Anda di halaman 1dari 5

MENGAPA SEJARAH ITU SABJEK PENTING? http://www.usahataqwa.com/umum/mengapa-sejarah-itu-sabjek-penting.

html

Di dalam Islam sejarah merupakan penting. Sejarah adalah pendidikan, pengajaran. Sebab itu kalau kita lihat Al Quran, apa yang ada dalam Quran tidak seperti kitab, tidak seperti karangan manusia. Cuba kita lihat Al Quran dalam menceritakan hukum-hakam diselitkan dengan cerita-cerita sejarah. Ini tidak pernah dilakukan mana-mana pengarang, tapi Tuhan lakukan. Setiap cakap hukum-hakam diselitkan sejarah, tentu ada maksud, ada hikmah, ada yang tersurat ada yang tersirat.

Tuhan menyelitkan satu-satu sejarah bukan hanya untuk halwa telinga saja. Sejarah di dalam Islam kalau kita faham dia merupakan institusi pendidikan dan pengajaran. Bila kita sebut pendidikan dan pengajaran ada sekolah, ada pensyarah, ada profesor, ada dekan, ada rektor, ada pentadbiran, ada syllabus, ada semua bentuk pakej yang diperlukan. Itu kalau orang faham, kalau tidak faham dia jadi cerita saja.

Kebanyakan orang baca sejarah dia mahir faktanya, datanya, jalan ceritanya, siapa yang mencetuskannya, itu saja. Tetapi falsafah, hikmah, yang tersirat dari sejarah itu jarang orang perkatakan. Jadi benda yang terpendam jarang digali. Rahsia dari sejarah itu jarang orang bongkar, sebab itu kalau kita dengar cerita sejarah jemu, tapi Tuhan tidak, bila Tuhan cerita hukum-hakam dikaitkan dengan sejarah dan disitu didapat pengajaran yang besar. Tengoklah Al Quran. Kebanyakannya begitu.

Kita boleh ambil mana-mana sejarah dalam Al Quran kemudian kita falsafahkan sejarah itu, mudah-mudahan yang tersirat dapat disuratkan. Kita ambil cerita sejarah yang semua orang sudah tahu, bahkan ada yang lebih pandai dari saya menceritakan fakta sejarah itu, cuma dia tidak mampu mengeluarkan falsafah atau hikmah sejarah itu. Kita akan cungkil sejarah Nabi Musa AS. Semua orang tahu cerita ini.

Kita bawa cerita sebelum lahir Nabi Musa, hingga lahir, hingga dia berjuang dan kemudian dia masuk ke dalam laut iaitu cerita Nabi Musa dengan Bani

Israel. Sebelum Nabi Musa dilahirkan, ahli-ahli nujum Firaun beritahu pada Firaun, Firaun dan tahtanya akan dijatuhkan oleh seorang putera dari Bani Israel. Terkejut Firaun, semenjak itu diarahkan siapa saja dari Bani Israel melahirkan ahendak lelaki disuruh bunuh. Semua orang tahu sejarah ini. Tapi falsafahnya, hikmahnya yang tersirat dari sejarah ini banyak orang tidak tahu. Cuba kita analisa.

Bila kita baca sejarah ni, apa kita kata. Kita kata, jahatnya Firaun. Tidak terfikir oleh kita lebih dari itu, kita kata setakat jahatnya Firaun, kejamnya zalimnya Firaun. Kita tidak tahu bahawa disitu ada pendidikan, ada falsafah, ada hal tersirat yang kita kena ambil. Setidaknya ada 3 : positif negatif negatif kemudian positif

Siapa boleh ceritakan? Semenjak keluar arahan firaun itu, dibunuh lah 600,000 bayi lelaki dari Bani Israel. Apa yang Tuhan hendak beri pendidikan di sini? Bani israel, Tuhan jadikan bangsa yang cerdik sebab mereka keturunan Nabinabi, tapi jahat. Negatifnya 600,000 bayi dibunuh. Positifnya anak-ahendak tu kalau dibiarkan hidup akan jahat macam emak ayahnya, maka dia akan masuk Neraka. Bila dibunuh masih bayi, maka 600,000 masuk Syurga.

Dari kejadian itu ke sekarang ni kita ambil 2,000 tahun. Waktu Firaun yang terbunuh 600,000. Waktu Hitler 6 juta yang terbunuh. Dari 600,000 itu, kalau tidak dibunuh akan jadi 180 juta. Yang dibunuh Hitler 6 juta, kalau tidak dibunuh sampai sekarang hidup satu generasi, masing-masing generasi ada 50 orang, maka sekarang ada 300 juta. Kalaulah semua hidup, dia ada kekuatan, cerdik, akal, habislah semua orang. Sebab itu Tuhan tahu. Sekarang dia kecil. Dia tidak boleh jajah guna kekuatan fizikal. Dia jajah akal dan ekonomi. Inipun dunia dah sangat rosak. Kalau dia jajah fizikal, bala bala bala. Itu hikmah yang pertama.

Yang kena bunuh 600,000 nampak negatif yang kena bunuh masuk Syurga, positif. Kemudian bagi zaman ini positif, sebab dengan bilangan yang sedikit dia tidak jajah secara fisikal, dia jajah secara akal dan ekonomi. Kalau dia jajah secara fizikal, habislah umat Islam. Dari cerita pendek ini ada positif, negatif

kemudian positif lagi.

Waktu Nabi Musa lahir menakutkan, setiap ibu yang hendak melahirkan, dia sorok-sorok terdedah dengan bahaya lain. Kerana hendak menyorok, dia letak di tempat pembakar roti. Time hendak menyusu dia ambil, lepas itu disorok lagi. Tidak bahaya ke? Bahaya pertama lepas, bahaya ke 2 risiko diletak dalam pembakar roti. Emak kata, berapa lama aku letak di pembakar roti sedang orang Firaun datang setiap hari, masuk sungailah. Dah 3 bahaya lepas. Masuk sungai biasanya matilah. Kalau selamat sampai ke laut biasanya mati juga. Kalau tersangkut di tali, tenggelam, mati juga. Tapi Tuhan takdirkan tersangkut di istana Firaun. Waktu tu orang Firaun ambil. Firaun bila tengok saja, dia hendak bunuh sebab dia teringat kata-kata ahli nujum dia.

Walau Nabi Musa kecil lagi, Firaun kenal ini Bani Israel. Ini bukan Qibti. Jadi dia hendak bunuh, bahaya lagi. Tapi kuasa Tuhan. Dipujuk isteri dia, tidak apa. Kita kan tidak ada anak, mari kita jadikan kehendak kita. Sejuk hati Firaun. Kalau tidak, sudah hendak cekik lah.

Satu masa Nabi Musa masih kecil. Dipangku-pangku Firaun, Nabi Musa tarik janggut Firaun, Firaun terkejut, sebab sakit, yang tarik janggut bakal Rasul. Masa tu hendak bunuh tapi isteri kata jangan. Pada waktu 18 tahun, satu hari di pasar orang Qibti berkelahi dengan Bani Israel. Nabi Musa leraikan sebab Bani Israel minta tolong. Dia leraikan tolak sikit, mati Qibti itu. Orang Qibti cari dia. Dari cerita ini berapa bahaya berhadapan dengan mati. Ikut logik mati, tapi tidak mati. Apa pengajarannya? Tuhan hendak matikan tidak matikan seseorang, tidak ikut hukum logik. Ikut logik mati dah. Yang ke 2 faktor janji. Walaupun tidak logik sangat, hidup dengan kuasa Tuhan, Tuhan hidupkan.

Yang ke 3 ini menunjukkan supaya manusia terasa kuasa Tuhan itu mutlak. Jadi faktor janji itu mahal sekali. Kalau bukan faktor janji, dia sudah mati dibunuh waktu bayi. Kalau tidak mati waktu bayi, dia mati di pembakaran roti, kalau tidak dia mati di sungai, atau mati ketika dicari-cari orang Qibti. Ringkasnya akhirnya Nabi Musa mendapat wahyu dan dia menjadi Rasul. Dulu Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad SAW, dia rasul untuk satu bangsa saja. Rasulullah SAW saja diutus untuk semua bangsa. Nabi Musa untuk Bani Israel saja bukan untuk Qibti atau Arab tapi tidak salah kalau mereka hendak ikut.

Tapi Nabi Musa tidak berdakwah dan berjuang untuk Arab dan Qibti. Jadi Nabi Musa pimpin Bani Israel yang cerdik tapi jahat sangat. Nabi Musa terancam dari 2 aspek, dari Firaun dan pengikutnya Bani Israel. Pengikut dia ini hari ini Islam esok kafir. Hari ini Islam, esok kafir. Ini terjadi 40 tahun, bukan setakat jahat saja.

Nabi Musa memimpin Bani Israel berhadapan dengan 2 risiko iaitu Firaun dan orang-orangnya dan keduanya orang-orang dia hingga Tuhan sesatkan di padang teh selama 40 tahun. Apa hikmahnya? Kalau mereka tidak tersesat banyak yang lari. Kerana sama-sama tersesat terpaksa ikut juga. Dalam sesatsesat itulah didik, didik, didik. Kalau tidak, sudah lari. Dalam positif ada negatif. Negatifnya jahat, positifnya boleh didik.

Waktu dia pimpin Bani Israel 40 tahun, bukan sedikit bilangannya tapi ramai, kalau hendak lawan Firaun boleh, senjata dulu bukan macam sekarang, sama saja, sama-sama pedang, tidak ada beza. Tapi Tuhan tidak benarkan Nabi Musa dan pengikutnya bunuh orang-orang Firaun. Di sini baru kita faham bunuh orang itu bukan utama, sebab itu Rasulullah SAW sendiri banyak kali berperang, setengah masa ada peluang untuk bunuh tapi tidak bunuh, menunjukkan Rasulullah SAW ini, hal yang menyalahi utama pun dia tidak buat. Bukan yang makruh, yang haram lagilah dia tidak buat. Sebab dia fikir kalau orang ini tidak aku bunuh keturunannya boleh masuk Islam. Kalau dia ku bunuh, tidak ada keturunannya masuk Islam. Ikhlasnya Rasulullah SAW berjuang. Dalam Islam ini yang utama kita kena bunuh bukan kita bunuh orang sebab bila kita kena bunuh, kita dapat syahid. Kalau bunuh orang, orang itu dapat sakit. Tapi JI di Indonesia kerjanya hendak bunuh orang. Kalaulah bunuh orang kafir itu utama, tentu Rasulullah SAW paling banyak.

Dalam perjuangannya Nabi Musa tidak perang dengan Firaun, lari-lari. Bukan takut, tapi hendak elak perang. Dah kemuncak perjuangan melawan Firaun, sudah masanya Tuhan musnahkan Firaun, terjadilah peristiwa yang Firaun sepatutnya menang tidak menang. Nabi Musa yang sepatutnya kalah tidak kalah. Hikmahnya, pejuang-pejuang kebenaran ketika logiknya kalah, dia tidak kalah, dia menang. Ketika logiknya menang, dia tidak menang, dia kalah. Ini kena faham.

Logiknya, kalau hendak menang dapat negara kita kena masuk Pilihan Raya. Bila kita tidak masuk Pilihan Raya maka kita tidak akan menang, tapi Insya

Allah Tuhan akan bagi kemenangan di luar logik sebab tidak ikut Pilihan Raya.

Nabi Musa menghadapi 2 ancaman, dari pengikutnya dan dari Firaun. Tersesat di padang teh 40 tahun, kalau kita sudah lari. Menunjukkan betapa ikhlasnya Rasul-rasul berjuang. Kita tidak, sebut kerana Tuhan, bila susah sikit, lari. Rasul-rasul kerana Tuhan, walaupun susah terpaksa sesat 40 tahun, tidak lari, kerana begitu mendalamnya cinta dengan Tuhan. Jadi kita kena belajar dari sejarah ini. Kalau betul kita cinta Tuhan, duit kecil, masa kecil, fizikal kecil, nyawa kecil. Kalau kita masih berkira masa, duit, kita bukan orangnya.

Waktu Firaun sudah habis, tenteranya sudah punah. Nabi Musa dan pengikutnya menang. Tuhan tidak bagi kuasa memerintah pada Nabi Musa. Yang naik memerintah Mesir waktu itu orang Qibti yang lain. Sedangkan Nabi Musa dan orang-orangnya boleh ambil alih. Mengapa Tuhan bagi begitu? Supaya jadi pengajaran bagi orang kemudian supaya janganlah memperjuangkan Islam, memperjuangkan kebenaran ini dengan tujuan memerintah, kecuali janji Tuhan, itu lain. Contoh Nabi Musa, sudah menang, sudah boleh berkuasa, Tuhan tidak izinkan. Ini menunjukkan kuasa memerintah di dunia bukan sesuatu yang besar, yang besar adalah Syurga. Kalaulah Allah nilai besar kuasa memerintah, tentu Allah akan bagi pada Rasulrasulnya, sedangkan 3 Rasul saja yang diberi kuasa memerintah: Nabi Muhammad, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Seolah-olah Tuhan berkata, kalau kamu diberi kuasa hendak memerintah, ikut cara 3 orang itu. Kalau tidak, jangan memerintah, cukuplah berjuang sampai orang cinta Tuhan.

Falsafah dan hikmah sejarah jarang orang kata, sebab itu membaca sejarah tidak mendidik jiwa. Kerana itu dalam Al Quran diselitkan sejarah, ada maksud, iaitu untuk mendidik dan memberi pengajaran.