Anda di halaman 1dari 5

Contoh Minit Mesyuarat PASUKAN PENGAKAP KELANA LAUT SAMUDERA,BACHOK, KELANTAN Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-2 Tarikh:

28 Oktober 2003 Tempat: Markas Pasukan Latihan Pengakap Daerah Bachok, Kem Kandis Masa: 3.00 petang Kehadiran: Mohd Aisamuddin Ab. Alim Mohd Nazreen Mohamad Mohd Bahari Zakaria Mohd Saiful Asraf Shari Mohd Fadli Ab. Rahman Siti Nor Bahayah Ismail Norsahibah Ismail Mohd Khairul Mohamed Tidak hadir: Mohd Khairul Eruwan Ab. Halim (bersebab) Turut hadir: Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Agenda 1 Ucapan Pengerusi

2 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas 3 Perkara Berbangkit 4 Laporan Kewangan 5 Majlis Berbuka Puasa 6 Hal-hal Lain Perkara Agenda 1: Ucapan Pengerusi Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa. Beliau mengharapkan majlis berjalan dengan lancar.Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan tentang aktiviti berbasikal. Agenda 2: Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas Mohd Saiful Asraf mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan. Mohd Bahari menyokong. Tiada bantahan. Tindakan Makluman

Agenda 3: Perkara Berbangkit Tiada perkara yang dibangkitkan. Agenda 4: Laporan Kewangan

Makluman Jawatankuasa

4.1 En.Ahmad Mustapha, bendahari telah mengedar laporan kewangan setengah tahun 2003. Pendapatan bagi setangah tahun ialah sebanyak RM932.00(pendaftaran keahlian dan kursus berkeno) 4.2 Pembayaran pula sebanyak RM732.00 untuk pendaftaran ke ibu pejabat dan bayaran makan semasa kursus. 4.3 Perinciannya telah dibentangkan dalam penyata. Agenda 5: Majlis Berbuka Puasa 5.1 Pengerusi mencadangkan satu majlis berbuka puasa pada tahun 2003 sebagai penamat ativiti. 5.2 Majlis bersetuju sebulat suara. 5.3 Kutipan derma ikhlas daripada ahli akan dibuat untuk menampung perbelanjaan kumpulan. 5.4 Persatuan akan mengeluarkan sebanyak RM100.00. 5.5 Empat jenis hidangan dengan kadar RM6.00 seorang. Bendahari

5.6 Jemputan seramai 30(ahli dan wakil daerah). 5.7 Tempat dan tarikh ditentukan kemudian oleh pengerusi dan bendahari. 5.8 Pengisian malis terbuka diberi mandat kepada pengerusi dan setiausaha perlu ada tahlil sebelum berbuka puasa.

Aenda 6: Hal-hal lain 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama ahli jawatankuasa memberi sokongan bagi menjayakan aktiviti persatuan sepanjang tahun 2003. 6.2 Setiausaha perlu menyiapkan cadangan aktiviti tahun 2004 dan perlu diadakan mesyuarat sebelum Disember 2003 untuk membentang cadangan tersebut. 6.3 En. Mohd Fadli mencadangkan supaya aktiviti mencari wang bagi persatuan dimasukkan dalam cadangan aktiviti tahun 2004 Makluman Makluman Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.. Mohd. Narreen Mohamed Ab.Alim Setiausaha Kumpulan Pengakap Kelana Laut Samudera Bachok, Kelantan.

Muhammad Aisamuddin

Pengerusi Kumpulan Pengakap Kelana Laut Samudera Bachok, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai