Anda di halaman 1dari 8

CATUR MSSM

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR MSSM


(Pindaan Mac 2009)

UNDANG-UNDANG PERMAINAN CATUR


Pertandingan catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijalankan dengan menggunapakai Undang-undang Persekutuan Catur Antarabangsa ( Federation Internationale Des Echecs FIDE) dan Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang sedang berkuatkuasa.

JENIS PERTANDINGAN
2.1 Kategori Individu 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

2.2

Kategori Berpasukan 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun pertandingan. 3.2 Setiap MSS Negeri dibenarkan mendaftar jumlah pemain/pasukan seperti berikut:Bil 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 Kategori Lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah Perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah Lelaki berumur 15 tahun dan ke bawah Perempuan berumur 15 tahun Individ u 2 2 2 2 Berpasuka n 4 4 4 4 JUMLA H 6 6 6 6 Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM 3.2.5 3.2.6 dan ke bawah Lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah Perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah 2 2 4 4 6 6

SISTEM PERTANDINGAN
4.1 4.2 Pertandingan ini dijalankan serentak bagi semua kategori. Pertandingan Kategori Individu.

Pertandingan Kategori Individu dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss Pemasangan Terus. 4.2.1 Susunan Pemain (Ranking) Susunan ranking bagi kategori individu di tetapkan dan disusun semasa mesyuarat pengurus pasukan. Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian pertandingan MSSM tahun sebelumnya sehingga kedudukan ke-10 bagi setiap Kategori. Pemain yang mendapat kedudukan terbaik hendaklah diletakkan/diberikan ranking pertama dan seterusnya. Pemain yang bertukar kategori adalah tidak terlibat dalam keadaan ini. Seterusnya susunan ranking disambung dengan pemain-pemain yang mempunyai FIDE rating dan diikuti pula dengan pemain yang mempunyai National rating. Seterusnya, pemain-pemain lain disusun berdasarkan undian. 4.2.2 Pemain Penggenap Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap, pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salah seorang daripada mereka sebagai pemain penggenap. Dalam apa keadaan sekalipun, penambahan daripada seorang pemain tambahan adalah dibenarkan. lebih tidak

Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

4.2.3 Jumlah Pusingan Jumlah pusingan permainan ditetapkan ialah 7 pusingan.

4.3

Pertandingan Kategori Berpasukan 4.3.1 Pertandingan Kategori Berpasukan dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss. 4.3.2 Susunan Pasukan (Team ranking) adalah berdasarkan kedudukan kejohanan tahun sebelumnya.

4.3.3

Susunan Pemain Dalam Pasukan (Player Ranking In Team) Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab menyusun ranking pemain-pemain bagi kategori berpasukannya berdasarkan aturan yang ditetapkan. Pemain yang tidak disusun mengikut aturan akan dibatalkan penyertaannya. Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian pertandingan MSSM tahun sebelumnya sehingga kedudukan ke-10 bagi setiap kategori. Pemain yang mendapat kedudukan terbaik hendaklah diletakkan di papan pertama dan seterusnya. Pemain yang bertukar kategori adalah tidak terlibat dalam keadaan ini. Seterusnya susunan kedudukan papan pemain disambung oleh pemain-pemain yang mempunyai FIDE rating dan diikuti pula dengan pemain yang mempunyai National Rating. Seterusnya, pemain-pemain lain disusun secara bebas. .

4.3.4 Jumlah Pusingan Jumlah pusingan permainan ditetapkan ialah 7 pusingan.

TEMPOH BERMAIN

Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

5.1 Tempoh permainan bagi kategori individu dan berpasukan ialah 1 jam 30 minit bagi setiap pemain. 5.2 Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya bendera jam salah seorang atau kedua-dua pemain telah jatuh dengan sah.

KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN


6.1 Menentukan Keputusan Kategori Individu.

6.1.1 Pemain yang menang diberikan 1 mata, mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain bye diberikan 1 mata. johan dan (tie-break) 6.1.2 Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi seterusnya. 6.1.3 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri berikut hendaklah digunakan. a) b) c) d) Mata Solkoff / Buchholz Mata Sonneborn-Berger Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz Mata progresif / kumulatif

Keputusan (Standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad. 6.2 Menentukan Keputusan Pertandingan Berpasukan 6.2.1 Mata Kemenangan Individu (Game Point) Pemain yang menang akan diberi 1 mata, 1/2 mata jika seri dan 0 mata jika Kalah. Pemain yang bye akan diberikan 1 mata. Jumlah mata ini akan dikira untuk menentukan keputusan perlawanan pasukan (Match Point) pada pusingan berkenaan. 6.2.2 Mata Kemenangan Pasukan (Match Point) Pasukan yang mendapat jumlah mata kemenangan individu melebihi pihak lawan akan dikira menang dan diberikan 2 mata. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama dengan pihak lawan akan dikira seri dan diberikan 1 mata. Pasukan yang mendapat jumlah mata individu yang kurang daripada pihak lawan akan dikira kalah dan diberi 0 mata. Pasukan yang mendapat bye dalam mana-mana pusingan akan diberikan 2 mata Kemenangan Pasukan (Match Point) dan 2 mata kemenangan individu (Game Point). Rajah yang berikut boleh dijadikan rujukan,

Keputusan

Match Point

Game Point
Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

Menang Seri Kalah Bye

2 1 0 2

mata mata mata mata

Mengikut jumlah mata sebenar perlawanan 2 mata

6.2.3 Keputusan kategori berpasukan adalah berdasarkan kepada Jumlah Mata Kemenangan Pasukan ( Total of Match Point). Pasukan yang mengumpul jumlah mata kemenangan pasukan terbanyak akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya. 6.2.4 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break) berikut hendaklah digunakan bagi menentukan kedudukan seterusnya. a) b) c) d) Jumlah mata kemenangan individu ( Game Point ) Mata Solkoff / Buchholz Mata Sonneborn-Berger Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

6.2.5

Pemain yang tidak bermain mengikut aturan (ranking) pendaftaran akan dikira kalah dan kemenangan diberikan kepada pihak lawannya.

6.3

Menentukan Johan Keseluruhan. Penentuan adalah berdasarkan kepada jumlah pungutan markah kesemua 12 kategori berdasarkan Format Pengiraan Untuk Kejohanan Sukan Spesifik MSS Malaysia. Pasukan yang mengumpul jumlah markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan. Sekiranya terdapat persamaan markah maka penentuan kedudukan terbaik adalah melalui bilangan johan, kemudian bilangan naib johan, kemudian bilangan tempat ketiga, dan seterusnya.

HADIAH
Hadiah-hadiah disediakan oleh MSSM seperti berikut:-

Hadiah Kategori Individu. Hadiah bagi setiap kategori ialah dari tempat pertama hingga ke sepuluh. ( Top ten ) 7.2 ketiga. 7.3 7.4 Johan Keseluruhan Satu hadiah sahaja disediakan (Bergantung kepada pihak pengelola) Best Board.... Hadiah Kategori Berpasukan. Hadiah bagi kategori berpasukan ialah dari tempat pertama hingga

7.1

PAKAIAN

8.1 Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian seragam negeri atau identiti pasukan masing-masing. Sekiranya tidak ada pakaian
Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

seragam negeri atau identiti pasukan, maka digunakan.

baju/baju-T berkolar hendaklah

8.2 Setiap pemain hendaklah memakai seluar panjang dan memakai kasut. Seluar pendek , seluar jeans dan selipar adalah dilarang. 8.3 Setiap pemain perempuan yang tidak memakai seragam negeri atau identiti pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sopan.

8.4

Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu seperti alatan elektronik, topi, cermin mata hitam dan sebagainya. Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna telefon bimbit / telefon mudah alih atau sebahagian daripada komponen alat tersebut. Pemain yang didapati membawa atau mengguna alatan ini akan dikenakan penalti dan dikira kalah dalam pusingan tersebut. Dia juga, boleh dihalang bermain dalam pusingan-pusingan berikutnya.

8.5

PEMAIN KURANG UPAYA (OKU) Sekiranya terdapat Pemain Kurang Upaya (OKU), maka hendaklah mengambil langkah yang bersesuaian dari segi pemain itu sendiri mahupun kepada pemain-pemain lain. perlu, seorang Arbiter perlulah dilantik khas untuk disepanjang tempoh permainan.

pengelola kebajikan Sekiranya menyelia

Jika set permainan khas diperlukan, maka pengurus kontinjen pemain itu sendiri adalah bertanggungjawab untuk menyediakannya. Bagi Pemain y

10

DEWAN PERMAINAN
9.1 Dewan Pertandingan Sebuah dewan yang besar dan selesa, yang boleh menempatkan kesemua pemain dan pegawai hendaklah disediakan untuk pertandingan. Sempadan Kawasan Permainan Sempadan kawasan bermain di dalam dewan perlu dipagar dengan tali keselamatan dan beberapa papan notis tentang kawasan larangan ini hendaklah dipamerkan di sekeliling kawasan permainan. Meja dan kerusi Meja yang sesuai saiznya perlu disediakan. Meja ini hendaklah boleh menempatkan papan catur, jam catur, label meja/papan catur, label nama pemain, bendera pasukan negeri dan perlu ada ruang untuk pemain menulis/merekod pergerakan permainan caturnya. Kerusi yang selesa perlu disediakan memandangkan tempoh bermain yang sangat panjang. Meja pemain hendaklah disusun mengikut kategori, dengan sebelah dewan diperuntukkan untuk kategori lelaki dan sebelah lagi untuk kategori perempuan.
Peraturan Pertandingan

9.2

9.3

CATUR MSSM

9.4 dewan. 9.5

Meja Pengurusan Pegawai Pertandingan Meja yang secukupnya perlu disedia dan disusun di bahagian hadapan Pembesar suara Pembesar suara perlu disediakan dan berfungsi sepanjang masa.

10

ALATAN
10.1

Buah Catur Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara 8.5 cm 10.5 cm. 10.2 Papan Catur Papan catur standard yang digunakan ialah dengan saiz sisi bagi setiap petak sisi empat samanya berukuran 5.0 cm 6.5 cm. Jam catur digital dan jam catur analog berbendera sama ada yang menggunakan spring atau bateri boleh digunakan. Jika jam catur digital yang digunakan, maka hendaklah dipastikan time increment mesti tidak berfungsi.

10.3

11

MENARIK DIRI
Rujuk Peraturan 11, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

12

BANTAHAN
Rujuk Peraturan 12, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

13

JURI RAYUAN
Rujuk Peraturan 13, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

14

LEMBAGA TATATERTIB
Rujuk Peraturan 14, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

15

MAJLIS RASMI
Rujuk Peraturan 15, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

16

KESELAMATAN
Rujuk Peraturan 16, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

17

PENYALAHGUNAAN DADAH
Rujuk Peraturan 17, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

18

KENYATAAN AKHBAR
Rujuk Peraturan 18, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

19

PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


Peraturan Pertandingan

CATUR MSSM

Rujuk Peraturan 19, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Peraturan Pertandingan

Anda mungkin juga menyukai