Anda di halaman 1dari 28

TUGASAN 1 Definisi Kokurikulum Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan

terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan samada melalui badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Dalam usaha mendidik murid khas dan golongan kurang upaya, peluang bagi mereka mengembangkan potensi dan bakat dalam bidang sukan dan kesenian turut diberi perhatian. Banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi memberi galakan kepada golongan ini untuk bergiat di bidang yang mereka minati. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan memberi rangsangan yang secukupnya untuk mereka berusaha kearah kemajuan diri. Aktiviti-aktiviti seperti ini juga akan memberi keyakinan diri yang optimum pada mereka. Mereka memerlukan perhatian yang lebih serius dan mereka juga perlukan dampingan yang rapat untuk melakukan sesuatu perkara secara individu. Sokongan dan tunjuk ajar yang diberi akan memudahkan mereka untuk melakukan sesuatu perkara dengan tepat. Matlamat Kokurikulum Memperseimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid berkeperluan khas Memperkukuhkan hubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid berkeperluan khas dengan murid-murid normal di dalam sekolah yang sama Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid berkeperluan khas terhadap aktiviti gerak kerja kokurikulum yang perlu mereka sertai Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan yang setara dengan tahap kebolehan murid Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan Membentuk keyakinan diri terhaadp murid-murid berkeperluan khas ke aras penyediaan menghadapi masyarakat sekeliling setelah tamat alam persekolahan

Objektif Kokurikulum Memberi peluang dan ruang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab seperti murid biasa Mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid melalui aktiviti gerak kerja kokurikulum Membina keyakinan diri dan self esteem murid pendidikan khas Memberi peluang murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam acara sukan, permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pelaksanaan Kokurikulum Aktiviti sukan, kokurikulum dan seni bagi murid-murid berkeperluan khas perlu dilaksanakan dalam arus perdana secara bersendirian atau diinklusifkan bergantung kepada jumlah bilangan serta kekuatan guru kerana pendekatan baru definisi murid-murid berkeperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, perkembangan penguasaan dalam kemahiran pengembangan. Pendekatan ini secara langsung telah merubah pendekatan lama yang menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan murid.

Kelab dan Persatuan Senarai kelab dan persatuan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran : Kelab Keselamatan Jalanraya Kelab Seni Lukis Kelab Pencinta Alam Kelab Seni Lukis Kelab Pencinta Alam

Senarai kelab dan persatuan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan : Persatuan Sains dan Matematik

Kelab Seni Budaya Kelab BMKT Persatuan BM Persatuan BI

Unit Beruniform Senarai Unit Beruniform yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan : Pengakap Bulan Sabit Merah Puteri Islam

Sukan dan Permainan Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan : Olahraga Tenpin Bowling

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dan pendengaran: Futsal Bola Jaring Pentanque

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran sahaja: Renang

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran sahaja:

Bolasepak

Senarai Sukan dan Permainan yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah penglihatan sahaja: Goalball Catur Tendem Boling padang

Penglibatan & Pencapaian Warga Istimewa Dalam Arena Antarabangsa

TAHUN 2009 2009 2009 2009 2010 2010 2010

NAMA KEJOHANAN 5th Asean Para Games KL09 Tokyo 2009 Asian Youth Para Games IBSA Asia Open Goalball Championship 3rd IBSA Asia 5 A Side (Futsal) Asian Para Games Asia Deaf 1st Asean School For Disable

NEGARA Malaysia Jepun Malaysia Jepun Guangzhou, China Taiwan Surin, Thailand

TAHUN NAMA KEJOHANAN 2006 2006 Asean Paragames, Manila Fesepic KL'06

ACARA

BIL PESERTA EMAS PERAK GANGSA 3 5 8 2 12 2 2 22 7 22 2 2 10 1 9 1 9 2 4 1 1 8 1 6 6

Olahraga 5 Olahraga 12 Olahraga 10

2008

Asean Para Games Korat,Thailand

Chess Renang

1 3

Olahraga 16 2009 KL09 Asean Paragames Chess Renang 2009 2010 Asean Youth Paragames, Tokyo 1st Asean School For Disable Renang Goalball 2 4 4 6

Olahraga 18

Olahraga 20

Kebaikkan Ko-kurikulum Dan Rekreasi Terhadap Murid-murid Keperluan Khas Aktiviti rekreasi adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran diluar bilik darjah. Penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti interaksi bebas. Membina sikap positif seperti keyakinan diri,berdikari dan kerjasama. Membentuk nilai-nilai murni melalui pergaulan sosial. Pengendalian PROGRAM REKREASI membolehkan murid mempelajari kemahiran mengendali aktiviti harian yang positif terutamanya kemahiran berekreasi dan beriadah. Menguruskan kehidupan dengan lebih bersistematik dan berkeyakinan. Membentuk sikap positif dan nilai-nilai murni. Pengendalian PROGRAM REKREASI memilih aktiviti-aktiviti rekreasi dan riadah yang bersesuaian dengan tahap pencapaian mereka. Mengisi masa lapang yang bermanfaat. Membekalkan diri dengan aktiviti-aktiviti kurikulum alternatif dalam perkembangan potensi diri mereka. Menguasai keseimbangan kemahiran-kemahiran motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan.

Perancangan dan Pengelolaan Pengenalan Pelaksanaan aktiviti rekreasi/riadah merupakan suatu perancangan yang sistematik bagi menjamin kelancaran pelaksanaan aktiviti serta keselamatan diri. Faktor Faktor Persediaan Perancangan Aktiviti Rekreasi Kokurikulum

Guru/Pembimbing bilangan guru/pembimbing yang mencukupi. Pengetahuan dan kepakaran guru. Murid bilangan murid yang menyertai aktiviti. Kekuatan dan kelemahan murid-murid. Kesediaan dan keperluan murid. Latihan sebelum aktiviti dijalankan. Pengalaman sedia ada.

Peralatan peralatan yang sesuai dan mencukupi. Peralatan yang selamat. Peralatan yang mudah mendapat alat ganti. Peralatan yang berkualiti tetapi mampu dimiliki. Tempat sesuai dengan aktiviti yang dijalankan persekitaran yang selamat senang berhubung dengan pihak luar sekiranya berlaku kecemasan Masa tetapkan masa sesuai dengan aktiviti pilihan tempoh masa. Jenis aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang dipilih sesuai dengan tahap kebolehan murid berkeperluan khas tidak merbahaya tahap kesukaran pelaksanaan menyeronokkan dan menarik pembinaan nilai-nilai murni mencabar dapat memperkembangkan minda murid.

Pengangkutan jenis pengangkutan yang sesuai dengan bilangan murid perbelanjaan berpatutan mudah diperolehi dan selamat sumber-sumber pengangkutan dapat memperkembangkan minda murid.

Sumber-sumber kewangan peruntukan yang mencukupi. Surat-menyurat Surat-surat kebenaran dari Pusat Ko-kurikulum JPN Unit Pendidikan Khas Guru Besar/Pengetua, Ibu bapa penjaga,Pengurus pusat rekreasi,pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (aktiviti berbasikal,dsb)

Surat-surat permohonan sumbangan daripada Ibu bapa dan syarikat NGO. Langkah-langkah keselamatan seperti kebenaran ibu bapa penjaga, kebenaran pihak-pihak yang terlibat serta agihan tugas guru keselamatan dan guru-guru lain agihan murid kepada guru-guru lawatan membawa peti kecemasan yang lengkap jadual guru bertugas ketika kecemasan perlu di sediakan.

Langkah-langkah keselamatan seperti kenalpasti tempat-tempat bantuan berhampiran ketika kecemasan, memaklumkan kepada pihak polis dan pihak berkenaan sepanjang program gunakan alatan keselamatan yang sesuai yang ditetapkanuntuk program pastikan murid yang mengambil ubat membawa ubatan

bersama dan juga pastikan murid berpakaian sesuai dan unit tidkan khas perlu berikan perhatian sewajarnya kepada murid berisiko.

Pelan tindakan mengikut prosedur mesyuarat taklimat ketiga laporan setiap jawatankuasa perbincangan maklumbalas kepada setiap pihak yang terlibat seperti pengurusan kewangan, pengesahan jadual waktu perjalanan aktiviti serta pengesahan kehadiran peserta.

Alatan-alatan yang diperlukan serta bekalan yang mencukupi semasa menjalankan aktiviti-aktiviti. Aktiviti laporan disediakan setelah selesai program kokurikulum dengan jayanya.

c. Bermasalah Penglihatan DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN Definisi dari sudut pendidkan Menurut Hasnah Udin (1988) dalam latihan Ilmiah Wirdaningyanti Hamzah (2006) menyatakan deminologi masalah penglihatan mengikut aspek pendidikan ialah :a) Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf-huruf biasa. b) Buta pula ialah tidak dapat melihat langsung atau perlu kepada penggunaan Brailler untuk membaca. Definisi dari sudut perubatan The World Council for The Welfare of The Blind (1988) yang digunakan di Malaysia menyatakan cacat penglihatan ialah :a) Tidak dapat melihat langsung. b) Kebolehan melihat tidak melebihi 6/60 atau 20/200 melalui ujian carta Snellar. c) Penglihatan terhad di mana medan penglihatan kurang daripada 20 darjah.

MISI

Melahirkan individu yang berpotensi dalam bidang kemahiran dan akademik. Melahirkan individu yang boleh mengurus sendiri. Melahirkan individu yang boleh bermasyarakat. Berusaha menyediakan pelajar yang berdikari dan berkerjaya. Berusaha mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Berusaha membudayakan akhlak mulia.

Kaedah pengajaran Buta sepenuhnya a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca. b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti peta. Rabun a) Large Print-Lembaran kerja di besarkan saiz tulisan b) Menggunakan kanta c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku. Pelajar Pendidikan Khas bermasalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran sama dengan aliran perdana, kurikulum yang sama. Cuma yang membezakan ialah pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pembimbing. Soalan soalan dalam peperiksaan yang dimodikasikan untuk kesesuaian pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum boleh dilaksanakan dengan perubahan dalam perjalanan atau pengendalian aktiviti-aktiviti tersebut. Modifikasi dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum akan membolehkan murid-murid khas mengambil bahagian dengan penuh keyakinan. Penggunaan Komputer di kalangan murid-murid khas kian meningkat kerana dunia sekarang ialah dunia IT. Informasi dan teknologi yang meleluasa membanjiri semua bidang kerjaya pada masa kini. Murid-murid istimewa tidak sepatutnya ketinggalan dalam pendidikan komputer. Murid-murid khas dapat menggunakan komputer kerana adanya perisian Jaws iaitu perisian bersuara yang membantu mereka mengendalikan komputer.

Orientasi dan Mobiliti Satu aktiviti yang membantu para murid pendidikan khas masalah penglihatan berdikari dan melakukan aktiviti seharian secara berdikari.Contoh cara menggunakan tongkat yang betul dan cara memimpin murid-murid pendidikan khas.

DEFINISI DAN KAEDAH PENGAJARAN PELAJAR BERMASALAH PENGLIHATAN Masalah Penglihatan Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak yang memerlukan pendidikan kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Punca masalah penglihatan a. Baka dan keturunan b. Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir - Rubella rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan -akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan. c) Sifilis d) Kecederaan e) Penyakit Ciri-ciri masalah penglihatan ; a). Rupa - Bebola mata yang selalu berputar -putar. - Tidak bertindak balas dengan cahaya. - Mata yang selalu bergerak -gerak. b). Tingkah laku - Selalu memusing kepala ke sebelah sehaja -Kerap berkelip -Kerap menggosok mata

c). Aduan - Selalu mengadu sakit kepala

- Penglihatan yang kabur - Nampak 2 imej pada 1 objek. Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanakkanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi) Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum dan kokurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.

Program integrasi yang dijalankan di sekolah-sekolah harian biasa di mana murid-murid bersama dengan murid biasa di kelas biasa. Ada Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (PPKIBL) yang terdapat di Kajang,Selangor. Ia memberi pendidikan keseluruhan kepada murid-murid khas.

PERMAINAN MATEMATIK

Hasil pembelajaran : Murid dapat mengenal ayat yang perlu diatur diakhir permainan. Objektif : Di akhir permainan murid dapat melakukan aktiviti dalam masa serta

boleh menjawab soalan. Selain itu,murid diharap dapat membaca tulisan yang terdapat di dalam kad. Di akhir permainan ini juga murid telah yakin dalam aktiviti berkumpulan.

Matlamat Matlamat permainan ini ialah supaya murid dapat mengetahui kepentingan masa dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Murid bukan sahaja bermain tetapi pada masa yang sama mereka secara tidak langsung belajar dan menambah ilmu mereka tentang masa. Matlamat lain ialah murid dapat menyesuaikan diri dalam kumpulan permainan tersebut sebelum aktiviti pengajaran dijalankan secara berkumpulan.

Objektif Di akhir permainan murid telah mengetahui cara menjawab dan mengejar masa. Di akhir permainan ini juga murid telah yakin dalam aktiviti berkumpulan.

Kesesuaian Permainan Permainan ini sesuai untuk murid masalah penglihatan kerana ia melibatkan perjalanan dalam trak yang disediakan. Murid- murid akan berjalan trak yang disediakan serta tongkat sekiranya diperlukan. Murid-murid yang kabur penglihatan akan membaca tulisan biasa dan yang buta akan membaca tulisan Braillie.

PERMAINAN TREASURE HUNT CARA PERMAINAN 1) Murid diberikan satu peta di mana peta khas dengan tulisan Braille ia akan

digunakan murid untuk permainan ini. Tempat perjalanan seperti dalam peta tersebut akan dibina di kawasan gelanggang atau dewan ataupun padang sekolah. 2) 3) 4) Kemudian, murid diminta berhenti di setiap stesen yang telah disediakan. Pada setiap stesen, murid dikehendaki soalan yang telah disediakan. Setiap soalan yang berjaya dijawab, murid akan diberikan ganjaran.

5) Setelah menyelesaikan soalan yang diberikan, murid akan meneruskan perjalan ke stesen yang lain. 6) 7) Murid dikehendaki melalui jalan yang telah disediakan dengan tongkat. Sepanjang perjalanan ada kad-kad arahan disetiap stesen. Murid perlu membaca

dan mengetahui kandungan kad. Murid juga perlu memberi jawapan untuk setiap soalan yang terdapat di dalam kad. Setelah menjawab murid akan bergerak ke stesen seterusnya untuk menghabiskan aktiviti permainan ini. Setiap kad mempunyai jawapan yang tersirat untuk di jadikan satu ayat yang lengkap di akhir permainan setelah semua kad dijawab oleh peserta. 8) Misalnya di stesen 1 ada soalan berbunyi Apakah nama bendera negara kita?

Jawapannya Jalur Gemilang Murid akan mengumpul semua jawapan di setiap stesen dan menjadikannya ayat yang lengkap.Tetapi jawapan-jawapan yang dikumpul tidak mengikut urutan maka murid dikehendaki menyusunnya mengikut urutan yang betul. 9) Permainan tamat setelah murid berjaya menjawab soalan yang telah disediakan sehingga akhir perjalanan mereka dan membuat ayat yang lengkap daripada semua jawapan yang dikumpul dari setiap stesen. 10) Aktiviti permainan seperti ini senang dan seronok dibuat. Murid-murid akan mengambil bahagian secara giat untuk menjawab dan terus menuju ke garisan penamat. 11) Permainan seperti ini bukan sahaja memberi rangsangan minda tetapi keyakinan diri sebab murid malakukannya dengan sendiri serta ada tempat-tempat yang berbeza yang perlu mereka lalui untuk menyambut cabaran.

12) Perjalanan ke stesen-stesen baru akan memberi pengalaman baru dan detik-detik menunggu untuk mengambil kad soalan dan membaca akan menjadikan situasi lebih tegang. Keadaan situasi ini akan memberi mereka lebih pengalaman serta kebolehan mengatasi segala cabaran dan kesulitan hidup. 13) Sebenarnya tujuan sebenar permainan ini adalah bukan untuk menguji kebijaksanaan pelajar tetapi adalah untuk memupuk semangat diri dan meninggikan kepercayaan diri murid. 14)Selain teori permainan seperti ini secara praktikal akan memberi kesan dan impak yang tinggi terhadap murid sebab murid-murid suka bermain daripada duduk di kelas. 15)

Tugasan 2 PROGRAM

PERKHEMAHAN MURID KHAS

Program Perkhemahan Murid Khas adalah satu program yang memupuk semangat kepimpinan, sahsiah dan perpaduan dikalangan murid yang berbilang kaum. Program ini melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri.

Rasional Perkhemahan Semangat kepimpin, perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secera bersama-sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin berkobar-kobar semangat kepimpinan dan sifat berdikari mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan berdikari, bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya. merupakan satu daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan membentuk murid menjadi insan yang

Objektif Memberi semangat diri yang tinggi dan melupakan kekurangan diri mereka. Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk menghadapinya. Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak dan menguruskan diri. Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai. Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa. Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan, undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.

(a) i. Perancangan Sebelum Perkhemahan

Perancangan perkhemahan ini adalah bukan suatu perancangan perkhemahan yang biasa diadakan sebab kumpulan sasaran adalah murid-murid khas. Oleh sebab itu perancangan ini perlu dibuat secara teliti dan berhati-hati sebab ia melibatkan kumpulan sasaran yang berbeza. Perkhemahan seperti ini perlu memberi rangsangan serta menjadi pemangkin semangat diri murid-murid tersebut. Program ini dirancang supaya murid-murid mendapat mempelopori dunia luar dan mendapat pengalaman yang luas untuk memajukan diri mereka di masa akan dating. Sekiranya mereka tidak menimba imlu seperti ini mereka akan ketinggalan zaman sebab dunia kini terus berkembang dan meneroka ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Proses perkembangan ini berlaku dengan pantas setiap hari bahkan setiap minit. Bidang Teknologi dan Maklumat atau lebih dikenali sebagai IT yang sedang mengengkong dunia moden dengan pantas. Setiap masa murid-murid menerima cabaran dari dunia luar dari pelbagai segi, terutamanya bidang pelajaran dalam keadaan seperti ini apatah siatuasi murid-murid khas. Bolehkah mereka bertanding dengan dunia yang berkembang maju? Bolehkah mereka membawa diri mereka bersama kemajuan sekitaran mereka? Bagaimanakah mereka dapat menempatkan diri mereka bersama kumpulan murid yang lain di dalam setiap bidang terutama sekali bidang pendidikan. Apakah yang boleh memberikan harapan dalam diri mereka..apakah yang boleh mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam diri mereka..hanya program-program seperti ini akan memberi harapan dan semangat diri yang tinggi kepada mereka untuk terus berjaya.

Diantara persiapan sebelum ialah pembentukan JK Induk dan Pelan tindakan yang sesuai kepada mereka. Kumpulan Sasaran Murid-murid pendidikan khas Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta. Jumlah murid yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai 20 orang. Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang dikelola oleh beberapa orang guru.

Tugas tersebut adalah :

Kem Komanden Keselamatan dan Disiplin Hadiah dan Cenderahati Buku Program Sijil Juru Acara PA Sistem

Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM 386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi, hadiah penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit.

Jawatankuasa Induk Perkhemahan Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : : : Tuan T. Periakaruppan En. A. Aathimoolam En. S.Supramaniam En. Kecapgovindan Pn. L. Ramayee

Kem Komandan Keselamatan/Disiplin Hadiah/Cenderahati Buku Program Sijil Juru Acara

: : : : : :

En. Syed Zulkefli b. Syed Ismail Pn. Punitha Balan Pn. R. Rosmary Pn. M. Mookayi En. H. Sinnamaruthu En. Y. Aandiappan

Tempat Ibadat Aktiviti

: : :

Pn. F. Poonggavanam Program Kecemerlangan Akademik Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik : Pn. D. Raakayi

Bengkel Motivasi Cik G. Gandimathi Cik K. Manorama

Bengkel Mengenali Tokoh-Tokoh Dunia Pn. G. Kovai Sarala Pn. S. Mariyayi

Bengkel Permainan En. M. Muniyandi En. J. Kabali

Giliran Bertugas Malam

: Jumaat Pn. G. Kovai Sarala Pn. S. Mariyayi : Sabtu Cik G. Gandimathi Cik K. Manorama : Ahad En. M. Muniyandi En. J. Kabali

Anggaran Perbelanjaan

PERKARA

KOS (RM) SEORANG

JUMAAT Minum petang Makan malam

1.20 4.00

SABTU Sarapan Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam

2.00 1.20 4.00 1.20 4.00

AHAD Sarapan Minum pagi

2.00 1.20

JUMLAH

20.80

Hadiah penyertaan Cenderamata perasmi Jamuan penutup Backdrop Runcit JUMLAH

RM 2.00 X 68

RM 136.00 RM 030.00

RM 4.00 X 30

RM 120.00 RM 030.00 RM 050.00 RM 366.00

(a) ii. Perancangan Semasa Perkhemahan Program Perkhemahan Murid Khas adalah satu program yang unik. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan mencungkil bakat diri murid-murid serta memberi keyakinan diri kepada semua samada dari sudut pendidikan atau pun penglibatan yang di atur teliti. Semua ini mampu membentuk sekumpulan masyarakat yang berwibawa dan kaliber untuk meneruskan hidupan harian diri mereka dan menyumbang sedikit serba untuk Negara tersayang. Antara aktiviti yang dirancang adalah Program Kecemerlangan Akademik, Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu, Patriotik Bengkel Motivasi, Bengkel Mengenali Tokoh-Tokoh Dunia dan Bengkel Permainan. Program Kecemerlangan Akademik melibatkan murid-murid dari segi pengetahuan serta mempelopori bidang-bidang yang boleh disertai oleh mereka. Bidang-bidang pendidikan ijazah untuk murid-murid yang menghadapi masalah penglihatan, pendengaran dan percakapan diberi penjelasan yang terperinci. Kesedaran seperti ini akan memberi keyakinan kepada mereka untuk terus melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi. Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik dijalankan untuk menaikkan semangat cintakan negara tersayang. dan Bengkel Permainan. Bengkel Motivasi dijalankan, sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat

membantu menguatkan semangat diri dan keyakinan diri murid-murid khas dengan memahami gaya hidup dan cabaran masing-masing yang menunggu di masa hadapan serta mampu berkomunikasi sesama mereka dengan cara yang baik. Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi.

Bengkel-bengkel seperti ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak sekolah khusunya untuk murid-murid khas. Antara objektif tersebut adalah memupuk kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai, menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan kepada mereka. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini adalah Program Kecemerlangan Akademik, Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu, Patriotik, Bengkel Motivasi, Bengkel Mengenali Tokoh-Tokoh Dunia dan Bengkel Permainan.. Semua aktiviti ini dikelola atau diketuai oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Walaubagiamanapun kami telah menambah satu aktiviti sampingan yang tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti tersebut adalah berjalan malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap berani dan bertanggungjawab pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan semua guru termasuk guru pengiring yang terlibat. Objektif ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab keatas semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Kami telah menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam. Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti perkhemahan berlangsung. Majlis Penutup dirasmikan oleh Guru Besar .

Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti di sini guru-guru memang menghadapi cabaran yang hebat sekali sebab sebahagian murid-murid adalah istimewa dan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti yang diberi. Guru-guru yang terlibat mengambil perhatian yang serius terhadap murid-murid ini dan memastikan setiap arahan yang diberi oleh fasilitator diterangkan dengan betul kepada murid yang tidak faham dan yang menghadapi masalah pendengaran. Guru-guru pecah kepada kumpulan-kumpulan kecil dan terus bersama muridmurid dan memberi penjelasan kepada mereka. Ini memudahkan murid-murid dan fasilitator yang menjalankan tugas. Murid-murid juga memberi sokongan dan minat yang tinggi untuk memaksimumkan penyertaan mereka sepanjang perkhemahan. (a) iii. Perancangan Selepas Perkhemahan Program Perkhemahan Murid Khas ialah satu program yang diadakan pada setiap tahun di sekolah saya. Perkhemahan ini memberi kesan yang positif kepada murid-murid saya. Badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya mengadakan perkhemahan seperti ini setiap tahun tetapi perkhemahan untuk murid-murid khas ini amat berbeza sekali. Ia memberi tumpuan serius kepada murid-murid yang kurang upaya atau istimewa ini. Segala aktiviti yang dijalankan dirancang dengan sempurna. Aktiviti-aktiviti ini tidak berat atau membebankan para peserta. Aktiviti yang diatur dan disusun mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan murid-murid dan guru-guru untuk berulang-alik ke tandas, dewan dan pejabat bagi urusan-urusan tertentu. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun. Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan. Murid-murid diberi peluang untuk member pendapat pada hari akhir program. Semua murid memberi komen yang positif ada yang membina semangat peserta lain. Ada yang menangis dan melepaskan segala yang tersidai sanubari mereka. Pada keseluruhannya

semua berpendapat ia adalah sebuah program yang berbaloi dan manfaat dari segi mental dan fizikal. Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahankelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat ialah hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang basah. Makanan yang disediakan sama ada makan tengah hari atau malam dapat diselaraskan dengan menunya. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk mengemas khemahkhemah ini terpaksa ditunda keesokan hari iaitu pada hari persekolahan. Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan

penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana murid-murid yang terlibat adalah muri-murid khas. Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib. Semua peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung. Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan bersemangat buat para peserta. Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.

Adalah diharapkan program ini dapat membantu murid-murid khas untuk membina keyakinan diri ,membentuk sahsiah dan motivasi diri murid dalam masyarakat berbilang kaum . Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan danperlaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.

(b) Persiapan peralatan perkhemahan

Alat memasak

Alatan Perkhemahan

Khemah-khemah dan tali-temali

Alat aktiviti

Alatan pertukangan seperti parang, cangkul, penggali dan lainlain

Air

Alatan dapur dan memasak

Alat pertukangan atau kraf khemah

Periuk belanga

Alas meja

Pinggan mangkuk, sudu, cawan

Ada pegawai yang bertugas untuk keluarkan alatan dan menyimpan semula

Besen-besen, bekas air dll

Tongkat

Pisau, parang dan sebagainya

Meja fleksibel

Gas dan dapur

Wayar Ektension

Lampu Sel

Mencatat atau merekodkan penggunaan peralatan

Peralatan perkhemahan amat penting dan setiap peralatan perlu ada senarai semak supaya tidak melupakannya sebelum dibawa. Pegawai yang ditugaskan untuk peralatan perlu memastikan semua alatan lengkap untuk perkhemahan. Alatan yang digunakan oleh murid-murid khas juga perlu diberi perhatian yang teliti supaya tidak lupa. c) Pelaksanaan Aktiviti Program Dan Aktiviti JUMAAT 0230tgh : : : : 0400ptg 0500ptg 0700mlm 0900mlm 0100pg : : : : : : Berkumpul Semua Guru Pendaftaran Taklimat Mendirikan khemah Minum petang Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik Pengurusan diri dan solat Makan malam Bengkel Nyanyian Tidur :

SABTU

0500pg 0700pg 0745pg 0800pg 1230tgh 0200ptg 0400ptg 0500ptg 0700mlm 0900mlm

: : : : : : : : : : :

Pengurusan diri senaman pagi Sarapan Bengkel tarian tradisional 1 Makan tengahari Pengurusan diri Latihan persembahan kumpulan Minum petang Permainan Etnik Malaysia Makan malam Malam Kebudayaan

1100mlm

: :

Minum malam Tidur

AHAD 0500pg 0700pg 0745pg 0800pg 1000pg 1100pg 11.30pg : Pengurusan diri : Senaman Pagi : Sarapan Pagi : i) Bengkel Mengenali tokoh-tokoh dunia ii) Program Kecemerlangan Akademik : Membuka khemah dan membersihkan kawasan : Minum pagi : Perasmian Penutup oleh Guru Besar : Penyampaian Hadiah : Jamuan Makan Tengahari : Bersurai (d) Halangan-halangan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas semasa perkhemahan Ancaman daripada binatang liar atau serangga beracun. Kala Jengking, halipan, lebah dan ulat bulu beracun adalah diantara banyak serangga yang biasa di temui di hutan. Sengatan mereka agak menyakitkan tetapi agak kurang bahaya. Tetapi kepada mereka yang alah kepada racun serangga ini boleh mengakibatkan gatal gatal atau mungkin mengakibatkan kematian. Murid-murid menghadapi kesukaran kerana hujan. Alur sungai juga boleh bertukar menjadi sungai yang besar sekiranya terdapat hujan di hulu. Mungkin menyeberang alur sungai beberapa jam sebelumnya tetapi ianya mungkin bertukar menjadi sangat deras dan ganas dalam masa beberapa minit sahaja. Banjir kilat adalah fenomena yang biasa di hutan terutama di kawasan hutan hujan tropika seperti terdapat di Malaysia. Banjir kilat boleh meghanyutkan kayu balak yang besar dan sangat merbahaya sekiranya murid-murid berada di laluan sungai tersebut.

(e) Pelan tindakan semasa kecemasan Sebelum memulakan pengembaraan, adalah perlu melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau pihak polis yang berdekatan. Ini untuk memastikan ada pihak yang mengetahui pergerakan sekiranya berlaku sebarang pekara yang tidak dingini. Dan sebelum meninggalkan tempat tersebut lapur diri semula di pejabat yang buat sebelum ini.

Cuba elak dari tempat yang dikenal pasti terdapat harimau, gajah atau buaya. Maklumat seperti ini boleh didapati dari pejabat perhutanan atau balai polis yang berdekatan dengan tempat yang ingin tujui . Minta nasihat dari pihak berkuasa tempatan sebelum melangkah ke sesuatu kawasan hutan. Kebiasaannya pihak perhutanan atau renjer ada memantau pergerakkan binatang buas di kawasan jagaan mereka.

Mengambil pil Anti-histamine atau epinephrine jab merupakan langkah berjaga-jaga yang baik. Untuk mengelakkan dari serangga ini memasuki khemah taburkan sedikit garam atau belerang di sekeliling khemah anda.

Jangan sekali kali anda berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai, anda mungkin dihanyutkan air semasa sedang tidur. Jangan bergerak sendirian ketika didalam hutan. Jika ingin mandi, membuang air kecil/besar atau menikmati keindahan hutan jangan tentukan membawa rakan bersama dan memaklumkan pergerakan kepada ketua kumpulan dan memberitahu kemana, berapa lama dan siapa bersama. Ini akan memudahkan mereka mengesan seseorang itu jika sesuatu hal terjadi.

Sekiranya tersesat, jangan sekali-kali panik. Persiapkan diri atau kumpulan untuk bermalam di kawasan yang difikir sesuai dan selamat. Jangan cuba untuk mencari jalan keluar kerana mungkin akan tersesat lebih jauh lagi. Adalah mudah bagi menemui, sekiranya diam di satu tempat dari meneruskan perjalanan. Harus menyalakan unggun api supaya mudah di kesan dari udara.

Sebagai

langkah

berjaga-jaga,

ketua

kumpulan

adalah

digalakkan

untuk

menyediakan satu wisel kepada setiap ahli dalam kumpulannya. Pastikan wisel berada dekat dengan anda (gantungkan di leher). Jika tersesat, tiup wisel sekerap mungkin. Tentunya rakan-rakan yang sedang mencari akan dapat mengesan bunyi wisel anda. Seperti selalunya beringat sebelum terlambat. Peti ubat yang lengkap dan terkawal.

Kod Laluan Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli.

PENUTUP Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam mengelola dan menjayakan Program Perkhemahan amatlah diharapkan. Semoga dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan program perkhemahan cemerlang. pada tahun ini lebih