuk Halaman Pengakuan Halaman Judul Penghargaan Biodata Ahli Kumpulan Laporan Ajk-Ajk Perjumpaan Pertama Perjumpaan Kedua Perjumpaan Ketiga Perjumpaan Keempat Hari Pertama BIG Hari Kedua BIG Hari Ketiga BIG Hari Keempat BIG Reflesi Keseluruhan Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Lampiran 8 Muka Surat