Anda di halaman 1dari 12

Sistem Ekonomi Bebas dan Cita-Cita Kesejahteraan Masyarakat: 1 Satu Penilaian

Saadiah Mohamad

PENDAHULUAN Adakah sistem ekonomi bebas menyumbang kepada kesejahteraan manusia atau sebaliknya? Adakah segala masalah ekonomi yang pernah kita dengar dan alami sendiri berpunca daripada sistem ekonomi yang terlalu bebas atau kerana sistem yang tidak cukup bebas kerana terdapat campurtangan ke dalam pasaran? Kertas ini bertujuan untuk menerangkan secara ringkas konsep dan sejarah sistem ekonomi bebas, membuat penilaian berdasarkan empirical regularity pengalaman ekonomi global serta mengenengahkan sebahagian dari kritik yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh terhadap sistem ini. Kertas ini juga membincangkan pelbagai usaha berpanjangan oleh banyak Negara dan masyarakat global untuk memperbaiki sistem pasaran bebas demi cita cita kesejahteraan masyarakat. Bahagian akhir membincangkan bagaimana wacana terhadap pencarian sistem alternatif atau penstrukturan semula sistem yang ada perlu mendapat lebih banyak partisipasi oleh para sarjana, pemikir dan pengamal Islam supaya wacana Ekonomi Islam berteras Maqasid Alshariah dapat dipentaskan pada wacana global dan dapat menyumbang bukan sahaja kepada pembangunan ekonomi yang lebih mapan malah kepada usaha murni tajdid peradaban dunia yang memposisikan Islam sebagai pembawa rahmat untuk manusia sejagat.

TAKRIF SISTEM EKONOMI BEBAS & PERANAN MEKANISMA HARGA Sistem ekonomi bebas atau di panggil juga ekonomi pasaran bebas atau laisse-fairez economy dapat ditakrifkan sebagai satu sistem ekonomi di mana pasaran di beri kuasa mutlak untuk menjawab masalah asas ekonomi what to produce, how to produce dan for whom to produce, iaitu apa, bagaimana dan untuk siapa sesuatu barangan atau perkhidmatan itu dikeluarkan? Kuasa pasaran melalui kuasa permintaan dan pengeluaran menentukan harga dan kuantiti barangan atau perkhidmatan. Ini bermakna interaksi para pembeli yang menentukan permintaan dan para penjual/pengeluar yang menentukan pengeluaran akan dapat menyelesaikan persoalan asas sesebuah ekonomi tanpa perlu kepada campurtangan pihak ketiga misalnya kerajaan. Teori pasaran bebas ini sering dikaitkan dengan Adam Smith melalui tulisan beliau the Wealth of Nations (1776). Keajaiban sistem yang dianggap boleh melahirkan kecekapan ekonomi tanpa perlu ada pengarahan atau susun atur dari sesiapa ini di gambarkan oleh Adam Smith sebagai adanya the invisible

Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Maqasid Shariah: Menggagas Model Ekonomi Berkeadilan pada 7 Ogos 2010 sempena Ijimak Harakiy Pertama WADAH-ABIM-PKPIM di German-Malaysian Institute, Kajang. Prof. Madya Dr. Saadiah Mohamad kini adalah merupakan Pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
2

hand yang seolah-olah mengatur sempurna perjalanan pasaran, dengan syarat ia memenuhi andaian-andaian sebuah pasaran bebas. Ini termasuk syarat adanya persaingan yang sempurna dengan implikasi bahawa setiap pesaing masing masing mempunyai kuasa yang terhad dengan itu secara individu tidak boleh mempengaruhi apatah lagi memanipulasi kuasa pasaran. Jadi yang berkuasa ialah pasaran secara total bukan mana mana individu dalam pasaran. Mekanisma harga yang lahir dari interaksi ribuan malah mungkin jutaan pembeli dan pengeluar di dalam sesuatu pasaran bertindak sebagai satu signal untuk memberitahu para pengeluar barang apakah yang sebenarnya diinginkan oleh para pembeli. Permintaan yang meningkat terhadap sesuatu barangan akan menaikkan harga barangan tersebut dan potensi mendapat keuntungan yang lebih menjadi penggalak bagi para pengeluar untuk mengeluarkan lebih banyak barangan tersebut. Dengan ini, kuasa pasaran melalui mekanisma harga melahirkan sistem yang cekap untuk menjawab persoalan ekonomi asas manuasia terhadap barangan apa dan berapa banyak yang harus di keluarkan. Jika jumlah yang di keluarkan terlalu banyak berbanding permintaan, harga akan jatuh dan ini akan merugikan pengeluar, jadi untuk tempoh seterusnya penegeluar akan berusaha mengurangkan pengeluaran. Pengeluar juga harus memikirkan apakah cara terbaik dari segi kos untuk mengeluarkan sesuatu barangan. Mekanisma harga dalam pasaran faktor pengeluaran seperti buruh dan kapital sekali lagi memberi petanda supaya pengeluar memilih metod yang mengurangkan kos dan memaksimakan untung. Dan soalan ketiga, untuk siapa pula sesuatu barangan atau perkhidmatan itu di keluar atau

disediakan? Ini sebenarnya adalah persoalan pengagihan. Jumlah barangan yang dikeluarkan oleh pasaran pada satu-satu masa adalah tidak mencukupi untuk dibahagikan kepada semua orang, ia hanya akan di agihkan kepada siapa yang mampu memilikinya atau yang berupaya membayar harga yang ditentukan pasaran. Apabila terdapat kekurangan barangan, harga yang meningkat akan mempastikan pada` harga baru yang lebih tinggi, mereka yang tidak lagi mampu akan tersingkir dari pasaran. Harga pasaran berubah mengikut perubahan aliran kuasa pasaran, permintaan yang meningkat atau pengeluaran yang berkurangan akan meningkat harga pasaran, manakala penurunan permintaan atau pertambahan pengeluaran akan menurunkan harga pasaran. Perubahan yang berlaku pada harga menjamin keadaan di mana pada harga pasaran yang baru sebarang kekurangan atau kelebihan dapat dihapuskan tanpa perlu campur tangan pihak ketiga. Mekanisma harga yang didasari sepenuhnya oleh kuasa pasaran memastikan satu sistem agihan yang dikatakan cekap berdasarkan kuasa beli. Andainya seorang lelaki kaya membeli sepuluh buah kereta mewah yang tidak sangat di perlukan tetapi dia mampu dan kebetulan mempunyai hobi mengumpul kereta mewah, manakala seorang lelaki lain yang ada 10 orang anak langsung tidak mempunyai sebuah kereta pun kerana tidak mampu membelinya, walaupun amat memerlukan, hal ini tidaklah menjadi suatu kesalahan atau kepelikan dalam sistem pasaran bebas.

Adam Smith menghujjahkan sistem pasaran bebas akan melahirkan suatu sistem yang menjamin kepentingan masyarakat walaupun setiap perbuatan para pelaku yang terdiri dari pembeli atau pengeluar adalah bermotifkan kepentingan sendiri samada keuntungan atau kepuasan diri yang maksima. Bagi Adam Smith tidak salah untuk seorang pembuat roti bertindak atas dasar self interest untuk mendapatkan keuntungan demi dirinya sendiri atau keluarganya tanpa perlu memikirkan nilai yang lebih tinggi untuk berjasa kepada nusa dan bangsa. Ini kerana perbuatan yang bermotif kepentingan diri sendiri itu secara keseluruhan di lihat dari natijah yang terlahir dari seluruh sistem pasaran ini akan membawa kepada kesejahteraan masyarakat. Si pembuat roti tadi secara teorinya, tidak mampu menipu dengan menjual roti kurang bermutu atau menjual dengan harga terlalu mahal kerana para pesaing dalam industri roti yang dapat mengeluarkan roti lebih bermutu pada harga lebih rendah akan membuatkan rotinya tidak laku dan dia terkeluar dari pasaran. Dengan ini persaingan sempurna dalam pasaran bebas sebenarnya memainkan peranan penting bagi mendisiplinkan para pelakunya, tiada yang lebih berkuasa untuk memanipulasi yang satu lagi. Natijahnya ialah kesejahteraan bagi semua pada harga terendah, mutu yang terjamin dan para pengguna menjadi raja pasaran.

PENILAIAN TERHADAP SISTEM EKONOMI BEBAS Dalam membuat penilaian terhadap sistem ekonomi bebas saya menganalisis dua aliran pemikiran yang kontra dalam persoalan ini dan kemudian membawa perpespektif Islam dalam menilai sistem ini. Para pendokong falsafah sistem ekonomi dan pasaran bebas, bermula misalnya Adam Smith, dan dalam kurun lepas oleh ahli neoclassical misalnya Irving Fisher, Modigliani, Milton Friedman, Paul Krugman dll, amat percaya yang sistem ekonomi bebas dengan andaian kehadiran baik yang banyak menyebelahi pengguna. persaingan sempurna akan melahirkan natijah yang ideal berupa ekonomi dan pasaran yang cekap dan kesan Berdasarkan andaian dalam persaingan sempurna, sistem ekonomi bebas mempunyai automatic adjustment atau self correcting mechanism yang akan membetulkan sendiri apa jua masalah yang mungkin timbul dalam pasaran dan ini mengurangkan kos yang diperlukan bagi usaha campurtangan kerajaan dan juga mengurangkan risiko adverse selection apabila pihak kerajaan mungkin tersalah pilih apabila membuat keputusan. Persaingan dalam Ekonomi bebas mengelakkan dari lahirnya para diktator dan golongan elit yang membuat keputusan ekonomi untuk hidup mewah dengan mengaut segala kekayaan dan hasil mahsul Negara dengan menzalimi rakyat jelata dan membiarkan masyarakat sengsara dengan kebuluran, kemiskinan dan mungkin juga peperangan dan konflik yang perpanjangan. Tetapi mengapa sistem ini di kecam teruk sejak sekian lama?

KRITIK IBN KHALDUN TERHADAP PASARAN BEBAS

Ironisnya sistem yang dari segi hujah teorinya boleh membawa kepada kecekapan dan kesejahteraan rakyat dari segi sejarah telah menunjukkan rekod yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah banyak andaian yang terdapat dalam teori ini sebenarnya tidak hadir dalam realiti. Contohnya, ekonomi bebas mengandaikan persaingan sempurna sedangkan realiti sebenar, persaingan adalah jauh dari sempurna. Kehadiran monopoli dan golongan elit berpengaruh dan banyak lagi faktor di mana mekanisma harga tidak dapat berfungsi sebagaimana dalam jangkaan teori. Walaupun sistem pasaran bebas sering dikaitkan dengan Adam Smith (1776), ramai di antara kita yang mengetahui bahawa tokoh Islam terkenal Ibn Khaldun (1332-1406) sebenarnya telah mendahului zaman dan penulisan ramai tokoh Barat termasuklah Adam Smith Bapa Ekonomi itu, dan tokoh lain seperti Irving Fisher (1867-1947), seorang ahli awal ekonomi neoclassical yang awal yang turut menulis tentang kemelesetan ekonomi dan kitaran perniagaan. Ibn Khaldun dalam karya agung Muqaddimah bukan sahaja telah menulis tentang sejarah, politik, sosiologi, teori peradaban tetapi turut menyentuh hal hal apa yang hari ini di lihat sebagai isu ekonomi. Beliau menulis mengenai perjalanan sistem pasaran, mekanisma harga, fungsi untung, kemelesetan ekonomi dan kitaran perniagaan, malah melalui pemerhatian dan analisis saintifiknya melahirkan kritik terhadap sistem pasaran bebas. Jelaslah Ibn Khaldun adalah antara pengkritik paling awal sistem pasaran bebas, berates tahun sebelum Adam Smith menulis teori mengenainya! Ibn Khaldun menulis (dalam terjemahan Inggeris) When the prices...remain low and the merchant cannot profit ...his profit stops. If the situation goes on for a long period, business...slumps, no trading is done, and the merchants lose their capital". Mengikut Ibn Khaldun apabila keuntungan jatuh, para pengeluar tiada insentif untuk mengeluar barangan, akumulasi kapital terhenti dan ini membawa kepada`kemelesetan ekonomi. Dengan ini kestabilan harga adalah penting kerana kemelesetan atau krisis ekonomi berlaku akibat kenaikan dan kejatuhan harga yang melampau. Hal ini turut di persetujui oleh Irving Fisher seorang tokoh ekonomi neoklasikal terkenal abad baru lepas.

Lihat On Ibn Khaldun's Critique Of The Market Economy With Some Lessons To The Arab World Journal of Third World Studies, Fall 2008 oleh Mouhammed, Adil H

Kemelesetan ekonomi dengan ini merupakan natijah semula jadi daripada sistem ekonomi pasaran bebas kerana dalam pasaran yang begitu ramai pemain dan bermacam perilakunya, kuasa pasaran bergerak seperti pendulum, bergerak dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi. Dalam mana mana krisis atau kemelesetan ekonomi, memang pasaran akan kembali normal, tetapi proses adjustment mungkin mengambil masa yang lama dan dengan kos yang yang terlalu mahal. Kitaran perniagaan hasilan sistem ekonomi bebas memungkinkan kian berlakunya kenaikan dan penurunan harga barangan di peringkat nasional dan global yang membawa kepada berlakunya inflasi yang teruk, krisis kewangan, kemelesetan ekonomi yang menyebabkan para pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan, pengangguran massa menjadikan orang bukan sahaja lapar tetapi juga murung dan ini mendorong kepada peningkatan jenayah dan segala macam masalah sosial. PENCEMARAN, RASUAH DAN KEHADIRAN GOLONGAN ELIT BERPENGARUH Ibn Khaldun telah menyediakan analisis yang penting dan menarik dari segi faktor penyebab kepada berlakunya pencemaran alam sekitar. Beliau mengaitkan ini dengan lebihan penduduk yang terjadi kerana ekonomi pasaran menghasilkan peningkatan pembangunan ekonomi dan pekerjaan serta pendapatan yang pesat. Perkembangan ekonomi ini di tambah dengan sistem cukai yang rendah, keselamatan dan kerajaan yang baik, menggalakan migrasi ke bandar-bandar besar. Tetapi pertambahan penduduk yang berlebihan mengikut Ibn Khaldun mencemar udara dan alam sekitar dan keadaaan kotor dan tercemar boleh membawa kepada pelbagai masalah dan wabak penyakit. Ibn Khaldun menginsafi ekonomi pasaran berupaya membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat dan menyaksikan peningkatan permintaan terhadap barang mewah. Pihak pemerintah sendiri adalah pengguna kepada barangan mewah: It spends funds on pleasure, banquets, wedding nights, music, gala days, weapons, drinks, and other wasteful activities. These expenditures waste the accumulated treasures of the dynasty and part of tax revenues the government obtains. People spend on luxury more than their income [which] is not sufficient to pay for their expenditure. Eventually, all their income cannot pay for the luxuries and other things they have become used to. They grow needy. (Ibn Khaldun, Muqaddimah). Mengikut Ibn Khaldun, apabila manusia berbelanja lebih dari kemampuan, gaya hidup sebegini berkait rapat dengan gaya hidup menerima dan memberi rasuah serta perbuatan tidak bermoral termasuklah berbohong, menipu, berjudi, mencuri, dan pengambilan riba. Ibn Khaldun juga menganalisis kehadiran golongan elit yang berpengaruh dalam ekonomi pasaran tetapi melakukan perkara perkara tidak bermoral..... These individuals are jurists, religious scholars, pious persons, and politicians. They are wealthy with influence and power, and other people approach them with their free labor, seeking protection or to know them. This free labor creates more wealth for those individuals of rank because they receive revenues after selling products without deducting labor cost: "It is the difference between the value he

realizes from the free labor (products) and the prices he must pay for things he needs. He thus makes a very great profit. A person of rank receives much free labor which makes him rich in a very short time." That is, "Without effort, they [people of rank "who sit at home and do not leave their places"] accumulate wealth". Pandangan dan kritik Ibn Khaldun terhadap ekonomi pasaran masih tetap relevan hingga ke hari ini. Malah banyak masalah ekonomi sebagimana yang di bincangkan turut terjadi kini seperti kemelesetan ekonomi, pencemaran alam sekitar dan yang paling menarik analisis beliau terhadap special interest group yang sebenarnya begitu konsisten dengan apa yang berlaku misalnya di Amerika syarikat (dan banyak Negara di dunia ini) tentang kehadiran golongan berpengaruh gandingan ahli korporat dan politik yang di sebut John Perkins sebagai corporatocracy, atau the rent seekers yang memperolehi harta dan kekayaan dengan menggunakan kedudukan dan pengaruh mereka dan amat sedikit daripada hasil usaha dan penat lelah mencari rezeki halal. Secara kesimpulan pertumbuhan ekonomi menambah permintaan kepada gaya hidup mewah dan keinginan untuk mengecapi kehidupan mewah di luar kemampuan, baik di peringkat individu, syarikat atau Negara mendorong manusia untuk melakukan perbuatan tidak bermoral. Mengikut Ibn Khaldun perbuatan tidak bermoral membunuh peribadi manusia dan menyumbang kepada kejatuhan sesebuah peradaban. STIGLITZ DAN LAIN-LAIN Terdapat banyak penulisan dan wacana yang menghasilkan kritik terhadap sistem ekonomi bebas. Sistem ekonomi bebas tidak semestinya menghasilkan persaingan sempurna, malah Joseph Stiglitz bekas Chief Economist Bank Dunia dan pemenang hadiah Nobel Ekonomi hasil dari usaha yang diterokai dalam bidang asymmetric information memberi bukti bagaimana sistem ekonomi moden dan era globalisasi ini menghasilkan ketidaksempurnaan persaingan kerana akses terhadap maklumat adalah tidak sama rata. Dengan ini terdapat kumpulan yang mempunyai maklumat yang lebih berbanding kumpulan yang lain dan kumpulan yang mempunyai lebih banyak maklumat akan mempunyai lebih kuasa dan bertindak untuk menggunakan maklumat dan kuasa ini demi kepentingan mereka walaupun ia akan membawa kesan negative terhadap orang lain. Ini termasuklah dengan memanipulasi pasaran, menindas dan menipu kumpulan lain demi manafaat sendiri dan akhirnya menimbulkan suasana di mana perbuatan yang tidak bermaruah di lakukan semata mata untuk mendapat keuntungan dan faedah maksima. John Perkins pula penulis best seller Confessions of an Economic Hit Man (2004) dan buku sequel beliau The secret History of American Empire membuat pendedahan tentang kejelikan dan kezaliman salah laku ahli korporat global yang mencanang kebaikan liberalisasi pasaran tetapi sebenarnya terlibat dengan segala macam rasuah, penipuan, manipulasi dan penindasan terhadap golongan miskin dan masyarakat amnya serta negara Negara membangun dan Dunia ketiga.

Akibat pengaruh dan manipulasi corporatocracy, kumpulan berpengaruh gandingan ahli korporat dan birokrasi ini dunia menyaksikan: (Perkins 2007: 293). 1. Lebih separuh dari penduduk dunia hidup dengan hanya kurang dari US $2, 2. Lebih 2 bilion penduduk dunia tidak mempunyai kemudahan asas seperti letrik, air bersih, tempat tinggal dll 3. 55-56 % projek di biayai bank dunia merupakan projek gagal 4. Jumlah hutang Negara Dunia Ketiga lebih tinggi dari segala perbelanjaan ke atas pendidikan dan kesihatan dan 2 kali ganda jumlah yang di terima dari foreign aid. 5. Lebihan akaun dagangan berjumlah lebih US$ 1 bilion Negara membangun pada tahun 1970an bertukar kepada $ 11 bilion defisit pada permulaan 2000 dan jumlah nya kian meningkat 6. Agihan kekayaan menjadi lebih tidak saksama. Di banyak Negara golongan 1 % paling kaya memiliki lebih 90% harta dan kekayaan. Sudah terlalu ramai yang menulis kritik tentang pasaran bebas. Secara kesimpulan pasaran bebas membawa kepada masalah berikut: 1. Sistem harga yang berlandaskan kuasa beli tidak menjamin pengagihan adil terutama dari segi barang keperluan asas untuk hidup. 2. Agihan pendapatan yang tidak adil dengan jurang perbezaan kaya miskin yang kian meningkat di perigkat Negara dan global 3. Berlaku kitaran perniagaan yang boleh menyebabkan krisis ekonomi berlaku dengan kerap 4. Kemelesetan ekonomi menyebabkan penggangguran dan kesengsaraan rakyat 5. Kehadiran monopoli/golongan elit menjadikan persaingan tidak sempurna dan memehak kepada yang mempunyai lebih kuasa politik, akses kepada maklumat dan capital 6. Falsafah sistem Ekonomi bebas yang tidak bertuhan dan bermotif keuntungan maksima tidak mementingkan nilai luhur, menyebabkan berluasa perilaku tidak bermoral, dan kepentingan umum yang sering dikesampingkan. Hal ini menyebabkan rasuah, penipuan dan masalah pencemaran alam sekitar dan perubahan cuaca dunia yang kian meruncing. Namun, banyak masalah diatas seperti kebuluran kemiskinan, agihan pendapatan dan kekayaan yang amat tidak adil, inflasi, pencemaran alam juga berlaku di Negara Negara di mana sistem ekonominya tidaklah ekonomi pasaran bebas kerana sistem pemerintahan diktator dan ketiadaan demokrasi tidak memungkinkan sistem ekonomi bebas dapat berfungsi. Di Negara Negara ini ubatnya tentulah lebih demokrasi dan liberalisasi pasaran. Malahan terdapat banyak bukti seperti yang berlaku di Negara China dan rantau Asia sendiri (Kemboja, Vietnam, Indonesia, Thailand, Malaysia?) di mana proses liberalisasi pasaran telah membawa banyak kebaikan dari segi peningkatan perdagangan, penurunan ketara kadar kemiskinan dan meningkatkan pendapatan per kapita rakyat. penggangguran dan telah

Stiglitz walaupun lantang mengkritik pasaran bebas dan proses globalisasi

merasakan jawapan

kepada masalah dunia bukan lah dengan menolak secara total proses globalisasi. Jawapan nya terletak kepada reform dan bagaimana proses itu perlu di susun semula menjadi lebih adil kepada si miskin dan Negara dunia ketiga. Stiglitz menulis:

What is needed are policies for sustainable, equitable, and democratic growth. This is the reason for development. Development is not about helping a few people get rich or creating a handful of pointless protected industries that only benefit the countrys elite, it is not about bringing Prada and Bennetton, Ralph Lauren or Louis Vuitton, for the urban richand leaving the poor in their misery. Being able to buy Gucci handbags in Moscos department stores did not mean that country had become a market economy. Development is about transforming societies, improving the lives of the poor, enabling everyone to have a chance at success and access to health care and education. (Stiglitz, 2002: 251-252).

CITA-CITA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT Pelbagai masalah dan kesengsaraan manusia hasil dari agihan ekonomi yang tidak adil yang menyebabkan kemiskinan dan kebuluran manusia telah melahirkan banyak usaha samada dari segi aspirasi melahirkan sistem yang baru atau merupakan penambahbaikan kepada sistem yang ada. Sistem Ekonomi Terancang atau apa yang kita kenal sebagai sistem Sosialis atau komunis lahir dari penolakan sistem kapitalis ekonomi bebas dengaan cita cita menghapus ketidakadilan dan kesengsaraan rakyat miskin melalui konsep kesamarataan mutlak. Tetapi sejarah membuktikan sistem ini seperti yang berlaku semasa Regim Pol Pot di Kemboja, zaman Revolusi Budaya di China, malah seluruh pengalaman yang akhirnya membawa kepada keruntuhan kerajaan besar Soviet Union, betapa sistem yang bercita bercita membawa kesejateraan rakyat sbenarnay membawa lebih kesengsaraan dan trajedi yang menjadi ratapan rakyat bertahun lamanya. Dalam pengalaman Negara barat kemelesetan ekonomi tahun 1930 an, di mana setiap satu dari 4 orang mengganggur telah melahirkan seorang tokoh ekonomi Sir John Maynard Keynes yang mengasas teori makroekonomi dan keperluan pentingnya campurtangan kerajaan dalam pasaran. Tahun 1960an menyaksikan popularnya Keynesian Economics di mana teori Keynes telah di aplikasi dalam polisi ekonomi kerajaan di Britain, amerika syarikat dan Eropah. Fahaman ekonomi nya juga begitu berpengaruh di kalangan ahli ekonomi sehingga timbul consensus bahawa dalam mengurus ekonomi Negara, objektif makroekonomi adalah untuk mencapai tujuan berikut 1. Guna tenaga penuh (dengan mengurangkan kadar pengganguran) 2. Harga pasaran yang stabil (mengurangkan inflasi) 3. Pertumbuhan ekonomi mapan

4. Akaun perdagangan yang seimbang 5. Pengagihan pendapatan yang saksama Keynesian Economics walaubagaimanapun menerima kritik hebat apabila tahun 1960an

perbelanjaan kerajaan yang kian bertambah telah meningkat defisit kerajaan dan tahun 1973-74 dan 1979 menyaksikan krisis petrol dunia dan kadar inflasi yang amat tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Fahaman Keynesian Economics di katakan antara pengaruh penting dalam campurtangan kerajaan dalam bidang ekonomi makro Negara yang akhirnya menyumbang kepada masalah defisit bajet dan inflasi tinggi. Abad 1980an dan 1990an adalah kebangkitan the neoliberals, dan dalam arena politik fahaman kembali kepada kuasa pasaran dan pengurangan campurtangan kerajaan di dokong oleh Margaret Thatcher di UK dan Presiden Reagan di Amerika Syarikat. Fahaman ini juga di terajui oleh ramai ahli Ekonomi dari Amerika Syarikat dan oleh IMF dan World Bank yang memberi justifikasi kepada sifat rakus rakan korporat mereka untuk benar benar melahirkan pasaran bebas. Pandangan dan pendapat mereka ini seolah olah telah melahirkan wahdatul fikr dan pakatan ini mempopularkan frasa apa yang di kenali sebagai the Washington consensus, pendapat yang lari dari Washington Consensus di lihat sebagai tidak akomodatif dan anti market, Keynesian Economics menjadi kian outdated kecuali beberapa suara berani seperti Stiglitz dan beliau akhirnya di keluarkan dari World Bank kerana mempunyai pendapat yang tidak selari dengan fahaman the Washington Consensus ketika itu.

WACANA EKONOMI ISLAM DI PENTAS GLOBAL Beberapa dekad sebelum bermulanya melenium baru lahir gerakan anti globalisasi yang merupakan pemberontakan kepada kesan globalisasi yang tidak adil terutama kepada Negara Negara miskin dan Negara membangun. Krisis kewangan Asia 1997-98 dan banyak krisis sebelum dan selepas millennium baru termasuk krisis sub prime 2007-08 dan paling akhir krisis hutang Negara Greece 2010 telah menambahkan lagi kritik terhadap pasaran bebas serta wacana kepada usaha usaha penstruksturan semula sistem ekonomi dan kewangan di peringkat Negara dan dunia. Terdapat peningkatan aliran pemikiran yang menyokong pandangan Stiglitz dan John Perkins dan keperluan untuk masyarakat dunia berganding bahu untuk melahirkan peradaban dan pembangunan ekonomi yang sustainable, yang lebih mengambil kira kesan alam sekitar , pro golongan dan Negara miskin, keseimbangan kerja-kualiti hidup, yang adil dan lebih saksama. Tahun 1990an dan abad` pertama 2000 turut menyaksikan perkembangan pesat perbankan dan kewangan Islam bukan sahaja di Negara di mana sistem ini mula di perkenalkan seperti Malaysia, Sudan, Pakistan dan Negara Teluk seperti Kuwait, UAE, Arab Saudi tetapi turut menyaksikan perkembangan hebat di Britain, Amerika Syarikat dan Eropah. Syarikat syarikat dan bank besar dunia termasuk Citibank, HSBC, Merryl-Lynch, Goldman Sachs, Standard Charted, Pricewaterhouse Coopers, Dow Jones, dll turut terlibat menawarkan produk dan perkhidmatan yang patuh shariah.

Turut mendokongi perkembangan ini ialah wacana Ekonomi Islam dan keperluan untuk memastikan dunia perbankan dan kewangan Islam tidak di hijack oleh pihak Wall Street dan golongan tidak beriman dan kapitalis yang serupa sahaja dengan yang telah menyebabkan krisis sub-prima dan yang seumpama dengannya. Tokoh tokoh Ekonomi Islam awal yang menulis sekitar lewat 70 an, dan 1980an seperti Umer Chapra, Nejatullah Siddiqi, Kurshid Ahmad, Anas Zarqa, dan Hashim Kamali adalah antara pengasas kepada disiplin Ekonomi Islam. Tokoh Ekonomi Islam moden ini turut menggali karya terdahulu oleh Al-Ghazali, Al-Shatibi dan Ibn Taimiyah yang ada menulis perihal perniagaan dan ekonomi. Malah punca awal kepada Ekonomi Islam tentulah AlQuran dan hadith itu sendiri. Kajian terhadap beberapa hadith nabi yang bersangkut dengan peranan pasaran akan dapat menemukan kita bahawa sistem Ekonomi Islam yang kita ingin tawarkan kepada komuniti global tidak lah sepatutnya begitu asing. Ekonomi Islam lebih dekat dan mirip kepada sistem Ekonomi pasaran berbanding kepada sistem Komunis atau sosialis. Ini kerana beberapa hadith menggambarkan baginda Rasulullah SAW tidak menggalakkan campurtangan ke dalam pasaran dan beliau tidak bersetuju apabila di minta untuk menetapkan harga walaupun pada ketika itu harga pasaran meningkat dan menimbulkan kegurasaran di kalangan para sahabat.
4

Sistem Ekonomi Islam mesti lah menjadikan mekanisma harga yang ditentukan kuasa pasaran sebagai sistem asas tetapi yang membezakannya dengan sistem yang ada sekarang ialah sistem ini perlu berada di bawah kerangka shariah. Dengan itu sokongan intelektual, epistemologi yang kukuh perlulah di bangunkan. Tahun 1990an dan abad baru menyaksikan sarjana seperti Aidit Ghazali, Syed Omar Syed Agil, Othman Al Habshi, Ashraf Wajidi Dusuki, Akram Laidin, dan Daud Bakar turut menyumbang kepada perkembangan wacana Ekonomi Islam dan industri perbankan dan kewangan Islam. Hashim Kamali pengarang buku terkenal Principles of Islamic Jurisprudence (edisi pertama 1991) yang menjadi bahan rujukan penting di universiti dan kepada pengamal industri perbankan dan kewangan Islam, dan buku Equity and fairness in Islam ((2005) karangan beliau turut membincangkan maqasid alsyariah dan juga konsep-konsep lain dalam Islam seperti istihsan, maslahah mursalah dan urf. Saya berpandangan konsep konsep ini adalah penting untuk di fahami dan di buat perincian agar menjadi sebahagian dari perkembangan disiplin, wacana dan aplikasi Ekonomi Islam. kerangka teori dan

He who brings goods to the market is blessed with bounty, but he who withholds them is cursed, (hadith Ibn Majah dan

al-Hakim). Dan satu lagi hadith, yang melarang penetapan harga atau campurtangan terhadap kuasa pasaran Do not chase after those who are going to the market before they reach the place. (Al Bukhari dan Muslim). Di petik dari buku Islam and Business oleh Nik Mohamed Affandi Nik Yusoff (ms 36-37).

10

PENUTUP Sistem Ekonomi Bebas yang bersandarkan sistem pasaran bebas dan bertunjangkan fahaman liberal pro-kapitalis, sememangnya mempunyai masalah dari segi teori dan praktis nya. Namun, tidak semua masalah ekonomi dunia di sebabkan oleh sistem ini. Malah banyak masalah terutama di Negara miskin dan membangun, masalah ekonomi seperti inflasi, penggangguran, kemiskinan dan kebuluran adalah disebabkan krisis politik atau pemerintahan yang tidak demokratik yang tidak mengizinkan kuasa pasaran berfungsi dengan baik. Perkembangan beberapa dekad yang lepas melihat kepada penerimaan positif masyarakat dunia terhadap sistem perbankan dan kewangan Islam. Walaupun motifnya mungkin bersifat materialis dan ianya menarik pendokong sistem Ekonomi pasaran bebas dan pemain yang sama dari Wall Street, kita harus melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif. Apabila golongan bukan Islam sudah boleh menerima produk Islam dan para pengamal industri tanpa segan dan rasa defensif mempromosi Islamic brand di pentas global, tidakkah kita merasa teruja untuk sekurang-kurangnya memahami dan meyakini bahawa inilah sistem yang lebih adil dan membawa kepada kesejahteraan masyarakat. Jika para pengamal dan pengguna perbankan dan kewangan Islam lupa atau tidak faham akan Maqasid Al shariah, bukankah tanggungjawab kita untuk mengingatkan mereka yang lupa. Inilah peluang untuk kita membuktikan sistem ekonomi berasas shariah bisa membawa perubahan dan nilai tambah kepada pembangunan ekonomi dan peradaban dunia. Di saat dunia seolah olah hilang punca, inilah masanya para sarjana dan pengamal Islam boleh meyakinkan bahawa yang di cari sebenarnya ada di depan mata. RUJUKAN: Mohammad Hashim Kamali.2009. Subang Jaya: Ilmiah Publishers, edisi 6. Mohammad hashim Kamali. 2006. Equity and Fairness in Islam. Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers.

Mouhammed, Adil H. On Ibn Khaldun's Critique Of The Market Economy With Some Lessons To The Arab World. Journal of Third World Studies, Fall 2008. Muhammad Umer Chapra. 1979. Objectives of the Islamic Economic Order. Leicester: The Islamic Foundation Nik Mohamed Affandi Bin Nik Yusoff. 2002. Islam & Business. Subang Jaya: Pelanduk Publications. Perkins, J. The Secret History of the American Empire. 2007. New York: Dutton. Stiglitz, J. Globalisation and its discontents. 2002. New York: W.W. Norton. Syed Omar Syed Agil & Aidit Ghazali (ed). Readings in the Concept and Methodology of Islamic Economics. 2005. Kuala Lumpur: Cert Publications.

11

_Nota tambahan Di bawah ini adalah beberapa hadith (terjemahan dalam Bahasa Inggeris) dan tulisan Ibn Taimiyah sebagai bukti Islam mengiktiraf peranan dan fungsi kuasa pasaran dan melarang campurtangan ke dalam pasaran seperti menetapkan harga yang lain selain dari harga pasaran. Walaubagaimana pun Ibn Taimiyah menggariskan beberapa keadaan di mana penetapan harga boleh di benarkan demi kemaslahatan rakyat. Lihat juga nota kaki No. 2 dalam kertas ini. Ibn Taimiyah (1253-1328), menulis: Rise and fall in prices are not always due to an injustice (zulm) by certain individuals... the scarcity and abundance may not be caused by the action of any individuals, it may be due to a cause not involving nay injustice or sometimes, it may have a cause that does involve injustice. It is almighty God who creates desires in the hearts of people. (Abdul Azim Islahi Economic Concepts of Ibn taimiyah in Abulhasan M sadeq and Aidit Ghazali (ed) Readings in Islamic Economics, p 126). Hadith: Allah is the one who fixes price, who withholds, who gives lavishly, and who provides and I hope that when i meet him, none of you will have a claim against me for any injustice with regard to blood or property (Abu Daud, Al Tarmizi dan Ibn Majah). Garis panduan oleh Ibn Taimiyah untuk faktor yang menjadi pengecualian larangan penetapan harga dalam Risalat al Hisbah: 1. Menjamin Keadilan bagi akses kepada keperluan asas 2. Keadaan darurat ketika berlaku kebuluran 3. Kehadiran persaingan tidak sempurna, misalnya terdapat monopoli 4. Apabila peniaga tidak mahu menjual kecuali dengan harga tinggi dan bukan harga pasaran, kerajaan boleh campurtangan untuk mentapkan harga yang lebih berpatutan

12

Anda mungkin juga menyukai